KAJIAN NEGARA BERKEBAJIKAN ASAS PERLAKSANAAN
FAKTA PENTING
Konsep Umum
Kerajan negara berkebajikan ini bukan sahaja melalui kebajikan dilakukan
oleh negara secara sempurna termasuklah mereka yang memimpin negara mestilah (bukan sekadar meniru konsep walfare state malah ia berbeza
dengan amalan walfare state)
} ahli kebajikan,
} mendirikan sembahyang,
} mempunyai hubungan baik dengan Tuhan,
} adil dan
} tidak melakukan rasuah,
} pemimoin yang bersih dan jujur,
} yang tidak menekan rakyat.
Polisi Umum Konsep Negara Berkebajikan yang dianjur oleh PAS
·
Politik
o Sistem pengasingan kuasa dikembalikan bagi mengelakkan berlaku pemusatan
kuasa kepada pihak tertentu sahaja. (Konsep
federalisme perlu dikembalikan. Isu royalti minyak kelantan Terangganu bukti BN
lacur konsep Federalisasi)
o Kepelbagaian parti politik dibenarkan dan sumbangan masing-masing
dikitiraf. (Sekarang hanya BN boleh
menyiar kenyataan dalam TV/radio)
o Pilihanraya dikendalikan badan yang bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen. (1001 bukti SPR cenderung UMNO, amalah penegrusi SPR ada no keahlian
UMNO)
o Setiap parti politik berhak memperoleh peruntukan tahunan daripada dana
negara.
o Setiap parti politik boleh menerbitkan media dan bebas menyiarkan
penyiaran masing-masing. (Media
pembangkang dihadkan masa pengeluaran, kes rampasan, permit digantung)
o Masyarakat diberi kebebasan untuk tidak bersetuju dengan kerajaan (civil
disobedience) selagi dilakukan secara aman.
·
Ekonomi
o Keperluan asas kehidupan manusia (air, makanan, tenaga, pekerjaan,
penginapan, pendidikan dan kesihatan) berada di bawah pengawasan kerajaan tanpa
berlakunya monopoli.
o Pembangunan ekonomi dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
hidup rakyat.
o Ukuran pencapaian ekonomi adalah seimbang dengan mengambil kira aspek
keadilan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua lapis masyarakat.
o Menggalakkan amalan persaingan, pasaran bebas dan campurtangan kerajaan
yang minimum.
o Semua rakyat mempunyai peluang yang adil dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan
dengan program pengupayaan terus dijalankan.
·
Sosial
o Elemen kepentingan bersma (common needs) diutamakan bagi tujuan perpaduan
masyarakat.
o Rakyat berhak menjalankan kegiatan sosial mereka tanpa menyalahi peraturan alam tabi’i.
o Kerjasama anggota masyarakat dibina berdasarkan semangat sukarela atas
prinsip Takaful al-Ijtima’i.
10 Agenda PAS adalah huraian perlaksanaan Konsep Negara
Berkebajikan dan ia selari dengan Agenda Buku Jingga yang disepakati dengan
Pakatan Rakyat.
1. Kerajaan beramanah, adil dan
bersih : -memperkukuh sistem federalisme, -memperkasakan kembali amalan
pemisahan kuasa, sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih, -memulihkan
agensi-agensi awam, -mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam
2. Masyarakat penyayang, aman
dan bersatu: kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan
sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai.
3. Ekonomi mampan, seimbang
dan saksama: menyusun kembali keutamaan pembangunan, penekanan
sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan, membudayakan
penggunaan dinar emas dan dirham, menyemak kembali peraturan-peraturan yang
mengawal pasaran dan persaingan
4. Pendidikan berkualiti,
berdaya saing dan boleh capai: memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari
keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar
berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.
