Sunday, April 22, 2012

Kenyataan Media : MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

KENYATAAN MEDIA 22 APRIL 2012

MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.

Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.

Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.

Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.

Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!

Persoalan kami adakah YB Dato’ Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.

Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato’ Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.

Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.

Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.

Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.

Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.

Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.

Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat








Biulnya Hamidah Osman ini - Terkantoi lagi di Sungai Rokam!

Biulnya Hamidah Osman ini - Terkantoi lagi di Sungai Rokam!

Ceramah Pakatan Rakyat malam tadi yang diadakan di Sungai Rokam , walaupun hujan renyai-renyai, telah mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Ceramah tersebut menampilkan dua tokoh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hebat – Dr Lee Boon Chye, Dr Mujahid Rawa dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, bakal calon PR , Dun Sungai Rapat, Radzi Zainon mengacarakan majlis tersebut.

Bukti kejayaan ceramah malam tadi - ramai yang membanjiri
tempat kami berbanding tempat Hamidah yang kali ini
tiada
sambutan.Makanan banyak yang dibazirkan

Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas PR yang telah membantu untuk menjayakan majlis tersebut.

Kami terpaksa menyiapkan dua tempat berasingan untuk majlis ceramah kami kali ini. Sepertimana hebahan yang kami warwarkan iaitu di markas kami di Jalan Melati ; ianya hanyalah tipu muslihat kami untuk mengelirukan Hamidah yang gemar buat kecoh dimana saja kami mengadakan ceramah.

Biul punya blogger. Betulkah itu YDP Batu Gajah?
Mana ada Chang Li Kang? Lim Bon Chye pun mana ada?
Sila lihat poster kami di bawah ini:


Klik untuk besar

Di markas, kami pasang satu khemah dan susun kerusi. Siap pasang lagu nasyid untuk menyakinkan Hamidah bahawa ceramah kami akan berlangsung seperti mana yang dihebahkan.

Petugas hadir sebelum waktu maghrib di situ untuk maklumat pertugasan. Kami solat maghrib di situ dan selesai makan, para petugas pun beredar ke tempat ceramah yang sebenarnya.

Ada beberapa petugas tinggal di Markas untuk mengarahkan kehadiran orang ramai ke tempat ceramah sebenar yang tak berapa jauh dari markas kami.

Dua khemah ini kami pasang awal-awal lagi sebelum
Hamidah baca Yasin lagi. Ha! ha!ha! Kantoi hamidah!

Di sebelah petang tadi, kami telah mendirikan dua buah khemah tanpa disedari oleh Hamidah. Nak tergelak bila saya baca kebodohan blogger yang sangat gemar menjilat Hamidah!Lihat apa yang bangang tu tulis mengenai betapa bangangnganya dia!

Siapa sebenarnya yang sudah kenaaa...

Hamidah sebenarnya telah kantoi kami kerjakan! Punya jahat Hamidah ini, walaupun dia punggah 7 khemah yang telah dipasang di dewan Sungai Rokam itu secara tergesa-gesa, dia sebenarnya telah merancangkan kerja jahat yang sangat keji keatas majlis ceramah Pakatan Rakyat pada malam itu.

Lewat petang itu, dia pasang lagi satu khemah di rumah Ketua Wanita Umno Sg Rokam, Maimunah. Jadi ada dua khemah Hamidah di situ.

Lewat petang, Hamidah pasang lagi satu khemah ,
kali ini dalam kawasan rumah Maimunah

Para petugas memaklumkan kepada saya, Hamidah pada malam itu, sebenarnya bercadang untuk berceramah di rumah Maimunah itu, selepas majlis bacaan Yasin kerana mereka terlihat ada 4 speaker box yang semuanya ditala ke arah markas kami!

Tetapi apabila dia mendapati markas kami sunyi sepi, terpaksalah dia membatalkan niat jahat dan buruknya itu dan terhegeh-hegeh pergi pula ke Suaru Mujahideen.

