Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Friday, January 09, 2009

Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin

Saya baru selesai mengikuti Himpunan Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin di dewan serba mewah iaitu Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.

Majlis ini adalah anjuran bersama kerajaan Negeri Perak bersama Jamaie Perak, NGO-NGO serta mahasiswa di Perak. Saya sempat mendengar ceramah dan motivasi daripada Presiden Teras Pengupayaan Melayu. Tertarik dengan kata-kata Cikgu Azmi (Presiden Teras), bahawa kedatangannya adalah bukan untuk bercerita info terkini berkaitan Gaza walaupun beliau baru pulang daripada Gaza. Bukan juga sekadar ingin menakut-nakutkan hadirin dengan penderitaan umat di sana. Beliau hadir untuk menjadikan hadirin bekerja sesuatu untuk selamatkan Palestin dan maruah Islam di sana.

Beliau dengan lantangnya menunjukkan beberapa produk utama untuk diboikot secara berterusan dan sistematik iaitu Coca-Cola, Johnson & Johnson serta Colgate. Fokus boikot tidak perlu banyak. Kita harus memilih barangan utama untuk diboikot. Lihat sahaja rakyat Indonesia menyerang habis-habisan produk-produk US di pasaraya. Walaupun nampak radikal, tetapi inilah reaksi akibat luka lama umat Islam.

Seperti mana ucapan daripada wakil Hamas tadi (dengan terjemahan), beliau menyatakan luka rakyat Gaza yang diboikot, disekat makanan, pendidikan, hubungan luar serta ekonomi menyebabkan mereka terpaksa menunjuk perasaan melalui serangan roket. Tetapi balasan daripada Israel terlalu melampau. Satu ungkapan kata-kata pemimpin Israel yang terlibat dalam peperangan 6 hari ‘ Kami bukan datang untuk menghalau orang Arab apatah lagi membunuh mereka, sebenarnya mereka tidak wujud (disitu)”.

Saya sempat membeli 2 buah buku maklumat Palestin untuk tambahan koleksi bahan bacaan saya sekaligus akan terus menulis darihal dan perihal penderitaan umat ini.


Pendita Bitara
Ipoh 9/1/2009

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)