Friday, July 15, 2011

Petugas penerangan bangkitkan kesedaran rakyat mengenal BERSIH

Petugas penerangan bangkitkan kesedaran rakyat mengenal BERSIH

'Bersih' bakal menjadi suara keramat pilihanraya kali ini, menggantikan seruan 'Makkal Sakti' semasa pilihanraya lepas.

Malah agak menguntungkan apabila Matthias Chang, bekas SU Politik Dr Mahathir berkata, 40% pengundi atas pagar sedang menolak BN apabila melihat keganasan polis. Malah, BN memerlukan 10 bulan untuk memperbaiki persepsi rakyat. Penasihat APCO Najib gagal memberi nasihat bagi menangani kebangkitan aman rakyat berdasarkan adat sopan ketimuran, sebaliknya mewariskan nasihat penguatkuasaan ala Israel.

UMNO diramalkan akan keseorangan dalam BN pada masa akan datang memandangkan MIC, MCA dan Gerakan tidak menunjukkan kepedulian dalam isu ini. Mereka hanya boleh memperkuda mengharapkan NGO seperti PERKASA untuk menyemarakkan politik perkauman yang diperjuangkan sejak zaman penjajahan.

Namun begitu, ia bukan alasan untuk petugas penerangan berdiam diri. Para petugas penerangan PAS dan Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan aktif dan efisyen untuk menyemarakkan momentum benci terhadap keganasan Polis-BN.

Rata-rata bersetuju bahawa persepsi rakyat mulai berlainan dengan retorik dan propaganda BN terhadap BERSIH apabila rakyat yang tidak hadir ke perhimpunan mampu menyaksikan video yang dirakam oleh para blogger, wartawan TV Selangor dan Al Jazeera yang kini tersebar luas ke serata dunia.

Video serta koleksi gambar dalam blog-blog tertentu kini menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada BN.

Youtube kini menjadi nadi penyebaran maklumat penerangan yang kian ampuh dan berkesan. Terlalu ramai rakyat yang kini terkesan apabila menonton melalui web bebas ini.

Para petugas penerangan perlu memastikan para penggerak pilihanraya mengaktifkan blog peribadi dan memasukkan video keganasan tersebut dalam blog mereka. Malah facebook perlu dimainkan secara optima dalam usaha menyebarluas video tersebut. Kempen sehari 5 minit untuk anda menulis sesuatu berkenaan BERSIH dan kebangkitan rakyat mampu melonjak kesedaran umpama kesedaran Timur Tengah walaupun wadah perjuangan adalah tidak sama (mengambil jalan aman).

Pastikan juga cetakan dalam bentuk CD boleh dilakukan untuk edaran ke kawasan tanpa akses internet.

Jadikan satu hari satu ‘shout’ berkenaan BERSIH dan tuntutan keramatnya dalam twitter dan facebook para ahli dan penggerak pilihanraya. Inilah tugas kita anggota penerangan mencipta badai besar akibat kesilapan BN menangani permintaan ikhlas rakyat melalui BERSIH.


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)