Sunday, May 03, 2009

Mesyuarat dengan cawangan PAS Pengkalan Gate

Ini mesyuarat pertama saya dengan PAS cawangan di Pengkalan Gate. Rasa gembira bila proses pertukaran kawasan dan cawangan berjalan dengan lancar. Pakcik-pakcik ni semangat dan istiqamah walaupun cawangan ni ramai orang tua yang menggerakkannya. Nanti saya boleh menTERASkan mereka dengan aktiviti NGO seperti TERAS pula. Apapun saya dah ada kariah di sini. Boleh berkuliah, bersolat bersama mereka kerana tempat saya tinggal sekarang kawasan Cina.Tiada rasa berkariah seperti di kampung-kampung lain. Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengar dari mesyuarat mereka ialah 'tamrin qiyadi'. Wow..patut PAS Perak kuat.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Pas cawangan Pengkalan Gate




No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)