Friday, June 28, 2013

Lintas langsung Sidang DUN Perak- kecoh lantik speaker

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker 

  1. Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri di Ipoh hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.
  2. Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.
  3. Dato’ Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Dato’ Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.
  4. Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali di desak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.
  5. Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar
  6. S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak.
  7. Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi.
  8.  Selepas selesai melantik Speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa.
Faeez Azahar
Wartawan Harakah





Motivasi Agama bersama YB Radzi Zainon di UNISEM

28 Jun 2013- Simpang Pulai

Semalam sekitar jam 7 55 YB Radzi Zainon telah bersama menghadiri majlis Program Bacaan Yaasin dan Doa Selamat di Unisem Simpang Pulai.

Progran anjuran KPU, Kesatuan Pekerja Pekerja Unisem, sebuah kilang semi conductor yg terletak di Simpang Pulai ini cukup meriah tambahan pula YB yang mewakili Sungai Rapat ini tinggal di bandar Pulai Jaya berdekatan dengan kilang berkenaan.

Sesi tazkirah oleh YB Radzi yang pernah menyampai motivasi kaunseling agama dan akademik di Radioa Perak bermula selepas magrib di mana beliau  menyentuh tentang amalan harian yang berbentuk ibadah untuk mengisi masa 24 jam sehari.




 
Antara tetamu VIP yang hadir sama adalah Tn Hj Azmi, penasihat undang Negeri Perak dan wakil hufaz dari INTIM diketuai oleh Ustaz Khairul.

Turut hadir adalah  Pegawai Khas ADUN Sg Rapat, Mej Yakub dan Timb. Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Cikgu Sharul Puadi.

Mungkin disebabkan hubungan erat YB radzi dengan kaum bukan Islam serta ucapan beliau yang cukup berisi dan berilmu menyebabkan 3 orang pengurusan tertinggi unisem di kalangan bukan Islam turut bersama mendengar tazkirah bercorak motivasi agama ini di samping staf lain yang dianggar melebihi 100 orang.


Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


Wednesday, June 26, 2013

Mulakan dengan tahlil berakhir dengan ceramah bersama Dato' Mahfuz


26 Jun 2013- Ara Payung

PAS Kawasan Batu Gajah telah menganjurkan majlis tahlil kesyukuran malam ini bertempat di rumah Puan Fauziah Ketua Jentera Pilihanraya Muslimat Batu Gajah.

Majlis ini dilengkapi dengan kehadiran YB Radzi Zainon untuk bersama mendoakan kejayaan jentera PAS Bartu gajah baik daripada aspek siasah dan kerja dakwah kebajikan yang kerap dilaksanakan.

Selepas itu YB Radzi menyertai majlis Ceramah Perdana bersama YB Dato' Mahfuz Omar juga bertempat di perkarangan halaman rumah Puan Fauziah. 

Dalam ceramah, YB menceritakan pahit manis perjuangan sepanjang mendepani PRU-13 yang lalu. Penghargaan yang tidak terhingga diungkap oleh beliau kepada para petugas dan pengundi yang menyokong kepimpinan beliau.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat






ADUN Sungai Rapat di Jamuan Ambang Ramadhan Simpang Pulai


25 Jun 2013- Gopeng

Menjelang Ramadhan Karim, ramai pengusaha restoren mahupun premis makanan kecil mahupun besar berlumba-lumba menganjur majlis menyambut Ramadhan atau setidaknya menyumbang makanan untuk ceramah-ceramah ambang ramadhan.

Di Simpang Pulai Parlimen Gopeng, Abang Manja pengusaha Restoren KMM Tomyam telah menganjurkan jamuan kesyukuran sempena mendekati bulan Ramadhan yang mulia. Beliau yang juga merupakan aktivis PAS dari Manjoi Tambun juga meraikan jemaah surau berdekatan restorennya sebentar tadi.

Jamuan ini disertai juga oleh YB ADUN Sg Rapat sendiri Ustaz radzi Zainon bersama rombongan beliau antaranya jemaah surau Taman Song Choon yang diketuai oleh Imam Zulkifli,, Mejar Bersara Yaakub, Ustaz Faizal Anson, En Ahmad Osman daripada Seri rahmat dan Azizul Nizam.

Dimaklumkan hampir 70 orang hadirin dijamu makan pada majlis sekitar jam 10.30 malam tadi.

Semoga majlis ini akan menyemarakkan lagi amalan bersedekah dan menjamu makan kepada saudara sesama Islam terutama pada bulan ramadhan yang digandakan pahala di dalamnya. n


Rakyat jelak maklumat sehala tetapi..... apakan daya

Sejak tahun 1975, banyak kritikan yang diterima oleh RTM berkaitan mutu dan polisi rancangan penyiaran mereka. Natijah polisi kerajaan yang mengongkong RTM serta menampilkan siri rancangan yang sehala, tanpa wacana sihat, hanya mengenengah idea kerajaan dan propaganda sehala  menyebabkan 'rating' RTM menjunam pada era 1970an lagi.

Misalnya laporan The New Straits Times 2 Desember 1975  menyiarkan berita kritikan terhadap RTM.

