Monday, May 05, 2008

Netizen..teruskan berjuang

Pejuang media dan siber diingatkan jangan serik perjuang kebebasan media
Wan Nordin Wan Yaacob Sun May 04, 08 10:31:39 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun, justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. -->-->
Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataanya mengenai sambutan hari kebebasan akhbar yang disambut semalam (3 Mei).
Ujar Dr Wan Azizah, kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3 Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.
Satu badan kajian antarabangsa; 'Freedom House' baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar.
Menurutnya, ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.
Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihan raya ke 12 yang lalu, katanya.
Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk 'Tsunami Politik' lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional, katanya.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya, katanya.
Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa, katanya.
Kerajaan BN seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan, katanya.
"Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut, "tegas beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Justeru KeADILan menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus.
Sehubungan itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman.
Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban, ujar Wan Azizah.
"Akhirnya, saya mewakili seluruh ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media.
"Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang. Selamat Maju Jaya," katanya./wann

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)