
Sesungguhnya termakbul sudah impian keramat Dr Mujahid dan Dr Halimah untuk menjadikan KPP lebih berdikari dan menghapus terus polemik bahawa kaum bukan Islam yang menyertai PAS akan mengundang kesusahan dari aspek birokrasi..
Pernah dahulu saya berusrah di suatu peringkat dalam PAS, ada suara menyatakan ketidakpuashatian terhadap grand design yang ingin Dr Mujahid laksanakan iaitu memasukkan non muslim dalam PAS. Sayangkan ada sesetengah yang menolak idea Dr Mujahid secara mentah, malah enggan berdialog dengan beliau atas alasan pemikirannya tidak waqiy. Sedangkan pemikiran beliaulah yang amat sesuai dengan waqi' Malaysia.
Penyertaan kaum bukan Islam ke dalam parti islam atas landasan parti politik yang sah dari segi ROS adalah tidak salah. Mana ada salahnya. Hanya tidak sah dari aspek harakah Islamiyyah. Bukannya susah, mereka bukan menyertai usrah kita, mereka bukan ahli syura parti, mereka adalah ahli bersekutu atas nama parti politik yang sah.
Hakikatnya grand design Dr Mujahid berjaya memecah tembok pemisah antara kaum bukan Islam terhadap PAS, malah dialog dan pertautan antara kaum bukan islam dengan PAS semakin serius, buktinya ada beberapa anugerah jasa bakti telah diberikan kepada beberapa anggota DHPP yang tegar memperjuangkan PAS! Mereka ingin Malaysia dilaksanakan hukum Islam yang adil untuk kaum mereka! Malah mereka lebih faham Islam jauh lebih baik dari sesetengah kaum Melayu.
Saya meneliti senario ini dan berfikir, inilah berkat kesungguhan Harakah menulis dan menyiarkan keadilan PAS berlandaskan Islam, akhlak Tuan-tuan Guru dan karismatik mereka, keanjalan beberapa ulama' PAS dalam syariah dan budaya kaum bukan Islam serta konsistensi anggota Lajnah Perpaduan Nasional seluruh negara memperjuangkan agar kaum bukan Islam didekatkan dan diusung ke sana ke mari untuk bersama berdakwah memahamkan masyarakat tentang apa itu PAS dan agenda PAS.


Tapi semasa perlancaran DHPP ahad lalu, anak muda India yang memalu gendang telah memakai baju hijau bertulis PAS For All.
Dahulu semasa saya di kampus golongan UMNO kampus berpaksikan HEP UM, ada membawa slogan UM is ONE. Mereka berlawan dengan PMIUM yang kononnya uni-kaum. Golongan UMNO UM pula kononnya malti kaum dan harmoni, maka semasa penamaan calon mereka bawa gendang cina, bawa paluan gendang India...tapi ingat! Pelajar india dan Cina itu diupah dan diajar untuk menghentam PMIUM. Mereka bukannya harmoni dengan kaum melayu UMNO UM.
Dalam DHPP atau dahulunya KPP, mereka diasuh mengenal antara kaum tanpa bayaran dan paksaan.
Saya lihat ada jalinan antara budaya semasa persembahan 3 kaum Citrawarna yang dipersembahkan oleh DHPP ahad lalu. Namun masih ada kekurangan memandangkan mereka bukan dibayar gaji untuk buat persembahan untuk PAS. Mereka dilatih secara ala kadar kerana PAS bukan parti rasuah,
Namun ia juga masih mengambarkan PAS masih belum mengkaji budaya melayu itu sendiri apabila mempersembahkan nasyid ala arab dalam persembahan wakil melayu. Kerana kelompok nasyid adalah kelompok paling akrab dengan PAS. bagaimana pula dengan kelompok zapin, gamelan, ghazal dan cak lengpong yang masih dikuasai oleh persatuan dan individu UMNO. Inilah kelebihan yang PAS perlu ada.
Namun saya juga membuat penilaian rambang, Citrawarna yang RTM buat iaitu gabungan pelbagai kaum dalam eprmebahan budaya adalah persembahan yang dibuat-buat, atas bayaran dan bukan ikhlas melambangkan keeratan pelbagai kaum. keharmonian kaum bukan dengan hanya bergendang dan bermuzik berselang seli antara kaum.
DHPP membuat persembahan yang ikhlas, khas untukmenampilkan mereka adalah kaum bukan Islam yang menyokong PAS.









Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha lajnah Perpaduan Nasional Perak
No comments:
Post a Comment