Monday, January 19, 2009

Implikasi bermain-main dalam isu Gaza

Implikasi bermain-main dalam isu Gaza

Benarkah rakyat Malaysia masih tidak mengambil iktibar dalam isu Gaza di Palestin? Jika kita menyelar negara Asia barat sebagai pro Amerika apa kurangnya kita? Mereka pernah membantu Palestin sekitar tahun 1960an hingga 1970an atas semangat sekular, kebangsaan dan sekadar ingin mempertahankan tanah sahaja.

Saya melihat cara pendekatan kepimpinan negara dan universiti dalam memperjuang isu ini sebagai suatu influensi dan menatijahkan suatu impak yang negatif. Jika kita ingin menyemai jiwa cintakan baitul Maqdis di kalangan pelajar dan mahasiswa janganlah ianya sekadar berprogram dan melepas batuk di tangga. Semangat sekular dan pro kepada ideologi sekular kini telah menghasilkan mahasiswa yang pro sekular dalam kerja buat mereka. Mahasiswa adalah perlambangan sesuatu tamadun dan identiti negara. Mahasiswa yang keliru dengan isu palestin adalah menujukkan kekeliruan kefahaman masyarakat kita juga malah mereka yang akan mencorak dunia pada masa akan datang. Di sini saya nyatakan kekeliruan dalam isu ini yang turut sama mengheret mahasiswa kepada konsep dalam berinteraksi dengan isu jihad di Palestin.

Pertamanya, adakah benar kerajaan Malaysia benar-benar menyesali tindakan buruk Yahudi Zionis? Mufti Johor, Dato’ Noh Gadot, telah mengeluarkan fatwa bahawa haram menggunakan barangan USA dan Israel. Seruan ini adalah seruan yang amat bernilai. Bagaimana pula dengan FTA? Adakah ia akan diharamkan? FTA adalah pintu kepada lambakan produk-produk Amerika dan Yahudi sekaligus melambakkan juga budaya universal yang bakal mencarikkan lagi budaya tempatan. Tegasnya, sehingga sekarang FTA belum diperangi malah masih dalam tempoh pertimbangan.

Kedua, adakah dengan langkah membenarkan semua mahasiswa berdemostrasi membantah Zionis tatkala hampir saat pilihanraya kampus benar-benar menampilkan keikhlasan pengurusan kampus? Mungkin ia suatu agenda politik yang memanipulasikan sentimen perasaan mahasiswa massa di kampus-kampus.

Lihat dalam kes terbaru, dinding Akademi Pengajian Islam diconteng dan dituduh sebagai pro Israel. Jika Akademi Pengajian Islam itu Israel, jika Persatuan Mahasiswa Islam itu Israel, bermakna semua mahasiswa di Universiti Malaya adalah Yahudi, kerana benteng simbol agama di kampus itu juga dianggap Israel. Jelas ini adalah suatu distorsi isu ke arah membawa kepada suatu sentimen membentuk kelompok pro Islam dan Pro Mahasiswa di kampus perdana itu.

Untuk melengkapkan lagi kempen pilihanraya yang kotor ini, rumah-rumah mahasiswa Muslimah yang menjadi pendokong PMIUM digeledah hanya kerana ada siswi yang membuat laporan salah laku rasuah di kalangan pentadbir. Isu kepala babi yang ditemui dalam Surau Akademi Pengajian Islam UM juga digembar gemburkan sekaligus menjadikan mahasiswa pro mahasiswa dan pendokong Islam sebagai kambing hitam. Adakah mahasiswa lain tiada potensi meletak babi di surau berkenaan? Bagaimana dengan pengawal keselamatan? Bagaimana dengan regim pengetua-pengetua kolej kediaman serta angkatan pro aspirasi yang memiliki wang yang banyak untuk membeli babi?

Malaysia ingin menentang pengganas, tetapi turut melabel rakyat yang mendalami ilmu agama sebagai pengganas. Malaysia ingin menyelar Yahudi dalam kerja ganas mereka, tetapi telah lama bersama-sama menjayakan kempen memerangi pengganas mengikut cara Amerika. Lihat sahaja penahanan yang dilakukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ia adalah bukti yang paling nyata.

