KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 MAC 2015
TANGGUH KENAIKAN HARGA TAMBANG; KERAJAAN INGIN JADI HERO RAKYAT
KEKAL DERITA
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menganggap tindakan Kabinet
meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan
dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam adalah
sebagai:-
1. Tindakan ingin menjadi hero selepas isu atau masalah ditimbulkan
akibat tindakan kerajaan sendiri.
2. Jawapan lunak dan berhias oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan
dalam keadaan sekarang iaitu disaat rakyat cuak dan takut dengan
keadaan tidak menentu menjelang perlaksanaan GST 1 April kelak hanya
jawapan ‘pain killer’ semata-mata.
3. Jelas, kenaikan tambang akan tetap berlaku dan ia tidak mampu
dielakkan kerana alasan pengusaha pengangkutan awam adalah kos
penyelenggaraan.
4. Kesan domino GST sememangnya telah dihebah oleh para pimpinan
Pakatan Rakyat baik dalam media mahupun ceramah bahawa kenaikan tetap
akan berlaku meskipun kerajaan menghebahkan ada item dan produk atau
servis yang tidak dikenakan GST.
5. Kos penyelenggaraan misalnya akan terus naik kerana peralatan dan
‘spare part’ akan terus naik harganya. Inilah yang membebankan
pengusaha pengangkutan dan tanpa GST pun mereka terpaksa menaikkan
kadar tambang.
6. Pihak kami sedar para pengusaha pengangkutan awam juga sebagaian
daripada rakyat yang menerima bahana akibat GST, kejatuhan mata wang
dan kesan akibat subsidi demi subsidi ditarik oleh kerajaan.
7. Sebelum ini rakyat satu Malaysia kesal, mengeluh dan marah selepas
mendengar berita ambang teksi dan kereta sewa akan naik antara 20
hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei
pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.
8. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang
ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.
9. DPPNK berpandangan, di saat kita berkempen hijau agar menaiki
pengangkutan awam, kerajaan terus mengamal polisi cukai yang mencekik
darah rakyat.
10. Kempen dan iklan media elektronik yang masih mengelirukan rakyat
masih dikumandang lagi seolah-olah benar harga barang yang tidak
dikenakan GST akan kekal harga.
11. Rakyat telah faham harga naik bagi barang yang tiada SST tetapi
dikenakan GST seperti komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit.
12. Barang dianggap kekal harga jika tiada GST seperti ayam, ikan,
telur, Petrol RON95 dan diesel, tol dan pengangkutan awam
13. Barang akan turun harga jika dahulu dikenakan SST 16 % akan turun
selepas dikenakan GST 6%. Masalahnya adalah, barang yang bakal turun
harga bukanlah barang basahan atau komoditi harian rakyat seperti
set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika. Rakyat tidak
perlukan barang ini secara harian dan jika naik harga sekalipun tiada
rakyat akan mati kelaparan.
14. Pihak kami percaya rakyat semakin tertekan dengan iklim ekonomi
sekarang jika tidak dirawat. Rakyat yang tidak faham isu hutang 1MDB
42 bilion atau isu pembaziran pembelian jet eksekutif baru juga pasti
faham bahawa kadar gaji di negara secara umumnya juga tidak banyak
meningkat. Kadar gaji yang dibayar di Malaysia hanyalah 30% daripada
GDP negara. Angka ini tidak banyak naik sejak 1970-an lagi. Ini
bertentangan sama sekali jika dibandingkan dengan kadar kenaikan
harga barangan dan perkhidmatan.
15. Lebih ramai orang akan menggunakan kenderaan sendiri apabila
tambang pengangkutan awam naik. Lebih-lebih lagi apabila harga minyak
secara relatifnya lebih rendah sekarang. Ini akan menyebabkan
kesesakan lalu lintas yang teruk.
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Kedah