Tuesday, January 31, 2012

PANAS! Hamidah Macam Budak2!! - Buat Ceramah dekat dengan Ceramah PAS esok!

PANAS! Hamidah Macam Budak2!! - Buat Ceramah dekat dengan Ceramah PAS esok!



Aku mendapat berita YB Hamidah Osman akan buat ceramah berdekatan Program Ceramah PAS (banner diatas) jaraknya kurang daripada 100 meter. Tetamu undangannya ialah 2 Adun Si katak Lompat Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi..

Semalam pihak PAS call pihak polis dan mengatakan Pihak Umno tidak membuat permohonan permit. Pihak PAS sudah memohon lebih seminggu lepas..

Hamidah buat perangai budak2.. sebijik macam kanak-kanak riang..

khabarnya lebih 60 ribu digunakan utk program ini dan semua kawasan diseluruh negeri Perak wajib menghantar 50 orang bermotor...



Beberapa bulan dahulu hamidah pernah buat perangai bodoh macam ni. lihat gambar diatas...

Jom ramai-ramai.. kita turun dan lihat apa yang berlaku!

Sunday, January 29, 2012

Teknik video seks..teknik asasi UMNO selamanya

UMNO terdesak lagi.....seks adalah darah daging UMNO

Video seks 2.0: Satu lagi percubaan cemarkan Anwar'

Laporan muka depan di akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam yang memetik salah seorang anggota Trio 'Datuk T' mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi percubaan untuk mencemarkan reputasi ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Katanya, kenyataan Datuk Shuib Lazim yang juga bekas bendahari PERKASA, dalam Utusan Malaysia adalah satu percubaan yang jelas untuk meletakkan asas bagi video seks baru yang direka bertujuan untuk mencemarkan reputasi Anwar.

"Kami menjangkakan lebih banyak pita lucah seumpama itu akan direka dan diedarkan memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," kata Surendran berkata dalam satu kenyataan lewat semalam, sambil mendakwa ia adalah taktik "kotor dan tidak bertamadun" Umno dan BN.

Mac tahun lalu, Trio 'Datuk T' - Shuib, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik - telah menayangkan kepada wartawan di Kuala Lumpur sebuah video aksi seks seorang lelaki yang mirip Anwar dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video tersebut, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.

Mengenai cabaran Shuib supaya Anwar membuktikan yang mereka salah melalui ujian forensik atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", Surendran menyifatkannya sebagai satu taktik "yang memalukan dan terdesak" Umno.

Semalam, 'Trio Datuk T' mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka Utusan Malaysia itu, Shuib dilaporkan berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac tahun lalu, adalah bukan Anwar.

Thursday, January 19, 2012

Kenyataan Media-Tahniah atas Keperihatinan ADUN Sungai Rapat

KENYATAAN MEDIA

15 Januari 2012

Tahniah atas Keperihatinan ADUN Sungai Rapat

Selepas siri penerangan dan pendedahan berkenaan isu setinggan yang belum selesai di bebrapa kampung di DUN Sungai Rapat di buat oleh Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg rapat (PAS) , pihak YB Dato’ Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan.

Terdahulu pihak kami telah menyantuni rakyat yang masih berada di status setinggan dan mengeluarkan kenyataan media berkenaan pada 8 januari 2012 yang bertajuk Isu Setinggan yang berlarutan di DUN Sungai Rapat.

Apa yang amat dikesalkan oleh pihak kami adalah kenyataan ‘penghasut rakyat’ yang telah dilabelkan kepada pihak kami sepanjang pendedahan masalah rakyat dilakukan. Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).

Perlu diperjelaskan pihak Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat bukan mempertikai usaha dan penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak YB sebaliknya cuba mempamerkan kekesalan rakyat bawahan berkenaan retorik ‘setinggan sifar di Sungai Rapat’ yang pernah diwar-warkan oleh pihak YB ADUN Sg rapat tersebut.

Bagi rakyat setinggan sifar bermaksud semua penduduk telah mendapat geran tanah dan bukan sekadar borang 5A dan pelbagai surat yang diberi. Malah pihak YB hanya turun padang secara responsif apabila pihak lain cuba membantu rakyat bersuara isu keperluan asasi rakyat iaitu tanah dan rumah.

Adakah cukup sekadar respon kepada kerja buat pembangkang sedangkan tugas tetap pihak ADUN adalah turun meneliti setiap masalah secara kerap dan menyelesaikannya bukan hanya pada setiap menjelangnya pilihanraya.

Pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak YB ADUN Sg rapat yang cukup cakna dengan setiap isu yang kami perjuangkan dan sebagai pulangannya, proses penerimaan geran terhadap rakyat akan dipercepatkan. Perkara yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat dan jika setiap siri pendedahan kami mendapat tindakan posistif sebegini ia membuahkan hubungan antara pihak kerajaan dengan pembangkang yang baik.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat (PAS)

Sunday, January 15, 2012

Ber-Cuti jika dituduh rasuah?

Shahrizat bercuti selepas kes skandal penyelewengan NFC dibongkar...

Teo beng Hock hanya dituduh rasuah tidak sampai ratusan ribu....mati

Pegawai Kastam, disabit rasuah disiasat hingga mati...

Khir Toyo rasuah jutaan ringgit..hanya penjara setahun...

Khir Toyo patut bercuti semasa dituduh dulu supaya tak kena jail..

UMNO Kawasan Gopeng-Batu Gajah dah beraksi counter isu setinggan




Ini Video jawapan ADUN Sg rapat terhadap bantuan dan kerja pendedahan masalah setinggan.




Friday, January 13, 2012

Ibrahim Ali ghairah tangkap petualang bom..apa yang tersirat?

Beliau ini ghairah benar nak cari siapa pasang bom semasa 901.

Apa rahsia dan pemasangan bom itu di sebalik keghairahan beliau?
b

Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 9 Jan

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.

NONEDalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga
ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

"Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.

"Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," katanya dalam SMS tersebut.

Menurut Sinar Harian, buat masa sekarang, anggota Dewan Rakyat menerima elaun bulanan asas sekitar RM6,500. Selain itu, mereka juga layak menerima elaun lain seperti hiburan, pengangkutan dan telefon.

Secara total mereka akan menerima dalam lingkungan RM13,000.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tiga letupan tersebit supaya menyalurkannya kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai oleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di talian 03-2146 0584/0585, dan Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 dan 03-2266 3444.

Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

Wednesday, January 11, 2012

KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Penjelasan Kepada Berita Kehadiran Beberapa Tokoh PAS Di Rumah Dr Hasan Ali Ahad lalu

Dalam suasana hampir dengan pilihanraya, pelbagai isu luaran dan dalaman yang akan timbul untuk mengganggu kelancaran gerak-kerja parti.

Gangguan ini melibatkan berita bohong/fitnah/mengelirukan/niat jahat/provokasi yang dihebah oleh media perdana dengan agenda untuk mengelirukan ahli-ahli PAS di samping melaga-lagakan antara pimpinan parti.

Terbaru media perdana dilaporkan sebagai membayangkan Dato Dr Harun Din, YB Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Dato' Ismail Kamus antara yang hadir dalam penjelasan di rumah Dato Dr Hasan Ali malam Ahad yang lalu.

Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Dato Dr Harun Din sedang bermesyuarat di Majlis Syura Ulama'

'

'di pejabat agong PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan.

Manakala bagi Ustaz Nasharudin Mat Isa, beliau yang baru kembali dari luar negara ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya ke rumah Dato Dr Hasan Ali.

Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti. Semua ahli dan pimpinan parti juga diseru menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.

Dalam suasana mencabar ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Himpunan Rakyat; bukti agen perubahan masyarakat

Himpunan Rakyat; bukti agen perubahan masyarakat

Muhammad Nuruddin Bashah

Rentetan perancangan Himpunan 901, Dato’ Hishammuddin Hussein memberi komen bahawa sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.

Beliau juga berkata orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan. Kenyataan ini adalah kenyataan yang boleh diwacanakan kebenarannya, pro dan kontra. Adakah benar himpunan rakyat benar mampu mempengaruhi persepsi massa hingga ke tahap keputusan mahkamah atau ia hanya umpama nyamuk berdengung?

Pesimistik terhadap demostrasi, rapat umum dan himpunan rakyat terhadap perubahan polisi, dasar pihak pentadbir/kerajaan bukan suatu perkara baru. Bagi pihak pro establishment, demostrasi dianggap dielektika yang mengancam ‘status quo’ kerajaan yang mereka sokongi.

Bagi pihak ulama’ tertentu atau pihak salafi tertentu, mereka menjadikan rangka asas dalil naqli sebagai hujah untuk menolak demostrasi, rapat umum yang dikaitkan dengan bab fiqh bughah dan dari aspek aqidah dikaitkan pula dengan khawarij.

