25 PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI SERTAI TEMASYA SUKAN PASTI 2015
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI - 9 Mac 2015
Sekitar 450 orang etlit cilik yang mewakili 25 buah Pusat Asuhan
Tunas Islam (PASTI) kawasan Sungai Petani telah hadir untuk menyertai
Temasya Sukan Tahunan PASTI Sungai Petani bagi sesi 2015.
Program yang bermula seawal 8 pagi selesai tamat pada jam 1 tengahari
dengan menyaksikan Johan bagi sukan bolak sepak 7 sebelah dimenangi
oleh Pasti Bukit Berangan diikuti Pasti Pantai Edau dan Pasti Batu
Lintang.
Bagi pertandingan bola jaring, srikandi cilik Psti Sungai Emas team
A telah berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Pasti Taman Sri
Pinang dan Pasti Sg Emas team B.
Menurut Mohd Izwan Bin Ismail Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani,
rata-rata ibu bapa gembira kerana PASTI terus berjaya mengasuh
anak-anak mereka bukan sahaja dalam aspek akademik, sahsiah dan
ibadat malah juga dalam hal jasmani dan kesihatan. Para ibu bapa dan
guru turut diperingatkan menyediakan air minum yang cukup kepada para
peserta memandnagkan cuaca kemarau yang agak berbahaya kepada mereka.
Temasya pada tahun ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Fadhil Noor bin
Sahani selaku Exco Sukan dan Kesenian Dean Pemuda PAS Kedah. Dalam
ucapan ringkas beliau antara lain menyatakan bahawa PASTI Sungai
Petani adalah berada ditangga kedua dalam seluruh negeri Kedah dalam
aspek pengurusan, sukan dan sebagainya. Beliau turut memuji
kesungguhan para guru dan jurulatih sukan yang mengasuh para peserta
tanpa jemu.
Ikrar para etlit telah diketua oleh adik Mohd Amar Sofi daripada
Pasti Sungai Emas dengan amat bersemangat dan kalimah takbir yang
memecah kesunyian pagi sabtu lalu.