Sunday, February 23, 2014

Ringkasan Fakta - JAWAPAN TERHADAP HUJAH INGKAR HADIS


Ringkasan Fakta - JAWAPAN TERHADAP HUJAH INGKAR HADIS

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat

Sekitar meninjau latar belakang pemikiran Kassim.
  1. Kassim jahil terminologi hadis jahil mustalah hadis dan tidak tahu membezakan hadis dan sunnah.
  2. Kassi jahil bahasa arab dan tidak tahu ayat mutasyabihah dan muhkamah. Perlu diberi contoh ayat-ayat ini dan minta Kassim huraikan. Misalnya perkataan Al-Kitab yang dimaksudkan oleh mereka dalam ayat 38 surah al-An ‘am itu sebenarnya membawa maksud Loh Mahfudz dan bukannya Al-Quran.
  3. Kasim adalah golongan yang ingin insaf daripada fahaman sosialis tetapi disebabkan jahil bahasa arab dan tiada asas didikan agama, melainkan banyak membaca buku dalam bahasa inggeris (memang amalan penggerak gerakan sosialis) menyebabkan Kassim terbawa-bawa bahan bacaan Rashad Khaifa sehingga beloau taksub dan taqlid membabi buta. Fahaman Rashad Khalifa.
  4. Kassim yang gemar membaca buku berbaur orientalis dan tulisan golongan pemikir agama, bukan pengamal agama- menyebabkan beliau terjerat dengan fahaman skeptis agamawan. Beliau menyamakan ulama’ Islam dengan keadaan zaman gelab Gereja kerana bahan bacaan barat menguasai otaknya. Bagi beliau banyak versi Bible menunjukkan perpecahan mazhab kristian dan beliau menyamakan dengan kondisi mazhab fiqh ilam. Beliau mensasarkan hadis sebagai mangsa. Hadith/Sunnah adalah ajaran palsu dan punca kelemahan serta perpecahan umat Islam.
  5. Kassim juga menggangap bahwa hadis telah mengandungi kepalsuan disandarkan kepada Rasulullah kerana proses penulisannya yang memakan waktu 200 tahun lebih setelah nabi wafat
  6. Menganggap sesiapa yang berhujah dengan nama Imam Syafie misalnya sebagai taksub dan mengagungkan Imam Syafie melebihi ketaatan kepada Allah. Hukumnya syirik- (sedangkan beliau amat taksub dengan Rasyad Khalifa dan Shad Faruqi)
  7. Golongan seperti Kassim sama seperti Irsyad Manji- ada traumatik/skeptis kepada Islam atas pengalaman sendiri, tidak memahami Islam secara holistik, pandangan juziyyah dan atas nama kebebasan berfikir beliau menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai bahan wacana bebas walaupun tanpa keilmuan.
  8. Bagi Kassim sesiapa sahaja boleh berbicara agama, hurai Al Quran dan hadis. Soalnya mengapa pula Kassim tidak perjuang agar istilah undang-undang ditafsir mengikut otak semua rakyat, mengapa pelru ditafsir oleh peguam, hakim dan merujuk Common Law? Mengapa ilmu perubatan tidak dibiar berbicara oleh bukan ahlinya? Mengapa hanya ilmu agama Islam sahaja yang kononnya dikongkong ulama?
  9. Bagi Kassim juga Al Quran adalah hukum tertinggi. Mengapa pula tolak hudud? Pandai pula Kassim takwil istilah hudud hanya sebagai sempadan bukan bentuk hukuman. Mahathir yang dokong Kassim juga penolak hukum Islam paling tegar di Malaysia. Adakah Kassim munafik?
  10. Berhujah dengan Kassim jangan digunakan Hadis kerana beliau seperti kaum Kafir tidak percayakan tafsiran ulama’ terhadap Hadis. Berhujah dengan kafir memerlukan ilmu mantik dan diperlemahkan kelemahannya. Hujah dengan meneliti aspek lemah dan minta beliau hurai semula kelemahannya itu untuk ditampilkan kebodohan beliau.
  11. Kassim terjemah ayat-ayat al- Qur’anul Karim berdasarkan terjemahan sahaja tanpa disertakan teks Arab yang asal. Kita pelru semak terjemahan Kassim bila berhujah kerana beliau hurai dalam terjemahan Melayu atau Bahasa Inggeris.
  12. Apabila teks Arab al-Qur’an diterjemahkan, ia kehilangan segala nilai-nilai ketepatan bahasa dan nahu (grammar) yang membuatkannya tidak lagi tepat sebagai sumber rujukan. Dengan ini mudahlah bagi Golongan Anti Hadis menarik dan memaksa terjemahan ayat-ayat tersebut supaya selari dan secocok dengan fahaman mereka.
  13. Kassim berhujah secara selektif. Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh sepertimana yang telah dibahas dalam menjawab hujah-hujah mereka sebelum ini. Tindakan Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi.
  14. Kassim jahil bahasa arab dan cuba seleweng istilah-cipta istilah ahli Al Quran iaitu kononnya golongan yang tegar pertahan Al Quran berlawanan ahli Hadis yang menolak Al Quran kononnya. Sedangkan istilah ahli al quran adalah hafiz. Bolehkah Kassim terima jika ulama’ pula mencipta mengada-ngada istilah perubatan dan istilah kehakiman sivil? Tenu pelik malah dianggap bodoh.
  15. Kassim hanya kenal Imam Syafie itupun ilmu dan kepakaran Imam Syafie tidak pula dibaca. Bagi Kassim yang hanya kenal Imam syafiie, ilmu hadis dan fiqh hanya muncul ketika Imam Syafie sahaja sedangkan belau nyanyuk atau jahil bahawa Mazhab Hanafi dan Maliki lebih awal bertapak.
  16. Jika Kassim guna logik- kita juga guna logik. Hujahnya menutup aurat kepala aliran udara tidak kena kepala dan tidak baik untuk kesihatan. Rambut busuk dan tidak suci. Kita jawab kalau begitu jangan pakai seluar kerana udara tidak masuk alat kelain dan alat kelamin berbau lebih busuk daripada rambu, maka silalah telanjang.


