Wednesday, July 23, 2014

UMAT ISLAM PERLU POSITIF DENGAN TEGURAN MUHASABAH

UMAT ISLAM PERLU POSITIF DENGAN TEGURAN MUHASABAH
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)

Penulis mengikuti isu teguran sajian arak dan isu aurat bukan bermula hari ini malah sejak tahun 1990an lagi apabila teguran demi teguran isu arak dalam pesawat MAS diabaikan dengan alasan komersial. Isu ini bukan sahaja ditegur oleh Dr Asri, malah Dr Ridwan Tee, NGO-NGO Islam serta para ulama' berdekad lamanya.

Malah penulis cukup berbangga dengan kewujudan susuk hebat seperti Allayarham Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar yang telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengislamisasikan suasana kerja dan perniagaan dalam MAS.

Antara usaha murni beliau adalah:
  1. Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
  2. pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.


Saya agak terkejut dengan reaksi ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmad yang menyatakan rasa kesal beliau dengan kenyataan Pemuda PAS Kedah baru baru ini yang cuba membawa isu muhasabah ke arah bersyariat dalam MAS sejurus selepas nahas MH 17.

Malah usaha pemuda PAS mengajak pihak kerajaan Malaysia dan pihak MAS menilai semula teguran ramai pihak berkenaan penyediaan arak dalam pesawat serta isu aurat pramugarinya dianggap seperti bercakap di masa yang salah serta di tempat yang salah sedangkan rakyat kita yang bermain dengan media sosial tidak seterkilan beliau kerana isu ini juga dibahas meriah di dalam media sosial.

Ia bukan suatu kenyataan bernilai pukulan yang meresahkan keluarga mangsa kerana tiada unsur penghinaan atau isu mengabaikan perasaan keluarga mangsa dalam kenyataan Pemuda PAS Kedah yang disiar penuh dalam Malaysiakini dan Malaysia Insider. Kenyataan itu dimulakan dengan simpati terhadap keluarga mangsa dan haraapan agar usaha menyelamat berjalan dengan lancar. Cumanya diselitkan muhasabah kepada pihak MAS dan kerajaan agar melihat aspek agama dalam perlaksanaan industri berkenaan memandangkan MAS berada di dalam sebuah negara beragama rasmi Islam berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan muhasabah sebegitu sama sahaja dengan amalan umat Islam berkata , ‘bersabarlah dan takziah, ia adalah ujian atau kifarah kepada kesilapan lampau kita’. Umat Islam diajar selain mengucapkan takziah, kita juga diajar mengingatkan muhasabah kepada sesiapa yang ditimpa malapetaka dan musibah kerana itulah antara cara Allah menaikkan taraf umat islam atau menghapuskan dosa lampau. Itulah maksud muhasabah.

Cuma pada pandangan penulis, Nik Nazmi yang juga calon Ketua AMK itu hanya membaca ulasan ringkas Malaysiakini tanpa membaca tulisan penuh pemuda PAS dalam bahagian rencana. Sebelum beliau menilai sesuatu kenyataan itu sebagai kenyataan tak kena tempat, perhatikan nilai ungkapan dalam kenyataan tersebut, kepada siapa ditujukan, kesannya benarkah ia mengguris hati keluarga mangsa atau hanya memanaskan hati pihak yang pesemis dengan perlaksanaan syariah dalam perkhidmatan MAS.



Tidak rugi MAS hentikan hidangan arak

KENYATAAN MEDIA 21 JULAI 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Setiap rakyat Malaysia telah merakamkan kesedihan dan rasa terkejut dengan tragedi MH 17 yang ditembak jatuh pada pertengahan Ramadhan tahun ini. Dewan Pemuda PAS kedah juga turut melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa di dalam pesawat berkenaan serta ahli keluarga yang terlibat.

Selaku sayap utama sebuah Parti Islam yang berjuang atas landasan dakwah dan saling memperingati antara kita, Kami merasakan telah tiba masanya kerajaan Malaysia serta pihak pengurusan tertinggi MAS melihat permasahan yang menimpa MAS mutakhir ini dalam sudut pandang paling asas iaitu unusr ketuhanan dan kehambaan.

Apabila pada bulan Mac kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370 yang lesap begitu sahaja, kini pesawat MH 17 pula yang dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ samada pihak Rusia mahupu Ukraine yang tidak mengakui kesilapan menembak pesewat yang memuatkan lebih 200 penumpang awam.

Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbanag sebuah negara umat islam.