5. Perkhidmatan kesihatan
cekap, berkualiti dan boleh capai : mewujudkan Skim
Pembiayaan Kesihatan Nasional, menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
6. Kebajikan langsung, menyeluruh
dan mesra rakyat: memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf,
memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid, meminimumkan karenah
birokrasi, meningkatkan harga hartanah rakyat, membanyakkan jumlah peruahan kos
rendah dan mampu milik, mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar
7. Keluarga harmoni, bahagia
dan bermoral : memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah
semula jadi manusia, mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh
masa,
8- Belia, pekerja produktif,
berdaya saing dan terbela: mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja
di semua peringkat, mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor
awam, menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, menaikkan Elaun Sara
Hidup (Cola) sehingga RM500. meminda akta berkaitan dengan gaji minimum.
meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di
bawah Akta Kesatuan Sekerja.
9. Kemudahan prasarana berkualiti,
cekap dan bertaraf dunia
10. Alam sekitar segar,
terpelihara dan lestari
Faktor pendesak;
Ya, kerajaan BN ada juga melaksanakan program kebajikan tetapi ia tidak
komprehensif malah bersifat kosmetik. Tiada penyelesaian akar umbi masalah
rakyat. Buktinya;
} 10% golongan kaya Malaysia kuasai ekonomi Negara 38.4%. PBB laporkan
Malaysia memiliki jurang besar antara
kaya dan miskin.
} Global Financial Integriti lapor
RM889 bilion duit haram keluar negara. Negara rugi.
} Rasuah dan ketirisan wang 28 bilion setahun.
} 48 anak luar nikah lahir setiap hari. 2 orang bunuh diri setiap hari.
Akhlak rakyat dan pemimpin semakin teruk!
} Kos sara hidup Malaysia tangga 21 tertinggi dunia (laporan Majalah
International Living 2010). Walaupun
negara merosot ekonomi pada 1997 syarikat judi tetap menunjukkan untung yang
mengagumkan dengan keuntungan sebanyak 771 juta. Hasil Negara kita banyak
daripada judi.
} Malaysia jadi Negara pengeluar arak ke-10 terbesar dunia! Adakah Malaysia
Negara Islam contoh?
Petikan kenyataan Presiden PAS (27 Jun 2011 Malaysiainsider)
“PAS tidak menafikan Umno juga memberi bantuan kebajikan masyarakat,
melakukan amal-amal kebajikan tetapi tidak menyeluruh, tidak rata dan mengemukakan secara
adil kepada seluruh rakyat. Di mana amalannya tidak ada roh yang menghitung
dosa dan pahala. Amalannya berlaku diskriminasi, masih terdapat perbezaan
antara kaum tanpa menafikan bahawa umat Islam adalah menjadi Bumiputera
merupakan rakyat terbesar yang paling miskin memerlukan pertolongan,”
Tuduhan BN terhadap konsep Negara Berkebajikan anjuran PAS. (ramalan soalan maut terhadap KP)
§ Konsep Negara Berkebajikan PAS lahir daripada strategi PAS untuk meraih
sokongan DAP dan PKR.
§ Konsep ini lebih merupakan pandangan peribadi Presiden Pas Dato’ Seri Hadi
Awang.
§ Fokus Negara Berkebajikan PAS
adalah lebih tertumpu kepada aspek
perbelanjaan peruntukan dan bukan usaha-usaha menambahkan peruntukan bagi
membiayai perbelanjaan yang terlibat.
§ Konsep Negara Berkebajikan PAS tidak memberi tumpuan kepada bagaimana
hendak menjana pendapatan negara.
§ Tiada digariskan apakah cabaran-cabaran
strategik yang akan dihadapi oleh negara masa kini dan akan datang dalam konsep Negara
Berkebajikan PAS.
§ Negara kebajikan ketinggalan zaman
didewasa ini. Negara-negara barat sendiri seperti Greece, Italy, UK dan US
telah mula menyedari kelemahan negara yang terlalu fokus kepada kebajikan
melalui perbelanjaan peruntukan kerajaan. UMNO anggap Greece bangkrap kerana
banyak tolong rakyat.