Malaysia simpati dengan keganasan di Iraq dan Palestin tetapi hanya mengadakan konsert Aman Malaysia sebagai penyambut kematian rakyat di negara luar. Kini isu Palestin dijadikan pula mainan di kampus-kampus. Isu ini dijauhkan dengan semangat jihad dan ukhuwah Islamiyyah(ukhuwah seaqidah) mahupun ukhuwah alamiyyah (persaudaraan sedunia). Malah kini istilah label-melabel Zionis antara mahasiswa pula berlaku dan menjadi tanda kepada kepincangan mentaliti dan kegeringan intelektualan yang amat buruk di kampus-kampus Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
http://munawwarah.blogdrive.com/
http://landskapsiasah.blogspot.com/

Himpunan Ummah selamatkan GAZA

HIMPUNAN UMMAH SELAMATKAN GAZA
(HIMMAH)

1 FEB 2009 , AHAD,

7.00 – 11.00 MALAM

DEWAN MILENIUM KEPALA BATAS

PENGISIAN

SOLAT HAJAT

Bacaan Al-Qur'an oleh
SDR. FAKHRUL RADZI (JOHAN AKADEMI AL-QUR'AN TV9)

Persembahan Nasyid
NAZREY JOHANEY (EX-RAIHAN)

Ucapan Oleh
CIKGU AZMI (AKTIVIS KEMANUSIAN ANTARABANGSA)
UST MUTALIB MA’AROF
DR. MOHD ROSLAN HASHIM (AKTIVIS KEMANUSIAAN KE ACHEH (THUNAMI) & LUBNAN)

TAYANGAN MULTIMEDIA

LIVE TELECAST GAZA

KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK PALESTIN

Anjuran

JABATAN MUFTI PULAU PINANG
FORUM PENYELARASAN UMMAH PULAU PINANG
JIM PULAU PINANG
ABIM PULAU PINANG
PUM PULAU PINANG
HALUAN PULAU PINANG
TERAS
INSTITUT AL-QAYYIM
YMSC
ISMA PULAU PINANG

SEBARKAN.... ..
mohon print dan minta hebahkan di surau dan masjid sebelum dan selepas solat jumaat,
mohon ust2/ustzh2 utk umumkan setiap kali selepas solat

Wednesday, January 14, 2009

Mesyuarat Jamaie Perak

Semalam saya menghadiri majlis Makan Malam serta Post Mortem gerak kerja JAMAIE Perak di restoren Nasi Ayam kampung. Jamaie adalah himpunan kerja sama amal Islam majoriti NGO Islam di Perak serta Parti politik yang menggerakkan Islam. Unit Amal PAS Perak turut menyertai kebanyakkan kerja-kerja amal dan dakwah lapangan JAMAIE. Insya Allah saya akan menjalankan tugasan sebagai penulis dan pengelola blog JAMAIE untuk masa akan datang.

Kesatuan antara gerakan Islam dan Jamaah-jamaah amat terserlah dalam mesyuarat panjang semalam. Saya dapat rasakannya. Kerjasama erat antara JAMAIE dengan kerajaan negeri juga amat erat serta saling kuat menguatkan lantaran pendokong DUN kebanyakan dariada DAP yang bukan beragama Islam. JAMAIE membantu membawa dakwah dan penataran amal Islam di Perak untuk membantu PAS di sini.

Masalah ktiadaan kerjasama guru dan ustaz-ustaz jabatan agama adalah perkara biasa dibincangkan. Di sini juga masalah yang sama berlaku. Apa pun, kerja Islam perlu diteruskan….

Pendita Bitara
Ipoh 14 Januari 2009

p/s : petang ini jumpa abg Nazri dari PEMADAM, SU Jamaie, beliau nak bagi maklumat untuk saya jalankan blog Jamaie.

Sunday, January 11, 2009

Himpunan Lilin Untuk Palestin

Saya diminta oleh Haji Rashid (pengerusi Sekolah Al Itqan) bekas YDP JIM Pulau Pinang untuk berucap mewakili JIM Pulau Pinang dalam Himpunan Candle Light Vigil Untuk Palestin, semalam .


Terus saya ambil cuti sekerat hari kerana saya bekerja pada hari Sabtu minggu ini. Dalam perjalanan pulang, singgah di USM untuk memberi sedikit ceramah berkaitan isu Palestin dan bagaimana cara umat Islam boleh bertindak secara peribadi, kolektif mahupun badan-badan berautoriti. Majlis ini anjuran Skuad Penyelamat Aqidah. Terdapat wakil PMIUSM, Karisma dan beberapa mahasiswa lainnya.