Perhatikan contok dielektika penting di bawah:
Jawapan Imam Syafi’e
Catatan pertama tentang penolakan al-Sunnah pernah dituliskan oleh Imam Syafi’e (150H-204H) di dalam bukunya al-Umm. Menurut catatan tersebut, beliau telah berdebat dengan seorang anti-hadith. Tetapi tidak pula disebutkan siapa orang itu. Beliau hanya menyebutkan orang itu sebagai musuh (al-Khasm).
Kata al-Syafi’e:
Seorang daripada intelektual telah berkata kepadaku: Anda ialah seorang Arab. Al-Qur’ān diturunkan menurut bahasa anda. Tentulah anda lebih memahaminya. Di dalamnya terdapat hukum-hukum yang berupa fardhu. Sekiranya seseorang merasa syak di dalam satu huruf di dalam al-Qur’ān, dia diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, anda membunuhnya sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:
“…dan Kami turunkan kepadamu al-Kitāb menjelaskan tiap-tiap sesuatu…”
[QS al-Nahl 16:89]
Jadi bagaimanakah anda dapat menentukan di mana tempat am dan ada kalanya pula anda mengatakan fardhu itu sebagai khas? Bagaimana anda dapat membezakan pula yang mana satu perintah yang wajib dan ada ketika yang lain pula anda mengatakan sebagai sunat atau harus. Pemisahan ini anda lakukan bedasarkan pula kepada satu riwayat, dua riwayat sehinggalah sampai kepada Rasulullah s.a.w. dan tidak aku dapati ada di kalangan mereka yang tersilap dan lupa pula di dalam riwayatnya. Bahkan aku mendapati anda juga pernah berkata kepada beberapa perawi: Si fulan ini telah tersilap di dalam hadith sekian. Dan aku mendapati juga bahawa anda pernah berkata, sekiranya seorang lelaki meriwayatkan hadith yang mengharamkan dan menghalalkan untuk kamu, anda mebuat kesimpulan bahawa hadith itu mengkhaskan umum “…dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’ān menjelaskan tiap-tiap sesuatu…,” sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak pernah berkata demikian. Jadi anda telah tersilap besar. Anda meletakkan perkataan-perkataan dusta daripada perawi-perawi ini sama martabatnya dengan al-Qur’ān?
Di dalam perdebatan tersebut, mereka memperkatakan tentang firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“…Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan al-Kitāb (al- Qur’ān) serta al-Hikmah (al-Sunnah), dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”
[QS al-Baqarah 2:151]
Kata musuh itu:
Aku tahu bahawa al-Kitāb itu ialah al-Qur’ān. Apa pula al-Hikmah?
Imam Syafi’e berkata:
Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kata musuh itu:
Mungkin al-Hikmah itu al-Qur’ān. Jadi ayat itu bermaksud: Dia mengajar al-Kitāb secara amnya dan mengajar hukum-hukum secara khasnya pula.”
Jawab Imam Syafi’e:
Sekiranya engkau berkata begitu, jadi ayat ini bermaksud: Dia mengajar hukum-hukum al-Qur’ān yang disebut secara am seperti solat, zakat, haji dan lain-lain. Ini bermaksud Allah menentukan sesuatu hukum di dalam kitab-Nya. Kemudian Dia menerangkan hukum-hukum ini menerusi lidah Rasul-Nya.”
Kata musuh itu:
Boleh jadi juga.”
Kata Imam al-Syafi’e:
Sekiranya anda berpegang dengan pendapat yang kedua (al-Hikmah bererti perincian terhadap makna al-Qur’ān), kamu tidak akan menjumpai hukum-hukum ini melainkan dengan hadith Rasulullah s.a.w.”
Kata musuh itu:
Kalau sekiranya aku berkata pula, al-Kitāb dan al-Hikmah ini termasuk di dalam jenis pengulangan perkataan?”
Jawab Imam Syafi’e:
Yang manakah lebih baik? Membawa satu makna di dalam dua perkataan ataupun masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza?
Kata musuh itu:
Barangkali juga seperti apa yang kau katakan. Al-Kitāb ialah al-Qur’ān dan al-Hikmah pula ialah al-Sunnah. Dan keberangkalian lain juga akan berlaku: al-Kitāb ialah al-Hikmah itu sendiri.”
Imam Syafi’e berkata:
Tetapi yang paling jelas maknanya ialah yang pertama. Hal ini demikian kerana ada bukti-bukti yang membenarkannya daripada al-Qur’ān.”
Kata musuh itu:
Di mana?
Kata Imam al-Syafi’e:
Firman Allah yang bermaksud:
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (al-Qur’ān) dan al-Hikmah pengetahuan (hadith-hadith Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus Tadbir-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.”
[QS al-Ahzāb 33:34]
Di dalam ayat ini Allah s.w.t. memberitahu bahawa terdapat dua jenis bacaan yang terdapat di rumah.”
Musuh itu berkata:
Al-Qur’ān memang boleh dibaca. Tetapi bagaimana pula untuk membaca al-Hikmah?
Imam Syafi’e berkata:
Jadi makna ‘membaca’ ialah membaca sunnah seperti membaca al-Qur’ān.”
Jawab musuh itu pula:
Oleh itu, maksud al-Hikmah lebih mirip kepada apa yang kamu maksudkan.”


