Monday, March 23, 2015

KENYATAAN MEDIA-TANGGUH KENAIKAN HARGA TAMBANG; KERAJAAN INGIN JADI HERO RAKYAT KEKAL DERITA


 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 MAC 2015

TANGGUH KENAIKAN HARGA TAMBANG; KERAJAAN INGIN JADI HERO RAKYAT KEKAL DERITA

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menganggap tindakan Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam adalah sebagai:-

1. Tindakan ingin menjadi hero selepas isu atau masalah ditimbulkan akibat tindakan kerajaan sendiri.

2. Jawapan lunak dan berhias oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang iaitu disaat rakyat cuak dan takut dengan keadaan tidak menentu menjelang perlaksanaan GST 1 April kelak hanya jawapan ‘pain killer’ semata-mata.

3. Jelas, kenaikan tambang akan tetap berlaku dan ia tidak mampu dielakkan kerana alasan pengusaha pengangkutan awam adalah kos penyelenggaraan.

4. Kesan domino GST sememangnya telah dihebah oleh para pimpinan Pakatan Rakyat baik dalam media mahupun ceramah bahawa kenaikan tetap akan berlaku meskipun kerajaan menghebahkan ada item dan produk atau servis yang tidak dikenakan GST.

5. Kos penyelenggaraan misalnya akan terus naik kerana peralatan dan ‘spare part’ akan terus naik harganya. Inilah yang membebankan pengusaha pengangkutan dan tanpa GST pun mereka terpaksa menaikkan kadar tambang.

6. Pihak kami sedar para pengusaha pengangkutan awam juga sebagaian daripada rakyat yang menerima bahana akibat GST, kejatuhan mata wang dan kesan akibat subsidi demi subsidi ditarik oleh kerajaan.

7. Sebelum ini rakyat satu Malaysia kesal, mengeluh dan marah selepas mendengar berita ambang teksi dan kereta sewa akan naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

8. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

9. DPPNK berpandangan, di saat kita berkempen hijau agar menaiki pengangkutan awam, kerajaan terus mengamal polisi cukai yang mencekik darah rakyat.

10. Kempen dan iklan media elektronik yang masih mengelirukan rakyat masih dikumandang lagi seolah-olah benar harga barang yang tidak dikenakan GST akan kekal harga.

11. Rakyat telah faham harga naik bagi barang yang tiada SST tetapi dikenakan GST seperti komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit.

12. Barang dianggap kekal harga jika tiada GST seperti ayam, ikan, telur, Petrol RON95 dan diesel, tol dan pengangkutan awam

13. Barang akan turun harga jika dahulu dikenakan SST 16 % akan turun selepas dikenakan GST 6%. Masalahnya adalah, barang yang bakal turun harga bukanlah barang basahan atau komoditi harian rakyat seperti set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika. Rakyat tidak perlukan barang ini secara harian dan jika naik harga sekalipun tiada rakyat akan mati kelaparan.

14. Pihak kami percaya rakyat semakin tertekan dengan iklim ekonomi sekarang jika tidak dirawat. Rakyat yang tidak faham isu hutang 1MDB 42 bilion atau isu pembaziran pembelian jet eksekutif baru juga pasti faham bahawa kadar gaji di negara secara umumnya juga tidak banyak meningkat. Kadar gaji yang dibayar di Malaysia hanyalah 30% daripada GDP negara. Angka ini tidak banyak naik sejak 1970-an lagi. Ini bertentangan sama sekali jika dibandingkan dengan kadar kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

15. Lebih ramai orang akan menggunakan kenderaan sendiri apabila tambang pengangkutan awam naik. Lebih-lebih lagi apabila harga minyak secara relatifnya lebih rendah sekarang. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Kedah



Tuesday, March 17, 2015

Dialog Poket Rakyat, mencelikkan rakyat isu kebejatan ekonomi Malaysia



Dialog Poket Rakyat, mencelikkan rakyat isu kebejatan ekonomi Malaysia

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

ALOR SETAR - 17 Mac 2015
Sempena siri penjelajahan Ketua penerangan DPPM Saudara Nasaie Ismail ke negeri Kedah, Lajnah Penerangan DPPN Kedah telah melancar program pakej “Dialog Poket Rakyat Koiy Tembuih” atau dalam bahasa bakunya Poket Rakyat Semakin Tembus.

