KENYATAAN MEDIA 5 JUN 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
UMNO PERLU BERHENTI DARIPADA MENIPU RAKYAT DALAM ISU KOMUNIS AKAN
DATANG JIKA BERMARUAH
Dewan Pemuda PAS Kedah meneliti senario kempen ‘normalisasi’
antara Malaysia dengan China yang dihebah rancak melalui media massa
dengan teliti.
Media cetak juga tidak ketinggalan menyiar semula gambar-gambar
pertemuan antara Tun Razak dengan Mao Tze Tung pada tahun 1974 untuk
menampilkan betapa eratnya hubungan China dengan Malaysia.
Pelbagai sifir politik dibaca rakyat untuk menilai keadaan ini.
Daripada isu MH370 yang melibatkan rakyat China dan dunia mengetahui
bagaimana marahnya China dengan kenyataan-kenyataan pemimpin alaysia
sepanjang misi pencarian pesawat berkenaan. Sehinggalah isu 2 ekor
panda yang menampilkan kerajaan Malaysia dalam keadaan tertekan
sehingga sanggup menyewa 2 ekor panda dengan kos mencecah RM 73 juta.
China merupakan salah satu gergasi ekonomi dunia
hari ini. Jika abad ke-19 dikuasai oleh Empayar British, abad
ke-20 dikuasai oleh Amerika Syarikat, kini kita memasuki abad Asia
yang dikuasai oleh kebangkitan China dan mata wangnya. Demikian
tulis ahli ekonomi, Nouriel Roubini dalam “The Almighty Renminbi?”
yang diterbitkan oleh The New York Times pada Mei
2011.
Jika pada sekitar tahun 1960an Chia cuba bangkitkan ekonomi dan kuasa
industri melalui revolusi Kebudayaan yang mengorban jutaan nyawa
rakyatnya yang tidak cocok dengan gaya hidup komunisme, kini China
telah mengeksploitasi gaya ekonomi kapitalis yang diserap dalam faham
hidup sosialis proletariat. Ternyata komunisme mazhab China lebih
berkesan berbanding mazhab Lenin, Stalin dan Korea Utara. Lantaran
itu mereka mampu kekal dan berkembang.
Malaysia yang banyak bergantung dengan restu negara-negara besar
terpaksa juga menjalinkan hubungan erat dengan China komunis walaupun
jelas ia bertentangan dengan mazhab chauvinisme nasionalisme UMNO.
UMNO dilatih dan diasuh oleh British untuk memusuhi komunisme. Gerak
juang komunisme di China yang menekankan aspek gerila dan kekerasan
menjadikan PKM turut terbabit dengan gaya juang sebegitu.
Dendam para prajurit negara terhadap kekejaman PKM ada asasnya. Namun
ia bukan alasan mutlak untuk tidak mahu menilai isu hipokrasi dalam
bermuamalah dengan komunis.
Pada tahun 2012, Naib Presiden Umno, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Umno dalam sejarahnya
tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
Ucapan ini cukup mudah dipercayaai oleh golongan kampung kerana
mereka paling trauma dan cukup mudah diasuh memusuhi komunis secara
batang tubuh sehinggalah dibenci bayang-bayang komunis.
Mengaitkan sebarang entiti dengan komunis adaah cara paling mudah
UMNO untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap entiti berkenaan.
Misalnya pejuang memali pernah digelar komunis oleh media dan akhbar
sekitar tahun 1980an.
Apabila Tuan Haji Mohd sabu cuba membela Mat Indera yang bukan
berfahaman aqidah komunis sebaliknya hanya bergabung dengan gerila
komunis atas tujuan menentang polis yang bernaung dengan penjejah,
Mohd Sabu secara mudah dilabelkan sebagai pembela pengganas.
Malah abu Chin Peng juga dimusihi oleh rakyat yang berfahaman UMNO.
Sekitar 433 laporan polis dibuat seluruh negara pada tahun 2013 untuk
membantah keluarga Chin Peng memasukkan abu mayatnya ke Malaysia.
Ya, Chin peng yang enggan menerima pengampunan dan kembali ke
Malaysia pada tahun 1989 dianggap pengganas dan mamu mengguris luka
para pejuang prajurit tanahair.
Bagaimana pula dengan akhbar hari ini yang menyiar gambar Tun Razak
dengan Mao Tze Tung. Tahukah rakyat malaysia khususnya bergahaman
UMNO bahawa Mao adalah penjenayah kemanusiaan yang dahsyat? Tahukah
jutaan nyawa kaum Turkistan Timur Xingxiang dibunuh hanya kerana
mereka beragama Islam? Tahukah mereka kekejaman Mao terhadap
intelektual di China, pengamal bela diri Falun Gong yang dibunuh
kejam serta kekerasan yang masih berlarutan kepada rakyat yang enggan
mengakui cara hidup komunis?
Tahukah mereka bahawa Chin Peng dahulunya pernah bekerja dan berjuang
kerana Mao di China?
Begitu mudah UMNO menipu rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor pula berkata, salah satu kandungan dalam MoU
dengan China pada tahun 2013 ialah
penukaran pegawai parti untuk mempelajari pelaksanaan program
kedua-dua parti.
Adnan berkata, dalam perjanjian itu, Umno dan CPC bersetuju untuk
meningkatkan hubungan sosioekonomi antara China dan Malaysia.
Malah beliau juga menjsutifikasikan hubungan itu
dengan kononnya membezakan antara fahaman komunis dahulu dan
komunis yang terdapat di China sekarang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dasar
komunis kini sudah berubah. Komunis sekarang lebih terbuka dan
menjalinkan hubungan perdagangan dengan banyak negara luar. Ia
berlaku disebabkan peredaran dunia.
Tambah Adnan juga Malaysia bebas
menjalinkan diplomatik dengan mana-mana fahaman termasuk komunis.
Bagaimana pula dengan tudukan DAP komunis, Mat Sabu ejen komunis dan
sebagainya? Dalam pelbagai progra patriotik dan BTN umpamanya,
mengaitkan pembangkang dengan komunis adalah modul wajib UMNO.
Bagaimana pula dengan kenyataan Adnan berkenaan?
Pada tahun 2013 juga isu ini dibangkitkan. Khairi
Jamaludin sendiri telah menemplak Lim Guan Eng apabila Lim mengatakan
bahawa Pemuda BN hipokrit kerana menjalinkan hubungan dengan Liga
Pemuda Komunis China. Kata beliau dakwaan itu sebenarnya
menggambarkan Guan Eng tidak tahu membezakan antara komunis pelampau,
iaitu Parti Komunis Malaya yang kejam dan perjanjian bagi hubungan
diplomasi. Khairi juga berhujah bahawa tindakan
meterai perjanjian itu dengan kerajaan memerintah di negara China
sebagai hubungan diplomasi antara parti pemerintah di Malaysia dan
juga parti pemerintah di China.
Jika PKM pelampau, PKC adalah bapa pelampau kerana setiap detik minit
perjuangan PKM di Malaya, semuanya dihantar untuk demaskini di
Beijing. Malah rangka faham komuni yang anti agama masih kekal hingga
kini. Cuma penyokong UMNO sahaja yang tidak sedar hakikat ini kerana
terpaksa mengikuti mazhab faham pragmatisme UMNO.
Ketua
Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah