Sunday, May 11, 2008

Siasatan yang mencurigakan


SIASATAN YANG MENCURIGAKAN?

Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan klip Video Lingam dilaporkan telah selamat dihantar kepada Yang Dipertuan Agong untuk tindakan lanjut. Aliran Monthly Vol 28 no.2 menyatakan bahawa Suruhanjaya ini hanya berjalan selama 3 bulan dan rujukan serta perjalannyan dilaksanakan dengan penuh rahsia dan tidak terbuka.

Hanya 16 individu dipanggil untuk saksi siasatan serta ramai yang menawarkan diri untuk memberi keterangan ditolak begitu sahaja.

Dalam Suruhanjaya Sufian yang mengkaji berkaitan Gaji untuk Pekerja Kerajaan pada sekitar 1960 telah mengambil masa selama 2 tahun serta melibatkan 400 individu.

Suruhanjaya Harun pada siasatan Gaji dan Kondisi Perkhidmatan dalam Kerajaan Tempatan telah mengambil masa leih 2 tahun serta melibatkan ratusan individu sebagai rujukan.

Ada yang berkata, ‘itu dulu..zaman 60an memang lah internet tak ada !’. Tetapi cuba bayangkan jika siasatan yang tidak kritikal yang hanya menyiasat kes gaji dan syarat perkhidmatan telah melibatkan ratusan saksi dan rujukan, dilakukan berhati-hati dan telus, bagaimana pula kes Klip Linggam yang jelas memperolok-olokkan sistem perundangan da kehakiman negara ini. Memang jelaslah desas-desus kini berkata, punca kejatuhan Bursa Saham Malaysia yang jatuh sebanyak 40% kepada RM42.07 bukan disebabkan kemenangan besar parti pembangkang, sebaliknya ketelusan dan integriti kehakiman, kepimpinan dan urusnegara yang diterajui oleh BN telah runtuh da jelas di mata dunia.

Lihat komentar DYMM Sultan Azlan Shah pada Konferen Undang-undang Malaysia (29 Oktober 2007)

“ In matters concerning the judiciary, it is the public peception of the judiciary that ultimately matters. A judiciary loses its value and service to the community if there is no public confidence in its decision making. In this regard, the principal quality a judiciary must possess is ‘impartially’.


Bukan untuk mempersoal, sekadar curiga dan inginkan ketelusan….

Pendita Bitara

klip penuh (dialog) VK Lingam (klik alamat dibawah)

http://www.keadilanrakyat.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=456

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)