Nasaie yang akan merasmikan mesyuarat agong pemuda kawasan di beberapa tempat akan turut berceramah di waktu petang dan malam bersama rakyat serata Kedah bermula 14 Mac.

Program berkenaan telah diputuskan melalui mesyuarat lajnah penerangan da kami mendapati isu ekonomi rakyat, tekanan ekonomi akibat GST, bahasa penarikan subsidi dan isu harga lantai getah, deposit air SADA dan banyak isu lain adalah isu yang perlu difahamkan kepada rakyat”, jelas Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman Ketua Penerangan DPPN Kedah.

Program yang bermula di Teluk Wang Sungai Petani akan diteruskan di kawasan Baling, Sik, Padang Serai, Kubang Pasu dan lain-lain kawasan dan ia disertai oleh Saudara Nasaie sendiri.

“Ekonomi bukan isu dalam bilik darjah, bukan isu kuliah universiti semata-mata, ekonomi adalah kuasa tuan-tuan untuk membeli, mengurus kehidupan, beribadah dan hidup dengan sejahtera, jika kesemua kesejahteraan ini hilang atau mengalami tekanan bermakna tuan-tuan sedang mengalami himpitan ekonomi”, kata Nasaie semasa ceramah di Teluk Wang.


Program ini akan diteruskan sehingga menjelang GST dan akan turut menjadikan agenda membantah TPPA sebagai agenda besar lajnah Penerangan DPPN Kedah. Disamping ceramah, prgram ini diseiringkan dengan edaram risalah terbitan lajnah penerangan DPPN Kedah.

Sunday, March 15, 2015

MAHATHIR KRITIK KORUP 1MDB - DEDAH BUDAYA KORUPSI ANAK BAPAK


MAHATHIR KRITIK KORUP 1MDB - DEDAH BUDAYA KORUPSI ANAK BAPAK
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah


Dalam media sosial, media baru semua pihak tanpa mengira peminat politik, atas pagar, pembangkang mahupun penyokong kerajaan mengongsi atau istilahnya ‘share’ gambar poster muka Tun Mahathir yang menggesa supaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat polis.
Ya isu ini isu besar dan ia isu ‘common value’ antara ahli politik pembangkang dan pihak kem Tun Mahathir. Benar juga kata saudara Rafizi bahawa isu 1MDB adalah isu sejagat, yang telah memberi rasa cuak di dalam hati rakyat yang faham apa itu rugi.

Ramai penyokong pembangkang berasa gembira dengan ‘keinsafan’ Tun mendesak, menggasak pimpinan UMNO dan mungkin ada yang terguna kaedah Strategi 3 Tsun Zu iaitu kita pinjam tangan seseorang untuk membunuh. Atau mudahnya adalah menggunakan kekuatan pihak lain untuk menyerang musuh. Tambah-tambah tangan yang ‘membunuh’ itu adalah mantan Perdana Menteri sendiri.

Tetapi jangan terlalu teruja. Ada beberapa blogger UMNO mengibaratkan tindakan Tun sebagai melatah, kena jerat pembangkang atau menari mengikut tarian pembangkang.

Hakikatnya tidak. Tun bukan setahun jagung dalam politik tanahair. Beliau menari bukan sebarang tari. Tarian beliau jarang memberi manfaat kepada pejuangan rakyat walaupun kosmetiknya kelihatan mengutamakan rakyat.

Namun begitu ucapan terima kasih tetap perlu diucapkan kepada Tun kerana sudi menemplak skandal 1MDB, sekurang-kurangnya selok belok dalam kerajaan yang dikuasai beliau mampu memberi kefahaman jelas betapa bejatnya skandal 1MDB.


Jangan lupa apa yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia. Jangan terlalu teruja. Pada pandangan penulis, ini bukan peringatan janggal, di kedai kopi pun masih ada rakyat yang memperingati rakan-rakan mereka agar tidak terlalu memuja tindakan Tun membongkar isu 1MDB.


BN telah sampai kemuncak korupsinya. Budaya korupsi itu telah lama berakar umbi.

Jika dilihat daripada graf yang disediakan oleh IMF, jelas peningkatan hutang negara mencacak sejak DSAI melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Bermakna ia bertambah-tambah sejak era dikuasai Tun Mahathir, Tun Daim, Tun Abdullah dan akhirnya Perdana Menteri hari ini.

