Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, December 14, 2014

Konvoi Ziarah Pondok Ustaz Sidek : suntik cintakan ilmu dan ulama’ dikalangan anak muda


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

BERUAS - 14 Disember 2014

Seramai 30 anak muda dikalangan UNit Amal Sungai Petani dengan kerjasama Belia Sejahtera Sungai Peani telah menyertai Konvoi & Ziarah Amal ke Pondok Tuan Guru Sidek Noor di Beruas semalam.

Program yang bermula pada 12 Disember pada hari Jumaat dan berakhir pada 13 Dec 2014 sebenarnya bertujuan untuk mengeratkn kerjasama antara ahli-ahli Unit Amal dgn masyarakat dan memandangkan Ustaz Sidek adalah natara guru yang kerap hadir ke Sungai Petani, pihak Unit Amal dan Belia Sejahtera mengambil inisiatif untuk berbakti di pondok beliau.

Ia juga bertujuan mendedahkan kepada anak muda kehebatan institusi pendidikan islam tradisional yang paling ama kekal di Malaysia yang telah menghasilan ribuah tokoh pekjuang bangsa, kemerdekaan, keilmuan dan pemimpin tempatan.

Pihak anak muda ini juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1840 hasil sumbangan masjid antaranya Masjid Bakar Arang, Masjid Padang Temusu, Masjid Kariah Matang Berangan dan Masjid Kpg Raja

Selain berqiamulail, berzikir dan mendengar kuliah Subuh khas oleh Ustaz Sidek Nor, para anak muda ini telah menyumbang tenaga memasang 5 buah awning pada pondok jemaah muslimat yang selalu terkena tempias air hujan. Mereka juga mengecat bangunan 2 tigkat asrama pelajar tahfiz serta membersihkn kawasan persekitaran pondok.




Ustaz Sidek selaku mudir Madrasahnya sendiri telah merakamkan perhargaan atas sumbangan ahli Amal. Beliau juga menjemput untuk belajar di pondok berkenaan dan rata-rata pelajar dalam tempoh 5 tahun jika tekun mampu untuk menjadi daie (pendakwah) dan mampu mengajar kitab-kitab thurat (lama) kepada masyarakat malah pengajian disediakan secara percuma sahaja.


Semoga program sebegini mampu menghasilkan generasi ilmu, generasi yang sedia berbakti kepada institusi keilmuan Islam agar kerja buat ini berterusan sehingga hari kiamat.






PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)