Saturday, May 29, 2010

Dinsman perlu terus menjadi hub andara budayawan dan PAS

Dinsman perlu terus menjadi hub andara budayawan dan PAS

Budaya dan seni adalah perkara yang wajib disantuni oleh PAS secara semulajadi dan optimis. Saya rasa terdetik hati untuk menulis khusus kepada Saudara Dinsman dan umumnya kepada rakyat Malaysia betapa perlunya kesungguhan PAS untuk mendekati golongan budayawan baik yang tersenarai sebagai budayawan profesional mahupun yang terpinggir di celahan komuniti rakyat Malaysia.

Saya melihat, Saudara Dinsman adalah individu terbaik untuk terus menerajui PAS untuk mendekati budayawan serta seniman tanpa membataskan jenis seni atau hanya mensyaratkan nilai keislaman semata-mata.

PAS memiliki ‘competetive advantage’ apabila karsimatik, keadilan dan akhlak Tuan Guru yang ada dalam Pas berjaya menaut hati para artis seperti Ringgo, Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi suatu ketika dahulu. Nilai penyampaian Islam secara tadarruj (gradually) malah mengulang kembali seni dakwah HAMKA di Indonesia, PAS kini berjaya mendekatkan jarak antara artis dan tubuh PAS itu sendiri.

Saya melihat juga PAS belum berjaya memahamkan setiap lajnahnya untuk mengambil sudut kehidupan masyarakat sebagai sasaran pendekatan, sebagai contoh belia dan remaja, malahan golongan emas amat rapat dengans eni dan hiburan. Jika di Indonesia telah ada kumpulan rock yang mendendangkan lagu dakwah yang secara telus memerangi rasuah dan korupsi, bagaimana pula dengan Malaysia. PAS perlu menilai juga jika ingin mengambil nasyid dengan teras utama budaya dan hiburan cara PAS, kerana nasyid di Malaysia hampir 100% kini memperjuangkan konseptual Islam, cinta dan falsafah yang kurang praktikal. Mungkin PAS boleh meneliti lirik-lirik lagu kumpulan BPR seperti lirik silaturahim, maghrib dan dajal untuk melihat lirik yang telus dan straight to the point. Lihat juga lagu Wings bertajuk Sekeping Kertas Bermaruah iaitu agenda menentang rasuah dan nilai kebendaan dalam sosial kita hari ini.

Disebabkan pemuda dan muslimat PAS rata-rata adalah kader daripada kampus pengajian Islam, Timur Tengah dan pondok, kadangkala kita terlalu mengaut budaya arab ke dalam perjuangan budaya dan seni PAS. Sebagai contoh kita masih mensinonimkan nasyid ala arab sebagai seni melayu kerana telah berdekad seni ini diterima dalam kosmo buana hidup melayu.

Kita lupa hiburan yang mencerminkan budaya asal kaum Melayu seperti Gamelan, Cak Lempong, Hadrah, Dikir Barat dan Ghazal. Ya, hiburan ini rata-ratanya belum diislamisasikan lagi seperti mana hidangan nasyid konvensional yang lebih selesa dengan ahli PAS.

Hakikarnya golongan veteran dan malah anak muda juga masih ramai yang memegang budaya ini iaitu seni asal orang melayu yang mana PAS masih gagal untuk mementasnya tanpa canggung dan ragu. Inilah kerja buat yang perlu dibuat, kerana pakej pentadbiran Islam bukan sekadar memandang parlimen dan eksekutif, malah menelusuri norma dan kehidupan asasi masyarakat Malaysia.

Saya lihat ada jalinan antara budaya semasa persembahan 3 kaum Citrawarna yang dipersembahkan oleh DHPP Selangor semasa perlncaran DHPP di Klang 23 Mei yang lalu, namun masih ada kekurangan memandangkan mereka bukan dibayar gaji untuk buat persembahan untuk PAS. Mereka dilatih secara ala kadar kerana PAS bukan parti rasuah.

Namun ia juga masih mengambarkan PAS masih belum mengkaji budaya melayu itu sendiri apabila mempersembahkan nasyid ala arab dalam persembahan wakil melayu. Hal ini jelas kerana kelompok nasyid adalah kelompok paling akrab dengan PAS dan mudah sahaja untuk PAS mendapat khidmat penasyid berbanding dengan kelompok zapin, Gamelan, Ghazal dan cak lengpong yang masih dikuasai oleh persatuan dan individu UMNO. Inilah kelebihan yang PAS perlu ada.

Saya mengenali Dinsman secara jauh kerana saya mengkagumi kesungguhan beliau memperjuangkan seni dan budaya melalui parti Islam. Saya pernah menawarkan diri untuk bersama seniman paksi dan rasanya kami pernah sekampung semasa memperjuang PPSMI di Bukit Gantang dan Ipoh suatu ketika dahulu. Pengalaman saya bernasyid sejak zaman sekolah hingga universiti dan pernah bergaul dengan pemain band-band muzik dan kini bersama kumpulan Ghazal Batu Kurau, membuatkan saya berani untuk menulis agar PAS terus progresif menyiap kader dan kumpulan budayawan seni yang lebih menyeluruh.

Untuk kesenian kaum bukan islam, DHPP adalah pentas terbaik untuk menjadi ‘hub’ antara kaum. Pendek kata perjuangan seni perlu menilai konteks kesenian kontemporari mahupun klasik, muzik mahpun seni melalui kreativiti pancaindera lain, kesenian melayu mhupun kesenian kaum bukan melayu, malah perjuangan mendekatkan PAS dengan budaya bukan kerja sebarangan. Ia agenda serius yang perlu didokongi bersama.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)