Tengoklah cerita bodoh blogger yang gemar menjilat Hamidah tu nampak sangat dia tidak tahu menahu mengenai jemaah Surau Mujahideen. Jemaah Surau Mujahideen tentu tergelak besar kalau membacanya. Tak perlulah saya layan kebodohan blogger pencacai Hamidah ini, kerana siapa yang faham maksud saya ini, tentu turut geli hati sama.

Klik untuk besar

Ada kawan yang beritahu, dia disitu hanya sebentar waktu sahaja dan terhegeh-hegeh berlalu pergi.

Dia ada menaja dua lagi ceramah di dua tempat lagi iaitu di Desa Pinji, bersama Gobala Krishnan, Katak Lompat Padang Serai. Di Kampung Pengkalan Gate dia bersama Lokman Adam, orang buangan parti PKR.

Saya dimaklumkan, sewaktu Hamidah sedang melalak menyalak di Desa Pinji itu, secara tidak semena-mena, bekalan elektrik telah terputus. Gelap tak nampak apa pun. Ha! ha! ha! Gobala, lucky you! Midah tidak nampak ular masa itu, kalau tidak tentu dia sudah kasi ketuk sama you!

Bekas orang kuat Hamidah juga turut hadir ke ceramah
kami kali ini...dia turut geli hati dengan telatah Hamidah

Ha! ha! ha! Hamidah kantoi dan terkedu sungguh kali ini! Apa yang dibuatnya serba tidak kena.

Petugas yang berada di markas kami yang mengarahkan orang ramai ke tempat ceramah yang sebenarnya masing-masing memuji strategi kami.

"Baguih! Celaka betul betina Umno tu!” Itulah antara kata-kata kesat mereka terhadap Hamidah.

Allah Yang Maha Kuasa, menggagalkan segala usaha jahat Hamidah pada malam tersebut.

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Sungai Rapat 22 April 2012- Rata-rata rakyat DUN Sungai Rapat terutama daripada kalangan kaum melayu menganggap YB Dato’ Hamidah sebagai pemimpin yang hanya pandai menabur janji manis. Hal ini didedahkan oleh Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia DUN Sungai Rapat kepada Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat berkenaan janji Dato’ Hamidah untuk melebarkan skim Khairat Kematian ke seluruh negeri Perak.

Skim Khairat kematian Sungai Rapat pernah dilancarkan oleh beliau pada bulan Jun 2009 menjanjikan bantuan khairat urus selenggara jenazah atau mayat sehingga RM 3000 bagi setiap kes kematian. Malah beliau mensasarkan untuk mencapai target 2000 peserta khairat ini.

Namun yang menjadi persoalannya adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini?

“Menurut laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009, hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini”. Pihak kami gagal mengesan sebarang berita penerimaan bantuan daripada kalangan kaum Melayu. Malah beberapa tinjauan rambang mendapati YB Dato’ hamidah hanya memilih beberapa orang sahaja kaum bukan melayu untuk menerima bantuan tersebut” kata Radzi kepada pihak Unit Penerangan.

“Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India atas isu pukul ular suatu ketika dahulu?” tambahnya lagi.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat









Saturday, April 14, 2012

Rakyat salahguna peruntukan atau kerajaan yang korup?

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4


http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/9612-rakyat-salahguna-peruntukan-atau-kerajaan-korup

Rakyat salahguna peruntukan atau kerajaan yang korup?

Isu penghapusan PTPTN dianggap tindakan buta sifir oleh pihak tertentu malah usaha menabur janji kepada mahasiswa ini dilayan dengan cukup agresif memandangkan isu ini ‘isu swing’ anak muda yang cukup efektif. PTPTN dikatakan relevan kerana gaya hidup mahasiswa yang boros dan ketidakmampuan kerajaan menyara kesemua yuran pengajian tinggi. Malah mahasiswa dikatakan menyalahgunakan pinjaman tersebut untuk urusan peribadi.