Konsep rapat umum/demostrasi

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat mentakrifkan demonstrasi sebagai Penerangan, pera¬ga¬an dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain. Tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

terpaksa dianjurkan setelah semua saluran yang diusahakan oleh PAS tidak dilayan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertarikh 22 Mei 2011 sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia menyatakan;

rakyat sedar kaedah yang dilakukan mereka semasa berdemonstrasi sudah lapuk kerana ia sekadar memaki hamun, menyumpah seranah dan fitnah-memfitnah, yang tidak memberi manfaat kepada orang ramai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 12 jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia menyatakan;

perhimpunan seperti itu juga akan menimbulkan huru hara dan suasana tidak selesa kepada orang ramai serta pelancong asing...negara ada saluran untuk rakyat meluahkan sebarang permasalahan dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi seperti perhimpunan Bersih.

Bagaimana cara menegur kerajaan zalim?

Para Sahabat r.a, Para Tabiin r.a dan Para Tabi’ at-Tabiin r.a juga menentang kezaliman pemerintah walaupun pemerintah itu sendiri adalah orang-orang Islam. Penentangan itu dilakukan sama ada melalui fatwa-fatwa mereka, ataupun khutbah-khutbah (pidato) mereka, ataupun dengan melakukan peperangan ke atas kerajaan yang zalim itu.

Bukti-bukti ulama’ menyuarakan rasa tidak puas hati dan menegur secara langsung bukan sekadar menyertai pemerintah seperti ulama’ Muda UMNO;

Imam Ghazali : berani menegur Muinul Mulk, salah seorang menteri Seljuk, yang suka minum arak dan berfoya-foya, pernah memberi amaran dalam bentuk surat ditujukan kepada Mujirud Daulah, seorang Menteri Seljuk.

Imam Nawawi : Imam Nawawi selalu menyampaikan nasihat secara peribadi dan menulis beberapa pucuk surat kepada baginda Sultan al-Zahir Baybars al-Bunduqdari yang berdaulat ketika itu untuk menasihati baginda dalam urusan masyarakat dan negara sehingga beliau dihalau/buang negeri oleh Sultan.

Ibnu Taimiytah dan lain-lain Ulama’ memang memberi fatwa haram menggulingkan kerajaan kerana sistem kerajaan Khalifah al muluk beraja tidak mudah untuk digulingkan malah akan memberi mudharat kepada keamanan dalaman negara. Musuh luar akan buat strategi untuk hancurkan dari dalam sementara serangan balas dinasti lama yang dijatuhkan ke atas dinasti baru akan berlanjutan (baca sejarah kejatuhan dinasti-dinasti mana-mana tamadun). Inilah mudharat yang cuba dielak oleh ulama’ silam.

Tetapi kini sistem demokrasi dipilih bukan kerana beriman dengan sistem Yunani, tetapi ia jalan paling aman tanpa perlu bunuh membunuh, tiada seranganberdarah balas parti yang kalah (kecuali regim tentera yang zalim) serta tiada langsung kerosakan harta awam selepas tamat pilihanraya (kecuali sabotaj pihak yang tidak berakhlak).

Disebabkan demorasi dipilih sebagai jalan makzul pemimpin (penurunan/penggantian pemimpin) maka rapat umum, demostrasi dan himpunan rakyat adalah sistem yang diterima dengan syarat ianya aman.

Sebenarnya pihak yang giat berkempen sistem khalifah juga tidak sedar sistem beraja menurunkan pemerintah islam kepada anak juga bukan amalan Nabi dan Sahabat Rasyidin! Jadi sunnah manakah yang mereka laungkan?

Setelah kewafatan baginda s.a.w, pemimpin Ar-rasyidin yang mengamalkan pemerintahan yang adil, telus dan berkebajikan. Pemerintah boleh ditegur bukan sekadar kata-kata bahkan dengan pedang jika menyeleweng dari ajaran islam!

Zaman yang berlangsung sekitar 40 tahun itu berakhir apabila sistem pemerintah monarki yang diamalkan oelh empayar-empayar besar.

Saidina Muawiyah sebenarnya berijtihad untuk menukarkan sistem khalifah berdasarkan syura kepada warisan (al mulk secara monarki) apabila melihat perpecahan ummah yang dasyat memerlukan pemerintah yang kuat dan tegas.

Namun penyelesaian yang singkat itu lebih mendatangkan keburukan jangka panjang iaitu Raja tidak boleh ditegur, maksiat arak dan zina menjadi amalan Khalifah-khalifah.

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang direkodkan dalam sahih bukhari yang berbunyi.