Anak muda yang hanya menadah buku di kampus pada era pentadbiran Tun Abdullah boleh dikatakan hari ini hampir tidak tahu mendalam kebejatan regim pemerintaha di era Tun Mahathir. Maka mereka mungkin bersimpati apabila blognya chedet.cc dihack atau digantung pihak tertentu. selepas Tun Mahathir memuat naik kritikan pedas terhadap 1MDB dan perdana menteri,
Mengimbau korupsi di zaman beliau mudah sahaja jika kita rajin menggoogle atas nama ‘korupsi zaman Mahathir’. Suatu ketika seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pernah berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun. Kata beliau “Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat. “Masuk penggal kedua pula dia mula ‘bersih, cekap, amanah’ untuk kroni dan keluarga dia. “Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia,”

Tetapi apabila meletak jawatan, beliau ghairah meraih populariti dengan mengungkit korupsi UMNO bagaikan beliau sejak muda bukan ahli UMNO.

Misalnya beliau mengaku bahawa Umno dipimpin orang korup. Dalam Wawancara Mingguan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad pernah menyelar Abdullah Ahmad Badawi dengan berkata "Umno sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Tun juga memperlekeh kemampuan pemimpin Umno, termasuk para menteri dan ketua bahagian, yang disifatkannya gagal menjawab serangan pembangkang khususnya mengenai rasuah dan kronisme. Semasa diwawancara oleh pengkaji Transparency International Tun Mahathir iberkata: "Hakikatnya setiap orang yang dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam tahun 2009 memang kerana mereka menggunakan wang.

Pada penulis, penulis berstuju dengan sejumlah besar pemerhati politik yang mahukan Tun Mahathir menjawab dahulu tuduhan panjang yang dilempar oleh George Soros yang menyenaraikan senarai panjang dakwaan salah laku beliau dalam satu artikel diterbitkan di The Bangkok Post pada 2012.

Antara tuduhan Soros adalah :
  1. “Tiga orang anak anda bernilai AS$8 bilion, Dari mana mereka mendapat wang itu, korupsi pastinya.
  2. “Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, mengumpulkan kekayaan dalam jumlah bilion.
  3. “Berbilion digunakan untuk membina dua buah menara Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa pun, ia berdiri teguh sekarang simbol kebodohan dan tidak bertanggungjawab.
Tun juga perlu membuang palitan aib akibat kenyataan bekas Editor Asian Wall Street Journal Barry Wain yang berasal dari Australia dalam buku tulisannya pada 2009, bertajuk “Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Time”. Katanya:

  1. Mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan kira-kira RM100 juta ketika pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
  2. Kerajaan cuba memanipulasi harga timah antarabangsa dan kaitan Bank Negara dengan saham antarabangsa yang berlaku pada sekitar 80-an.

Mungkin Tun menggunakan salah satu falsafah Silat Sendeng iaitu menyerang adalah salah satu pertahanan yang terbaik. Menyerang musuh politik apabila melihat ada riak musuh untuk menyerang dirinya. Kalau itulah caranya Tun menutup skandal, korupsi di zaman pentadbirannya, lambat laun akan membusung juga.

Kesimpulannya, UMNO adalah kilang insan korup yang produktif sejak era Mahathir hingga kini. Baik beliau mahupun pihak yang dikritiknya perlu dianggap rakyat sebagai korupsi bapa anak atau korupsi guru dan muridnya. 2 kali 5, 5 kali 2. Sama sahaja.


SEBELUM LAPORAN PISA KELUAR RAKYAT SUDAH ADA PENILAIAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA


SEBELUM LAPORAN PISA KELUAR RAKYAT SUDAH ADA PENILAIAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA

Penulis percaya sebelum keputusan penilaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 dikeluarkan yang menyatakan kedudukan negara kita yang corot, telah ramai rakyat Malaysia di kalangan guru, ibu-bapa, profesional mahupun penoreh getah sedia maklum bahawa pendidikan di Malaysia berstatus:
  1. Tiada arah yang jelas

