KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG
RAMADHAN TAHUN INI.
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah
Rasanya tiada kutukan atau bantahan rasmi dibuat oleh
kerajaan Malaysia apabila Kerajaan China yang secara berani cuba
menghalang umat Islam Uighur untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Polisi
pemerintah Cina, melalui Partai Komunis China (PKC) jelas melanggar
Konvensyen Hak
Asasi
manusia (HAM) tentang kebebasan beragama.
Apalagi HAM itu sudah menjadi piagam PBB yang telah
dterima
oleh seluruh negara anggota PBB, termasuk Cina1.
Kerajaan China
yang cukup antikan Islam sejak zaman berzaman ini
tidak boleh menerapkan diskriminasi perkauman
dan membatasi kebebasan beragama bagi
penduduk minoritas Muslim di Cina, khususnya di Uighur, Xinjiang
namun nasihat pelbagai negara bagai masuk telinga kiri keluar telinga
kanan.
Pada Ramadhan tahun ini bersempena
bulan yang menguji umat Islam China, telah
secara borong melabel semua umat Islam di
Uighur sebagai kelompok pemberontak melawan pemerintah.
Jika benar mereka pemberontak, mengapa disimpan lagi daerah Xinjiang?
Pada pandangan penulis, ia suatu simbol demostrasi bahawa masih ada
sample etnik yang engkar dengan fahaman komunisme di simpan untuk
ditekan, diseksa sebagai pedoman kepada etnik lain agar terus tunduk
dengan rejim zalim mereka.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mempersoal
berkenaan Fiqh Dakwah yang gagal dikendalikan oleh kerajaan BN
Malaysia.
Dalam hal demostrasi menekan umat Islam yang dilakukan
oleh China, tidak adakah sedikit hasrat di pihak kerajaan untuk
membuat bantahan baik secara rasmi atau kutukan melalui Parlimen?
Pasti ramai yang faham. Kerajaan tidak akan berani tambah-tambah
kerajaan kini terpaksa membela 2 ekor Panda untuk meraih perhatian
China. Di dalam negara, ideologi komunisme dibantai hebat, hinggakan
abu mayat Chin Peng pun ditakuti kerajaan dan penyokong juak UMNO,
tetapi tubuh sebenar komunis yang antikan Islam di tanah besar China
tidakpula berani ditegur.
Ini menunjukkan kegagalan BN dalam menyeimbangkan polisi
luar kerajaan atas nama normalisasi, diplomasi serantau dengan
penegasan prinsip dakwah dan siasah yang sebenarnya tiada dalam kamus
kerajaan UMNO-BN.
DAP yang dituduh
komunis oleh juak-juak peyokong UMNO pula bertindak proaktof mengecam
tindakan kerajaan China yang melarang umat Islam negaranya menjalani
ibadah puasa kerana ianya bertentangan dengan hak dan kebebasan
beragama2.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan
menghalang muslim di wilayah Xinjiang berpuasa pada bulan Ramadan ini
sekaligus memaksa mereka untuk tidak melakukan salah satu rukun Islam
yang menjadi kewajipan bagi orang Islam.
Mengapa penulis katakan fiqh dakwah-siasah ini tiada
dalam kamus kebijakan politik UMNO? Lihat kes seterusnya.
Halang bersedekah lambang kejahilan UMNO
Jika dahulu kenyataan bodoh UMNO berkenaan cawat besi
untuk mengelak rogol, juga cadangan picagari percuma untuk penagih
dadah mengelakkan HIV kini cadangan pemimpin kerajaan pula untuk
menghukum pemberi sedekah.
Baru-baru ini di bulan Ramadhan juga
isu berkenaan kenyataan Tengku Adnan yang
bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada
pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur
menjadikan pakej jahil UMNO lengkap3!
Bukan sekadar jahil undang-undang
iaitu seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak
dibuktikan bersalah dan jelas idea ‘majnun’ ini
amat bertentang dengan prinsip undang-undang common
law Malaysia, malah ia juga jauh bertentangan dengan semangat yang
diajar Islam.