” Kami telah datang kepada Anas bin malik dan mengadu tentang Al-Hajjaj ( pemerintah yang keras ) kemudian Anas berkata. Sabar!! Sesungguhnya tidak datang kepada kamu satu waktu yang melainkan selepas itu lebih buruk daripadanya”

1. Perkataan sabar dalam hadith tersebut adalah bukannya disandarkan kepada baginda s.a.w. namun adalah pendapat Anas sendiri.

2. Suruhan Anas bahawa bersabar bukanlah bermaksud redho dengan kezaliman, namun melihat kepada keperluan pada waktu tersebut. Zaman itu jika melawan atau menegur pemerintah mereka akan dibunuh. Seperti juga di Mesir, pada awal kezaliman Husni Mubarak, rakyat tidak mengadakan revolusi kerana kukuhnya regim Husni yang akan mencantas sesiapa sahaja yang akan mengguling kezalimannya. Tetapi kini selepas kerapuhan regim, rakyat mulai bangkit dengan kerjasama polis dan tentera.

3. Bagi mereka yang tidak mampu mengalahkan kezaliman, cara yang terbaik adalah bersabar seperti mana Rasulullah s.a.w bersabar selama 13 tahun menghadapi musyrikin mekah. Tetapi pada suatu ketika Nabi mulai menggunakan azimah dan kekuatan untuk menggulingkan Quraisy.

Jika ulama’ Muda UMNO/salafi yang mendakwa haram melawan kerajaan kerana banyak dalil yang mengharamkan penderhakaan melawan ulil amri, bermakna UMNO juga perlu dihapuskan. UMNO ditubuhkan kerana sistem demokrasi ingin ditubuhkan. Sistem demokrasi membenarkan ada perlawanan parti bukan uni-parti ala-ala komunisme. Jadi jelas boleh lawan kerajaan untuk pilih kerajaan baru sesuka hati tanpa pertumpahan darah dalam demokrasi tidak seperti zaman silam.

PAS juga memilih jalan yang sama dengan UMNO. Kalau dalil jangan lawan pemerintah digunakan, UMNO akan kekal memerintah hingga kiamat. Bermakna UMNO adalah sistem Khalifah!

Jika Ulama’ UMNO ingin guna dalil itu secara borong, Malaysia perlu kembali ke sistem monarki. Hakikatnya raja-raja melayu memang tidak pernah dihentam atau dimaki oleh rakyat kerana rakyat menggunakan daliul-dalil larangan melawan pemerintah kepada Sultan dan raja bukan kepada Perdana Menteri yang tidak termaktub dalam monarki.

Hukum Demostrasi

Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil menunjukan pengharamannya

Harus diperhatikan, demonstrasi ini adakah amalan ibadah khususiah atau adat atau muamalat. Jelas, demonstrasi bukanlah daripada amalan ibadah khususiah yang sudah ada dalil yang menentukan keharusan dan keharamannya. Ia terbuka hukumnya mengikut keperluan semasa. Oleh kerana tidak ada dalil yang secara jelas dan terang mengharamkan demonstrasi.

Berda’wah/menghapuskan kemungkaran itu perlukan seni dalam menyampaikan maksudnya.

Nabi Allah Ibrahim menggunakan kaedah reverse psychology dan perdebatan dalam pembuktian ketuhanan.

Nabi Allah Yusuf menggunakan kaedah penyerapan dalam kerajaannya untuk menyampaikan dakwahnya.

Nabi Allah Nuh menyampaikan dakwahnya dengan pembuktian teknologi dan perubatannya.

Nabi Musa mengambil jalan pertembungan secara berkonfrontasi dengan Firaun.

Demostrasi bukan daripada ajaran islam sebaliknya budaya barat/sosialis; hujah jawab;

Dalam strategi Nabi SAW berhijrah. Baginda SAW dan Saidina Abu Bakar mengupah seorang lelaki yang bernama ‘Abdullah bin ‘Uraiqith al-Laithi, seorang yang bukan Islam utnuk memandu Nabi SAW dan Abu Bakar menuju ke Madinah.

Selain itu, lihat juga peperangan Khandaq, ia bukanlah dari teknik Islam tetapi ia adalah strategi peperangan Negara Parsi (Iran sekarang), namun iatidak bercanggah dengan Nabi.

Nabi SAW menggunakan cop mohor kerajaan Madinah, ia bukanlah adat dan tradisi arab tetapi memandangkan ia adalah tradisi raja-raja di dunia, maka Nabi SAW membuat mohor kerajaan Madinah.

Himpunan rakyat itu khawarij?