Dengan hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan, malah aspek aurat serta pakaian yang terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan leh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan Musabaqah Al Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum Al Quran. Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat Al Quran yang ddialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah.
Firman Allah,
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. "(QS Al-Baqarah 208)

Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab, Firman Allah,
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan ​​dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan.” (QS Al-Baqarah 85)

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong teguh kenyataan teguran Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkenaan jualan arak dalam pesawat MAS.

Pada Mac tahun ini juga beliau pernah menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH 370. Malah teguran itu adalah suara rakyat yang cintakan Islam.

Kerajaan juga perlu rasa malu dengan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais bahawa ajaran Kristian sendiri tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekaligus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS walaupun beliau mengakui masalah untuk pelaksanaan pemansuhan tersebut ialah kerana pesawat MAS tidak hanya dinaiki oleh penumpang dari Malaysia.

Jika benar kerajaan berhasrat bermuhasabah dan ingin meraih redha Allah semula, apa salahnya jika diadakan soal selidik dan kajian peratusan penumpang yang enggan menaiki pesawat MAS hanya kerana tiada jualan arak dan kerana paramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan DPPN Kedah

Saturday, July 12, 2014

DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA
DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
11 Julai 2014
Perkarangan masjid Padang Temusu

Kami yang menghadiri Solidariti Untuk Gaza pada hari ini di Masjid Padang Temusu bertarikh 11 Julai 2014 bertekad dan bersatu hati untuk bersama -sama mengutuk tindakan kejam dan zalim yang sedang di lakukan oleh regim Zionis di Gaza.


 Kami sebagai umat islam juga amat marah dan kesal dengan serangan yang seolah-olah sengaja dilakukan pada bulan Ramadhan, bulan di mana umat islam diuji dengan lapar dan dahaga. Ini jelas menunjukkan yahudi Laknatullah kekal sebagai bangsa biadab sepanjang peradaban manusia.

Kami ingin menjelaskan secara jelas kepada masyarakat bahawa kini Israel yang telah melancaran perang " Operation Protective Edge " dalam bulan Ramadhan tahun ini. Serangan udara yang tidak mengenal warga awam kini membunuh lebih angkat yang kian meningkat di kalangan orang rakyat Gaza dan mencedera ratusan orang.









Jika pada tahun 2012 Yahudi laknat ini juga telah melancarkan oeprasi Pillar Of Defense yang mengorbankan ramai pemimpin HAMAS kini hal yang sama cuba dilakukan.

Kami juga sedar dengan pengakuan jurucakap Rumah Putih Amerika Syarikat yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Israel itu menjadikan operasi penghapusan Muslim di Gaza akan berlaku dengan lebih lancar tanpa sekatan mana-mana pihak lagi.





Serangan ke atas Gaza dijangka akan berlarutan kerana Perdana Menteri Israel , Benjamin Natanyahu telah mengumumkan bahawa operasi Israel akan berterusan untuk menghapuskan Hamas .

Dengan semangat persaudaraan seAqidah dan semangat mempertahan negara yang memili Kiblat Pertama umat Islam ini kami menegaskan bahawa:

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya termasuk perumahan haram di tebing Barat.

2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBB serta mempertahankan diri mereka apabila kerap kali jumlah penculikan anak-anak Palestin semakin bertambah kian hari. Penculikan oleh regim Zionis ini seolah-olah mencabar kesabaran kita.

3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan selama ini di kalangan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4- Mengutuk PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar tambahan pula dengan okongan White House terhadap misi terkini Israel.

5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah dan jangan hanya khayal dengan Piala Dunia semata-mata.

6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk membantu Umat Islam di Gaza dan Tebing Barat.

7- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

8- Menggesa Parlimen Malaysia untuk membawa usul mengutuk tindakan Israel ini secara keras.


9- Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

Friday, July 11, 2014

Kenyataan Media DPPN Kedah - UGUTAN KERAJAAN KEDAH TARIK LESEN NIAGA PERLU RELEVAN DAN RASIONAL

 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
8 Julai 2014

UGUTAN KERAJAAN KEDAH  TARIK LESEN NIAGA PERLU RELEVAN DAN RASIONAL

Dewan pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merujuk kenyataan  oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim bahawa restoran atau premis perniagaan yang menjalankan operasi sebelum jam 3.00 petang sepanjang bulan ramadhan akan dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kedah.


1. DPPNK mengalu-alukan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Kedah bagi menghalang umat Islam daripada tidak berpuasa.

2. DPPNK merasakan pengecualian yang diberikan kepada sebuah restoran mamak di Kuah dan restoran makanan segera daripada termasuk di dalam larangan tersebuat adalah tidak rasional, memalukan dan menggelikan hati.