Bila berbincang isu salah guna dana, salah urus peruntukan saya segera terkenang aktiviti semasa di bangku mahasiswa, saya pernah menyertai kerja separuh masa bersama konsultan motivasi dan pernah menganjur program terhadap pelajar-pelajar daripada kalangan anak anak asnaf zakat. Mereka yang rata-rata berasal daripada keluarga miskin dan yatim menerima wang zakat yang disalur melalui akaun masing-masing.

Namun malang juga keadaannya apabila wang bantuan zakat yang diberi kepada anak susah disalah guna oleh segelintir dan bapa dan abang untuk membeli dadah malah ada juga kes hisap ganja beramai-ramai bersama anak lelaki di hadapan anak perempuan yang menerima bantuan zakat tersebut. Jelas masih banyak kes salah guna dana di kalangan masyarakat kita.

Ramai menunding jari lurus ke dahi mahasiswa apabila wang PTPTN yang dipinjam juga dikatakan menjadi wang ‘joli’ di kalangan mahasiswa. Lantas kerajaan menganggap si pelajar tidak bersyukur dengan ‘wang pinjam’ tersebut walaupun ia hanya kegiatan segelintir pelajar di kampus. Ada bagus juga kerajaan menegur sikap boros kerana itulah tanggungjawab kerajaan mengasuh generasi yang terdidik.

Petani juga pernah dimarahi kerana kegiatan menjual subsidi baja dan anak benih padi. Ya si petani memang tidak seharusnya menyalahgunakan wang peruntukan untuk bantuan baja tersebut. Petani layak dipersalah dalam satu aspek.

Bagaimana dengan salahguna atau salah salur wang peruntukan di kalangan kerajaan sendiri? Ini topik yang patut digariskan dalam dada akhbar.

Bayangkan pendedahan wang sejumlah RM2.71 bilion untuk peruntukan negeri Selangor tidak diterima oleh kerajaan negeri sebaliknya disalurkan kepada pemimpin BN negeri Selangor. Fakta yang disiar dalam Selangorkini edisi 23-30 Disember 2011 juga jelas menampilkan sikap kerajaan menyalahkan rakyat menyalahguna dana dan peruntukan adalah hipokrit dan umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Berdegar-degar Najib dan Timbalannya mengumumkan sejumlah bantuan itu dan ini, peruntukan itu dan ini, hakikatnya ia hanya sogokan kepada akar umbi BN sahaja untuk menggerakkan jentera pilihanraya korup mereka yang berkarat dengan wang dan rasuah.

Lihat sahaja pengagihan peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang jauh rendah berbanding negeri tadbiran BN.

Persoalannya kenapa lima negeri Pakatan Rakyat berada dalam senarai penerima peruntukan terendah. Pulau Pinang 119, Kedah 172, Kelantan 179, Selangor 221 dan Perak 230. Sedangkan negeri-negeri yang diperintah PR juga turut sama menyumbang kepada hasil kerajaan persekutuan.




Lihat sahaja jumlah wang yang terpaksa ditabur PM dan TPM sepajang kempen penjelajahan mereka serata negara.

Paling tinggi Perak= RM220.38 juta , Johor =RM201.40 juta, Wilayah Persekutuan= RM63.25 juta, Kelantan= RM6.4 juta, Kedah = RM4.06 juta, Pulau Pinang= RM5.58 juta dan Selangor =RM17.3 juta. Adakah wang-wang ini sampai ke akar umbi? Tidak! Ia hanya disalurkan kepada penyokong BN di negeri-negeri berkenaan.

Jika anda memarahi petani dan mahasiswa, fikir dahulu penyelewengan sendiri yang jelas diperhatikan oleh rakyat yang bijak di bawah sana.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Wednesday, April 11, 2012

KERAJAAN SEPATUTNYA SIBUK MENJELASKAN PELBAGAI PERSOALAN NEGARA DARIPADA MELAKUKAN JELAJAH JANJI DITUNAIKAN.