Menyamakan tindakan himpunan rakyat untuk keadilan dengan sikap khawarij adalah pandangan simplistik yang cukup melulu. Malah ia hanya menyamakan dari aspek tindakan ‘action’ bukan dari segi aspirasi dan konseptual. Konsep Khawarij adalah ingin keluar daripada kekeliruan dan dilema antara menyokong Syiah Ali atau Muawwiyah. Kekeliruan ini telah menerbitkan Khawarij.

Pakatan rakyat bukan keliru. Ia salah satu watak utama pertentangan antara BN dengan PR. Yang khawarij adalah seperti NGO, jamaah tertentu atau pihak tertentu yang membuat parti baru yang tidak setuju dengan kedua-dua pihak. Khawarij bermaksud keluar.

Pakatan rakyat bukan ingin keluar atau mengecualikan diri, mereka ingin mengambil tampuk pemerintahan daripada tangan yang zalim.

Khawarij pula tidak inginkan kekuasaan melainkan menerbitkan rasa tidak puas hati sahaja.

Sejarah mahasiswa Malaysia

Di saat BN mula memerintah, pembangkang terlalu lemah dan negara ini mengamalkan sistem pembuatan polisi yang tiada check and balance daripada pembangkang. Monopoli keputusan berlaku. Mujur mahasiswa yang giat membaca dan mengkaji ilmu-ilmu luar, ilmu baru dan kondisi global mulai bengun bersuara. Apabila suara secara ilmiah tidak dilayan mereka mula menggunakan kaedah rapat umum dan himpunan mahasiswa.

Prof. Feaur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of generation menyatakan pem,berontakan mahasiswa di serata dunia adalah atas kebencian terhadap establishment golongan terdahulu yang berlaku korupsi, mengongkong dan tidak adil. Konflik antara generasi berlaku.

Prof Edward Shills yang menulis kemudian daripada Feaur menyatakan mahasiswa asia dan afrika adalah pembangkang yang penting. Mahasiswa cenderung untuk menjadi reformis pada zamannya serta menimbangtara kuasa pemerintah.

Prof. Bruno Bettleheim menulis dalam majalah ENCOUNTER 1969 bahawa mahasiswa merasakan mereka memiliki obligasi moral untuk menentang apa sahaja yang dianggap tidak bermoral di hadapan mereka.

Atas rangka yang sama mahasiswa Islam juga bangkit menampilkan aspirasi dan mengartikulasikan minda mereka baik secara ilmiah mahupun secara himpunan rapat umum. Bilangan kehadiran dan liputan medialah yang menjanjikan kejayaan usaha mereka selepas itu.

Jika sesuatu kerajaan memiliki pembangkang yang kuat, ilmiah, bijak dan aktif, mahasiswa tidak akan bangun secara progresif di tempat berkenaan.

Kes Mahkamah perjuangan hak wanita Britain

Jika anda pernah menonton filem Hindi bertajuk Provoked lakonan Aisywarya Rai anda akan lihat bagaimana kisah benar ini pernah berlaku di Britain. Kisah ini menceritakan pengalaman seorang isteri yang terpaksa membunuh suami yang bersikap sadis dan pendera. Isteri yang bertahun tertekan akhirnya terpaksa membunuh suami dan pada ketika itu dalam sistem common law, belum ada takrifan lengkap istilah ‘provokasi’ sehingga orang yang tidak faham emosi seorang wanita akan segera menuduh si isteri pembunuh dan kejam. Bantuan peguam dan himpunan rakyat masyarakat luar terhadap kes beliau yang telah dipenjara seumur hidup menyebabkan kes ini dibuka semula da beliau akhirnya bebas. Southall Black Sisters adalah badan yang bertanggungjawab membuat banyak rapat umum menerangkan kes ini.

Revolusi Paris 1968

Mei 1968 adalah nama yang diberikan pada satu siri protes dan pemogokan umum yang menyebabkan kejatuhan pemerintahan De Gaulle di Perancis yang terjadi pada bulan Mei dan Jun 1968.

Rentetan kejadian ini memberikan warna tersendiri pada perjalanan sejarah Perancis moden yang ditandai oleh gerakan dielektik yang terjadi pada politik, sosial dan budaya terhadap nilai-nilai masyarakat konservatif, kapitalisme, imperialisme dan terhadap kekuasaan (pemerintahan De Gaulle).

Peristiwa yang dimulakan oleh beberapa kes mogok mahasiswa dan pelajar di Paris, kemudian diikuti oleh kaum buruh dan seluruh lapisan masyarakat Perancis merupakan Revolusi terbesar yang terjadi dalam sejarah Perancis di abad 20.

