Friday, July 11, 2014

Kenyataan Media DPPN Kedah - UGUTAN KERAJAAN KEDAH TARIK LESEN NIAGA PERLU RELEVAN DAN RASIONAL

 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
8 Julai 2014

UGUTAN KERAJAAN KEDAH  TARIK LESEN NIAGA PERLU RELEVAN DAN RASIONAL

Dewan pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merujuk kenyataan  oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim bahawa restoran atau premis perniagaan yang menjalankan operasi sebelum jam 3.00 petang sepanjang bulan ramadhan akan dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kedah.


1. DPPNK mengalu-alukan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Kedah bagi menghalang umat Islam daripada tidak berpuasa.

2. DPPNK merasakan pengecualian yang diberikan kepada sebuah restoran mamak di Kuah dan restoran makanan segera daripada termasuk di dalam larangan tersebuat adalah tidak rasional, memalukan dan menggelikan hati.

3. DPPNK ingin menasihatkan exco berkenaan agar berhati-hati mengeluarkan arahan agar tidak di pandang sinis dan menjadi bahan lawak oleh masyarakat. Arahan seperti itu hanya seolah-olah mewujudkan dua set undang-undang atau peraturan dalam negeri Kedah. Malah sudah ada komen dari Ketua Pemuda Gerakan yang merasa lucu dengan arahan tersebut.

4. Bagi DPPNK, pengecualian bagi restoren francais makanan segera yang dibenar beroperasi serta sebuah restoran mamak amat mengguris perasaan peniaga melayu Islam yang lain yang seolah-olah dipinggir oleh kerajaan negeri. Sekiranya mahu laksanakan undang-undang, laksanakanlah tanpa memilih bulu.

5. Bagi DPPNK adalah penting bagi kerajaan dilihat berwibawa dan adil. Laksanakan sahaja peraturan tanpa kira siapa. Ambil sahaja tindakan bagi yang melakukan kesalahan ataupun batalkan sahaja undang-undang tersebut.

6. DPPNK mendapati sudah ramai komen yang negatif yang dilontar oleh pelbagai pihak berhubung isu ini. Ramai yang tidak faham semakin tidak faham dengan peraturan pelik dan ajaib seperti ini. 

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan pemuda PAS Kedah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)