Sunday, March 15, 2015

SEBELUM LAPORAN PISA KELUAR RAKYAT SUDAH ADA PENILAIAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA


SEBELUM LAPORAN PISA KELUAR RAKYAT SUDAH ADA PENILAIAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA

Penulis percaya sebelum keputusan penilaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 dikeluarkan yang menyatakan kedudukan negara kita yang corot, telah ramai rakyat Malaysia di kalangan guru, ibu-bapa, profesional mahupun penoreh getah sedia maklum bahawa pendidikan di Malaysia berstatus:
  1. Tiada arah yang jelas

  1. Inferiority complex dengan kemajuan pendidikan negara besar

  1. Jadikan pendidikan sebagai experimental field atau tikus makmal

Sebelum ini iaitu sebelum penerbitan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 Oktober , Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ada bercakap besar bahawa anak-anak Malaysia mendapat pendidikan lebih baik daripada anak-anak Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Dari sorotan sejarah, apabila kerajaan Perikatan menghapus tulisan jawi sedikit demi sedkit ia sudah cukup membimbangkan dan mengubah landskap pendidikan negara daripada berteraskan nurani melayu Islam kepada orbit global sama sahaja seperti negara commonwealth yang lain. Jelas neo-colonialisme mudah berlaku apabila nilai common disepunyakan iaitu aksara huruf yang sama. Sedangkan tulisan jawi digunakan jauh berabad lamanya berbanding tulisa Kawi dan Pallava daripada Tamadun India dan tulian roman daripada tamadun barat.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dilihat gagal untuk menunjukkan keprihatinan malah menjadikan para guru dan murid sebagai bahan eksperimen sedangkan sistem PBS ternyata mempunyai kelemahan yang sangat ketara dan wajar dimansuhkan demi meningkatkan mutu pendidikan dan keprihatinan terhadap para guru. Negara perlu melahirkan para cendekiawan dan bukan semata bertumpu kepada generasi yang hanya mempunyai kemahiran tetapi minimum pengetahuannya. Inilah maksud penulis menjadikan bidang pendidikan sebagai ‘experimental field’.

Perasaan hampa dan gusar di kalangan rakyat menyala-nyala apabila kerajaan yang bukan sekadar mengupah APCO yang bertalian hayat dengan Yahudi untuk memberi nasihat imej dan polisi politik, malah turut mengupah penasihat asing untuk menunjuk arah pendidikan negara kita, anak bangsa kita!

Inferior, lemah self esteem atau westomania, itulah antara ungkapan yang boleh diberikan kepada pemimpin Malaysia yang galak mengupah konsultan luar untuk membuat polisi pendidikan negara kita. Bertepatan dengan pandangan Presiden MAPIM Tuan Haji Azmi Abd Hamid, apabila diumumkan di Parlimen bahawa Kementerian Pendidikan melantik sebuah syarikat perunding McKinsey and Co dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ianya boleh dianggap suatu skandal besar yang melibatkan halatuju tarbiah dan pengacuan minda intelek dan sahsiah anak-anak Malaysia!

Ia bukan suatu hal yang remeh atau boleh diambil ringan.
Sebelum ini juga PPSMI telah menjadi barah dalam politik negara dan mampu menyatupadukan ramai sasterawan, penulis, guru, ahli bahasa dan para cendiakawan yang cintakan bahasa melayu dan isu PPSMI menjadi isu penting pembangkang. Idea inferiority complex Tun Mahathir ini digagaskan dengan diselindung atas nama mengikut realisme pendidikan dunia yang semuanya menjurus kepada bahasa rasmi dunia iaitu bahasa Inggeris.

Soal kematangan tamadun bukan sehari dua. Adakah bahasa Inggeris boleh kekal sebagai bahasa utama pendidikan dunia. Sampai bila? Akhirnya jika bahasa Korea yang menguasai pentas tamadun, adakah buku teks Malaysia akan ditukar ke bahasa Korea? Inilah dasar logik golongan rendah diri dan ingin ‘short cut’ dalam membina tamadun bangsa. Akibatnya kerajaan yang takut hilang undi melaksanakan pemansuhan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang merupakan dasar pendidikan di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed pada 2002 yang kemudian digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada 2011.
Terlalu banyak isu sistem pendidikan dijadikan kandang tikus putih oleh para pemimpin jika ingin dikupas. Cukuplah sekadar ini dahulu untuk tatapan pembaca.

Muhammad Nuruddin Bashah

Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)