Lebih daripada sekadar tuntutan manusiawi dan politik (penggulingan pemerintahan De Gaulle yang berkuasa sejak 1958), gerakan Mei 1968 lebih merupakan perlawanan terhadap segala bentuk kekuasaan. Gerakan pelajar dan mahasiswa waktu itu menuntut "pembebasan moral" dan sekaligus menyatakan penolakan terhadap sistem universiti yang konservatif, masyarakat boros, kapitalisme, institusi-institusi dan nilai-nilai tradisional.

Kes ini menunjukan bahawa mahasiswa mampu mengubah landskap politik dan sosial negara. Namun ideologi mahasiswalah yang akan mewarnai landskap tersebut bergabntung kepada fahaman dan aliran perjuangan mereka.

Kes guilford four

Guildford Four dan Maguire Tujuh adalah dua kumpulan orang yang pernah disabitkan di mahkamah Britain untuk tuduhan mengebom pub Guildford pada tahun 1970-an yang akhirnya dilepaskan tuduhan (miscarriage case).

Guildford Four (4 orang) telah disabitkan atas pengeboman yang sebenarnya dilakukan oleh Tentera Republikan Ireland Sementara (API), dan Tujuh Maguire (tujuh orang) telah disabitkan mengendalikan bahan letupan yang ditemui semasa penyiasatan ke dalam pengeboman tersebut. Mereka yang pada awalnya diisytihar sebagai kumpulan tidak selamat dan merbahaya akhirnya dibebaskan selepas 15 tahun berada di penjara.

Mereka mengaku bersalah hasil paksaan polis, bermula dari ugutan kepada penyeksaan termasuk ancaman terhadap ahli-ahli keluarga dan sebagainya.

Pada waktu itu Britain amalkan undang-undang anti-keganasan, diluluskan pada awal tahun 1970-an yang membenarkan pihak polis untuk menahan orang yang disyaki tanpa hak peguam selama seminggu, dan bukannya had 48 jam sebelumnya.

Disabitkan kesalahan pada Oktober 1975 untuk pembunuhan dan lain-lain tuduhan, dan dihukum penjara seumur hidup.

Pada bulan Februari 1977, semasa perbicaraan Balcombe Street Asu, empat lelaki IRA mengarahkan peguam mereka untuk "menarik perhatian kepada fakta bahawa empat orang yang benar-benar tidak bersalah tetapi menjalani hukuman besar-besaran", yang merujuk kepada Guildford Empat.

Pada tahun 1989, ada detektif yang mendapati nota yang ditaip dari soal siasat polis terhadap Patrick Armstrong, telah banyak disunting. Pemotongan dan penambahan telah dibuat, dan nota-nota telah disusun semula. Ternyata nota bertulis tangan itu dibuat selepas temu bual telah dijalankan. Ini tersirat bahawa polis telah dimanipulasikan nota.

Rayuan telah diberikan berdasarkan bukti-bukti ini baru. Para peguam hak asasi berjuang untuk mereka. Himpunan rakyat diadakan malah seolah-olah membuka gelombang baru membongkar kezaliman polis yang bersikap tangkap muat semata-mata untuk melepaskan tanggungjawab mententeramkan rakyat.

Pihak polis telah didapati berbohong. Empat dibebaskan pada tahun 1989, selepas sabitan mereka dibatalkan. Manakala sabitan Maguire Tujuh telah dibatalkan pada tahun 1991. Mahkamah memutuskan bahawa anggota Polis Metropolitan London memaksa mereka mengaku melakukan kepada jenayah.

Pada 9 Februari 2005, Perdana Menteri Tony Blair, Britain mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada keluarga sebelas orang yang dipenjarakan kerana pengeboman di Guildford dan Woolwich, dan yang berkaitan kepada mereka yang masih hidup.

"Saya amat maaf bahawa mereka tertakluk kepada pengalaman pahit dan ketidakadilan sedemikian ... mereka berhak untuk bebas sepenuhnya…”

Di Malaysia jarang kedengaran pemimpin atau polis memohon maaf jika ada kecuaian, kesalahan pihak mereka.

Kes Birmingham six

Birmingham Enam enam lelaki-Callaghan Hugh, Patrick Joseph Hill, Gerard Hunter, Richard McIlkenny, William Power dan John Walker dihukum penjara seumur hidup pada tahun 1975 di United Kingdom atas tuduhan pengeboman pub di Birmingham. Kes mereka dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Mac 1991. Enam lelaki itu kemudian diberikan pampasan antara dari £ 840.000 untuk £ 1,2 juta.