§ PAS telah memerintah Kelantan melebihi 20 tahun dan tetapi Kelantan adalah
antara negeri termiskin di Malaysia.
§ Ayat-ayat Al-Quran yang dipetik oleh PAS dalam konsep Negara Berkebajikan
(Al Baqarah;177) tidak menyebut secara spesifik negara berkebajikan.
§ Konsep Negara Berkebajikan PAS hanyalah satu penulisan yang umum dan
retorik semata-mata.
Menurut PAS
v Adakah Negara Berkebajikan sama dengan idea ‘Negara Islam’ PAS?
Sepatutnya ditanya: adakah idea Negara Berkebajikan menepati ajaran Islam?
Atau tanya; adakah idea Negara Islam menepati ajaran Islam?
Jawapannya ‘Ya’. Ini kerana asal idealisme dan cita-cita PAS adalah
meninggikan Islam. Maka, sudah tentu Islam itu lebih penting dan apa jua
manifesto PAS sudah tentu mendukung kepentingan Islam.
Sebenarnya, Negara Berkebajikan dan Negara Islam berbeza dari segi pernyataan semata-mata sesuai dengan konsep
manifesto bagi satu-satu PRU, namun idea dan isi pokok kedua-duanya adalah sama; iaitu berpandukan Islam yang sebenar.
NEGARA BERKEBAJIKAN BUKAN NEGARA KEBAJIKAN
Negara walfare state
Barat
} Konsep yang diperkenalkan oleh Gosta Esping-Andersen.
} Negara kebajikan Barat memisahkan urusan negara daripada agama sama ada
secara total atau terpilih dan tanpa perhitungan halal dan haram serta dosa dan
pahala.
} pemimpin Makkah menolak tawaran Rasulullah S.A.W. kerana menganggap dasar
dan konsep berkebajikan tidak akan memajukan bangsa dan negara. Negara
kebajikan Barat masih menekan aspek kebendaan (materialistik).
} Kaum A’d, Thamud dan Firaun
merupakan contoh kerajaan-kerajaan paling maju di zamannya, tetapi dibejati
kezaliman dan maksiat, pembangunan bersama maksiat dan zalim sehinggalah
akhirnya semuanya dimusnahkan.
} Walaupun maju dan bertamadun dari segi kebendaannya. Allah meninggalkan
kesan kebendaan yang dapat dilawati sehingga hari ini. Kemusnahannya kerana
kemusnahan insan disebabkan musnahkan iman, amal dan akhlakgara.
} Takrifan istilah walfare (kebajikan )
o Merujuk pada Spicker (1995), Midgley, Tracy dan Livermore (2000), Thompson
(2005), Suharto, (2005a), dan Suharto (2006), pengertian walfare
(kesejahteraan/kebajikan) sedikitnya
mengandung empat makna.
§ Sebagai kondisi sejahtera (well-being). Keadaan sejahtera terjadi manakala kehidupan manusia
aman dan bahagia karena keperluan asas seperti makanan, kesihatan, pendidikan,
tempat tinggal, dan pendapatan dapat dipenuhi; serta manakala manusia
memperoleh perlindungan dari risiko-risiko utama yang mengancam kehidupannya.
§ Sebagai khidmat sosial. Di Britain,
Australia, khidmat sosial umumnya
mencakup lima bentuk, = jaminan sosial (social security), khidmat kesehatan,
pendidikan, perumahan dan kemudahan sosial personal (personal social services)
§ Sebagai tunjangan sosial yang, khususnya di AS, diberikan kepada orang
miskin. Karena sebagian besar penerima welfare adalah orang-orangmiskin,
cacat, penganggur,
§ Sebagai proses atau usaha
terangcang yang dilakukan oleh individu, lembaga-lembaga sosial, masyarakat
mahupun badan-badan pemerintah untuk meningkatkan kualiti kehidupan (pengertian
pertama) melalui pemberian pelayanan sosial (pengertian ke dua) dan tunjangan
sosial (pengertian ketiga).