Di bawah adalah senarai beberapa hujah umum gerakan Ingkar Hadis di Malaysia dan cadangan jawapan1.
  1. Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, tidak perlu rujuk Hadis.
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ.
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]
أَفَغَیْرَ اللَّھِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَھُوَ الَّذِي أَنزَلَ إِلَیْكُمْ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا.
(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]
Jawapan:
- Tafsiran umum/zahir Al Quran. Kassim tidak faham maksud Al Quran.
- Maksud segalanya tercangkup dalam Al Quran bukan maksud perincian sebaliknya dibahas secara umum tetapi meluas. Perkara terperinci Al Quran sendiri minta rujuk cerdik pandai dalam bidang tertentu termasuk dalam ibadat-rujuk Rasulullah.


  1. Tugas Rasulullah hanyalah sebagai seorang posmen :
مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ.
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja. [al-Maidah 5:99]
Jawapan :
-Kassim hanya ambil ayat itu untuk deskripsi tugasan nabi. Bagaimana pula dengan ayat Rsulullah sebagai pembaca, Rasulullah sebagai pengajar, Rasulullah sebagai penerang dan pencerah masalah manusia,
-Adakah Kassim ingin mengatakan Rasulullah hanya guru, perunding atau consultan dengan hanya meneliti sesuatu aya secara terpisah-pisah?
- Wahyu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu matlu ( متلو ) dan ghayru matlu ( غير متلو ). Matlu secara mutlaq adalah Al-Qur’an, kerana ia dibaca di dalam salat dan membacanya adalah `ibadah. Ghayru matlu pula adalah bentuk lain wahyu iaitu diturunkan maknanya sahaja tetapi lafaznya datang dari Nabi Muhammad. Termasuk dalam hal ini ialah Hadis Qudsiy secara khusus, dan Hadis secara umum.
- Dan apabila Nabi itu merahsiakan kepada beberapa isteri-isterinya satu peristiwa, maka apabila dia memberitakan dengannya, dan Allah menzahirkannya ke atasnya, dia memberitahukan sebahagiannya dan dia menyembunyikan daripada sebahagian. Maka apabila dia memberitakannya dengannya, dia berkata: Siapakah yang memberitakan kamu hal ini? Dia berkata: «Telah memberitakan saya oleh yang maha Mengetahuï, yang maha Mengenali [At-Tahrim: 3]
- Satu konsep wahyu yang menarik dalam ayat ini, ialah pengakuan Nabi bahawa Allah telah memberitakan peristiwa itu kepadanya. Sungguhpun demikian, tidak ada dalam Al- Qur’an satu ayat pun yang menyebutkan apakah yang Tuhan beritahukan itu, sedangkan Nabi bersifat tabligh iaitu menyampaikan.
  1. Nabi mengajar Al Hikmah dan Hikmah itu adalah Al Quran sahaja.
Jawapan :
-al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci. Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul tentang al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.
- contoh Surah An Nisa’ ayat 54.
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.