Kenyataan Media TERAS

11 hb April 2012

KERAJAAN SEPATUTNYA SIBUK MENJELASKAN PELBAGAI PERSOALAN NEGARA DARIPADA MELAKUKAN JELAJAH JANJI DITUNAIKAN.

TERAS mendapati sehingga hari ini negara terlalu sarat dengan persoalan prestasi uruskelola yang buruk dan penyelewengan kuasa yang nampaknya lebih banyak dirunguti oleh rakyat berbanding bergembira mendengar pengumuman kejayaan kerajaan menunai janji yang dijaja diseluruh negara.

Adalah logik bila rakyat merasa gusar terhadap hala tuju negara bila pelbagai isu tercetus dikebelakangan ini walaupun pihak kerajaan beria-ia benar mendakwa bahawa rakyat tidak harus memileh pembangkang untuk mengambilalih pemerintahan kerana semua janji telah ditunaikan.

Soalnya menunaikan janji dan menguruskelola khazanah negara tidak boleh dipisahkan. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama menyamun dan membenarkan penyamun merompak hasil negara adalah tidak dapat diterima.

Memberi wang tunai kepada rakyat , tapi dalam masa yang sama berbelanja besar secara membazir dalam menyambut hari kelahiran seorang pemimpin , tidak dapat diterima.

Mengujudkan menu 1 Malaysia tetapi dalam masa yang samamembenarkan isteri pemimpin negara berbelanja membeli belah secara mewah diluar negara , juga sangat tidak dapat diterima.

Apalagi jika pihak kerajaan bersungguh untuk mempertahankan kuasa , akan tetapi dengan menghalal semua cara , negara ini pasti akan berada diambang kehancuran.

TERAS berpendirian kerajaan harus menyibukkan diri menjelaskan pelbagai persoalan besar yang melibatkan isu intergriti dan ketelusan dalam menguruskan perbendaharaan dan perlaksanaan pelbagai polisi negara. Tidak kesana kemari menerangkan kejayaan kerajaan mengotakan janji. Ini akan lebih bermakna dari hanya melakukan Jelajah Janji Ditunaikan.

Senarai berikut hanya sebahgian dari sejumlah isu-isu yang lebih mewarnai senario negara yang digusari rakyat berbanding dengan terpukau dengan janji dikota oleh kerajaan :

1.

Isu projek PKFZ ,

2. NFC ,

3. YTL Comms ,

4. Lynas ,

5. Penyenaraian FELDA ,

6. Kepincangan Pilihanraya dan pendaftaran pengundi oleh SPR ,

7. Isu Penjualan Tanah Rizab Melayu ,

8. Isu PTPTN ,

9. Isu melantik syarikat perunding Israel ,

10. Isu undang-undang baru menganti ISA dan AUKU,

11. Isu pembunuhan Altantuya Saaribu dan pembeliaan kapal selam Scorpene,

12. Kes skandal balak di Sabah dan Sarawak ,

13. Isu royalti minyak Petronas ,

14. Isu khidmat kesihatan 1 Care ,

15. Isu MAS-A.Asia ,

16. Isu kerugian MAS

17. Isu penjualan aset Tabung Haji

18. Isu penarikan subsidi tetapi wang subsidi tidak diguna dengan produktif untuk memperbaikki khidmat dan kemudahan awam,