} Di Barat konsep Negara Kebajikan (walfare state bertujuan menjinakkan
konsep kapitalisme yang jahat dan kejam terhadap kaum miskin. Digelar compassionate capitalism. Barat tidak
ikhlas dengan agenda kebajikan.
} Thoenes mendefinisikan welfare state sebagai “a form of society characterised by a system of democratic
government-sponsored welfare placed on a new footing and offering a guarantee
of collective social care to its citizens, concurrently with the maintenance of
a capitalist system of production” (satu
bentuk masyarakat yang dicirikan oleh sistem kebajikan demokrasi yang ditaja
oleh kerajaan diletakkan pada asas yang baru dan menawarkan jaminan penjagaan
sosial kolektif kepada rakyat, serentak dengan penyelenggaraan sistem
pengeluaran kapitalis)
} Negara-negara kapitalis dan demokratis seperti Eropah Barat, AS, Australia
dan Britain adalah beberapa contoh penganut welfare state. Sedangkan, negara-negara di
bekas Soviet dan Blok Timur umumnya tidak menganut welfare state, karena mereka
bukan negara demokratis atau kapitalis.
}
PERLAKSANAAN NEGARA BERKEBAJIKAN KONTEKS MALAYSIA
MODEL NEGERI PEMERINTAHAN PAS
·
Kelantan telah terapkan konsep
Negara berkebajikan melalui falsafah 5K yang meliputi
o keilmuan,
o kepatuhan,
o kebajikan,
o kebersihan dan
o kesejahteraan.
·
Dalam usaha mencapai matlamat
pembangunan 5K tersebut, sebanyak tujuh garis panduan dasar dijadikan pegangan
utama MPKB-BRI iaitu:
o - Menegakkan syari’at Islam dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran.
o Mengenepikan sikap kebendaan dan kepentingan diri.
o - Mengamalkan pendekatan syari’at dalam pentadbiran dan pengurusan.
o Mengamalkan etika kerja Islam.
o - Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh kakitangan.
o Mengenengahkan kakitangan yang
berdedikasi.
o - Mengutamakan keadilan dalam setiap urusan.
Jika ditanya mengapa tidak dilaksanakan terlebih dahulu
konsep Negara Berkebajikan di Kelantan?
PAS telah menunaikan beberapa perubahan demi kepentingan/kebajikan rakyat.
Antaranya:-
§ Pengenalan Skim Insuran al-Kifalah dengan caruman RM7.6 JUTA untuk membela
nasib lebih 3000 orang warga emas di Kelantan. MB Kelantan turut mencarum RM3
JUTA tambahan untuk kebaikan/faedah lebih 140 RIBU rakyat Kelantan yang berusia
60 tahun ke atas; yang kemudiannya ditiru/dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
hari ini.
§ Pengenalan imej ‘Hotel Islam’ secara kormersial; yang kemudiannya
ditiru/dipraktikkan di negeri Pahang hari ini.
§ Pengenalan sistem bekerja 5 hari seminggu; yang kemudiannya
ditiru/dipraktikkan oleh kerajaan pusat dengan memberi cuti pada hari Sabtu
minggu pertama (bermula tahun 1999); dan kini dipraktikkan keseluruhannya oleh
Kerajaan Pusat.
§ Pengenalan Pajak gadai ar-Rahn sejak awal 1990an, kemudiannya
ditiru/dipraktikkan oleh kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YPEIM).
§ Pengenalan skim cuti bersalin 60 hari
bagi kakitangan kerajaan (wanita) dari 42 hari dipanjangkan hingga 60
hari; yang kemudiannya turut ditiru/dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat.
§ Pengenalan skim rumah kos rendah dengan 3 bilik minimum sesuai dengan realiti
keperluan rakyat demi menyuburkan kerukunan keluarga, alternatif pada gejala
sumbang mahram; yang kemudiannya skim ini dijadikan model rumah kos rendah oleh
pemaju dan Kerajaan Pusat.