  1. Tidak boleh mentaati sesuatu hukum syari’at kecuali yang berasal dari Allah sahaja (Al Quran)
أَفَغَیْرَ اللَّھِ أَبْتَغِي حَكَمًا.
Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114]
Jawapan :
- Kassim tidak percayakan asbabun nuzul kerana bukan sahaja hadis beliau tolak mentah-mentah, riwayat sahabat/tafsiran sahabat juga beliau tolak. Tida hairan beliau langsung tidak memahami asbabun nuzul.
- dalam An Nur : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [an-Nur 24:51]
-Allah iktiraf pula Rsulullah sebagai hakim.
- Kalau Kassim guna hujah ini secara mutlak, adalah Kassim menolak Common Law atau masih menganggap hukum itu perlu? Mahathir yang menyokong Kassim juga beriman dengan Common Law malah menentng hudud. Dalam hal menolak hadis Kassim guna ayat ini untuk tolak hadis tetapi dalam hal hudud terbukti Kassim juga menolak. Jadi di mana kedudukan Kassim? (Munafik?)

- Kassim kata jika taat selain Allah syirik?
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِیُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّھِ.
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. [an-Nisaa’ 4:64]
مَنْ یُطِعْ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّھَ.
Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. [an-Nisaa’ 4:80]

  1. Rasulullah dilarang mengajar selain Al Quran. Hujahnya :

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamukatakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan – Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. [al-Haqqah 69:40-47]

Jawapan :

-Ayat ini sebagai jaminan bahawa Al Quran itu tulen dan terbukti Rasulullah tidak disentap Allah kerana tidak meyeleweng isi Al Quran. Jadi apa masalah Kassim dengan ayat ini?

  1. Rasulullah konon mengadu umatnya hanya mengutama hadis menolak Al Quran.

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. [al- Furqan 25:30]

Jawapan:
- Nabi guna istilah kaumku (Quraisy) bukannya umat ku. Kassim bodoh bahasa arab.
-Bagaimana pula dengan hujah ini : - Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu.” [al-Baqarah 2:54] Bukankah Nabi Musa juga merujuk kaum ku sebagai kaum Bani Israel (umum) yang menolak ajaran Nabi Musa.
- juga hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Hibban : Dari Ibnu Abbas (radiallahu-anhu), beliau berkata, telah bersabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang Kota Mekah: “Alangkah baiknya kamu sebagai satu negeri dan alangkah kamu aku cintai, seandainya kaumku tidak mengusirku dari kamu, nescaya aku tidak tinggal di tempat selain kamu. (Sahih)


  1. Dalam al-Qur’an tidak ada yang menyebut Sunnah Nabi atau Hadis Nabi. Malah jika dikaji dan diperbanding antara ayat-ayat al-Qur’an, akan di dapati bahawa perkataan Sunnah dan Hadis memiliki definasi dan erti yang berlainan.

Jawapan:
- Istilah hadis dalam Al Quran lebih umum dan menerangkan ianya suau perkataan baik perkataan baik mahupun perkataan buruk Ia etimologi umum.

Istilah Hadis : -Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (hadis) iaitu Kitab (Al-Quran) yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara). [az- Zumar 39:23]

Dan ada di antara manusia: (ada) orang yang membeli cerita-cerita dan perkara-perkara (hadis) yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. [Luqman 31:06]

Istilah sunnah : - (Demikianlah) peraturan (sunnah) (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. [al-Israa’ 17:77]
- Golongan Anti Hadis bahawa di dalam al-Qur’an tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut dan menerangkan istilah Sunnah Nabi atau Hadis Nabi, ia tidaklah menjadi masalah kerana kitab al-Qur’anul Karim bukanlah sebuah kamus bahasa Arab.
- Mereka mencari erti sesuatu perkataan Arab dengan merujuk kepada beberapa terjemahan al-Qur’an yang sedia ada; dan mereka juga mencari kefahaman serta cara-guna sesuatu perkataan Arab dengan membanding-banding antara beberapa ayat al-Qur’an yang sedia memiliki perkataan tersebut. Apa-apa erti atau istilah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an, atau maksud pengertiannya adalah berlainan dengan penerangan al-Qur’an, maka perkataan atau pengertian tersebut dianggap batil dan ditolak.

  1. Kitab al-Qur’anul Karim adalah sebuah kitab yang dipelihara dan dijamin ketulenannya oleh Allah manakala hadis-hadis tidak.

Jawapan:-
- Kalam Allah adaah qadim dan layak dipelihara Allah hingga kiamat.
- Hadis adalam kalam manusia dan manusia juga yang mempertahankannya dan ia dilakukan oleh Ulama’ hadis yang cukup teliti menerima Hadis.
- Jika alasan Kamalm Allah dijaga oleh Alah mengapa Taurat dan Injil tidak dijamin tiada seleweng sepertimana Al Quran? Adalah kitab itu bukan Kalam Allah? Hakikatnya kalam yang dilindungi Allah adalah kehendak dan qudrah Allah tu sendiri bukan atas alasan-alasan lain.