Selepas Maghrib saya bersama 5 aktivis Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dari USM terus ke Dewan Sri Pinang. Selain ramai yang telah hadir, aktivis dan AJK SPAQ daripada IPPP (Institut Perguruan Persekutuan P.Pinang) juga datang dengan menyewa 2 buah kenderaan. Alhamdulillah.


SPAQ mengambil kesempatan untuk mengedar doa qunut nazilah yang dicetak dan diedar kepada kaum muslim malam tadi. Alhamdulillah risalah habis diedar.


Giliran saya tiba selepas beberapa perwakilan berucap. Antara perihal yang disebut ialah bagaimana isu Palestin dilihat sebagai isu sejagat memandangkan ia juga adalah perjuangan kaum non muslim di Malaysia. Ramai kaum Cina, India dan Arab yang hadir.


Paderi Yahudi pernah mengisytiharkan bahawa gerakan Zionis adalah gerakan sesat dalam agama Yahudi serta tiada kenyataan dalam Old Testament (taurat) bahawa mereka wajib merampas tanah Palestin untuk pembinaan Kuil Solomon. Ramai non muslim menyokong kenyataan ini. Di akhir sesi ucapan saya, JIM telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin. Pelancaran tabung dan kutipan sumbangan berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Perjuangan menyelamatkan Gaza adalah perjuangan semua manusia terutama yang beraqidah Islam. Tanpa mengira siapa sahaja…mari sedarkan mereka di sekeliling kita berkaitan isu ini.


Di kilang saya ada berucap ringkas berkaitan perang nuklear, WMD (weapon mass destruction) serta peranan 'intercontinental ballastic missile' kepada juruteknik dan jurutera lain di kilang saya. Saya kaitkan krisis global dan bagaimana persenjataan menjadi pemangkin penerusan hagemoni Amerika Syarikat. Hakikatnya kita boleh menyebar kesedaran di mana sahaja kita berada. Bila ada pekerja kilang bertanya mengapa Hamas memulakan serangan roket….saya ceritakan mengenai kepungan sosial dan politik selama 18 bulan yang lalu telah menghimpit kehidupan rakyat Gaza. Ramai yang belum faham isu sebenar di bumi Palestin. Mari bersama mengungkit kembali isu ini. Tahniah kepada sesiapa yang berusaha kerana Allah.


Pendita Bitara
Balik Pulau
11 januari 2009



























Friday, January 09, 2009

Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin

Saya baru selesai mengikuti Himpunan Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin di dewan serba mewah iaitu Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.

Majlis ini adalah anjuran bersama kerajaan Negeri Perak bersama Jamaie Perak, NGO-NGO serta mahasiswa di Perak. Saya sempat mendengar ceramah dan motivasi daripada Presiden Teras Pengupayaan Melayu. Tertarik dengan kata-kata Cikgu Azmi (Presiden Teras), bahawa kedatangannya adalah bukan untuk bercerita info terkini berkaitan Gaza walaupun beliau baru pulang daripada Gaza. Bukan juga sekadar ingin menakut-nakutkan hadirin dengan penderitaan umat di sana. Beliau hadir untuk menjadikan hadirin bekerja sesuatu untuk selamatkan Palestin dan maruah Islam di sana.

Beliau dengan lantangnya menunjukkan beberapa produk utama untuk diboikot secara berterusan dan sistematik iaitu Coca-Cola, Johnson & Johnson serta Colgate. Fokus boikot tidak perlu banyak. Kita harus memilih barangan utama untuk diboikot. Lihat sahaja rakyat Indonesia menyerang habis-habisan produk-produk US di pasaraya. Walaupun nampak radikal, tetapi inilah reaksi akibat luka lama umat Islam.

Seperti mana ucapan daripada wakil Hamas tadi (dengan terjemahan), beliau menyatakan luka rakyat Gaza yang diboikot, disekat makanan, pendidikan, hubungan luar serta ekonomi menyebabkan mereka terpaksa menunjuk perasaan melalui serangan roket. Tetapi balasan daripada Israel terlalu melampau. Satu ungkapan kata-kata pemimpin Israel yang terlibat dalam peperangan 6 hari ‘ Kami bukan datang untuk menghalau orang Arab apatah lagi membunuh mereka, sebenarnya mereka tidak wujud (disitu)”.

Saya sempat membeli 2 buah buku maklumat Palestin untuk tambahan koleksi bahan bacaan saya sekaligus akan terus menulis darihal dan perihal penderitaan umat ini.