  1. Inferiority complex dengan kemajuan pendidikan negara besar

  1. Jadikan pendidikan sebagai experimental field atau tikus makmal

Sebelum ini iaitu sebelum penerbitan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 Oktober , Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ada bercakap besar bahawa anak-anak Malaysia mendapat pendidikan lebih baik daripada anak-anak Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Dari sorotan sejarah, apabila kerajaan Perikatan menghapus tulisan jawi sedikit demi sedkit ia sudah cukup membimbangkan dan mengubah landskap pendidikan negara daripada berteraskan nurani melayu Islam kepada orbit global sama sahaja seperti negara commonwealth yang lain. Jelas neo-colonialisme mudah berlaku apabila nilai common disepunyakan iaitu aksara huruf yang sama. Sedangkan tulisan jawi digunakan jauh berabad lamanya berbanding tulisa Kawi dan Pallava daripada Tamadun India dan tulian roman daripada tamadun barat.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dilihat gagal untuk menunjukkan keprihatinan malah menjadikan para guru dan murid sebagai bahan eksperimen sedangkan sistem PBS ternyata mempunyai kelemahan yang sangat ketara dan wajar dimansuhkan demi meningkatkan mutu pendidikan dan keprihatinan terhadap para guru. Negara perlu melahirkan para cendekiawan dan bukan semata bertumpu kepada generasi yang hanya mempunyai kemahiran tetapi minimum pengetahuannya. Inilah maksud penulis menjadikan bidang pendidikan sebagai ‘experimental field’.

Perasaan hampa dan gusar di kalangan rakyat menyala-nyala apabila kerajaan yang bukan sekadar mengupah APCO yang bertalian hayat dengan Yahudi untuk memberi nasihat imej dan polisi politik, malah turut mengupah penasihat asing untuk menunjuk arah pendidikan negara kita, anak bangsa kita!

Inferior, lemah self esteem atau westomania, itulah antara ungkapan yang boleh diberikan kepada pemimpin Malaysia yang galak mengupah konsultan luar untuk membuat polisi pendidikan negara kita. Bertepatan dengan pandangan Presiden MAPIM Tuan Haji Azmi Abd Hamid, apabila diumumkan di Parlimen bahawa Kementerian Pendidikan melantik sebuah syarikat perunding McKinsey and Co dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ianya boleh dianggap suatu skandal besar yang melibatkan halatuju tarbiah dan pengacuan minda intelek dan sahsiah anak-anak Malaysia!

Ia bukan suatu hal yang remeh atau boleh diambil ringan.
Sebelum ini juga PPSMI telah menjadi barah dalam politik negara dan mampu menyatupadukan ramai sasterawan, penulis, guru, ahli bahasa dan para cendiakawan yang cintakan bahasa melayu dan isu PPSMI menjadi isu penting pembangkang. Idea inferiority complex Tun Mahathir ini digagaskan dengan diselindung atas nama mengikut realisme pendidikan dunia yang semuanya menjurus kepada bahasa rasmi dunia iaitu bahasa Inggeris.

Soal kematangan tamadun bukan sehari dua. Adakah bahasa Inggeris boleh kekal sebagai bahasa utama pendidikan dunia. Sampai bila? Akhirnya jika bahasa Korea yang menguasai pentas tamadun, adakah buku teks Malaysia akan ditukar ke bahasa Korea? Inilah dasar logik golongan rendah diri dan ingin ‘short cut’ dalam membina tamadun bangsa. Akibatnya kerajaan yang takut hilang undi melaksanakan pemansuhan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang merupakan dasar pendidikan di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed pada 2002 yang kemudian digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada 2011.
Terlalu banyak isu sistem pendidikan dijadikan kandang tikus putih oleh para pemimpin jika ingin dikupas. Cukuplah sekadar ini dahulu untuk tatapan pembaca.

Muhammad Nuruddin Bashah

Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

ISLAM TERBUKTI BERJAYA TADBIR DUNIA - SAUDARA NASAIE ISMAIL

 ISLAM TERBUKTI BERJAYA TADBIR DUNIA - SAUDARA NASAIE ISMAIL

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

TIKAM BATU - 14 Mac 2015

“Kejayaan umat Islam memerintah telah terbukti melalui berabad pemerintahan Islam di serata benua dunia dan ia akan kembali memerintah dunia, Uthmaniyah sendiri telah memerintah lebih 600 tahun dan benih Islam yang kini tersebar di Eropah sebenarnya ditanam oleh Umayyah Cordova yang memerintah lebih 700 tahun berakhir pada 1492 M” demikian penegasan Saudara Nasaie Ismail semasa merasmikan Mesyuarat Agong Dewan pemuda PAS Sg Petani di Tikam Batu tadi.