  1. Al Quran adalah wahyu Allah sedangkan Hadis tidak.

Jawapan:-
- Dan tidaklah dia menyebut daripada hawa nafsu. Tidaklah ia melainkan wahyu yang diwahyukan. Yang telah mengajarkannya (mala’ikat) yang bersangatan kuat»[An-Najm:
3-5]

- Katakan: Jika kamu mencintaï Allah, maka ikutlah saya, Allah akan mencintaï kamu
dan Dia akan mengampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, dan Allah adalah Pengampun,
yang penyayang» [Ali `Imran: 31]

  1. Allah telah beberapa kali memerintahkan umat Islam untuk mengadili sesuatu perkara berdasarkan hukum al-Qur’an sahaja. Barangsiapa yang tidak berhukum dengan al-Qur’an maka mereka adalah fasik, zalim dan kafir.

Jawapan :-
-Kassim hanya merujuk terjemahan Al Quran oleh Rashad Khalifa.
- Perbandingkan rangkap ayat al-Qur’an yang diterjemahkan sebagai hujah oleh Rashad Khalifa dan terjemahannya yang sebenar. Perhatikan bagaimana beliau menukar ayat ( بما أنزل الله ) yang bermaksud dengan apa yang diturunkan oleh Allah sebagai Kitab Allah.
-Terjemahan Rashad Khalifa: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]

Terjemahan sebenar: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]

- Sudahlah jahil, taqlid pula, tetapi mengaku kebebasan berfikir.

  1. Rasulullah sendiri pernah melakukan kesilapan sehingga ditegur oleh Allah Subhanahu waTa’ala di dalam al-Qur’an. Ini bererti beliau adalah seorang yang tidak maksum dan sering berbuat silap sehingga tidak memungkinkan kita untuk mengikuti dan mentaatinya.

Jawapan :-
- Ungkapan kisah-kisah “kesilapan” Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di dalam ayat-ayat di atas tidaklah bertujuan menunjukkan bahawa baginda adalah seorang yang selalu silap dan tergelincir dalam lembah kesalahan tetapi adalah bagi menunjukkan bahawa baginda adalah seorang manusia pilihan Allah yang sentiasa dipelihara dan diawasi-Nya dari kesilapan dan kesalahan.

- Kesilapan Nabi idak digelar sebagai dosa. Antara kesilapan yang Al Quran maktubkan :
  • Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah mengasingkan diri daripada bersama para isterinya kerana tidak menyukai tindakan mereka yang berpakat antara satu sama lain membelakangi baginda.

  • Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah mengizinkan beberapa orang untuk tidak ikut sama berperang.

  • Dalam peristiwa Perang Badar, Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam membuat keputusan untuk membiarkan hidup beberapa tawanan perang.

  • Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah mengenepikan pertanyaan
  • seorang buta tentang Islam kerana terlalu memberi tumpuan mendakwah beberapa
  • pembesar Quraish.

  1. Hadis dilarang penulisannya sebagai bukti hadis bukan sumber syariat.
Jawapan: -
Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur’an, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.
-Hadis di atas tidaklah melarang penulisan hadis secara mutlak tetapi ia sebenarnya hanyalah melarangan penulisan hadis di atas kertas atau lembaran yang sama dengan al- Qur’an.

Sesetengah sahabat telah mencatit al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah di atas lembaran kertas yang sama, sebelah menyebelah dan waktu yang sama mencatit juga keterangan dan kaedah pengamalannya yang berupa hadis Rasulullah.

Baginda larang campur aduk tulisan.

Baginda beri kebenaran kepada penulis yang rapi dan tersusun seperti Abdullah Bin Amru.

Para `ulama’ Islam sepakat bahawa hadis tidak dibukukan pada zaman Rasulu Llah dan
Khulafa’u r-Rasyidin. Namun, hal ini tidak menafikan beberapa perkara asas bahawa:
1- Sunnah Nabi telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman nubuwwah
2- terdapat keharusan daripada Nabi untuk para sahabat menulis hadis
3- para sahabat menyimpan hadis dengan baik dalam ingatan mereka
4- terdapat beberapa sahifah yang ditulis oleh para sahabat yang mencatat hadis Nabi.

Para `ulama’, antaranya Khitabiy, Al-Khatib Al-Baghdadiy, Al-Qadhi `Iyadh, Al- Harawiy, Ar-Ramahurmuzi, As-Sayutiy, Ibnu Salah dan lain-lain telah menghuraikan dengan teliti dalam kitab-kitab mereka berkenaan pertikaian tentang larangan dan keharusan menulis hadis.

