UMNO memanipulasikan isu Melayu dan menggasak PAS menggunakan PEWARIS dalam beberapa isu tempatan seolah-olah PAS anti Melayu. Dalam masa yang sama menggunakan isu PSSMI untuk menarik perhatian bahawa PAS tidak bersungguh dalam isu bahasa Melayu sedangkan ramai rakyat sedar bahawa UMNO lah yang merosakkan bahasa Melayu melalui PSSMI yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan, bukannya PAS. Apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan dasar PAS adalah Islam untuk semua, media memanipulaiskan bahawa PAS bukan memperjuangkan Melayu walaupun realitinya kebajikan marhain dan golongan bawahan banyak ditangani oleh Unit Amal, Nisa’ dan Lajnah Setinggan dan Pekerja PAS selama ini.
Golongan bukan Islam mula berani mempertikaikan sistem fatwa dan majlis ulama’ hanya kerana didikan media dan politik cara UMNO yang sekular. Perdana Menteri walaupun berketurunan ulama’ besar tanah Melayu, juga gagal melestarikan sistem ulama’ di dalam UMNO sendiri. Golongan bukan Islam akan keliru sekiranya mereka tidak mendapat ilmu yang sahih berkaitan sistem syariah, fatwa dan hudud. Malah PAS disinonimkan dengan hudud sedangkan UMNO dan seluruh umat Islam juga menganut agama Islam yag mewajibkan hudud.
Kaedah perlaksanaan serta tempoh untuk melaksanakannya adalah sistem dakwah tadarruj (berperingkat). Golongan yang menentang hudud adalah disebabkan salah faham.
UMNO bukan salah faham tetapi memusuhi hudud atas alasan politik serta lupa siapa yang mensyariatkan hudud dan undang-undang jenayah Islam. Tidak hairan apabila 121(1A) ditentang hebat jika kenyataan begini yang dikeluarkan oleh pemimpin Malaysia. Lantaran itulah, karisma dan wibawa Malaysia di dalam suara Islam global dan OIC tidak menonjol kerana dunia Islam tidak mengiktiraf usaha Malaysia memartabatkan syariah Islam.
Sistem perbankan Islam diterim pakai oleh kaum bukan Islam disebabkan ia bermanfaat serta jelas kelihatan keuntungannya tanpa menindas. JIka Hudud diterangkan secara jelas akan manfaatnya tidak mustahil ia akan dilaksanakan. Inilah yang belum berlaku selagi mana suara Islam ditenggelami dengan lidah-lidah sekular.
Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Penerangan PAS Pulau Pinang
Hadapan 360 MKJ kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
http://landskapsiasah.blogspot.com
1 comment:
masalah sesetangah pihak yg tidak mempunyai ilmu tentang perundangan Islam, tapi ingin berhujah...
Post a Comment