Disiar oleh Harakah 9-11 April 2010
Kegopohan dan kecetekan akal punca kemusnahan matlamat Pakatan Rakyat
Dalam usaha menggapai kemenangan dan kejayaan dalam perjuangan, terlalu banyak ranjau dan duri yang bakal menapis sebahagian pejuang kebenaran sehingga tapisan ini menjadi indikator pemilihan pejuang yang sejati di kalangan sebilangan besar petugas kebenaran.
Sejak pasca merdeka lagi rakyat malaya di perkotak katik minda mereka oleh pihak pemerintah. Kata Ustaz Amaluddin bekas pemimpin pusat PAS, “ Sesungguhnya ini adalah hakikat yang mana rakyat terbanyak tidak mengerti dan memahami kerana tidak cukup penerangan dari pemimpin mahupun kementerian sebagai penerangan sebagai rakyat merdeka….Rakyat tidak tahu tentang politik dan perbezaan faham politik. Rakyat tida tahu membezakan bezanya kerajaan dengan parti politik. Rakyat diajak menganggap bahawa kesemua ucapan menteri adalah baik” Amaluddin Darus dalam Mahu kemana Kita 1979.
Ditambahi dengan benih statik dan pasif terhadap perubahan, kaum melayu di Malaysia lebih senang dengan status quo selagi mana kondisi semasa tidak menganggu periuk nasik mereka, anak isteri mereka atau tepi kain mereka. Biar siapa pun memerintah ia tiada kena mengena dengan hal mereka. Tradisi memperbodoh rakyat ini adalah resepi kebanyak empirelis dunia sejak abad ke19 lagi dan diteruskan oleh parti-parti politik asuhan penjajah.
Akibatnya rakyat Malaysia menjadi ‘jakun’ dan resah jika ada perubahan kerajaan negeri. Belum bercakap soal mengubah perlembagaan, hanya mengubah undang-undang enakmen negeri pun sudah bercelaru teruk. Kita tidak memahami apa itu politik demokrasi yang diterima pakai oleh seluruh masyarakat.
Rakyat diperbodoh oleh UMNO sehingga jika rakyat memilih selain UMNO, mereka akan menolak raja dan sultan sedangkan ia hal yang jau berbeza. Raja dan Sultan itu lambang negara. Parti yang menang pula menguasai negara. Mereka bukan ketua negara, hanya mengetahui kerajaan sahaja. Jika Pakatan rakyat menang sekalipun, mereka tidak akan boleh menghapus Yang Dipertuan Agong apatahlagi melantik Agong secara suka hati sahaja.
Dalam hal ini kita melihat sendiri sindrom gopoh beberapa petugas kebenaran. Selama ini berjuang untuk menentang penyelewengan agama dan kehormatan agama yang dilakukan oleh UMNO. Bersetuju dengan PAS untuk bersama membersihkan agama. Setuju itu menjadi tangga; dan hilang apabila PAS bersetuju bersama PKR dan DAP menubuhkan kerajaan. Beberapa insiden pertembungan islamofobia di kalangan DAP dan PKR, fahaman bukan Islam yang ada di kalangan ahli PKR dan DAP dianaggap merosakkan perjuangan PAS. Lalu mereka mengambil keputusan membantai dasar PAS, menuduh PAS tidak lagi berjuang untuk Islam. Justeru mereka mula ingin menjatuhkan kerajaan PR. Malang lagi bila beberapa kelompok yang mengaku berjuang kebenaran sanggup sei sekata dengan UMNO membantai kerajaan Pulau Pinang.
Tanpa mereka sedari mereka membantu menyubur kuat nilai perkauman dan menjauhkan terus usaha untuk menegakkan ekonomi adil, rasuah sifar serta penghapusan undang-undang zalim dan pembaipulih siste kehakiman negara ini.
Baik, jika PR ingin dijatuhkan, siapa pula ingin mereka naikkan? BN dan UMNO? Bukankah dahulu mereka juga mengiayakan kezaliman BN? Mengapa hanya sedikit kepincangan dalam PR ingin dinaikkan semula hegemoni BN yang jauh lebih zalim? Nyata petugas kebenaran ini pragmatik tidak bertempat. Malah jahil berkenaan masa depan Islam dan sosiobudayanya. Amarah bila ada penghinaan terhadap islam tetapi hanya membela agama untuk jangka pendek.
Rakyat disogok dengan maklumat palsu hampir setiap minit di media perdana negara. Kini bukan sekadar pihak media tunggangan parti BN yang memeprbodoh rakyat, malah ada beberapa pihak pejuang kebenaran juga terkesima dengan fakta-fakta hina yang dikeluarkan oleh media negara kita ini. Daripada isu maulidur rasul sehinggalah kepada nama Allah.
Sepatutnya beberapa petugas kebenaran yang sekian lama memerangi kezaliman bersabar untuk melihat potensi PR membenteras kezaliman dan mengagih kekayaan kepada yang BERHAK. Bukan mereka menjadikan isu Maulid, isu nama Allah, isu gerai roboh sebagai bahan utama untuk mereka hancurkan maslahah yang begitu susah dicapai iaitu menjatuhkan BN di beberpa negeri. Contohnya di Pulau Pinang. Hegemoni BN Gerakan cukup lama di sana. Masakan cukup menilai kerja buat Guan Eng dalam beberapa bulan sahaja? Hebatnya pejuang melayu di Pulau Pinang tak tergamak mereka menawar diri membela gadis melayu yang dirogol seperti Guan Eng seorang Cina lakukan.
