Wednesday, June 25, 2008

Guan Eng Jangan Kurang Sopan Dengan Dasar Islam PAS

Guan Eng Jangan Kurang Sopan dengan Dasar Islam PAS

Merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang berkaitan isu hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Islam dalam The Sun 16 Jun 2008, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang merasakan beliau perlu lebih teliti dan berhati-hati mengeluarkan kenyataan akhbar dan pendapat. Sekiranya benar beliau berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan beliau juga dalam kenyataan yang sama, beliau perlu menilai dan bersikap beradab dengan Parti Islam Semalaysia PAS terutama dalam membicarakan soal perinsip.

Ramai yang berkata PAS hanya berani bercakap soal hukum dan dasar pemerintahan Islamnya hanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat sedangkan semasa berkempen berselindung di balik manifesto negara berkebajikan. Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang ingin mengingatkan kepada beliau bahawa dasar dan asas PAS dalam berpolitik adalah jelas dan tuntas tanpa berubah sedikitpun. Adapun diisytihar atau tidak hasrat PAS untuk menghapuskan kemungkaran dan membina masyarakat yang adil harmoni adalah matlamat PAS berasaskan Al quran dan Sunnah.

Beliau secara bersahaja berkata,
“ We have already made it clear that we are going to be fair to everyone regardless of race, gender, religion or political background”. “As far as we know Penang PAS has not made any request on this matter. It was never raised, never discussed, so it does not arise”

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menganggap kenyataan ini sebagai kurang sopan kerana pihak kami telah mengemukakan hasrat untuk mengunjungi Ketua Menteri seawal bulan Mac lagi untuk berbincang berkaitan isu polisi dan dasar PAS bagi mengukuhkan hubungan antara parti, tetapi dukacitanya sehingga kini pihak pejabat Ketua Menteri gagal memberi tarikh untuk kami berjumpa. Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengutus surat kepada Pejabat Guan Eng bertarikh 28 Mac 2008 dan menerima maklumbalas dari Pejabat Ketua Menteri itu bertarikh 17 April 2008 yang mengaku untuk menetapkan tarikh pertemuan, namun Guan Eng gagal memberi tarikh untuk kami bersemuka. Perjumpaan yang diingini adalah perjumpaan antara parti dan bukannya rakyat bertemu Ketua Menteri.

Malah Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang turut terkejut apabila beliau menyatakan bahawa PAS Pulau Pinang tidak pernah membangkitkan isu pengharaman arak, judi dan sebagainya terhadap orang Islam.

“ PAS Penang has not even raised that issue. Even talk about wanting to ban the 4D outlets- it is not going to happen. You want me to reduce the number of draws maybe because you may find that there are too many draws but close down? No Way ! These are just voices on the margin. I think we should ignore them” ( The star 18 jun 2008 )
Kalau nak berjumpa pun beliau tidak mahu bagaimana kami boleh membangkitkan hasrat ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menyelar tindakan Ketua Menteri ini sebagai sikap yang tidak sensitif dengan dasar dan perjuangan anggota Pakatan Rakyat yang berjuang untuk kemenangan bersama pada PRU yang lepas. Guan Eng mengaku hendak berlaku adil kepada semua agama tetapi selalunya orang seperti Guan Eng ini, tidak akan mempedulikan Islam serta menghina dasar Islam PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang juga memberi peringatan kepada Guan Eng agar jangan membidas usaha penegakkan Negara Islam kerana ini hanya akan memburukan hubungan antara PAS dan DAP di negeri ini. Guan Eng juga di ingatkan agar jangan memaksa umat Islam untuk mengikut apa yang beliau percaya iaitu semua agama adalah sama dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menentang sebarang usaha beliau untuk mempropagandakan fahaman beliau, malah kami juga menentang penubuhan Inter Relegious Goodwill Council (IRGC) kalau bermatlamatkan fahaman Ketua Menteri itu yang bercanggah dengan kesucian Islam. Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang hairan kenapa Guan Eng suka sangat menyentuh sensitiviti umat Islam serta menasihatkan Guan Eng agar jangan menyentuhnya lagi, malah dengan besar hati menyeru Guan Eng untuk kembali kepada Islam.

MOHAMED HAFIZ BIN MOHAMED NORDIN
KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)