3. DPPNK ingin menasihatkan exco berkenaan agar berhati-hati mengeluarkan arahan agar tidak di pandang sinis dan menjadi bahan lawak oleh masyarakat. Arahan seperti itu hanya seolah-olah mewujudkan dua set undang-undang atau peraturan dalam negeri Kedah. Malah sudah ada komen dari Ketua Pemuda Gerakan yang merasa lucu dengan arahan tersebut.

4. Bagi DPPNK, pengecualian bagi restoren francais makanan segera yang dibenar beroperasi serta sebuah restoran mamak amat mengguris perasaan peniaga melayu Islam yang lain yang seolah-olah dipinggir oleh kerajaan negeri. Sekiranya mahu laksanakan undang-undang, laksanakanlah tanpa memilih bulu.

5. Bagi DPPNK adalah penting bagi kerajaan dilihat berwibawa dan adil. Laksanakan sahaja peraturan tanpa kira siapa. Ambil sahaja tindakan bagi yang melakukan kesalahan ataupun batalkan sahaja undang-undang tersebut.

6. DPPNK mendapati sudah ramai komen yang negatif yang dilontar oleh pelbagai pihak berhubung isu ini. Ramai yang tidak faham semakin tidak faham dengan peraturan pelik dan ajaib seperti ini. 

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan pemuda PAS Kedah

Monday, July 07, 2014

KENYATAAN MEDIA DPPN KEDAH 6 JULAI 2014 - PEMUDA PAS KEDAH SELAR KENYATAAN DR MASYITAH ISU PONDOK SARANG MILITAN


KENYATAAN MEDIA DPPN KEDAH
6 JULAI 2014

PEMUDA PAS KEDAH SELAR KENYATAAN DR MASYITAH ISU PONDOK SARANG MILITAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin UMNO Dr Masyitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikataka berpotensi menghasilkan pengganas militan. Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi. Kata beliau juga ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan ‘jihad’ yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Masyitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita.

Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Pemuda PAS Kedah ingin mengingatkan Dr Masyitah dan pemimpin UMNO yang antikan pondok bahawa institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Antaranya termasuk bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran UMNO sehinggakan beliau menegur UMNO dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu. Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang digunakan oleh UMNO itu adalah haram. Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini?

Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya. Pandangan Dr Masyitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

Ustaz Ahmad Tarmzi Bin Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah


Saturday, July 05, 2014

KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI

KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI.
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah


Rasanya tiada kutukan atau bantahan rasmi dibuat oleh kerajaan Malaysia apabila Kerajaan China yang secara berani cuba menghalang umat Islam Uighur untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Polisi pemerintah Cina, melalui Partai Komunis China (PKC) jelas melanggar Konvensyen Hak Asasi manusia (HAM) tentang kebebasan beragama.

Apalagi HAM itu sudah menjadi piagam PBB yang telah dterima oleh seluruh negara anggota PBB, termasuk Cina1.
Kerajaan China yang cukup antikan Islam sejak zaman berzaman ini tidak boleh menerapkan diskriminasi perkauman dan membatasi kebebasan beragama bagi penduduk minoritas Muslim di Cina, khususnya di Uighur, Xinjiang namun nasihat pelbagai negara bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Pada Ramadhan tahun ini bersempena bulan yang menguji umat Islam China, telah secara borong melabel semua umat Islam di Uighur sebagai kelompok pemberontak melawan pemerintah. Jika benar mereka pemberontak, mengapa disimpan lagi daerah Xinjiang? Pada pandangan penulis, ia suatu simbol demostrasi bahawa masih ada sample etnik yang engkar dengan fahaman komunisme di simpan untuk ditekan, diseksa sebagai pedoman kepada etnik lain agar terus tunduk dengan rejim zalim mereka.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mempersoal berkenaan Fiqh Dakwah yang gagal dikendalikan oleh kerajaan BN Malaysia.
Dalam hal demostrasi menekan umat Islam yang dilakukan oleh China, tidak adakah sedikit hasrat di pihak kerajaan untuk membuat bantahan baik secara rasmi atau kutukan melalui Parlimen? Pasti ramai yang faham. Kerajaan tidak akan berani tambah-tambah kerajaan kini terpaksa membela 2 ekor Panda untuk meraih perhatian China. Di dalam negara, ideologi komunisme dibantai hebat, hinggakan abu mayat Chin Peng pun ditakuti kerajaan dan penyokong juak UMNO, tetapi tubuh sebenar komunis yang antikan Islam di tanah besar China tidakpula berani ditegur.
Ini menunjukkan kegagalan BN dalam menyeimbangkan polisi luar kerajaan atas nama normalisasi, diplomasi serantau dengan penegasan prinsip dakwah dan siasah yang sebenarnya tiada dalam kamus kerajaan UMNO-BN.
DAP yang dituduh komunis oleh juak-juak peyokong UMNO pula bertindak proaktof mengecam tindakan kerajaan China yang melarang umat Islam negaranya menjalani ibadah puasa kerana ianya bertentangan dengan hak dan kebebasan beragama2.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan menghalang muslim di wilayah Xinjiang berpuasa pada bulan Ramadan ini sekaligus memaksa mereka untuk tidak melakukan salah satu rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi orang Islam.
Mengapa penulis katakan fiqh dakwah-siasah ini tiada dalam kamus kebijakan politik UMNO? Lihat kes seterusnya.