Kini suasana menjadi cukup sedih bila melihat kenyataan gopoh beberapa pejuang kebenaran yang sememangnya memiliki track record memperjuangkan kebenaran. Akibat kegopohan mereka, mereka menajdi alat kepada mudharat BN yang tanpa mereka sedari telah mereka bina semula. Benar sungguh pesan As Syahid Imam Al Banna, jika ingin memetik buah dakwah yang belum masak, jangan bersama Ikhwanul Muslimin. Memang jelas individu gopoh di negara ini tifak berjamaah. Tiada tarbiah yang mengawal pendirian mereka. Melohat kebenaran dalam kaca mata yang cukup dekat, pendek dan singkat. Jika kenal rangka didikan Ikhwan, mereka akan sedar mereka punca kejatuhan kebenaran yang mereka junjung.
Sewajarnya dalam tempoh usia Pakatan Rakyat, para pejuang kebenaran bukan berbincang ingin melihat kepincangan kerajaan baru dan menghukum melulu, jangan pula ambi peluang untuk memperkayakan diri, sebaliknya ambil lah peluang ini untuk belajar memerinta negeri. Enakmen negeri perlu diperhalusi. Selok belok kerajaan tempatan juga perlu difahami. Cara mengurus ekonomi dan membuat cegah rintang perlu dipelajari juga. Inilah peluangnya yang selama ini dikawal oleh BN. Mereka sahaja yang megetahui selok belok kerajaan kerana sejak dibina negara bangsa ini, hanya BN yang memegang komplek pentadbiran di serata negara. Kini marilah belajar. Tidak guna menghafal dan berhujah dengan ribuan hadis jika ilmu praktikal dan seni santuni sosial kita gagal!
Di Amerika dan Britain, peralihan kerajaan adalah hal biasa. Jika ada peralihan kerajaan, kerajaan tempatan boleh akur dengan mudah kerajaan pusat yang baru. Tidak seperti Malaysia. Di sini, jika berubah kerajaan, penghulu, DO dan YDP Majlis Bandaran masih berkiblatkan kerajaan lama serta gila talak dengan pentadbiran lama. Mereka lupa ini negara demokrasi, setiap pilihanraya perlu bersedia untuk pindah kerusi.
Lihat sahaja pendedahan sarjana seperti Barraclough (1984), Case (1993), Jesudason (1995) dan lain-lain bahawa kemenangan Perikatan diikuti oleh barisan Nasional adalah melalui penguatkuasaan beberapa akta yang menajdi imunisasi kepada BN seperti ISA dan OSA. Tidak hairan juga agenda memberi maklumat yang berat sebelah menjadi agenda utama untuk penerusan mandiri legasi BN dan UMNO khususnya.
Akibatnya rakyat menjadi bebal dan sukar berubah terutama kaum melayu. Apabila perubahan mulai menjelma, kaum melayu muda pula diajak untuk menjadi perkauman melalui kempen chauvinistik perkauman dan sebagainya walaupun retorik 1Malaysia dicanangkan.
Jika hanya rakyat biasa terpengaruh mungkin hal biasa, tetapi malang seribu malang apabila pejuang yang mengaku meperjuang kebenaran dan agama turut terjerat dengan kempen indah UMNO yang bermotifkan menggencat sokongan massa kepada PAS dan PR.
Menurut Ir Syamsu Hilal (2001) dari Indonesia, pemerkasaan pembinaan petugas Islam yang terdidik melalui latihan berjemaah adalah wajib untuk mengelak kerosakan matlamat utama gerakan islam. Penyertaan PAS dalam PR pasti memiliki matlamat menjatuhkan kemudaratan UMNO dan BN. Matlamat ini amat dangkal difahami oleh segelintir penyokong atau pemimpin yang tidak masak dengan sistem berjemaah yang diamalkan oleh PAS.
Malang bila petugas kebenaran jahil sunnah siir (kerahsiaan) dan hazar (berhati-hati) yang rasul wariskan. Kelemahan memahami tarbiah amniyyah (keselamatan dan strategik) cara Rasul menyebabkan ramai yang sanggup membelakangkan kehendak parti dan pemimpin hanya semata-mata menjuarai isu tertentu walaupun pada zahirnya kelihatan ia benar. Membelakangkan syura dan suara ramai dalam gerakan menyebabkan segelintir yang cukup ‘kuat beragama’ membelakangan PAS yang kini dikatakan ‘getik’ bergaul dengan PKR dan DAP yang bukan beradasar Islam (kata mereka). Kelemahan ini diambil peluang oleh BN untuk melemahkan saf kekuatan ketumbukan Islam dalam PR. Bukankah ia mudharat yang lebih besar!
Dalam hal melompat parti, selain isu amanah dan pendidikan insan diberikan kepada calon PR, nasihat ustaz Amaluddin Darus dahulu juga boleh diambil kira. Beliau selalu menulis dalam banyak buku dan makalah betapa perlunya calon muslim diajar tahu beragama. Pada beliau tidak faham apa itu agama dan perjuangan mneyebabkan calon mudah dibeli oleh pihak musuh. Sikap mudah dibeli inilah punca keruntuhan kerajaan Abbasiyyah malah pernah meruntuhkan Empayar Melayu pada 1511 dahulu.
Muhammad Nuruddin Bashah
No comments:
Post a Comment