Sunday, May 03, 2009

Seminar Muzakarah Fatwa Isu Aqidah Kontemporari


Saya diminta oleh Jamaiy Perak serta TERAS Perak untuk menjadi wakil ke Muzakarah Fatwa Isu Aqidah Kontemporari anjuran Jabatan Agama Islam Perak, INTIM serta INFAD (Institut Pengumpulan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia) USIM. Muzakarah ini adalah peringkat negeri Perak dan merupakan salah satu usaha Institut Tadbir Agama Islam (INTIM) Perak dengan kerjasama INFAD untuk menyebar luaskan kefahaman berkaitan kesimpulan fatwa-fatwa terkini yang telah dibuat. Selain saya, Saudara Nazri, Tarmizi dan Haji Zamanhuri juga hadir sebagai wakil Jamaiy Perak.

Pada asasnya muzakarah ini adalah suatu usaha yang bernilai serta menjadi medium untuk menyebar luaskan keputusan mufti dan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kepada masyarakat di pelbagai peringkat. Adalah suatu perkara yang murni andai usaha sebegini dilakukan juga oleh kerajaan negeri yang lain.

Saya amat tertarik dengan penyampaian idea mutaghayyirat Islam dalam beberapa segi dan aspek terutama apabila melibatkan fiqh yang tidak konsensus serta boleh diperdebatkan untuk maslahah umum. Isu seperti golongan bukan Islam boleh menyentuh dan membaca Al Quran untuk maslahah dakwah, isu muzik, isu menjawab salam bukan Islam dan sebagainya disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengarah JAIPk sendiri.

Fatwa dan keputusan mufti berkaitan isu yoga dan penggunaan istilah Allah oleh mana-mana gerakan missionary bukan Islam turut diperdengarkan.

Saya ada memberi cadangan dan lontaran agar pihak INFAD serta JAIPk bersaing dalam media utama negara baik dari segi media cetak mahupun elektronik. Media yang dimanipulasikan oleh golongan yang skeptikal dan prejudis dengan Islam perlu dipandang berat oleh pihak INFAD untuk mendapatkan kesan efektif dalam mendidik masyarakat agar faham dan tahu fungsi fatwa. Bukan sekadar menggunakan media dan merancakkan media cetak, INFAD serta INTIM perlu juga memiliki tenaga progressivism untuk berdialog dakwah bersama kelompok 'human right' dan liberal agar isu hebahan dangkal mereka berkaitan isu fatwa boleh terjawab. Berdepan sendiri dengan kelompok ini adalah suatu usaha aktif yang perlu dijalankan malah di negara ini, pandangan ulama kadangkala terpencil akibat modus operandi yang pasif.

Saya melaporkan lontaran idea berkenaan kepada Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS. Beliau mengingatkan saya agar menulis surat kepada Dr Zulkifli Bakri (Timbalan Pengarah INFAD USIM) agar mereka mengambil tindakan susulan untuk merealisasikan isu muzakarah berkenaan. Insya Allah akan disiapkan dan akan dihantar kepada pihak INFAD. Malah kerjasama baik serta program bersama di lapangan boleh dilakukan antara INFAD dan TERAS untuk memaksimakan kesannya kepada masyarakat akar umbi.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media Jamaiy Perak
Setiausaha Teras Perak

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)