Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, January 11, 2009

Himpunan Lilin Untuk Palestin

Saya diminta oleh Haji Rashid (pengerusi Sekolah Al Itqan) bekas YDP JIM Pulau Pinang untuk berucap mewakili JIM Pulau Pinang dalam Himpunan Candle Light Vigil Untuk Palestin, semalam .


Terus saya ambil cuti sekerat hari kerana saya bekerja pada hari Sabtu minggu ini. Dalam perjalanan pulang, singgah di USM untuk memberi sedikit ceramah berkaitan isu Palestin dan bagaimana cara umat Islam boleh bertindak secara peribadi, kolektif mahupun badan-badan berautoriti. Majlis ini anjuran Skuad Penyelamat Aqidah. Terdapat wakil PMIUSM, Karisma dan beberapa mahasiswa lainnya.


Selepas Maghrib saya bersama 5 aktivis Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dari USM terus ke Dewan Sri Pinang. Selain ramai yang telah hadir, aktivis dan AJK SPAQ daripada IPPP (Institut Perguruan Persekutuan P.Pinang) juga datang dengan menyewa 2 buah kenderaan. Alhamdulillah.


SPAQ mengambil kesempatan untuk mengedar doa qunut nazilah yang dicetak dan diedar kepada kaum muslim malam tadi. Alhamdulillah risalah habis diedar.


Giliran saya tiba selepas beberapa perwakilan berucap. Antara perihal yang disebut ialah bagaimana isu Palestin dilihat sebagai isu sejagat memandangkan ia juga adalah perjuangan kaum non muslim di Malaysia. Ramai kaum Cina, India dan Arab yang hadir.


Paderi Yahudi pernah mengisytiharkan bahawa gerakan Zionis adalah gerakan sesat dalam agama Yahudi serta tiada kenyataan dalam Old Testament (taurat) bahawa mereka wajib merampas tanah Palestin untuk pembinaan Kuil Solomon. Ramai non muslim menyokong kenyataan ini. Di akhir sesi ucapan saya, JIM telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin. Pelancaran tabung dan kutipan sumbangan berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Perjuangan menyelamatkan Gaza adalah perjuangan semua manusia terutama yang beraqidah Islam. Tanpa mengira siapa sahaja…mari sedarkan mereka di sekeliling kita berkaitan isu ini.


Di kilang saya ada berucap ringkas berkaitan perang nuklear, WMD (weapon mass destruction) serta peranan 'intercontinental ballastic missile' kepada juruteknik dan jurutera lain di kilang saya. Saya kaitkan krisis global dan bagaimana persenjataan menjadi pemangkin penerusan hagemoni Amerika Syarikat. Hakikatnya kita boleh menyebar kesedaran di mana sahaja kita berada. Bila ada pekerja kilang bertanya mengapa Hamas memulakan serangan roket….saya ceritakan mengenai kepungan sosial dan politik selama 18 bulan yang lalu telah menghimpit kehidupan rakyat Gaza. Ramai yang belum faham isu sebenar di bumi Palestin. Mari bersama mengungkit kembali isu ini. Tahniah kepada sesiapa yang berusaha kerana Allah.


Pendita Bitara
Balik Pulau
11 januari 2009



























PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)