Friday, March 05, 2010

Diskusi: Penyertaan ANAK MUDA dalam proses Demokrasi

Diskusi: Penyertaan ANAK MUDA dalam proses Demokrasi

Diskusi ini diinisiatif oleh sekumpulan anak muda yang ingin anak muda hari ini lebih tahu perkara-perkara yang kita harus lakukan dan peranan yang kita harus memainkan demi memperkasa proses demokratik negara.

Diskusi ini menjemput penulis-penulis Warung Idea Diskopi yang jauh datang dari Lembah Klang, mahasiswa-mahasiswi, dan anak-anak muda di Utara Malaysia untuk hadir bersama.

Saya nampak Diskusi ini merupakan satu diskusi tak formal untuk anak-anak muda yang pelbagai latar belakang dari segi bangsa dan agama, untuk berkongsi pandangan mereka sendiri, mendapat pandangan orang lain mengenai peranan anak muda dan ke arah mana Malaysia yang seharusnya kita pimpin.

Di sini saya ingin kongsi Slogan USM yang saya masih ingat iaitu: Kami Memimpin

Maklumat mengenai Diskusi:
Tarikh: 19hb Mac 2010
Masa: 8.15mlm
Tempat: Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Cawangan Pulau Pinang
63B-01-07, University Heights, Jalan Sungai Dua, 11700 Penang
(Di depan Pintu Sungai Dua USM, tingkat atas kedai S&J, iaitu pejabat bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Bekas Pelajar-pelajar Sekolah Tionghua Negeri Pulau Pinang)

Saya berharap semua anak-anak muda yang berjiwa muda dapat menghadir untuk memanaskan diskusi ini.

Sebarang soalan boleh menghubungi Sdr Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Sdr Ng Eng Kiat 017-3607277.

Perhatian: Untuk hadirin yang tak biasa bercakap dalam Bahasa Malaysia, terjemahan Bahasa Mandarin akan disedia.



Ong Jing Cheng
012-7583779
jingcheng85@yahoo.com
http://ongjingcheng.wordpress.com

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)