Beliau menambah, berdasarkan teori kitaran tamadun dunia, setiap 120 tahun akan berlaku perubahan kuasa hegemoni dunia dan Uthmaniyah teah jatuh sekitar 90 tahun lamanya pastilah harapan untuk melihat kembalinya kuasa di tangan Islam bakal disaksikan kelak.

“Tidak hairan jika diramalkan menjelang 2050, Rusia akan menjadi negara islam berdasarkan fertiliti tinggi umat Islam di sana memandangkan tanah Rusia adalah tanah yang diperintah Islam jauh lebih awal berbanding Kristian Ortodoks dan Komunisme”, tambah beliau.

“ Aspek penting dalam perihal senareo politik di Mesir, Tunisia, Palestin dan Turki misalnya perlu diadaptasi walaupun jelas bukan 100% resepi politik mereka cocok dengan waqi’ dan perjalanan siasah negara kita, namun pasti ada suri teladan dan butir-butir hikmah yang boleh diambil iktibar untuk memacu kejayaan gerakan Islam di Malaysia”, kata beliau sebagai penutup bicara.

Mesyuarat Agong kali ke-31 ini menyaksikan Dewan Pemuda PAS Sg Petani melancarkan Warta Shabab Sungai Petani yang menyalurkan berita-berita kerja buat pemuda PAS Sg Petani untuk disajikan kepada para ahli cawangan dan masyarakat setempat. Gimik menarik turun banting Warta Shabab telah disempurnakan oleh Saudara Nasaie yang juga dijadualkan akan bersama dalam beberapa siri program penerangan pemuda Negeri Kedah.

Saudara Mohd Izzwan Ismail pula menyatakan hasrat menerbitkan Warta berkala ini adalah suatu hasrat untuk memastikan ‘miledge politic’ PAS Sungai Petani boleh dicetus lebih awal bukan sekadar menjelang pilihanraya.

“Kini Dewan Pemuda Sungai Petani telah menyediakan skuad cakna isu setempat, menyalurkan berita kepada akhbar tempatan dan media sosial untuk dihebahkan”, kata saudara Izwan semasa mewakili Pemuda Kawasan dalam ucapannya sebentar tadi.

Saudara Izwan selaku mantan Ketua Pemuda dan kembali dipilih sebagai Ketua Pemuda telah melancarkan juga kempen Aduan Rakyat, Pemuda Bersama Rakyat agar pihak pemuda cawangan cakna dan peka dengan isu marhain, kesusahan rakyat serta isu-isu tempatan yang menampilkan gerakan pemuda AS sebagai Pemuda yang peihatin dan bermanfaat kepada masyarakat.


Mesyuarat ditamatkan dengan pembacaan serangkap puisi pilu yang mengimbau kebersamaan perjuangan pemuda oleh salah seorag mantan pimpinan pemuda yang hadir dan telah menitiskan air mata para hadirin petang tadi.








Monday, March 09, 2015

25 PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI SERTAI TEMASYA SUKAN PASTI 2015


 25 PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI SERTAI TEMASYA SUKAN PASTI 2015

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 9 Mac 2015

Sekitar 450 orang etlit cilik yang mewakili 25 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Sungai Petani telah hadir untuk menyertai Temasya Sukan Tahunan PASTI Sungai Petani bagi sesi 2015.

Program yang bermula seawal 8 pagi selesai tamat pada jam 1 tengahari dengan menyaksikan Johan bagi sukan bolak sepak 7 sebelah dimenangi oleh Pasti Bukit Berangan diikuti Pasti Pantai Edau dan Pasti Batu Lintang.

Bagi pertandingan bola jaring, srikandi cilik Psti Sungai Emas team A telah berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Pasti Taman Sri Pinang dan Pasti Sg Emas team B.

Menurut Mohd Izwan Bin Ismail Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani, rata-rata ibu bapa gembira kerana PASTI terus berjaya mengasuh anak-anak mereka bukan sahaja dalam aspek akademik, sahsiah dan ibadat malah juga dalam hal jasmani dan kesihatan. Para ibu bapa dan guru turut diperingatkan menyediakan air minum yang cukup kepada para peserta memandnagkan cuaca kemarau yang agak berbahaya kepada mereka.