Halang bersedekah lambang kejahilan UMNO
Jika dahulu kenyataan bodoh UMNO berkenaan cawat besi untuk mengelak rogol, juga cadangan picagari percuma untuk penagih dadah mengelakkan HIV kini cadangan pemimpin kerajaan pula untuk menghukum pemberi sedekah.
Baru-baru ini di bulan Ramadhan juga isu berkenaan kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur menjadikan pakej jahil UMNO lengkap3!

Bukan sekadar jahil undang-undang iaitu seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah dan jelas idea ‘majnun’ ini amat bertentang dengan prinsip undang-undang common law Malaysia, malah ia juga jauh bertentangan dengan semangat yang diajar Islam.
Sudahlah hanya NGO yang diberati tanggungjawab membasmi gelandangan, malah ada pihak NGO yang sanggup bermandi embun untuk mengedar makanan demi makanan kepada gelandangan di kota-kota bear negara, pihak kerajaan yang angkuh tidak mahu turun padang ini tergamak cuba menyelesai masalah asasi manusia ini melalui tindakan mendenda. Dalam otak pemimpin UMNO mereka tidak tahu bagaimana perjalanan hidup si gelandangan, mengapa ia terjadi, implikasi jika pengemis dan gelandangan dihumun begitu, malah apa pula reaksi masyarakat Malasia yang terkenal dengan tradisi bersedekah apabila kerajaan UMNO yang dipimpin oleh kaum Melayu ini tergamak mengeluar idea sebegitu rupa?


Pemimpin UMNO tidak lihatkah hadis di bawah?
Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril ‘alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan pengutusan Jibril ‘alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan kerana kesan bertadarus al-Qur‘an dengan Jibril ‘alaihissalam). Adapun Jibril ‘alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril ‘alaihissalam) mengajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam al-Qur‘an (mentasme‘ dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup”. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadits ini, maksud “sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup” itu ialah betapa pantas dan ringannya tangan Baginda menghulurkan pemberian serta tidak putusnya limpahan kebajikan yang disalurkan oleh Baginda kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.


Juga hadis ini;
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dan ini;
Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)


Sedangkan si muallaf juga ada peruntukan zakat untuk melembutkan hati mereka dengan Islam, inikan pula si pengemis dan gelandangan yang bukan sahaja kurang makan dan tiada perlindungan malah mereka kurang dari aspek ilmu agama dan kefahaman agama. Bayangkan bagaimana mereka ingin menghadiri kuliah agama di majid dalam keadaan mereka begitu. Lantaran itu penulis menyatakan kemelesetan Fiqh Dakwah berlaku dalam UMNO.
Mengamuk halau Cina di pasar Ramadhan; UMNO buat malu Islam
Awal Julai, gempar apabila sekumpulan petugas yang memakai vest berlogo Umno menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluang atas alsan pihak YB berbangsa Cina ini tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan dianggap menceroboh kawasan bazar4.


Umat Islam yang ‘waras’ dengan cepat faham bahawa tidak pernah dinyatakan Pasar Ramadhan sebagai pasar ekslusif untuk kaum Islam sahaja. Inilah kejahilan UMNO dalam dakwah di mana ahli-ahli bawahan tidak diberi pendidikan Islam sewajarnya. Boleh dikatakan hampir 100% himpunan dan perjumpaan UMNO sarat dengan isu perkauman sehingga perkauman menjadi kiblat hidup mereka. Tidak kah mereka sedar dengan berinteraksi dengan baik terhadap kaum bukan Islam terutama daripada pemimpin kaum bukan Islam telah mengislamkan ribuan umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW? Mereka ingat Rasulullah berbangsa melayu agaknya.