§ Pengenalan budaya/amalan Menjaga Amanah Rakyat melalui perintah larangan
memberi cenderahati atau hadiah dalam lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan MB
dan Exco-exco Kerajaan Negeri; yang kemudiannya diparktikkan oleh Kerajaan
Pusat melalui arahan Pengarahnya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula
1998.
§ Pengenalan idea ‘Pembangunan Seimbang’ dengan menonjolkan ayat-ayat
al-Quran, petikan hadith serta potongan doa sebagai hiasan bigboard di tepi
jalan; yang kemudiannya ditiru/dipraktikkan oleh PM dan Menteri di JPM
(Kerajaan Pusat) pada tahun 1997.
§
§ Pengenalan Skim Bantuan Sakit Kronik kepada rakyat miskin yang memerlukan
bantuan kewangan untuk kos perubatan dan pembedahan.
§ Pengenalan Skim Bantuan Bencana Alam maksimum RM5 RIBU per keluarga bagi
kes kebakaran, banjir, ribut dll yang menimpa rakyat Kelantan demi membina
penghidupan baru.
§ Pengenalan Skim Takaful Armalah dengan caruman insuran pertama demi
membela kehidupan golongan ibu tunggal.
§ Pengenalan Skim Ladang Rakyat bermula Januari 2008 dan telah membela 3693
individu miskin/daif termasuk 200 Orang Asli telah menerima dividen RM200
secara bulanan.
§ Pengenalan Skim Rumah Rakyat bermula Januari 2008 dengan peruntukan
kerajaan negeri sebanyak RM15 JUTA demi membina/memberi kediaman percuma kepada
golongan Armalah (ibu tunggal), golongan miskin dan warga emas.
Malah PAS memerintah Terengganu (1999-2004), PAS juga telah
menunaikan beberapa perubahan demi kepentingan/kebajikan rakyat. Antaranya:-
§ Menghapuskan tol di negeri tersebut, yang sebelum ini dianggap mustahil
oleh UMNO ketika memerintah; namun terus dikekalkan oleh UMNO kini.
§ Menghapuskan cukai pintu demi mengurangkan beban rakyat. Ini kerana
Terangganu mendapat royalti minyak dan patut rakyat mendapat manfaat tersebut.
Kejayaan konsep Negara Berkebajikan Kedah
Perkara diluar manifesto yang dilaksanakan.
§ Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri
kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan
fahaman politik.
§ Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas
tanah 831 ekar.
§ Meneningkatkan hasil kerajaan
negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010
dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.
§ Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan
urusan rakyat dengan kerajaan.
§ Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri
Kedah.
Perkara didalam manifesto
§ Pentadbiran sifar rasuah
Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah,
penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.Buat pertama kalinya, pihak GLC
telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta. Kewanagn
negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun
2010. Kerajaan juga telah melancarkan
Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi,
industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi,
pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah
hasil pendapatan negeri. Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati
oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). Menteri Besar dan
EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku
Mahmud.Pengurangan elaun mesyuarat ( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga
RM 7 juta setahun) (Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak
mencapai RM 2 juta setahun) Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan
elaun bulanan seperti sebelum ini.
§ Aspek ekonomi Kedah
Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira
perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat. Telah dilancarkan
Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi,
industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi,
pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah
hasil pendapatan negeri. Mewujudkan suasana ‘mesra pelabur’ dengan mengurangkan
karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran.
Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian
pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan . Sehingga awal 2010, pelaburan
di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion. Kedah merupakan negeri ke-5 nilai
Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju
selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
§ Aspek tanah
Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.Kerajaan telah
menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan
kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta. Bagi tanah pendidikan, Kerajaan
Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah
persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan
keuntungan.
--------------------------------------------------------------------
Muhammad Nuruddin Bashah
Siputeh Perak 7.01 pagi 18 Jun 2012