19. Isu meluluskan perbelanjaan tambahan yang terlalu kerap di parlimen

20. Isu SPBA ,

21. Isu dakwaan ke atas AG dan bekas KPN ,

22. Isu kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM

23. Isu kematian Ahmad Sarbani di pejabat SPRM

24. Isu kematian dalam tahanan polis

25. Isu siasatan dan tindakan ke atas kes rasuah ,

26. Isu Rekomendasi Menambahbaik PDRM oleh Suruhanjaya diketepikan .

27. Isu PPSMI yang belum selesai ,

28. Isu kebebasan ahli akedamik bersuara,

29. Isu pengawalan penyebaran agama laian kepada orang Islam dan tuntutan penguakutasaan undang-undang murtad,

30. Isu penangkapan dan penyerahan individu oleh kerajaan Malaysia kepada AS atas dakwaan pengganas ,

31. Isu Malaysia ikut arahan AS henti jualan minyak kelapa sawit kepada Iran dan pembelian minyak mentah dari Iran,

32. Isu pelbagai kepincangan dalam perbelanjaan negara berdasar Laporan Audit negara ,

33. Isu kerugian DBP akibat pengswastaan bahagian penerbitannya ,

34. Isu kepincangan dalam sistem pengangkutan awam ,

35. Isu perjanjian TNB dengan IPP yang membebankan rakyat

36. Isu pengswastaan bekalan air ,

37. Isu kualiti dan penyediaan perumahan rakyat

38. Isu pelbagai projek mega yang membazir dan menjadi gajah putih

39. Isu pendapatan petani dan nelayan yang maseh rendah

40. Isu gaji minima pekerja

41. Isu kos uruskelola dan penyelengaraan pelbagai aset kerajaan yang terlalu tinggi

42. Isu tahap hutang negara dan hutang domestik ,

43. Isu jurang kaya miskin yang semakin melebar ,

44. Isu pengistiharan harta kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan ,

45. Isu akauntabiliti Petronas kepada PM bukan kepada Parlimen

TERAS berpendirian bahawa menjelaskan dan mengambil langkah mengatasi isu-isu di atas adalah jauh lebih penting daripada menjelajah dari Perlis sampai ke Sabah untuk menerangkan janji kerajaan yang dikota hanya bertujuan untuk meraih undi.

Sebenarnya rakyat menyimpan rasa tidak puas hati kepada gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak mengendahkan isu-isu di atas . Mereka menunggu saat untuk menterjemahkannya dalam peti undi.

Adalah sangat menghina minda rakyat untuk mengatakan hanya dengan kerajaan memberi RM500 tunai ( Rm 8.90 setahun setelah 55 tahun merdeka), itu sudah cukup memadai mengatakan rakyat tidak ada pilhan lain melainkan memileh kerajaan yang sedia ada.

Apa yang TERAS tuntutan adalah suatu anjakan besar dilakukan dalam pentadbiran negara yang mementingkan ketelusan dan model pembangunan yang lebih secocok dengan keperluan negara dan rakyat. Bukan mengejar tahap pembangunan negara maju yang berkriteria negara-negara Barat yang ghairah untuk dicapai sedangkan kini negara-negara barat itu sendiri telah menunjukkan kegagalan yang nyata.

Apa yang seharusnya ditumpukan ialah bagaimana negara ditadbir dengan disiplin yang sangat berhemat dan mapan , untuk kebajikan generasi masa depan yang lebih terjamin. Tidak seperti model pembangunan yang ada kini yang menghasilkan banyak projek mega yang membazir melalui perancangan yang tidak teliti dan mengekspolitasi sumber alam secara tidak mapan.

TERAS juga menuntut agar ruang rakyat berpartisipasi dengan cara yang lebih bermakna perlu dibuka. Bukan hanya dalam bentuk kosmetik , iaitu hanya mengundang rakyat untuk berdialog , padahal kerajaan mengguna seluruh jenteranya untuk meneruskan pentadbiran yang feudalistik , dan menidakkan hak rakyat untuk bersuara melalui media massa awam secara sihat dan membina.

TERAS merasa malang , politik Malaysia maseh sarat dengan percaturan politik berkualiti rendah dan kotor , bila kerajaan mengeskploitasi seluruh jentera agensi kerajaan untuk kepentingan sebuah parti yang berkuasa dan menafikan ruang perbahasan yang matang dan produktif , memberi hak dan kesaksamaan kepada parti lain yang turut bertanding.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presdien TERAS

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)