Pengeboman pub Birmingham berlaku pada 21 November 1974 dan disebabkan oleh IRA. Kes ini juga mendapat perhatian aktivis hak asasi dan rakyat.

Suharto 1998

Suharto adalah presiden Indonesia yang paling lama memerintah iaitu selama 32 tahun (1966-98). Beliau pernah enam kali lagi dilantik oleh Parlimen Rakyat (MPR) sebagai Presiden Indonesia dari 1973 hingga 1998. Tempoh penggal terakhirnya berakhir sewaktu beliau menarik diri pada 21 Mei 1998 selepas berlakunya Rusuhan Mei 1998.

Pada tahun 1970 Suharto melarang bantahan pelajar selepas tunjuk perasaan yang meluas terhadap rasuah. Sebuah suruhanjaya mendapati bahawa rasuah sangat umum. Suharto bersetuju dengan hanya dua kes, dan kemudian menutup suruhanjaya tersebut. Rasuah kemudian merebak.

Suharto memerintah melalui pengawalan tentera dan penapisan media massa.

Rasuah menjadi beban berat pada 1980-an. Pada 5 Mei 1980, sebuah kelompok yang lebih dikenali sebagai Petisyen 50 menuntut kebebasan politik yang lebih besar. Kelompok ini terdiri daripada anggota tentera, politik, akademik, dan mahasiswa.

Catatan hak asasi manusia Soeharto juga semakin buruk dari setahun ke setahun. Pada 1993, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB mendedahkan pelanggaran hak-hak asasi manusia yang serius di Indonesia dan di Timor Timur. Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mendukung resolusi tersebut.

Akibatnya mahasiswa bangkit memobilasi rakyat hingga ke angka jutaan rakyat. Perjuangan dan hiompunan demi himpunan meruntuhkan terus regim zalim Suharto pada 1998. Pada kebangkitan rakyat ini terjadi pembunuhan terhadap beberapa mahasiswa Trisakti di Jakarta, dua hari sebelum kerusuhan Mei serta pembunuhan terhadap beberapa mahasiswa dalam demontrasi menentang Sidang Istimewa 1998. Peristiwa ini terjadi pada 13-14 November 1998 dan dikenal dengan Tragedi Semanggi I.

Di Indonesia juga terkenal dengan kes pembunuhan Marsinah sehingga ia diangkat sebagai idola pejuang hak asasi dan sosialis. Marsinah adalah pekerja wanita yang tegar berjuang hak wanita dalam sistem industri. Beliau didapati mati terbunuh dengan kesan rogol pada tahun 1993.

Tunisia 2011

Sistem pemerintahan Tunisia adalag berbentuk Republik diperintah Presiden Zine El Abidine Ben Ali Parti Destour Sosialis (hingga 1988), Himpunan Demokratik Perlembagaan (sejak 1988). Fahaman pemerintahan negara ini adalah Sosialisme. Kematian seorang peniaga yang membunuh diri akibat desakan sosial dan taraf hidup membangkitkan Revolusi Melati/Jasmin ini. Facebook, Tweeter dan blog menajdi punca kebangkitan ini.

Presiden digulingkan pada 14 Januari 2011 kerana banyak kes korupsi, rasuah dan pembaziran dilakukan.

Revolusi ini juga digelar Revolusi Orang Bakar Diri (burn man), Revolusi Twiter serta Revolusi Jasmin.

Mesir 2011

Sistem pemerintahan pula adalah Arab Sosialis (kuasa Tentera). Husni Mubarak adalah daripada Parti Demokratik Nasional Mesir. Rakyat memilih untuk protes dan desak Hosni turun selepas lama memerintah 30 tahun. Tweeter, Facebook telah banyak membangkitkan gelombang. Rakyat mendapat maklumat segera berhubung kezaliman Husni dan pembaziran isterinya.

Media Mesir selalu siar kenaikan KDNK negara, pujian banyak Anugerah Ekonomi yang Mesir dapat serta peningkata ekonomi tetapi rakyat semakin susah.

Anak muda dan belialah yang berjaya menggulingkan kerajaan zalim ini selepas puluhan tahun rakyat menerima maklumat kezaliman dan kekuatan untuk berubah.

Revolusi Iran 1979

Menyorot ke belakang sedikit, Revolusi Iran juga berjaya membentuk suatu dimensi baru dunia islam global.