Temasya pada tahun ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Fadhil Noor bin Sahani selaku Exco Sukan dan Kesenian Dean Pemuda PAS Kedah. Dalam ucapan ringkas beliau antara lain menyatakan bahawa PASTI Sungai Petani adalah berada ditangga kedua dalam seluruh negeri Kedah dalam aspek pengurusan, sukan dan sebagainya. Beliau turut memuji kesungguhan para guru dan jurulatih sukan yang mengasuh para peserta tanpa jemu.


Ikrar para etlit telah diketua oleh adik Mohd Amar Sofi daripada Pasti Sungai Emas dengan amat bersemangat dan kalimah takbir yang memecah kesunyian pagi sabtu lalu.




 





KERJA BESAR KERAJAAN ADALAH KURANGKAN JURANG MISKIN DAN KAYA DI MALAYSIA


KERJA BESAR KERAJAAN ADALAH KURANGKAN JURANG MISKIN DAN KAYA DI MALAYSIA
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

Semua insan di mana -aman negara Bangsa hari ini menginginkan kesejahteraan dalam hidup. Jika disoal kepada individu yang berakal sihat, mereka tidak akan melulu menyebut wang sebagai cita-cita utama mereka walaupun ramai yang pelahap dengan wang, sebaliknya individu yang baik minda akan menjawab keamanan, kesihatan dan kebebasan adalah matlamat hidup dalam sesebuah naungan negara.

Aspek sihat, aman dan bebas inilah yang dikenali sebagai kesejahteraan. Kesejahteraan sebenarnya kian terhakis apabila sesebuah pemerintahan membenarkan wujudnya jurang antara yang miskin dan yang kaya kerana lumrahnya dua segmen masyarakat ini diwujudkan oleh Allah sebagai hubungan interaksi yang memiliki KPI akhirat. Sedekah daripada pihak yang berada adalah bermatlamatkan akhirat bukan sekadar tagihkan resit pengelak cukai LHDN.

Sekaligus si penerima sedekah akan aman, selesa dan berkesinambungan hayatnya dengan adanya tangan yang menghulur.

Islam tidak mengiktiraf istilah BASMI MISKIN kerana Rasulullah sendiri mendoakan dirinya tergolong dalam golongan miskin kerana golongan inilah yang ramai berada di syurga kelak.
Doa Nabi;
اللّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِيناً، وَأَمِيْتِنَي مِسْكِيناً، وَاحْشُرْنِي فِي زُمْرَةِ الْمَسَاكِينِ

“Ertinya : Ya Allah ! Hidupkanlah aku dalam keadaan MISKIN, dan matikanlah aku dalam keadaan MISKIN, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) di dalam rombongan orang-orang MISKIN”. (Imam Ibnu Majah No. 4126)
Islam tidak menganggap apabila semua umat kaya maka mereka telah sejahtera. Syariat zakat, sedekah, hibah dan infaq belum dinasakhkan, jadi ianya kekal relevan. Golongan miskin dan kaya akan kekal wujud hingga ke kiamat.

Namun yang disarankan Islam adalah mengurangkan jurang antara keduanya. Yang kaya jangan terlalu kaya sehingga keputusan, polisi negarapun berada di dalam poketnya. Yang miskin pula jangan sehingga melarat dan mencecah tahap kufur kepada Allah lantaran kedhaifan yang amat teruk.

Rasulullah pernah menceritakan kisah seorang wanita yang terpaksa menggadaikan maruahnya kepada sepupunya sendiri kerana kelparan dan kemiskinan ( Fiqh Ekonomi Islam, Prof, Dr. Yusuf Al Qaradhawi halaman 130)

Rasulullah pernah berdoa “ Dan aku berlindung denganMu daripada keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kemiskinan “ ( Riwayat Imam Bukhari)

Mari kita teliti dahulu definasi sejahtera menurut fahaman sekular. Sedikit sebanyak teori berkenaan adalah praktikal harian kita. Veenhoven(2004) merumuskan bahawa kesejahteraan manusia adalah bermaksud kualiti hidup. Malah beliau berpandangan bahawa kualiti hidup ini boleh diukur melalui kaedah yang digunakan oleh United Nation for Development Program (UNDP). UNDP mengukur kualiti hidup manusia dengan melihat kepada Indeks Pembangunan Manusia yang mengukur tiga perkara iaitu:
i. Kekayaan masyarakat diukur dengan melihat kepada kuasa beli per orang
ii. Pendidikan dengan diukur kepada kadar celik huruf dan persekolahan
iii. Jangka hayat sewaktu lahir

Seterusnya UNDP juga memasukkan dua item lain dalam pengukuran pembangunan manusia iaitu:
i. Kesamaan gender yang diukur melalui Gender Empowerment Index yang melibatkan nisbah lelaki dan perempuan berkaitan kadar celik huruf, kemasukan ke sekolah dan pendapatan
ii. Kemiskinan yang diukur melalui kematian pra matang, kadar buta huruf
functional dan kekurangan pendapatan.

