Tuesday, January 14, 2014

FUTSAL Usrah Pemuda Caw.Botani- riadah penambah ukhuwah


FUTSAL Usrah Pemuda Caw.Botani..di Pangkalan Pegoh 13/01/2014 Isnin. Ketua Pemuda Dppk Gopeng Ustaz fariz merasmikan Aktiviti perlawanan pertama Group Usrah semenjak dilantik menjadi Ketua Permuda DPPK Gopeng.

Turut bersama dalam pemuda Team Usrah botani Ustaz Huri, Ustaz Ridzuan Mat Nor dan Ustaz Shamsul. Ketiga adalah Naqib Usrah Pemuda Caw. Botani




Monday, January 13, 2014

Makan Malam bersama YB Radzi- dana untuk bantu mustadh'afin Sungai Rapat



Majlis Makan Malam...
Pelancaran Dana Kebajikan.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat.
Tetamu Khas:
-Y.Bhg Tuan Haji Sabu.
-Y..B.Dato Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin
-Y.B Radzi Zainon.
9 FEBRUARI 2014,AHAD,7.30 MALAM
HOTEL TOWER REGENCY,IPOH.
HARGA 1 kupon 1 KERUSI RM50.00
Boleh tel:016-5644394 Hazimin.

Sertailah majlis ini. Bantulah YB Radzi Zainon mengumpul dana untuk beliau terus membantu golongan mustadafin di DUN Sungai Rapat






Takziah atas pemergian anak saudara Anuar Ibrahim ke rahmatullah

Inna lillahi Wa Inna Ilayhi Raji'un . Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa Khairuddin bin Haji Abdul Karim dan ibu al- Marhum adalah Rokiah  bt Ibrahim , telah kembali kerahmatullah malam tadi. 

Beliau lebih dikenali sebagai Ludin. Beliau juga adalah anak saudara kepada aktivis PAS yang amat aktif iaitu Saudara Anuar Ibrahim PAS Cawangan Pengkalan Pegoh.

Ramai para jemaah PAS dan sanak saudara menziarahi jenazah  sebelum di kebumikan di Rumah Saudara Manaf bin Said, di Kg Pasir Pengkalan Pegoh. 

Selepas  disembahyangkan selepas Solat Zohor, Di Masjid Ibnu Salam, jenazah  dikebumikan di tanah Perkuburan Islam, Kg Pengkalan Pegoh.

Al Fatihah.......

Sunday, January 12, 2014

Bantuan awal persekolahan 2014 -bersama ADUN Sungai Rapat


Batu Gajah - 12 Januari 2014

Satu Program Kebajikan khusus untuk masyarakat kurang berkemampuan di Kampung Pisang Batu Gajah telah diadakan pada hari ini Ahad 12 Januari 2014.

Aktiviti bermula pada jam 8:45 pagi dengan berkumpul di PASTI Kg. Pisang dan pada jam  9:00 pagi santai sarapan pagi bersama  YB Ust Radzi Zainon. Di sini rakyat boleh berbua mesra sambil bertukar pandangan bersama ADUN Sungai Rapat secara langsung. 

Pada jam 9:30 pagi Ziarah Bantuan Awal Persekolahan 2014  melibatkan 10 pelajar dan  Bantuan Kebajikan kepada 5 orang. 

Kemudian Ziarah Bantuan Awal Persekolahan 2014 seramai 6 orang pula diserahkan di Kampung Seri Jaya





Makcik Mariah Hasan berusian 70an. Masalah ketumbuhan sejak berusia 20 tahun. 









Penerima bantuan di Kampung Pisang

Monday, December 30, 2013

ADUN Sungai Rapat tunjuk bakat main takraw



Sekarang sudah ada gelangang takraw Radzi Zainon.....semoga sokongan PAS Batu Gajah dan Ipoh Timur terus kukuh untuk kejayaan siasah Islam di bumi Sungai Rapat Gopeng......




Thursday, December 26, 2013

YB Radzi bersama gotong royong bina gelanggang takraw

21 Disember 2013  - Batu Gajah 

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Sekitar jam 9.30 pagi  YB RadziZainon bersama-sama Penduduk Ara Payung mejayakan pembinaan gelangang Sepak Takraw untuk perlawanan yang akan diadakan pada 28 Disember akan datang  di Kampung Ara Payung Batu Gajah.    Bersama-sama YB Radzi Zainon adalah  Pegawai Khas Mejar(B)Yaakob serta Ketua penerangan PASKawasan Gopeng Cikgu Shaharul Timb serta diiringi Ketua Pemuda PAS Gopeng Ustaz Rusdi dan YDP PAS Batu Gajah.

Program yang diusahakan oleh Dewan pemuda PAS Batu Gajah ini merupakan satu langkah melaksanakan janji PAS untuk membantu rakyat memiliki gelanggan sendiri. Walaupun serba kekurangan dana tidak sepertimana ADUN BN yang dihadiahkan ratusan ribu ringgit, ADUN Sungai Rapat PAS ini kelihatan berjaya bersaing dan memenuhi jani kepada rakyat dengan kerjasama erat daripada kesemua UPU dan kawasan yang berhampuran dengan Gopeng seperti PAS Batu Gajah dan PAS Ipoh Timur.

Melalui dana para penyumbang serta gerakan mencari dana di kalangan ahli PAS, gelanggang takraw ini berjaya direalisasikan.








Piala Bola Sepak YB Radzi Zainon- team DHPP turut sertai


25 Disember 2013- Ipoh

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Di saat penganut Kristian menyambut perayaan Krismas mereka, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Rapat telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Radzi Zainon untuk peringkat DUN Sungai Rapat dan sekitarnya.

"Kejohanan ini merupakan rutin tahunan dan tahun ini menyaksikan penyertaan yang lebih meluas merangkumi pihak PKR, belia setempat, kelab persendirian, serta lebih menarik penyertaan DHPP kawasan Gopeng yang terdiri di kalangan kaum bukan Islam", jelas Saudara Hazimin selaku pengarah Program meranhkap Pengerusi lajnah Sukan DPPK Gopeng.

Pengerusi Penduduk Taman Lapangan Jaya juga kelihatan bertungkus lumus mengangkat keperluan perlawanan sepanjang persediaan perlawanan ini.

Turut hadir pada pagi ini adalah Ustaz Khalil Abd Hadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat serta Ustaz hafez Sabri Ketua Pemuda PAS Tambun.

Kejohanan tamat dengan keputusan kemenangan tempat pertama oleh pasukan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Gopeng, Nib Joha MPP Sungai Rokam manakal tempat ketiga adalah pasukan Kelab Bolasepak  Kampung Sengat.

Rata-rata penonton kagum dengan semangat partisipasi DHPP yang menunjuk sikap konsisten untuk bersama PAS walaupun melalui permainan bolasepak.




PKR VS Lapangan Jaya B






Lapangan Jaya FC VS Pekan Razaki






Palma FC VS Sungai Rokam


Kampung Sengat FC



Pengkalan Gate VS PKR


DHPP Gopeng VS Lapangan Jaya A
















Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)