Gerakan massa yang dipimpin Imam Khomeini berhasil menumbangkan kekuasaan Rezim Syah Pahlevi. Kemenangan itu sekaligus membuktikan kekuataan massa tanpa senjata melawan rezim yang terkuat di Timur Tengah kala itu. Kemenangan revolusi Islam membuka lembaran baru bagi negara ini. Khomeni bukan meraih kemenangan hanya sekelip mata sebaliknya puluhan tahun digunakan untuk mendidik anak muda dan belia agar memahami kembali ajaran syiah, semangat kejayaan silam dan strategi menjadikan mereka mampu terus berdemostrasi walaupun beliau terbuang ke luar negara waktu itu.

Walaupun ia Revolusi kaum syiah bukannya sunni, namun berlaku suatu momentum yang boleh dikatakan rentetan daripada perubahan di Iran iaitu kebangkitan gerakan Islam dan dakwah seluruh dunia. Penterjemahan buku-buku agama , haraki dan dakwah cukup pesat. Gerakan dakwah mulai menguasai kampus-kampus. Malah beberapa negara mula melaksanakan dasar islamisasi ( al hukumah ad diniyah) walaupun hanya kosmetik dan bertopeng agama semata-mata meraih sokongan rakyat.

Himpunan rakyat bukan rampasan kuasa

Himpunan rakyat tidak semestinya diertikan seperti rampasan kuasa. Rampasan kuasa selalunya akan menghasilkan pertumpahan darah. Umpama di Mesir, kehendak rakyat agar regim Husni membuka demokrasi membenarkan parti pembangkang bertanding secara adil ditolak mentah-mentah. Rakyat ingin beliau turun juga atas desakan ekonomi dan moral Mesir yang teruk pada dekad yang lalu. Jika ada pertumpahan darah sekalipun ia adalah reaksi daripada pemerintah yang zalim. Himpuna n rakyat hari ini tidak akan menatijahkan pertumpahan darah sebagaimana dinasti-dinasti silam menggulingkan dimasti sebelumnya. Himpunan rakyat dan rapat umum berjaya menjadikan rakyat kritikal serta menaikkan semangat untuk rakyat mengkaji sumber berita alternatif pada suatu ketika dahulu yang hanya mendapat maklumat sehala daripada media kawalan pemerintah. Rapat umum dan himpunan rakyat pernah mengubah keputusan mahkamah yang dicetus oleh pihak yang zalim.

Pejuang rakyat di Malaysia memilih himpunan rakyat yang menatijahkan perubahan keputusan undi. Tidak seperti negara lain yang mungkin agak ‘advance’ ingin mengubah kerajaan sejurus selepas kebangkitan rakyat.

11 Januari 2012

Siputeh Perak

Tuesday, January 10, 2012

Islam berpolitik bukan sekadar berebut jawatan PM

Sesiapa yg berani cadangkan PM dr PAS...hukumannya adalah "PANCUNG" dengan serta merta...mcm mana nk laksana HUDUD ni?

Ayat ini saya dapati daripada ulasan FB daripada pembaca Malaysia Kini.

Ini kenyataan daripada pihak yang tidak faham erti penguasaan politik islam.

Gerakan Islam bertujuan mengembang nilai Islam, menghapus kezaliman, mencegah mungkar, menaikkan taraf hidup rakyat dan keamanan.

Ikhwanul Muslimin tidak pernah berebut untuk menjadi Presiden Mesir, tetapi matlamat digembleng untuk menghapuskan kezaliman sistem sedia ada sejak puluhan tahun.

mengeluar kenyataan bahawa Presiden PAS lebih layak menjadi perdana Menteri adalah ungkapan pemecah belah bukan suatu pengiktirafan yang ikhlas.

Pada saat ini, memilih individu yang mampu mengembeleng semua rakyat menentang kezaliman yang lebih besar.

Mahathir beri statement refresh dosa lama

Dr Mahathir hairan dengan keputusan mahkamah (kesian orang tua ini...)

http://www.malaysiakini.com/news/186152

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun hairan dengan keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.

mahathir and rais yatim pc 190309 04Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif kepada pemenang pingat emas acara tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan, di Sukan Para Asean ke-6 di Solo Indonesia yang berlangsung baru-baru ini.

Tegas beliau badan kehakiman negara sentiasa bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk pihak kerajaan atau pembangkang dalam membuat sebarang keputusan.

Monday, January 09, 2012

Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)-kemenangan kes DSAI

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
ANWAR TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
IKRAM berharap keputusan mahkamah ini adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes-kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.
IKRAM percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan.
IKRAM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.
IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)