Pendita Bitara
Ipoh 9/1/2009

Laman-laman web Isreal diceroboh!

Laman-laman web Israel telah diceroboh!

Heboh kini apabila ruang-ruang akhbar melaporkan pencerobohan penggodam web (hacker) ke dalam web-web kepunyaan Israel.

Akhbar Asharq al-Awsat yang terbit di London dalam laporannya menyebutkan, para hacker (penceroboh cyber) telah menceroboh laman-laman web kepunyaan syarikat atau rakyat Israel. Ia diduga beroperasi dari Lubnan, Maroko, Iran dan Turki. Sementara laporan radio Israel pula menyebutkan,fokus utama para hackers itu adalah laman web daripada perusahaan dan pemerintahan Israel termasuk web Jabatan Pertahanan Israel dan web Israel Discount Bank.

Malah mereka begitu berani mengisytiharkan diri mereka. Salah seorang hacker yang menyebut dirinya T@ke Sn!per mengatakan, kelompoknya berhasil menggodam dan menceroboh lebih dari 30 web Israel, diantaranya web-web pemerintah Israel termasuk web bank-bank dan web parti politik Israel.

Kini lebih kurang 10.000 web milik Israel yang berhasil dilumpuhkan oleh para hacker itu. Setiap hacker berjaya melumpuhkan sekitar 2.485 web Israel.

Laman web milik sejumlah surat khabar Israel, seperti Maariv dan Yediot Aharonot, juga tak luput dari serangan para hacker. Para hacker memasang foto-foto warga Palestin yang menjadi korban keganasan Israel dan foto-foto warga Iraq yang menjadi korban kekejaman penjara-penjara AS. (Hanin Mazaya/eramuslim daripada http://www.arrahmah.com/)

Apa yang kita semua ketahui, internet dan dunia IT adalah cetusan para inteligensia Yahudi sejak peperangan dunia ke-2 lagi. Kini senjata mereka telah memakan diri mereka pula. Sebagaimana sebegitu ramai tentera USSR yang mati akibat keracunan semasa meminum punca air beracun hasil tindakan khianat tentera mereka sendiri. Kita berharap agar semua umat Islam bersedia dengan segala kepakaran dan kemampuan untuk memerangi kuffar Zionis yang telah diramalkan oleh Rasulullah sebagai musuh utama kaum muslim.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh 9/1/2009
http://munawwarah.blogdrive.com/
http://landskapsiasah.blogspot.com/

Thursday, January 08, 2009

Rapat Umum Selamatkan Gaza


Hadir dan tunjukkan sokongan anda terhadap rakyat Palestin yang dizalimi ketika ini!

Wednesday, January 07, 2009

Bengkel Pelancaran LANDAS-SPAQ

Berikan bantuan tanda jihad anda.

Kempen RM 10 kepada Palestin. Takkan tu pun kedekut!
Beri sumbangan ke tabung Palestin sebanyak yang mungkin.
Untuk pengetahuan semua, sumbangan boleh di buat kepada “Badan Kemanusiaan Palestin” - 5571 5780 2444 (Maybank). Yang di asaskan oleh JIM International. Ianya diiktiraf oleh Al Quds International Institution di Lubnan yg dipengerusikan oleh Shaykh Yusuf Al_Qardawi.
Dan sumbangan juga boleh dibuat di tabung Aman Palestin Berhad - 562263010787 (Maybank) dan 12029010047880 (Bank Islam) -
http://amanpalestin .org/

Friday, January 02, 2009

Demostrasi Anti Israel

Demostrasi anti Israel dilancarkan tadi di Masjid Kapitan Keling bertepatan selepas tamatnya ibadat solat Jumaat. Alhamdulillah, hari lahir saya hari ini (2 Januari) disambt dengan semangat anti zionist.

Sempat lagi saya berjumpa dengan Haji Rashid, Pengerusi Sekolah Al Itqan (rangkaian Musleh-JIM berhad), terutama memandangkan hari ini juga hari lahir beliau. (tahun lepas kami sambut bersama sambil bersihkan kabin kelas tingkatan 1).

Saya mengajak kawan serta sahabat saya untuk bersama menunjukkan sikap dan jati kita berhubung isu anti zionis yang bukan sekadar di mulut dan pada kertas kerja sahaja. Sepertimana saya kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang tida bersungguh dengan isu zionis, begitu juga kita perlu sedarkan sekeliling kita berkaitan isu maruah umat Islam ini. Saya beri SMS ayat An Nisa' 95 sebagai motivasi.

