Semua tersentak, atau buat-buat tersentak apabila sahaja dunia netizen (blogger) mula menunjukkan kuku dan potensi besar. Jika dahulu, revolusi seperti Revolusi Bolshevik dan Revolusi Perancis dianggap sebagai indikator perubahan rakyat sekaligus cuba dikenalpasti sebab musabab perubahan itu, tetapi kini keputusan pilihanraya umum adalah penentu perubahan sikap rakyat. Sekaligus, semua termasuk kerajaan yang masih memerintah mula mencari punca kemunduran sokongan rakyat kepada mereka.
Malang sekali kerajaan yang ‘cerdik’ ini hanya mengesan wadah atau medium yang menjadi pemangkin dan alat perubahan iaitu melalui dunia cyber (blog, web dan miling groups). Mereka lupa bukanlah blog semata-mata yang mengubah minda dan persepsi rakyat.
Sebagai contoh, saya rasa kelakar apabila Kementerian Penerangan turut menyatakan hasrat untuk mendekati rakyat melalui blog. Tahukah mereka apa itu blog?
Pada umumnya blog adalah diari elektronik. Tulisan di sini adalah bersifat peribadi, individualisme dan lebih kepada intepretasi peribadi dan bukannya melalui tulisan rasmi seperti yang dianggap oleh sesetengah menteri kita. Bila menulis akan ada banyak komen daripada pembaca sekaligus membina hubungan akrab. Di sinilah transaksi idea dan minda berlaku. Para pendakwah, politikus, pengamat senario serta sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapatnya dan mestilah menulis secara bebas dan informal jika ingin mendapat lebih banyak hit dan sambutan. (Mungkin saya agak berlainan dalam menggunakan blog, kerana Laman Munawwarah blog saya adalah blog yang lebih bersifat mini web untuk saya mengeluarkan artikel separa ilmiah).
Ada juga yang menggunakan blog untuk memperomosi tempat, badan-badan tertentu, organisasi tempatan, atau program-program tertentu kerana ia percuma, mudah dan senang untuk dihapuskan berbanding dengan membina web. Jadi kadangkala fungsi blog telah berubah.
Rakyat malaysia berubah fikiran dan perasaan terhadap kredibiliti Barisan Nassional bukanlah hanya kerana kerasukan dan gilakan blog! Mereka tertarik dengan isi blog!. Bahkan bukan blog sahaja berperanan mengubah minda rakyat tetapi YouTube (video sharing), e-groups( email berangkai), Yahoo Messanger dan sebagainya. Sebagai contoh ucapan pmimpin parti pembangkang yang dinafikan hak berada dalam media arus perdana boleh didapati dan disebarkan secara mudah melalui YouTube. Pengaruh Anwar Ibrahim juga menacap melalui Youtube yang terlalu ramai penggunanya. Semestinya Pakatan Rakyat terpaksa berterimakasih dengan syarikat Realplayer kerana jika rakyat ingin memuat turun (download) video daripada YouTube, mereka mestilah menggunakan Realplayer.
Apalah gunanya jika KEMENTERIAN gunakan blog sedangkan isi kandungannya tetap sama iaitu hambar dan menceritakan perkara yang sama dengan media perdana seperti RTM dan sebagainya? Apalah gunanya menggunakan blog jika mereka bukannya ikhlas ingin mendekati rakyat menggunakan blog. Bersediakah mereka dikrtitik jika ramai yang ingin memberi komentar melalui ruangan ‘comments’? Bukankah saluran Kementerian rasmi lebih sesuai dilakukan melalui web yang rasmi (berbayar) dan tidak malukah Malaysia jika kementerian malaysia menggunakan blog untuk memaparkan agenda mereka? Apa kata negara luar?
Mereka telah lama rakus memperkudakan NST, Utusan, Berita Harian, RTM dan radio. Mereka telah lama memutar belitkan fakta serta menafikan hak pemimpin parti lawan untuk berkempen di televisyen. Mereka juga menafikan banyak berita di negeri yang dikuasai oleh parti lain. Kini media blog ingin disekat hingga ada ura-ura untuk mengenakan lesen kepada blogger!! Memalukan! Raja Petra yang banyak menghidupkan budaya netizen ditahan. Mungkin membalas dendam kepada beliau kerana MENAMPAR kerajaan melalui temubual beliau di television baru-baru ini.
Rakyat akan semakin marah. Gaya pujukan kerajaan terhadap rakyat kini umpama memujuk anak kecil dengan rotan. Pilihanraya ke-13 akan menyaksikan satu lagi fenomena ajaib di Malaysia.
Pendita Bitara
Balik Pulau
3 jun 2008
No comments:
Post a Comment