Dalam definisi lain dijelaskan, kesejahteraan ialah:
الحالة التي تتحقق فيها الحاجات الأسية للفرد واجملتمع من غداء وتعليم وصحة وتأمين ضد كوارث الحياة
“Kesejahteraan (welfare) adalah keadaan di mana keperluan dasar bagi individu atau kelompok dapat dipenuhi baik berupa keperluan makanan, pendidikan, kesihatan, dan jaminan kepada daripada bencana kehidupan.” (Badawi, 1986).

Menurut Laporan Pembangunan manusia PBB 2013 dan kajian Institut Penyelidikan Khazanah, isu persamaan sosial, kestabilan sosial dan pengagihan kekayaan adalah isu besar yang perlu diselesaikan. Pada penulis isu inilah antara lain yang menjerut kesejahteraan rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum.

Kuasa membeli, berbelanja, berpendidikan dan memiliki kesihatan yang baik secara realitinya mampu dimiliki rakyat sekiranya kekayaan negara diagih kepada yang berhak. Subsidi umpamnya adalah syari’y dan ianya salah satu metod Nabawi untuk menyeimbangkan kekayaan negara.

Rakyat memiliki jurang kekayaan yang besar
Perhatikan fakta di bawah:
20 % daripada penduduk terkaya Malaysia menguasai 51% kekayaan negara.
Manakala 20 % rakyat marhain bawahan memilki kurang 5% kekayaan negara.
Menurut UHHD jumlah kekayaan 40 taikun di Malaysia menyamai 22% hasil KDNK Malaysia.
Menurut CAP, gaji CEO di Malaysia purata adalah RM 11 juta sebulan dan gaji ini menyamai 21 000 keluarga yang pendapatan miskin tegar sekitar RM 540 sebulan.
Purata rakyat Malaysia berpendapatan sederhana terpaksa bekerja 8 tahun untuk memperolehi pendapatan purata CEO pada tahun 2011 iaitu RM 136 juta.

Penulis berminat untuk memetik cadangan CAP untuk menyeimbangkan pendapatan golongan super kaya di Malaysia dengan rakyat mustadhafin yang melarat.

Cukai Perwarisan.
Cukai warisan menyamai cukai harta. Antara negara yang melaksanakan sistem ini adalah Amerika, Britain, Perancis dan Jerman. Khabarnya Thailand sedang berusaha ingin melaksanakannya.

Bukankah ini lebih adil berbanding melaksanakan GST, merampas subsidi dan sebagainya. Kerajaan Malaysia nampak hal ini tetapi jika kongsi gelap pun masih ditakuti pihak berkuasa apatah lagi mendepani taikun-taikun kaya di Malaysia?

Sebelum ini Malaysia pernah melaksanakannya sebelum dimansuh pada tahun 1991. Ketika itu kerajaan mengenakan cukai ini bagi harta bersih melebihi 2 juta. Kadarnya adalah 5% bagi julat harta 2 hingga 4 juta dan 10% cukai bagi harta melebihi RM 4 juta.

Warren Buffet seorang jutawan pernah berkata jika tiada cukai harta ini, kita hanya melahirkan ratusan aristokrat kekayaan yang berbahaya bagi sebuah negara demokrasi.

Bank Dunia telah menasihati agar Malaysia menggunakan kuasa cukai untuk memindahkan harta secara terhormat daripada tangan juawan ke rakyat kebanyakan.

Ulrich Zachau Pengarah Bank Dunia Negara Malaysia menyarankan agar kerajaan kita menekannya lebih banyak cukai kepada golongan hartawan bagi mengurangkan ketidaksamarataan kekayaan negara.

