Tuesday, December 23, 2014

kenyataan media- KERAJAAN MALAYSIA DIDESAK TUNJUK SOKONGAN MENENTANG KEZALIMAN TERHADAP AL QARADHAWI



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
23 DISEMBER 2013

KERAJAAN MALAYSIA DIDESAK TUNJUK SOKONGAN MENENTANG KEZALIMAN TERHADAP AL QARADHAWI

Dewan Pemuda PAS Kedah mendesak kerajaan Malaysia agar menyatakan pendirian tegas membela tohmahan dan siri baru kekerasan terhadap ulama tersohor dunia Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi yang baru dikeluarkan notis merah oleh INTERPOL pada 4 Disember 2014.

Tindakan notis yang bertujuan untuk menahan Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia ini adalah merupakan salah satu agenda Kerajaan Regim As Sisi Mesir terhadap inspirasi besar Ikhwanul Muslimin.

Tidak hairan jika regim zalim di mesir memusuhi Al Qaradhawi kerana ulama’ ini sememangnya diharamkan daripada menjejakkan kaki ke Mesir apabila keilmuan besar beliau berjaya menyuntik semnagat gerakan Isla IKhwan yang menggunakan jalan demokrasi dalam berdakwah.

Tindakan Regim As Sisi meletakkan pertuduhan “ merestui, menghasut, dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri” adalah satu tidakan gila yang paling tidak masuk akal bagi seorang ulama’ yang mencecah usia 88 tahun. Vandalisme dan mencuri umpamanya adalah pertuduhan yang cukup cela dikenakan kepada tokoh Maal Hijrah Malaysia ini.

Kami berharap janganlah selepas Persidnagan UMNO yang cukup ghairah menyokong Akta Hasutan menjadikan kerajaan mengiyakan tuduhan Mesir terhadap ulama rujukan dunia ini yang dituduh sebagai penghasut.

Justeru jika menceritakan kebenaran itu sebagai hasutan, maka tiada perlunya wujud ulama’ yang mengajar masyarakat.

Dewan pemuda PAS Kedah juga menyokong pandangan Presiden MAPIM Hj Mohd Azmi Abd Hamid sebelum ini bahawa tindakan INTERPOL kelihatan bias, cenderung kepada regim As Sisi walaupun regim itu sedang disiasat dan dipantau oleh banyak badan hak asasi yang menyaksikan kezaliman, penipuan dan kerosakan yang dibuat oleh kerajaan Mesir terhadap musuh politiknya. Tidakan INTERPOL yang bias serta melulu menerima arahan Mesir seolah-olah mencabul Artikel (3) Perlembagaan Interpol yang melarang INTERPOL mengambil tindakan yang bersifat politik, militari, agama atau perkauman.

Dunia menyaksikan betapa regim As Sisi tajaan Barat biar sejauh mana bertentangan dengan demokrasi ciptaan Barat ia akan didiamkan kerana itulah cara Amerika dan sekutunya, demokrasi hanya untuk mereka, negara umat islam dibiarkan tenggelam dalam arus totalitarian dan autokrasi.

Tunjukkan semnagat wasatiyyah yang benar, sikap ekstrim Mesir dan INTERPOL pelru ditegur oleh kerajaan Malaysia jika benar moderat dan wasatiyyah jadi pegangan. Kini Wasatiyyah hanya sekadar konsep demi melunakkan agenda dakwah, keagamaan, sebaliknya kekerasan terhadap ulama’ dan umat Islam tidak pula diwasatiyyahkan.

Ahmad Tirmizi Sulaiman

Ketua Penerangan DPPN Kedah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)