Beberapa sahifah yang wujud dan ditulis pada zaman Nabi membuktikan bahawa hadis
telah wujud pada zaman Nabi. Antara sahifah yang utama adalah:
1- Sahifah Sa`d bin `Ubadah Al-Ansariy
2- Sahifah Samurah bin Jundub
3- Sahifah Jabir bin `Abdi Llah (dikenali sebagai Sahifah As-Sadiqah)
4- Sahifah `Abdu Llah bin `Abbas
5- Sahifah `Abdu Llah bin `Amr bin `As
6- Sahifah Abu Hurayrah (diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih, dikenali
sebagai Sahifah As-Sahihah)

  1. Hadis dan sunnah hanya menjadi rujukan umat Islam setelah dipelopori oleh Imam Shafi’i kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah .

Jawapan:-
- Kata Kassim - sebelum tahun 200 hijrah umat Islam seluruhnya hanya merujuk kepada satu sumber – yakni al-Qur’anul Karim. Jika dakwaan ini adalah benar, kita bertanya – bagaimana mungkin seorang Imam bersama sebuah kitabnya berjaya mempengaruh dan menukar dasar agama dan rujukan ratusan ribu umat selama 200 tahun dari al-Qur’an sahaja kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah ?
- Sudah tentu ini mustahil mengingatkan budaya hidup dan peradaban umat ketika itu yang tidak memiliki sebarang kemudahan media cetak, elektronik dan multimedia. Lebih dari itu, pasti ratusan ribu umat Islam di saat itu akan bangkit membantah dan menolak konsep al- Qur’an dan sunnah Nabi secara besar-besaran.



  1. Imam Bukhari telah menapis sebanyak 600,000 buah hadis dan beliau hanya memilihi 9,000 yang sahih untuk dimuatkan dalam kitabnya Sahih Bukhari. Jumlah 600,000 ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya penciptaan hadis-hadis palsu secara besar-besaran di zaman awal Islam.

Jawapan:-
-Apabila dikatakan wujudnya 600,000 hadis, ia bukanlah bermaksud ada 600,000 sebutan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, tetapi adalah 600,000 jalan-jalan periwayatan hadis-hadis Rasulullah. Perlu diterangkan bahawa para tokoh hadis tidak mengira hadis menurut jumlah sebutan yang berasal dari Rasulullah tetapi adalah menurut jumlah jalan-jalan periwayatannnya. Jumlah jalan-jalan periwayatan hadis adalah sangat besar bilangannya kerana jumlah bilangan orang yang meriwayatkannya dari generasi ke generasi adalah banyak dan ia bertambah secara gandaan.


- Apabila dipilih 9,000 dari 600,000 jalan periwayatan hadis, tidaklah bererti bahawa baki 591,000 jalan periwayatan hadis yang disisih adalah terdiri daripada orangorang fasik yang sengaja berdusta dan mencipta hadis sesuka mereka. Syarat pilihan sesuatu hadis yang sahih adalah sangat tinggi lagi ketat.
- Wajib terdiri dari orang-orang yang kuat imannya, tinggi ketaqwaannya, berdisiplin dalam ilmu-ilmu agama, jujur, amanah, adil, berperibadi mulia, kuat ingatan atau tahu apa yang dicatitnya, faham akan maksud hadis yang dihafal atau ditulisnya, benar-benar menerima hadis dari mulut gurunya dan pelbagai lagi.

- Tidak semua orang yang meriwayatkan hadis dapat menepati syarat-syarat yang ketat ini


  1. Hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam banyak yang bercanggah dan berlawanan antara satu sama lain. Oleh itu adalah mustahil untuk merujuk dan menukil sesuatu hukum atau kefahaman dari hadis-hadis.


Ilmuan Islam telah menggariskan beberapa langkah dan kaedah seperti berikut:
[1] Memastikan bahawa antara dua hadis yang bercanggah setiap darinya memiliki status kekuatan yang sama. Jika yang bercanggah adalah antarahadis sahih dengan hadis daif, maka percanggah ditamatkan dengan mengambil hadis sahih sahaja. Jika kedua-dua hadis adalah sahih maka kaedah selanjutnya adalah:
[2] Mengkaji bilakah Rasulullah sebut hadis-hadis tersebut. Adakalanya dua hadis bercanggah antara satu sama lain kerana yang pertama disabdakan oleh Rasulullah di zaman awal Islam manakala yang kedua disabdakan beliau di zaman pertengahan atau akhir Islam. Hadis yang terakhir tersebut membatalkan hadis yang pertama. Hadis yang membatalkan disebut nasikh manakala hadis yang dibatalkan disebut mansukh.
Hikmah wujudnya nasikh dan mansukh adalah kerana Islam mendidik, mentarbiyah, membina dan membangun umatnya secara berperingkat-peringkat, tidak secara mendadak dan terburu-buru. Oleh itu ada ajaran Islam disyari’atkan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana umat, masyarakat dan kekuatan Islam di
ketika itu.

