Perubahan trend dan sikap dalam setiap kali pilihanraya negara berdemokrasi adalah suatu yang PERLU dan normal. Semangat demokrasi juga membenarkan setiap pihak untuk bersuara dalam membina kondisi seimbang dimana kondisi ini semestinya bertujuan menjurus ke arah kebaikan dan keadilan setiap komponen masyarakat dalam setiap strata.
Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, keputusannya telah banyak memberi trauma dan kejutan bagi golongan ‘lama’ tertentu yang cukup nostalgis dan sentimental dengan track pemerintahan BN dan persejarahan merdeka yang UMNO terajui. Bagi saya UMNO haya menutup tiraai perjuangan Merdeka dan bukannya semata-mata dalam perjuangan merdeka yang dimula sejak peperangan tahun 1511 dahulu.
Tan Sri Aisyah Abdul Ghani tokoh wanita UMNO yang signifikan juga dengan sejarah perjuangan kemerdekaan telah meluahkan rasa kesal dan terkejut beliau (Dalam Majalah Mastika Mei 2008) dengan ‘darah muda’ anak muda hari ini yang dikatakan terlalu ‘gopoh’ menghukum BN dalam PRU ke 12 baru-baru ini. Beliau berpendapat bahawa BN dan UMNO telah lama memiliki track record memerintah dan segala kemajuan hari ini dicapai setelah UMNO menghiasi pengisian kemerdekaan.
Pada saya, golongan veteren ada alasan tersendiri dalam menilai segala isu negara memandangkan usia mereka yang pernah menjengah saat-saat kritikal negara memperjuang erti pembebasan. Akan tetapi perlu diketahui bahawa negara ini bukanlah sebuah negara MONARKI-MONOPOLI-MUTLAK yang mengongkong rakyat untuk menilai pihak yang layak memerintah negara.
Mengapa diluluskan pendaftaran parti selain BN dan komponennya jika;
1. dikatakan hanya UMNO dan BN yang layak memerintah.
2. dipertikaikan kemampuan parti Pakatan Rakyat untuk memerintah hnya kerana usia pemerintahan mereka masih singkat (dan bukankah PAS seangkatan dengan usia UMNO dan ada track record pemerintahan yang jelas?)
3. Dikatakan bahawa keresahan dan ketidakseimbangan sosial akan berlaku jika bukan BN memerintah.
4. Jika taktik kempen berat sebelah dilakukan dalam PRU sejak era Tunku lagi.
5. Jika ingin berasa sedih apabila negeri ini diperintah selain BN. Bukankah PKR, PAS dan DAP juga rakyat tempatan? Mereka bukan buruh asing atau agen USA dan Yahudi !
Individu matang seperti Tan Sri Aisyah tidak sepatutnya kesal dan melahirkan ‘kesedihannya’ yang seolah memperkecilkan undang-undang negara yang memperuntukkan demokrasi berpeilihanraya di Malaysia, di mana pengiktirafan wajar diberi kepada pihak yang menang secara sah. Jika beliau ingin mengungkit jasa Tunku dalam perjuangan merdeka, bagi saya Tunku juga memiliki rekod kezaliman seperti yang dilakukan terhadap Pak Said Zahari dahulu. Bukankah Tunku pernah memenjarakan dan menyeksa Dr Burhanuddin al Helmi yang diktiraf sebagai ahli Parlimen dan merupakan antara penggubal Perlembagaan Kebangsaan pertama pada 1946. Adakah rekod kezaliman ini tidak dipandang oleh individu ‘pejuang’ seperti Tan Sri Aisyah.
Janganlah menghilangkan rasa hormat orang muda terhadap veteren negarawan dengan hanya luahan emosi seperti itu.
Peralihan dan transaksi kuasa di negara maju lain adalah lumrah biasa dan berlaku tanpa huru hara. Sikap skeptikal, spekulasi, dan mengembar-gembur isu perkauman dan isu huru-hara setiap kali kekalahan berlaku hanya menonjolkan kemunduran minda orang Melayu dan kedangkalan pemikiran pemimpin Melayu. Masyarakat antarabangsa mentertawakan kita yang dikatakan maju dan berminda kelas pertama. Di saat dunia bergelumang dengan era siber yang kompetetif, kita masih berbicara isu kaum, isu sentimental dengan sejarah merdeka yang semua ini membunuh daya intelektual dan runag minda anak muda negara ini. Ironinya, pemimpin kitalah yang banyak bertempik hal minda kelas pertama, isu kompetetif dunia ICT dan sebagainya. Pemimpin kita yang mencorak sistem demokrasi berparlimen, dan kini mereka yang sedih dengan apa yang diusahakan mereka….Anak muda perlu terus progresif dan maju ke hadapan, tanpa melupakan erti sejarah dan perjuangan retro.

No comments:
Post a Comment