Sudahlah hanya NGO yang diberati tanggungjawab membasmi
gelandangan, malah ada pihak NGO yang sanggup bermandi embun untuk
mengedar makanan demi makanan kepada gelandangan di kota-kota bear
negara, pihak kerajaan yang angkuh tidak mahu turun padang ini
tergamak cuba menyelesai masalah asasi manusia ini melalui tindakan
mendenda. Dalam otak pemimpin UMNO mereka tidak tahu bagaimana
perjalanan hidup si gelandangan, mengapa ia terjadi, implikasi jika
pengemis dan gelandangan dihumun begitu, malah apa pula reaksi
masyarakat Malasia yang terkenal dengan tradisi bersedekah apabila
kerajaan UMNO yang dipimpin oleh kaum Melayu ini tergamak mengeluar
idea sebegitu rupa?
Pemimpin UMNO tidak lihatkah hadis di bawah?
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam merupakan manusia yang paling
pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan
ketika Baginda didatangi oleh Jibril
‘alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan
pengutusan Jibril ‘alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan
kerana kesan bertadarus al-Qur‘an dengan Jibril ‘alaihissalam).
Adapun Jibril ‘alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di
bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril ‘alaihissalam) mengajarkan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam al-Qur‘an (mentasme‘
dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
itu sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang
bertiup”.
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan
Muslim)
Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani ketika
mensyarahkan hadits ini, maksud “sangat pemurah dengan kebaikan
lebih daripada angin yang bertiup” itu ialah betapa pantas
dan ringannya tangan Baginda menghulurkan pemberian
serta tidak putusnya limpahan kebajikan yang disalurkan oleh Baginda
kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.
Juga hadis ini;
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya
seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu
antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti
(kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan
sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah
harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Dan ini;
Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas
(tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah
(tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah
memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya.
Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta)
Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia
tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.
(riwayat al-Bukhari)
Sedangkan si muallaf juga ada peruntukan zakat untuk
melembutkan hati mereka dengan Islam, inikan pula si pengemis dan
gelandangan yang bukan sahaja kurang makan dan tiada perlindungan
malah mereka kurang dari aspek ilmu agama dan kefahaman agama.
Bayangkan bagaimana mereka ingin menghadiri kuliah agama di majid
dalam keadaan mereka begitu. Lantaran itu penulis menyatakan
kemelesetan Fiqh Dakwah berlaku dalam UMNO.
Mengamuk halau Cina di pasar Ramadhan; UMNO buat
malu Islam
Awal Julai, gempar apabila sekumpulan
petugas yang memakai vest berlogo Umno menghalang dan menghalau
rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan
Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluang
atas alsan pihak YB berbangsa Cina ini tidak
memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan dianggap
menceroboh kawasan bazar4.
Umat Islam yang ‘waras’ dengan cepat faham bahawa
tidak pernah dinyatakan Pasar Ramadhan sebagai pasar ekslusif untuk
kaum Islam sahaja. Inilah kejahilan UMNO dalam dakwah di mana
ahli-ahli bawahan tidak diberi pendidikan Islam sewajarnya. Boleh
dikatakan hampir 100% himpunan dan perjumpaan UMNO sarat dengan isu
perkauman sehingga perkauman menjadi kiblat hidup mereka. Tidak kah
mereka sedar dengan berinteraksi dengan baik terhadap kaum bukan
Islam terutama daripada pemimpin kaum bukan Islam telah mengislamkan
ribuan umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW? Mereka ingat Rasulullah
berbangsa melayu agaknya.
Hebatnya UMNO adalah ketika berkuasa pun mereka
menzalimi manusia apabila tiada kuasa pun (kalah Parlimen Kluang)
mereka tetap mengamalkan cara hidup zalim dan tidak bertamadun.
UMNO tuduh pondok sarang militan.
Kes ketiga yang juga berlaku pada
bulan Ramadhan adalah kenyataan liar pemimpin wanita UMNO berkenaan
isu militan di pondok-pondok. Bekas Senator yang kini
Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr
Mashitah Ibrahim cuba
mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan
militan. Malah beliau
beranggapan pelajar pondok ini terlibat
dengan militan dan pondok
mampu melahirkan kumpulan-kumpulan
militan5.
Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang
sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti
dengan cara yang lengkap.
Mungkinkah kenyataan Masyitah ini sebagai tanda kemarahan beliau
terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau
menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.
Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian
Islam di Kedah tahun 2010
pernah sebulat suara menolak penyertaan
mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang
dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator
Dato’ Dr Mashitah Ibrahim
ketika itu. Semua anggotanya tidak pernah
memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan
para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik
memandangkan tiada track record baik kerajaan UMNO terhadap institusi
pondok.
Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup
bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam
masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu,
lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun
temurun mengganas dalam negara kita. Dengan berkempen senada dengan
White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan
termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.
Pemimpin wanita kontroversi ini juga
mencadangkan kerajaan menggubal
undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang
kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis.
Bukankah ini juga menampilkan ulama’ wanita UMNO juga gering
daripada aspek fiqh dakwah? Kenyataan liar sebegini menjauhkan umat
Islam daripada Islam malah membatutkan hasrat pihak melayu elit
tertentu yang mungkin berhasrat menghantar anak mereka ke
pondok-pondok belajar agama.
Kegagalan seterusnya UMNO yang berfahaman Melayu ini
juga ditersukan dengan sikap pemimpin parti ini yang terus mendiamkan
diri dicelahan isu-isu penindasan umat islam serantau kian parah.
Sepanjang Ramadhan ini juga beberapa isu kezaliamn terhadap Islam
berlaku selain di China.
Misalnya tidak tersentuhkan pemimpin UMNO mendengar:
- Umat Islam di Assam India bersebelahan Myanmar kini juga sedang menghadapi penghapusan Etnik oleh Etnik Bodo. Sumber-sumber pemerintah India mengatakan para penyerang adalah anggota daripada Front Demokratik Nasional Bodoland (NDFB). Mereka telah menyerang umat Islam sebagai balasan kerana umat Islam bangkang calon mereka terhadap calon NDFB dalam pemilihan parlemen India. JAMAAT-e-Islami India telah mengecam keras pemerintah India yang tidak bertindak terhadap pembantaian terhadap umat Islam di negara bagian timur laut Assam. Etnik Bodo juga menganggap umat Islam Assam sebagai pelarian daripada Bangladesh6.
- Polisi Myanmar dilaporkan mengepung pemukiman Muslim Mandalay ratusan ekstrimis Budha yang membawa pisau, pedang dan bambu menjelajahi kota pada Jumaat (4/7/2014) dan membunuh dua orang pada awal pekan ini. Menurut angka rasmi, sekitar 240 orang telah maut dan lebih dari 140.000 menjadi pelarian sejak Jun 2012. Korban adalah kaum Muslim Rohingya ysekitar 5 persen dari populasi Myanmar. Kira-kira 300 ekstrimis Buddha berarak dengan kenderaan di Mandalay sambil menyebut mahu membunuh kaum Islam pada Jumaat itu.
- Di Sri Langka pula esktrimis etnik Sinhala Buddha dari kumpulan Bodu Bala Sane (BBS) sudah lama melancarkan kempen kebencian ke atas Muslimin di Sri Langka . kemungkinan adanya hubungan antara dua puak di dua negara ini (Myanmar-Sri Langka) yang mempunyai mesej dan mengembangkan sentimen yang sama . Mereka saling berkait dan mempunyai agenda yang sama . Menurut NGO MAPIM selepas delegasi ke India pulang baru -baru ini menyatakan mesej mereka seiringan iaitu kaum Muslimin adalah ancaman kepada agama Buddha. Operasi mensasar rumah , premis perniagaan dan masjid kaum Muslimin secara tidak bertulis sebagai dasar pihak keselamatan yang memberi laluan kepada militan Buddhis untuk melancarkan serangan kepada orang Islam dimana sahaja mereka ditemui. Bukan suatu kebetulan pada 16 hb Jun 2014 itu , insiden di Sri Langka yang menjadi serangan ganas yang mensasar kaum Muslimin termasuk menyerang premis rumah, perniagaan, sekolah dan masjid , begitu juga kejadian yang sama berlaku di Myanmar dimana 5 buah rumah kaum Muslimin dimusnahkan di desa Kone Zaung , bandar Pwint Phyu, kota Magwe, di Myanmar pada jam 8:30 pagi 16 hb Jun.
Inilah antara isu umat Islam yang menguji kesensitifan
umat Islam serta kerajaan umat Islam seperti UMNO. Sekiranya bulan
Ramadhan ini dipenuhi dengan insiden menuduh pelajar pondok,
menggelar umat Islam sebagai pengganas, diam dengan isu penindasan
umat Islam, halang umat Islam bersedekah dan sebagainya ia jelas
mencerminkan UMNO tidak memiliki langsung sisa fiqh ad dakwah yang
dilaung-laungkan.
Bertam 5 Julai 2014
7 Ramadhan 1435 H
5
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/29436-pondok-militan-dewan-ulama-pas-sangkal-mashitah