Sunday, March 07, 2010

pakatan rakyat perlu tarbiah pemimpin dengan kesusahan dan kepayahan

Pernah saya dapat maklumat kerani di pejabat PAS di sebuah negeri hanya dibayar RM400 sebulan, malah kadangkala bayarannya lewat kerana PAS bukan parti duit.

Rakyat merasa terlalu sedih apabila ada beberapa pemimpin katak yang lompat parti dalam Pakatan Rakyat, malah menjadikan alasan bangsa da agama sebagai alasan indah mengaburi mata rakyat. Malah ada yang kurang ajar memaki pemimpin PKR dengan alasan dasar PKR sudah tidak betul lagi.

Bila jadi kes sebegini PKR dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh menyimpan pekung para katak ini, iaitu mereka sebenarnya adalah materialistik, perasuah dan gila wang! Aib mereka disimpan oleh pemimpin PR hanya atas alasan adab dan etika berkawan dalam parti serta mementingkan matlamat umum parti berbanding mengaibkan rakan sendiri. Tetapi inikah balasan Fairuz, Salahuddin Hashim terhadap kebaikan PKR menyara mereka?

Nasib baik PKR masih meraikan sifat segelintir ahli PKR yang mana mereka ada yang bekas UMNO dan pernah menerima tilam empuk UMNO. Kiranya PKR tidak mahu ahlinya terkejut, jadi pemimpin dibayar gaji dan imbuhan yang cukup lumayan. Bayangkan jika berceramah, mereka juga diberi imbuhan bukannya free!

Mereka memaki UMNO dalam masaa yang sama nak hisap darah duit tabung parti. Mungkin sudah sampai masanya PKR membuat sedikit transformasi mengikuti cara PAS mentarbiah pemimpin dengan kesusahan dan kepayahan sama seperti ahli bawahan.

Lihat sahaja petugas pilihanraya, penampal poster dan penjaga parking semasa kempen pilihanraya yang memenagkan Fairuz dan beberapa pemimpin PKR yang lain. Petugas PKR itu bukan orang kaya semuanya. Ada yang hanya bergaji RM500 sahaja, malah ada yang tidak berpendapatan tetap. Kadangkala merek lebih setia terhadap perjuangan berbanding pemimpin yang korup seperti yang semua sedia maklum hari ini.

Pakatan Rakyat, percepatkan proses pembuangan sampah sarap ini semua.


Suka saya memetik kata-kata Dr Syed Hussain Ali "Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya, Pas, Dap dan bahkan Umno menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin mereka berhenti. Akhirnya, semua parti muncul lebih kuat,"

Muhammad Nuruddin Bashah

sumber:

http://erapakatan.com/berita/salehuhdin_hashim_marah_gaji_ceo_rm50000_ditolak_-_dr_syed_husin_ali

“Syukurlah, akhirnya Fairus keluar PKR

Monday, 01 March 2010 11:57 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti itu.
"Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti," kata Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.com
Menurut beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan prestasinya tidak memuaskan.
" Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," jelas Dr. Syed Husin.
Beliau berkata, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya 'kerja' dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.
"Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Dr. Syed Husin lagi.

KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan parti itu.

"Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti," kata Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.com.

Menurut beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," jelas Dr. Syed Husin.

Beliau berkata, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya 'kerja' dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

"Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Dr. Syed Husin lagi.


Salehuddin Hashim marah, gaji CEO RM50,000 ditolak? - Dr Syed Husin Ali

Tuesday, 02 March 2010 2:29 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Salehuddin Hashim marah apabila 'permohonannya' untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang dengan gaji lebih RM50,000 sebulan ditolak, tidak lama sebelum beliau meletak jawatan, kata Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.

"Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan (kisah) yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh salah seorang penyokong," kata beliau dalam suatu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ramalan Salehudin berhubung pihak-pihak tertentu dalam parti yang akan keluar parti.

"Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi Ahli Parlimen (AP) akan keluar parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak.

"Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh," tambah beliau sambil menyifatkan Salehuddin yang selama ini berkhidmat dengan baik ke atas parti.

Punca sebenar orang keluar Keadilan

Menyentuh perkembangan terbaru yang menyaksikan beberapa pimpinan parti itu turun naik dan bertindak keluar parti mutakhir ini, beliau berkata, ada kemungkinan kejadian itu berpunca daripada mereka yang ada masalah tertentu sebelum ini.

"Orang sudah tahu bahawa semua Adun dan AP yang keluar (parti) mempunyai masalah kewangan atau pun masalah disiasat SPRM. Namun tidak dinafikan, ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri.

"Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Salehuddin Hashim. Dia menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliau di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar parti dan saya mempercayainya," kata beliau.

Dalam kesempatan ini, beliau turut merakamkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Salehuddin kerana telah memberikan khidmat terbaik kepada Keadilan selama kira-kira enam tahun.

"Beliau berkhidmat selama tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga tahun lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik merakamkan (ucapan) terima kasih di atas jasa-jasanya itu," kata beliau.

Selain tindakan keluar parti dengan sebab masalah kewangan atau gangguan SPRM, Dr Syed Husin turut mendedahkan kemungkinan ahli-ahli parti itu pernah menemui pimpinan Umno, BN sebelum ini.

"Boleh dikatakan semuanya menemui Perdana Menteri Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

"Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya, Pas, Dap dan bahkan Umno menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin mereka berhenti. Akhirnya, semua parti muncul lebih kuat," kata beliau lagi.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)