Himpunan
Fakta - Latar Belakang Ingkar Hadis Malaysia
Muhammad
Nuruddin Bashah
AJK
Lajnah Dakwah PAS Pusat
- Jema`ah Al-Quran Malaysia, atau ringkasnya JAM, telah ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang beragama Islam di Malaysia pada 11 Jun, 1995 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur konon- menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia kembali kepada ajaran Tuhan dalam kitab suci-Nya, Al-Quran.
- Kassim menyatakan bersikap anti-Hadis tetapi kritikal kepadanya serta menerima kira-kira 40 peratus hadis yang diriwayatkan, yang dianggapnya tidak bertentangan dengan al-Quran.
- Jama'ah anti-hadis atau Jama'ah al-quran diwartakan sesat pada tahun 1995 oleh Majlis Agama Islam Selangor dan diikuti oleh negeri-negeri lain pada tahun berikutmya.
- Muqaddimah Perlembagaan JAM mengisytiharkan seperti berikut:
"Kami yakin bahawa sangatlah penting bagi umat Islam di Malaysia
dan di seluruh dunia tampil ke hadapan untuk memikul tanggungjawab
"umat pertengahan" untuk memimpin manusia keluar dari
kegelapan zaman jahiliah kini ke suatu zaman kebangkitan yang terang.
Pada saat keruntuhan kedua-dua ideologi dan sistem yang telah
menguasai dunia selama tujuh dekad, Islam akan muncul semula untuk
mengambil tempatnya yang sah dalam kehidupan manusia, seperti yang
telah dijanjikan oleh Tuhan dalam Quran. Tetapi, sistem Islam yang
bakal menggantikan sistem-sistem ini ialah Islam yang berdasarkan
ajaran-ajaran Ilahi yang telah disempurna dan dilengkapkan dalam
Quran.
"Untuk mencapai tujuan agung ini, maka kami rakyat Malaysia yang
sedar akan tanggungjawab kami bergabung tenaga untuk menubuhkan
pertubuhan yang kami namakan Jema`ah Al-Quran Malaysia.
"Walaupun kami menyeru umat Islam dan umat manusia kembali
kepada ajaran Quran, kami pewaris yang sah bagi semua tamadun dan
kami menerima warisan-warisan yang baik yang selaras dan tidak
bertentangan dengan ajaran-ajaran Quran."
Oleh kerana halangan undang-undang, JAM tidak dapat bergerak seperti
pertubuhan-pertubuhan lain. Dalam masa dua tahun lebih ini,
aktivitinya terbatas kepada kumpulan-kumpulan diskusi mengkaji
ajaran-ajaran Islam berdasarkan Quran dan kepada menghasilkan
siaran-siaran berkala melalui artikel-artikel dalam akhbar-akhbar,
majalah-majalah dan juga siaran-siarannya sendiri.
- Fahaman anti-Hadis atau Ingkarus Sunnah diasaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."
- Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.
- Kebanyakan cendikiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.
- Selepas pengharaman buku Kassim Ahmad, Hadis: Satu penilaian semula, pada 3 Disember 1989 suatu perjumpaan telah diusahakan bagi menubuhkan Persatuan Falsafah Malaysia yang telah dianggotai oleh 40 orang terdiri daripada ahli akademik, peguam, penulis dan wakil dari luar negara (Minggu Kota, 1989). Namun begitu, persatuan ini telah ditolak oleh pihak kerajaan, yang kemudiannya telah menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) pada 16 Mei 1993.
- JAM masih lagi meneruskan agenda perjuangan yang menolak hadis dan mempersoalkan kelemahan sistem fiqah Islam silam (Kassim, 1993).
- Agenda JAM ini disebarluaskan ke dalam masyarakat melalui pelbagai medium, termasuklah akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Disember 1989, bilamana Syed Akhbar Ali yang merupakan anggota pusat JAM diberikan kolum khusus untuk membicarakan soal-soal perkembangan semasa di Malaysia (Zulkifli, 2002: 75–76).