Sebelum itu saya solat Jumaat di Masjid USM. Bergetar dan bersemangat saya mendengar khutbah jumaat Dr Roslan ( School Physic).

Beliau berkhutbah dalam bahasa melayu dan inggeris mengingatkan umat ISlam akan cabaran Yahudi. Beliau menggesa pelajar arab yang hadir ke bumi USM ini agar tahu tujuan mereka untuk menjadi umat terpilih fda bukan sekadar bermain-main dan meneladani pemikiran barat semata-mata. Walaupun USM terdiri dariada cendiakawan sains aliran barat, USM juga memiliki pensyarah dan pengkaji
yang ditarbiah serta menjadi pentarbiah melalui jamaah-jamaah dan usrah-usrah di serata dunia. Bagi saya khutbah Dr Roslan tadi amat berkesan terurtama saranannya kepada mahasiswa untuk menggilap competetive advantages di kalangan umat demi berdaya saing dengan tamadun barat.

Saya berjumpa dengan sahabat saya Izzudin yang juga mengajar di sekolah Al Itqan. Beliau adalah ahli PAS Baling yang istiqamah. Moga beliau akan terus berada dalam orbit juang yang tidak kunjung malap ini.

Ramai juga aktivis sosial da agama yang saya jumpa antaranya Cikgu Azmi Teras, Abg Nizam, Abg Anuar dan Shamsul daripada SAM / Persatuan Ulama' PP, Ridwan daripada CAP dan ramai sahabat Unit Amal Balik Pulau. Mari bersama kita laungkan slogan anti Yahudi-Zionis.

Pendita Bitara
4.30 ptg 2 Januari 2008




Kerajaan menggalakkan ketidakfahaman isu Hudud

Media utama tajaan Barisan Nasional dinasihatkan agar jangan memanipulasikan isu Hudud. Sebagaimana ulasan Perdana Menteri dalam lawatan beliau ke Dusun Buah-buahan D-Paradise baru –baru ini (Berita Harian 28/12/08) bahawa isu hudud adalah isu lapuk PAS, ia menggambarkan sikap sebenar UMNO terhadap salah satu komponen utama perundangan Islam itu sendiri.

UMNO memanipulasikan isu Melayu dan menggasak PAS menggunakan PEWARIS dalam beberapa isu tempatan seolah-olah PAS anti Melayu. Dalam masa yang sama menggunakan isu PSSMI untuk menarik perhatian bahawa PAS tidak bersungguh dalam isu bahasa Melayu sedangkan ramai rakyat sedar bahawa UMNO lah yang merosakkan bahasa Melayu melalui PSSMI yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan, bukannya PAS. Apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan dasar PAS adalah Islam untuk semua, media memanipulaiskan bahawa PAS bukan memperjuangkan Melayu walaupun realitinya kebajikan marhain dan golongan bawahan banyak ditangani oleh Unit Amal, Nisa’ dan Lajnah Setinggan dan Pekerja PAS selama ini.

Golongan bukan Islam mula berani mempertikaikan sistem fatwa dan majlis ulama’ hanya kerana didikan media dan politik cara UMNO yang sekular. Perdana Menteri walaupun berketurunan ulama’ besar tanah Melayu, juga gagal melestarikan sistem ulama’ di dalam UMNO sendiri. Golongan bukan Islam akan keliru sekiranya mereka tidak mendapat ilmu yang sahih berkaitan sistem syariah, fatwa dan hudud. Malah PAS disinonimkan dengan hudud sedangkan UMNO dan seluruh umat Islam juga menganut agama Islam yag mewajibkan hudud.

Kaedah perlaksanaan serta tempoh untuk melaksanakannya adalah sistem dakwah tadarruj (berperingkat). Golongan yang menentang hudud adalah disebabkan salah faham.

UMNO bukan salah faham tetapi memusuhi hudud atas alasan politik serta lupa siapa yang mensyariatkan hudud dan undang-undang jenayah Islam. Tidak hairan apabila 121(1A) ditentang hebat jika kenyataan begini yang dikeluarkan oleh pemimpin Malaysia. Lantaran itulah, karisma dan wibawa Malaysia di dalam suara Islam global dan OIC tidak menonjol kerana dunia Islam tidak mengiktiraf usaha Malaysia memartabatkan syariah Islam.

