Kebodohan dan petanda kemusnahan UMNO terserlah apabila juak-juak pengampu UMNO sanggup menggadai maruah beraksi buruk di rumah seorang yang bukan beragama Islam. Adakah ini akhlak melayu yang UMNO ajarkan?
Kes kek bentuk tahi..hadiah seluar dalam kepada Ketua Menteri P.Pinang..jelas UMNO krisis Akhlak yang amat dahsyat
Muhammad Nuruddin Bashah
Askar Veteran adakan senaman punggung untuk Ambiga
Oleh Shannon Teoh
May 15, 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Kira-kira 10 askar bersara membuat
senaman punggung pagi tadi dalam protes kedua yang dilakukan di luar
rumah Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara untuk membantah
perhimpunan Bersih pada 28 April yang lalu.
Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) melakukan senaman
punggung itu sebagai protes terhadap pengerusi Bersih yang mereka dakwa
adalah “musuh” negara.
“Kami tentera veteran ada hak untuk membantah ‘musuh’ yang cuba
cemarkan nama negara,” presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom berkata.
Apabila Ambiga
(gambar)
berjumpa dengan veteran askar di luar rumahnya, mereka memberikan
poster yang ditulis “tolak Ambiga Anwar” kepadanya, yang merujuk kepada
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di poster itu juga terdapat lukisan seorang lelaki berpakaian kuning,
iaitu warna rasmi Bersih, dengan seluarnya terbuka dan punggungnya
terdedah di bawah perkataan “perusuh haram Bersih 3.0”.
Protes yang diadakan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan demonstrasi
kedua di hadapan rumah bekas presiden Majlis Peguam dalam kurang
daripada seminggu.
Pada hari Khamis, ahli-ahli Ikhlas telah adakan “protes burger” di
luar rumah Ambiga selepas mendakwa mendapat kerugian sebanyak RM200,000
disebabkan perhimpunan di ibu kota negara yang melibatkan berpuluh ribu
orang.
Kira-kira 10 peniaga dan individual berpakaian seragam Barisan
Nasional (BN) memasak 200 burger sewaktu protes selama satu jam itu.
Malah mereka juga menawarkan burger kepada Ambiga, yang merupakan vegetarian, serta wartawan di sana.
Namun Ambiga meminta peniaga memfailkan semua tuntutan rugi mereka di mahkamah, dan bukan adakan protes di luar rumahnya.
“Adakah perbuatan menganggu privasi seorang individual itu betul, di
mana privasi sudah tiada maksud? Saya bukan berkata mereka tiada
tuntutan, tapi mereka tiada hak untuk datang ke rumah saya dan
berkelakuan sebegini.
“Saya terpaksa buat laporan polis kerana... ini bukan sahaja
melibatkan saya tapi juga jiran-jiran dan keluarga saya,” bekas presiden
Majlis Peguam itu berkata.
Kini Ikhlas merancang untuk adakan protes yang lebih besar dengan
melibatkan 500 peniaga pada Mei 24 kerana mereka inginkan “penganjur
perhimpunan bertanggung jawab ke atas tindakan mereka dan memberi
pampasan kepada peniaga”.
Pihak polis telah berkata yang mereka tidak akan mengambil tindakan
ke atas para peniaga kerana perbuatan “duduk di luar rumahnya tanpa
menganggu orang lain” tidak salah.
“Mereka tidak memasuki rumahnya, mereka berada di kawasan awam,” timbalan ketua polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata semalam.
Beliau juga berkata bahawa semua pihak boleh berhimpun secara aman di
bawah Akta Perhimpunan Aman yang dilaksanakan baru-baru ini.
Protes Ikhlas ini diadakan selepas kekecohan April 28 yang berlaku
apabila penyokong Bersih melanggar penghalang yang dipasang pihak polis
di sekeliling Dataran Merdeka selepas polis mendapat arahan mahkamah
untuk menghalang orang ramai dari memasuki kawasan bersejarah itu.
Dataran Merdeka biasanya dibuka untuk orang awam dan disewa ke agensi
kerajaan serta badan korporat untuk adakan majlis-masjlis yang besar.
Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam
lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada
mulanya aman bertukar ganas apabila Ambiga mengarahkan peserta untuk
bersurai.
Namun arahan pengerusi Bersih itu tidak diendahkan pengikutnya yang
berkumpul di sekitar dataran yang dikawal dan dipagar ketat pihak
berkuasa.
Sejurus sebelum 3 petang, sebahagian perusuh merempuh halangan
tersebut dan memaksa polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan
meriam air ke arah perusuh.
Polis kemudiannya terus mengejar perusuh ke beberapa jalan dan
suasana tegang dan kecoh menyaksikan keganasan dari kedua-dua belah
pihak berlangsung hampir empat jam.
Beberapa perusuh mendakwa dibelasah pihak polis dalam lingkungan 10
orang dalam satu-satu masa dan video membuktikan dakwaan mereka, namun
pihak polis menafikan perkara itu, dan mengatakan perusuh juga melakukan
keganasan terhadap pihak berkuasa terbabit.
Kereta polis turut rosak, malah diterbalikkan oleh perusuh.
Kelab pesara tentera pun tolak 'senaman punggung' ini!!!