Hebatnya UMNO adalah ketika berkuasa pun mereka menzalimi manusia apabila tiada kuasa pun (kalah Parlimen Kluang) mereka tetap mengamalkan cara hidup zalim dan tidak bertamadun.
UMNO tuduh pondok sarang militan.
Kes ketiga yang juga berlaku pada bulan Ramadhan adalah kenyataan liar pemimpin wanita UMNO berkenaan isu militan di pondok-pondok. Bekas Senator yang kini Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim cuba mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan. Malah beliau beranggapan pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan pondok mampu melahirkan kumpulan-kumpulan militan5.


Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap. Mungkinkah kenyataan Masyitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.


Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ketika itu. Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada track record baik kerajaan UMNO terhadap institusi pondok.


Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita. Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.
Pemimpin wanita kontroversi ini juga mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis. Bukankah ini juga menampilkan ulama’ wanita UMNO juga gering daripada aspek fiqh dakwah? Kenyataan liar sebegini menjauhkan umat Islam daripada Islam malah membatutkan hasrat pihak melayu elit tertentu yang mungkin berhasrat menghantar anak mereka ke pondok-pondok belajar agama.
Kegagalan seterusnya UMNO yang berfahaman Melayu ini juga ditersukan dengan sikap pemimpin parti ini yang terus mendiamkan diri dicelahan isu-isu penindasan umat islam serantau kian parah. Sepanjang Ramadhan ini juga beberapa isu kezaliamn terhadap Islam berlaku selain di China.
Misalnya tidak tersentuhkan pemimpin UMNO mendengar:
  1. Umat Islam di Assam India bersebelahan Myanmar kini juga sedang menghadapi penghapusan Etnik oleh Etnik Bodo. Sumber-sumber pemerintah India mengatakan para penyerang adalah anggota daripada Front Demokratik Nasional Bodoland (NDFB). Mereka telah menyerang umat Islam sebagai balasan kerana umat Islam bangkang calon mereka terhadap calon NDFB dalam pemilihan parlemen India. JAMAAT-e-Islami India telah mengecam keras pemerintah India yang tidak bertindak terhadap pembantaian terhadap umat Islam di negara bagian timur laut Assam. Etnik Bodo juga menganggap umat Islam Assam sebagai pelarian daripada Bangladesh6.
  2. Polisi Myanmar dilaporkan mengepung pemukiman Muslim Mandalay ratusan ekstrimis Budha yang membawa pisau, pedang dan bambu menjelajahi kota pada Jumaat (4/7/2014) dan membunuh dua orang pada awal pekan ini. Menurut angka rasmi, sekitar 240 orang telah maut dan lebih dari 140.000 menjadi pelarian sejak Jun 2012. Korban adalah kaum Muslim Rohingya ysekitar 5 persen dari populasi Myanmar. Kira-kira 300 ekstrimis Buddha berarak dengan kenderaan di Mandalay sambil menyebut mahu membunuh kaum Islam pada Jumaat itu.
  3. Di Sri Langka pula esktrimis etnik Sinhala Buddha dari kumpulan Bodu Bala Sane (BBS) sudah lama melancarkan kempen kebencian ke atas Muslimin di Sri Langka . kemungkinan adanya hubungan antara dua puak di dua negara ini (Myanmar-Sri Langka) yang mempunyai mesej dan mengembangkan sentimen yang sama . Mereka saling berkait dan mempunyai agenda yang sama . Menurut NGO MAPIM selepas delegasi ke India pulang baru -baru ini menyatakan mesej mereka seiringan iaitu kaum Muslimin adalah ancaman kepada agama Buddha. Operasi mensasar rumah , premis perniagaan dan masjid kaum Muslimin secara tidak bertulis sebagai dasar pihak keselamatan yang memberi laluan kepada militan Buddhis untuk melancarkan serangan kepada orang Islam dimana sahaja mereka ditemui. Bukan suatu kebetulan pada 16 hb Jun 2014 itu , insiden di Sri Langka yang menjadi serangan ganas yang mensasar kaum Muslimin termasuk menyerang premis rumah, perniagaan, sekolah dan masjid , begitu juga kejadian yang sama berlaku di Myanmar dimana 5 buah rumah kaum Muslimin dimusnahkan di desa Kone Zaung , bandar Pwint Phyu, kota Magwe, di Myanmar pada jam 8:30 pagi 16 hb Jun.
Inilah antara isu umat Islam yang menguji kesensitifan umat Islam serta kerajaan umat Islam seperti UMNO. Sekiranya bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan insiden menuduh pelajar pondok, menggelar umat Islam sebagai pengganas, diam dengan isu penindasan umat Islam, halang umat Islam bersedekah dan sebagainya ia jelas mencerminkan UMNO tidak memiliki langsung sisa fiqh ad dakwah yang dilaung-laungkan.


Bertam 5 Julai 2014
7 Ramadhan 1435 H



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)