Sebelum seseorang membezakan antara hadis nasikh dan hadis mansukh wajib dia
mencari bukti dan petunjuk terlebih dahulu bahawa hadis yang awal tersebut (hadis
mansukh) telah benar-benar dibatalkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam
hadis yang terakhir (hadis nasikh).

[3] Kaedah ketiga adalah dengan mengkaji kepada siapakah sesuatu hadis itu ditujukan.
Kadang-kadang dua hadis nampak bercanggah kerana ia ditujukan oleh Rasulullah
kepada dua individu atau kumpulan yang berlainan.
Rasulullah sentiasa perhatikan kepada siapa dia mengajar dan dari siapa dia menerima soalan.
Dengan kebijaksanaan ini beliau dapat menjadi guru dan pemimpin yang bermanfaat
kepada semua lapisan masyarakat, sama ada yang tua atau muda, lelaki atau wanita, yang bijak atau yang jahil, yang baru memeluk Islam atau sudah lama dan seterusnya.

[4] Sebab percanggahan sesuatu hadis juga boleh “disuraikan” dengan mengkaji suasana dan keadaan sekeliling apabila sesuatu hadis disabdakan. Adakalanya wujud percanggahan kerana satu hadis disabdakan dalam suasana perang dan hadis yang lain pula dalam suasana damai. Boleh juga terjadi percanggahan antara hadis yang disabdakan
Rasulullah dalam khutbah kepada orang awam manakala ada hadis yang disabdakan dalam ceramah kecil yang dihadiri oleh beberapa sahabat senior. Dengan mengkaji perbezaan suasana dan keadaan sekelling, dapat difahami kenapa wujudnya percanggahan dan ditemui kefahaman yang sebenar.

[5] Sebab terakhir wujudnya percanggahan adalah kerana kurangnya fahaman kita sendiri sama ada dari sudut memahami bahasa Arab, perbandingan dengan hadis-hadis lain atau kefahaman kepada seluruh ruh dan tujuan syari’at. Bagi mengelak masalah ini hendaklah seseorang itu memahirkan diri dalam bahasa Arab dahulu. Kemudian apabila berhadapan dengan hadis yang bercanggah, hendaklah dicari semua hadis-hadis yang termasuk dalam bab yang dibincangkan kemudian digarap kefahaman darinya.

  1. Hadis tidak wujud pada zaman Rasulullah dan amalan sembahyang dan puasa sahabat adalah ikutan semata-mata perlakuan Nabi Allah Ibrahim.
Jawapan :-

  1. Hadis menipu kerana Rasulullah tidak tahu perkara ghaib.


Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah ! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). [an-Naml 27:65]

Jawapan : -
-ada perkara ghaib yang disampai kepada Rasulullah. Kassim baca kitab tidak habis.

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]


Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. [al-An’aam 6:50]

- Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri dan bukan juga berasal dari rekaan serta dustaan orang-orang selepas baginda. Ia sebenarnya berasal dari pengajaran dan wahyu yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu waTa’ala
kepada baginda.

  1. Istilah hudud dalam Al Quran adalah maksud sempadan sahaja. Konsep ini langsung tidak ada kena-mengena dengan hukuman. Ia merujuk kepada suatu undang-undang universal, iaitu dalam tiap-tiap perbuatan, manusia tidak boleh melampaui batasan undang-undang alamiah.

Jawapan :-
-Kassim memang jahil istilah bahasa arab.
-Al Quran jelaskan secara umum iaitu had. Makna hukuman itu sebagai had yang perlu dilaksanan 100% sama seperti Allah suruh tidak boleh lebih, tidak boleh kurang.
- Walaupun penggunaan kalimah “Hudud’ di dalam al-Quran itu tidak merujuk secara khusus kepada hukuman-hukuman bagi kesalahan Hudud dalam Undang-Undang Jenayah Islam, tetapi pengertian amnya merangkumi hukuman-hukuman tersebut.
- Pengertian kalimah “Hudud” dalam al-Quran berlegar antara makna “Batasan-batasan Syariat Allah” atau “Aturan-aturan hukum Allah”.[1] Tiada siapa dapat menafikan bahawa hukuman-hukuman yang termaktub di dalam al-Quran (dan juga as-Sunnah) bagi kesalahan zina, qazaf, mencuri, murtad dan sebagainya adalah merupakan “Aturan-aturan hukum Allah” dan perbuatan zina, qazaf, mencuri dan sebagainya (yang ditegah dalam undang-undang jenayah Hudud) merupakan “Batasan-batasan larangan dalam Syariat Allah”.

Kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Jenayah Hudud ada 7 iaitu;

Zina
Minum Arak
Qazaf (menuduh orang beriman melakukan zina)
Mencuri
Hirabah atau merompak
Murtad
Bughah (derhaka atau keluar memerangi pemerintah yang adil)

Dari 7 kesalahan di atas, empat darinya dinyatakan hukumannya oleh al-Quran, iaitu;

1. Zina (ayat 2, surah an-Nur)
2. Qazaf (ayat 4, surah an-Nur)
3. Mencuri (ayat 38, surah al-Maidah)
4. Hirabah (ayat 33-34, surah al-Maidah)

  1. Sistem kapitalis dan komunis adalah sesat dan melampau (hudud). Antara yang sesat dan salah adalah teokrasi seperti Arab Saudi dan Iran.

Jawapan :-
-Kassim jahil fiqh daulah tidak faham terminologi teokrasi.
-Teokrasi menjadikan Raja sebagai wakil Tuhan - konsep Hindu DevaRaja. Islam tidak mengiktiraf raja sebegitu tinggi.
-Dalam hukuman dan undang-undang Takzir dan Siasah Syariyyah membuktikan Islam menganjurkan manusia berfikir dan mengiktiraf keputusna manusia dalam hal ijtihadi.
- Negara Islam bukan beerti 100% hanya hal-hal nas tanpa ada ikhtiyari manusia.
-Kassim keliru pengamalan diktator atau monarki dengan konsep kerajaan Islam berasaskan syura/ulama sebagai penasihat.



Penguatkuasaan adalah langkah terbaik.

Fatwa-fatwa berkenaan pengharaman anti hadith adalah seperti berikut:
  • Johor (1.J.P.U.5191996),
  • Kelantan (3. NO.4040 (1996),
  • Melaka (2. No. 78 (1996),
  • Pahang (1. No. 720 (1996),
  • Perak (1. No. 139 (1996),
  • Pulau Pinang (7. No. 519 (1996),
  • Selangor (3. Sel. P.U.21 (1995)
  • Sel. P.U.46 (1995),
  • Wilayah Persekutuan (3. P.U.(B)51. (1996).1
  • Kedah mengisytiharkan (Rujukan: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa majlis Agama Islam Negeri Kedah 30 September 1995) bahawa:
    • Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku Hadis: satu Penilaian Semua, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu, Hadith Dalam Al-Qur’an, Bacaan, the Computer Speaks-God’s Message to the World atau risalah Iqra’ adalah MURTAD.
    • Mana-mana orang Islam adalah dilarang:
      • Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semua, Hadis: Jawapan kepada pengkritik, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu, Hadith dalam al-Qur’an, Bacaan, the Computer Speaks-God’s Message to the World atau Risalah Iqra’.
      • untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana kumpulan yang tersebut di dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.


Dari contoh fatwa di atas, boleh dirumuskan bahawa2:
  • Berpegang dengan ajaran yang terkandung dalam bahan-bahan anti hadith adalah murtad.
  • Orang Islam dilarang daripada mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam bahanbahan anti hadith
  • Orang Islam dilarang daripada mencetak, menerbitkan, memiliki, menyebarkan atau mengedarkan bahan-bahan anti hadith dalam apa-apa versi/variasi, terjemahan, publisiti (bercetak/elekronik)
  • Orang Islam dilarang daripada menganggota atau memimpin pertubuhan anti hadith.

Pemerhatian terhadap fatwa negeri Kedah di atas dan lain-lain negeri menjelaskan bahawa fatwa-fatwa tersebut amat terperinci bagi tujuan menangani ajaran yang menyeleweng yang bertentang dengan Islam.

Justeru difahami kenapa pihak berkuasa agama di peringkat pusat dan negeri berusaha bagi menangani, mengawal dan akhirnya mengharamkannya. Malangnya, fatwa-fatwa tersebut setakat yang diketahui tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Selepas pengeluaran fatwa dan kritikan daripada banyak pihak, Kassim Ahmad and JAM menyepi tetapi produktif. Idea dan pemikiran mereka seterusnya dimuatkan di beberapa tapak di Internet.

Walaupun diharam oleh fatwa, bahan bacaan anti Hadis bebas dibaca melalui laman sesawang tanpa ada yang sanggup mendakwa.



1 Rujukan 1: Hafiz Firdaus Abdullah, 20 Hujah Golongan Anti Hadis Dan Jawapannya. Rujukan 2: Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Kasim Ahmad: Hujah dan Kritikan Berkenaan Keraguan Terhadap Autentisiti Hadis.

2 Abdul Karim Ali, PENGUATKUASAAN FATWA PENGHARAMAN KARYA-KARYA ANTI HADITH DI MALAYSIA: SATU PENILAIAN ( Pensyarah di Jabatan Fiqh Dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.)

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)