Monday, May 18, 2009

Terima sajak Pak Salleh

Saya baru terima satu sampul surat tebal yang tertulis nama saya dan Jawatan Setiausaha TERAS Perak. Saya tidak terfikir siapa yang ingin memberi saya surat kerana baru sahaja saya memegang jawatan berkenaan.

Bila buka baru saya tahu saya menerima satu set sajak-sajak yang dikarang oleh Pak Salleh atau lebih dikenali sebagai HMS Abu Bakar. Beliau sering menyumbang sajak ke Harakah dan Siasah.

Beliau pernah amanahkan saya untuk sebar luaskan sajak beliau selagi beliau hidup dan mampu bersajak. Jadi mulai sekarang blog Landskapsiasah ini akan diselangi dengan sajak-sajak Pak Salleh iaitu bekas Setiausaha Dewan Negara.

Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)