Pada tahun 2015 ini cukai tertinggi yang terpaksa dibayar oleh jutawan haya 25% sedangkan di negara Barat nilainya lebih tinggi. Lihat senarai di bawah:
Australia - 45 %
China - 45 %
Jerman - 45 %
UK - 45 %
Amerika - 39.6 %

CAP juga mencadangkan jika GST dilaksanakan, silalahnaikkan cukai barangan mewah sehingga 20% misalnya untuk menunjukkan kerajaa benar-benar ikhlas menyeimbangkan kekayaan negara melalui GST yang katanya telus dan efisyen.

Kepayahan dan kesempitan hidup rakyat adalah punca kerosakan sosial dan akhlak. Abaikan iklan klip video RTM yang menggambarkan kesempitan hidup rakyat bukan kerana kos sara hidup meningkat sebaliknya gaya hidup rakyat yang mewah,. Realitinya jika lembu mampu bercakap, mereka juga akan bercakap jujur berkenaan kesengsaraan manusia di Malaysia hari ini dalam aspek kos sara hidup.

Menurut Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi, kemiskinan memang jelas adalah punca jenayah rompakan dan penzinaan.

Sabda Nabi “ Adapun tentang sedekah yang kamu berikan epada pencuri mudah-mudahan ia dapat mensucikan pencuri itu daripada perbuatannya dan mudah-mudahan sedekah kamu kepada seorang penzina dapat mensucikan dirinya daripada peruatan zinanya”

Tidak usah bercakap soal hudud lagi. Itu hal syariah peringkat tinggi. Lihat dahulu soal perlaksanaan syariah yang mudah. Indeks Syariah untuk menilai kejayaan perlaksanaa syariah di Malaysia hanya kerja kosong jika semangat dan falsafah syariah pun tidak mahu dilaksanakan. Misalnya semangat ekonomi Islam untuk menyeimbangkan kekayaan rakyat jelata. Sikap kerajaan yang membela taikun jelas dala hal subsidi IPP yang kekal hingga kini. Malah taikun kaya juga dilayan baik semasa kes ramapasan tanah sawah Kerpan pada tahun 1993 dahulu untuk difaraidkan kepada jutawan melaksanakan projek ladang udang.

Hebatnya Islam bukan sekadar melihat isu pengawalan jenayah melalui penguatkuasaan, hudud dan qisas. Tohmahan rambang yang kononnya Islam hanya tahu menghukum adalah salah besar, sebaliknya melalui pengurusan kekayaan negara juga Islam menggariskan aspek penting untuk kita teliti demi mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial negara kita. Tetapi siapa yang pandang syariah Islam hari ini?







Monday, March 02, 2015

Mesin DRC tidak diguna pengi;ang Getah - Penoreh tanggung rugi

Kalau industri besi keluli lusuh, para peraih memiliki sistem saintifik, misalnya spektrometer untuk menilai komposisi kimia bahan keluli sekaligus mengelak penipuan penjual besi dengan harga tertentu. Tetapi berlainan dengan industri getah,.
.4 sen cukai SES diperuntuk untuk RnD LGM, mesin penentu DRY RUBBER CONTENT (DRC) tidak diguna oleh pengilang/peraih menajdikan penoreh terdedah dengan penipuan harga...harga ditentu pengilang sedangkan mungkin kualiti gerah itu tinggi dan berharga tinggi....
Siapa perlu kuatkuasa pantau mesin saintifik DRC yang dicipta paten pada tahun 1995 digunakan untuk membela nasib penoreh? (sebahagian isi kandungan kajian Nasib Penoreh Malaysia)


Intellectual Properties (IP) granted to RRIM - tahun 1995
KAIDA BIN KHALID (RRIM and UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA)
Apparatus and method for the determination of the dry rubber content of rubber latex. 
MY-106441-A; appl. 17.8.90; publ. 30.5.95.

Apparatus for the determination of the dry rubber content of rubber latex, by the detection of reflected microwave signals, includes a meter component (1) and a sensor component (2). The sensor comprises a microwave oscillator (18), a transmitter (5), a receiver (6) and a microwave detector (19). During operation, the sensor is immersed to a predetermined depth in-the sample of rubber latex under analysis. In an alternative embodiment, the sample of rubber latex is held within a container, either fixed or removable, positioned adjacent to the sensor. The apparatus is capable of giving accurate and rapid results, and is sufficiently portable and simple to operate to be suitable for use in the field. A method for determining dry rubber content, involving the use of the aforementioned apparatus, is also described.

Muhammad Nuruddin Bashah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)