ISLAM TERBUKTI BERJAYA TADBIR DUNIA - SAUDARA NASAIE ISMAIL
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
TIKAM BATU - 14 Mac 2015
“Kejayaan umat Islam memerintah telah terbukti melalui berabad
pemerintahan Islam di serata benua dunia dan ia akan kembali
memerintah dunia, Uthmaniyah sendiri telah memerintah lebih 600 tahun
dan benih Islam yang kini tersebar di Eropah sebenarnya ditanam oleh
Umayyah Cordova yang memerintah lebih 700 tahun berakhir pada 1492 M”
demikian penegasan Saudara Nasaie Ismail semasa merasmikan Mesyuarat
Agong Dewan pemuda PAS Sg Petani di Tikam Batu tadi.
Beliau menambah, berdasarkan teori kitaran tamadun dunia, setiap 120
tahun akan berlaku perubahan kuasa hegemoni dunia dan Uthmaniyah teah
jatuh sekitar 90 tahun lamanya pastilah harapan untuk melihat
kembalinya kuasa di tangan Islam bakal disaksikan kelak.
“Tidak hairan jika diramalkan menjelang 2050, Rusia akan menjadi
negara islam berdasarkan fertiliti tinggi umat Islam di sana
memandangkan tanah Rusia adalah tanah yang diperintah Islam jauh
lebih awal berbanding Kristian Ortodoks dan Komunisme”, tambah
beliau.
“ Aspek penting dalam perihal senareo politik di Mesir, Tunisia,
Palestin dan Turki misalnya perlu diadaptasi walaupun jelas bukan
100% resepi politik mereka cocok dengan waqi’ dan perjalanan siasah
negara kita, namun pasti ada suri teladan dan butir-butir hikmah yang
boleh diambil iktibar untuk memacu kejayaan gerakan Islam di
Malaysia”, kata beliau sebagai penutup bicara.
Mesyuarat Agong kali ke-31 ini menyaksikan Dewan Pemuda PAS Sg Petani
melancarkan Warta Shabab Sungai Petani yang menyalurkan berita-berita
kerja buat pemuda PAS Sg Petani untuk disajikan kepada para ahli
cawangan dan masyarakat setempat. Gimik menarik turun banting Warta
Shabab telah disempurnakan oleh Saudara Nasaie yang juga dijadualkan
akan bersama dalam beberapa siri program penerangan pemuda Negeri
Kedah.
Saudara Mohd Izzwan Ismail pula menyatakan hasrat menerbitkan Warta
berkala ini adalah suatu hasrat untuk memastikan ‘miledge politic’
PAS Sungai Petani boleh dicetus lebih awal bukan sekadar menjelang
pilihanraya.
“Kini Dewan Pemuda Sungai Petani telah menyediakan skuad cakna isu
setempat, menyalurkan berita kepada akhbar tempatan dan media sosial
untuk dihebahkan”, kata saudara Izwan semasa mewakili Pemuda
Kawasan dalam ucapannya sebentar tadi.
Saudara Izwan selaku mantan Ketua Pemuda dan kembali dipilih sebagai
Ketua Pemuda telah melancarkan juga kempen Aduan Rakyat, Pemuda
Bersama Rakyat agar pihak pemuda cawangan cakna dan peka dengan isu
marhain, kesusahan rakyat serta isu-isu tempatan yang menampilkan
gerakan pemuda AS sebagai Pemuda yang peihatin dan bermanfaat kepada
masyarakat.
Mesyuarat ditamatkan dengan pembacaan serangkap puisi pilu yang
mengimbau kebersamaan perjuangan pemuda oleh salah seorag mantan
pimpinan pemuda yang hadir dan telah menitiskan air mata para hadirin
petang tadi.