Monday, June 09, 2008

Pilihanraya semula; amarah tak terbendung


Buat Pilihanraya semula !! Mungkin itu jalan akhir untuk keluar daripada kemelut kehilangan sokongan rakyat kepada BN. Semua terkejut dan marah rentetan ‘hadiah’ bernilai yang kerajaan BN hadiahkan kepada kita pasca kemenangan tipis mereka. Mandat yang masih ada seolah-olah dibalas secara dendam untuk menyusahkan rakyat.

Di antara negara pengeluar minyak, Malaysialah yang paling tinggi peningkatannya kali ini. Brunei yang dikatakan jiran kita juga tidak dibandingkan oleh kerajaan sebaliknya hanya membandingkan dengan Singapura yang jelas pendapatan perkapita negara yang lebih tinggi berbnading Malaysia. Tidak hairan jika mereka naik sebanyak RM 5 sekalipun. Malah Brunei hanya menaikan hingga RM 1.10 sahaja seliter. Mengapa tidak dibandingkan dengan Brunei?

Rakyat marah. Di Balik Pulau sekalipun (walaupun 3 ADUN masih dikuasai UMNO) telah naik beberapa kain rentang yang bercat spray mempamerkan kata-kata ketidakpercayaan kepada kepimpinan Pak Lah. Bagi kami, ia mungkin tulisan ahli UMNO atau masyarakat setempat bukan Pakatan Rakyat yang turut bosan dengan himpitan demi himpitan yang BN hadiahkan kepada rakyat.

Selepas Malaysia ternyata gagal dalam menjadi negara pengeluar makanan tempatan yang baik, Malaysia menaikkan harga minyak sehingga sebanyak 78 sen kenaikan, kini tarif elektrik pula bakal menyusul tiba. Amaran pemimpin BN? Rakyat perlu berjimat cermat, pegawai kerajaan perlu berjimat dalam penggunaan elektrik dan air. Di mana amaran dan nasihat kepada para bapak-bapak menteri kita? Tiada. Jawapan hanyalah. Tukar Kerajaan !!

Antara tindakan yang bakal Pak Lah ingin buat (jika beliau tidak mengubah dasar pada saat akhir)
Penjimatan kos jabatan dan agensi kerajaan (ada patutnya kerana ada agensi yang hanya mark up duit peruntukan tanpa ada aktiviti manfaat, contohnya PEMADAM dan sebagainya!)
Luaskan jaminan sosial bagi golongan pendapatan rendah. (tidak jelas dasar ini. Mungkin metafora mainan kata-kata)
Tambah senarai bahan kawalan ( kewalan perlu telus, bukan kroni atau syarikat kroni boleh dapat bahan kawalam berlebihan kerana inilah yang berlaku selama ini).
Tingkat jumlah pengangkutan awam ( sepatutnya diberi lesen kekal kepada pembawa teksi. Bukan sewa sehingga akhir hayat).

Kerajaan kita pernah menghalang rakyat asing membeli petrol di sempadan negara baru-baru ini. Tidak sampai setahun, dasar itu ditarik balik. Alangkah tidak percayanya rakyat kepada BN hari ini. Jawapannya, Tukar kerajaan !!

Pendita Bitara
2008

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)