Sistem perbankan Islam diterim pakai oleh kaum bukan Islam disebabkan ia bermanfaat serta jelas kelihatan keuntungannya tanpa menindas. JIka Hudud diterangkan secara jelas akan manfaatnya tidak mustahil ia akan dilaksanakan. Inilah yang belum berlaku selagi mana suara Islam ditenggelami dengan lidah-lidah sekular.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Penerangan PAS Pulau Pinang
Hadapan 360 MKJ kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
http://landskapsiasah.blogspot.com

Malaysia berpura-pura dalam Isu Gaza!

Kerajaan Malaysia dinasihatkan agar tidak menunjuk hebat dalam isu serangan Israel terkini terhadap Gaza memandangkan kerajaan tidak pernah bersungguh dalam isu kemanusiaan dan jihad di Palestin.

Rakyat Malaysia memandang sinis dengan kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan dalam Berita Harian 29 Disember 2008 yang memninta agar keganasan itu dihentikan serta mahu Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan yang perlu untuk menyelamatkan keadaan.

Parlimen Malaysia menolak usul untuk membantah keganasan Israel serta usul untuk menekan Israel baru-baru ini. Jika usul yang bersifat dalaman sebegitu tidak mampu diterima, bagaimana pula Majlis Keselamatan PBB yang majoriti dikuasai oleh kuasa pro Israel mahu mendengar nasihat PM kita ini? Jika benar Malaysia konsisten dalam isu ini, sila luluskan usul membantah Israel serta adakan sidang tergempar OIC untuk menggasak Israel.

Lihat sahaja kenyataan Bush yang masih berkuasa sehingga 20 Januari ini, “ Apa yang perlu kita lihat adalah HAMAS berhenti melancarkan roket kepada Israel”. Katanya lagi, “ Mereka (HAMAS) adalah samseng dan Israel akan mempertahankan penduduknya daripada pengganas seperti Hamas.

Apa bezanya sikap Kerajaan Malaysia dengan sikap tidak malu Bush? George W Bush yang bermatian ingin menghancurkan Iraq walaupun tanpa sebab akhirnya sanggup pergi berjumpa dengan rakyat Iraq hingga menyebabkan insiden baling kasut! Perdana Menteri Malaysia pula sanggup ingin menasihati Majlis Keselamatan PBB sedangkan dalam masa yang sama tidak sanggup mendesak Parlimen menerima usul menentang Israel. Malaysia juga sama seperti Amerika dalam menafsirkan erti ‘pengganas’. JIka Amerika menggelar HAMAS pengganas, Malaysia juga berat menafikan kenyataan Amerika malah mengambil tindakan sama menangkap rakyat sendiri yang belajar agama di luar negara atas alasan pengganas.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Penerangan PAS Pulau Pinang

Hadapan 360 MKJ kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

http://landskapsiasah.blogspot.com

Thursday, January 01, 2009

Tentera Merah bersama Skuad BADAR dan Operasi Sayangi Remaja 1


Tentera Merah Unit Amal Pulau Pinang bersama banyak peserta daripada NGO lain seperti Karisma, Persatuan Ulama', Angkatan Pemuda Pemudi Islam dan Jamaah Tabligh menyusun langkah ke Queensbay Pulau Pinang untuk mencari sasaran dakwah.

Ramai peserta yang menggunakan pelbagai teknik untuk memujuk remaja dan belia yang melakukan mungkar agar beredar. Tin-tin arak yang berselerak kelihatan di mana-mana. Ramai anak melayu Islam memakai cekak kepala yang berbentuk tanduk syaitan!

Lebih menarik apabila Ustaz Shahul Hamid turut hadir bersama anak didik di Pondok Darul Tahzibnya. Mereka bersama-sama tentera Unit Amal (Skuad BADAR) memberi kuliah dan ceramah perdana ringkas di tepi-tepi pantai. Cukup berkesan. Sahabat daripada tabligh turut bersama memberi tasykir dan bayan di tepi jalan-jalan.

Sahabat daripada kelompok mahasiswa turut menggunakan kaedah hikmah untuk memujuk remaja. Saudara Amir dan isterinya Teh Faridah iaitu aktivis dakwah lapangan (LANDAS) Kedah turut bersama menghulurkan bakti dan kepakaran.

Islam bersama pejuangNYA

Pendita Bitara
Unit Amal Balik Pulau






























Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)