" mengapakah orang yang mempunyai kepakaran tidak dijemput mengambil bahagian dalam rancangan dan perbincangan, mengapa rancangan ceramah amat membosankan? Dan asyik menyatakan persetujuan sahajakepada pandangan kerajaan, apakah yang diharapkan dengan hanya menyiar berita perasmian itu dan ini dengan adegana berjabat tangan dan mengapa rancangan tempatan begitu amatur dan tidak profesional?"

Pada tahun 1977, akhbar The national Echo membuat kaji selidik dan mendapati ramai pembaca bersetuju diwujudkan rancangan swasta yanag tidak 'dikongkong ' oleh kerajaan lagi.

Rakyat ketika itu sudah jelak dengan media yang hanya mempamerkan kejayaan kerajaan, projek kerajaan seolah-oleh hanya ahli politik kerajaan sahaja yang mampu mengurus dan betapa tidurnya ahli parlimen dan ADUN pembangkang.

Dari propaganda RTM sebelum itulah yang mencipta toghut hanya BN sahaja mampu memerintah negara ini. hanya BN tahu membina jalan, membina jambatan dan mengurus gaji para pekerja awam.

Hasil desakan ini mengakibatkan kemunculan TV3 yang diharapkan menjadi alternatif dan menepati cita rasarakyat bandar dan berpendidikan yang inginkan maklumat pelbagai dan terbuka.

Namun 'intelligen' kerajaan BN tidak diam begitu sahaja melainkan meletak ejen dan wakilnya dalam syarikat ini sehingga TV3 juga menjadi komponen RTM iaitu TV1, TV2 dan TV3 yang meneruskan agenda propaganda sehala yang bersifat dogmatik.



Lantas tidak hairan jika hingga kini berfahaman bahawa negara ini hanya maju jika ditadbir oleh BN dan berfahaman bahawa negara ini hanya perlu ada satu parti seperti negara-negara komunis iaitu BN sahaja tanpa perlu ada pembangkang kerana pembangkang itu tolol yang tidak tahu suatu benda pun.

 Propaganda ini amat berjaya sehingga hampir setiap isu mampu didoktrin oleh media kawalan kerajaan sehingga rakyat juga tidak tahu membezakan kehadiran sebenar  peserta sesuatu himpunan seramai 100 000 dengan jumlah 20 000 yang media kerajaan hebahkan.

Tindakan kerajaan Najib merampas Harakah sama sahaja dengan tindakan Tun Mahathir dahulu selepas menadapat tahu bahawa Harakah berjaya mernaikkan kesedaran kaum Melayu sekitar tahun 1999 dahulu. Media terus ingin dikawal dan para sarjana mana sekalimpun tidak mampu menafikan hal ini.

Tindakan ini jelas autoritarian.


Konsep kawalam media ala autoritarian yang terkenal sejak penciptaan mesin cetak oleh  Gutenberg adalah konsep tertua mana-mana kerajaan untuk mengawal minda rakyat.


Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Tuesday, June 25, 2013

Kronologi penindasan terhadap peniaga Pasar Malam Stesyen 18 Ipoh


Sejak bertugas dalam jentera PRU Majlis Tindakan DUN Pas Gopeng penulis telah berkelanan erat dengan Saudara Haris Yunus yang merupakan salah seorang peniaga pasar malam. Kali ini penulis ingin menghebahkan satu lagi isu penting berkenaan keadaan dan nasib peniaga kecil dan sederhana pasar malam di kawasan Stesyen 18 yang gah dikatakan membangun dengan pelbagai infrastruktur, pusat hiburan dan membeli belah.

Menurut Saudara Haris yang juga banyak berusaha membela peniaga bumiputera sekitar Ipoh ini juga pernah beberapa kali mengeluar surat kepada pihak bekas ADUN Sungai Rapat, Dato’ Bandar dan kepada pihak Pertubuhan Peniaga-peniaga Kecil Kinta untuk menyalurkan hasrat dan pandangan peniaga berkaitan nasib dan peminggiran yang berlaku kepada segmen masyarakat seperti mereka.

Pasar malam Stesyen 18 telah lama berpoperasi sejak tahun 1998 lagi. Pasar mala mini dianjur oleh Kinta Small Traders yang terdiri di kalangan peniaga pelbagai bangsa. Di pasar mala mini majoriti peniaga adalah kaum melayu.

Kawasan yang dibenarkan berniaga adalah disekitar Medan Stesyen 18/11, Jalkan Pengkalan Barat 35 hingga Medan Seksyen 18,13 (rujuk peta bawah)

Kebenaran ini diberi secara lisan dan pihak kerajaan temapatan sendiri menggalakkan peniaga kecil ‘mengimarahkan’ kewasan itu yang saat itu masih belum membangun seperti hari ini.

Semasa TESCO mula dibangunkan, para peniaga telah diasak oleh pihak DBI agar berniaga di kawasan hadapan kedai-kedai di jalan Medan Stesyen 18/11. Malangnya kawasan ini mematikan keuntungan. 

Dengan besi penghalang dan rungutan peniaga kedai menyebabkan ramai peniaga berbangsa Cina yang berniaga mulai meninggalkan tapak tersebut dan ramai yang berhijrah ke Taman SPPK.
Peniaga melayu yang risaukan kerugian mengambil langkah berniaga di kawasan Jalan Pengkalan Barat 35.

Hal ini menyebabkan peniaga melayu kerap dikompaun oleh DBI walaupun suatu ketika kebenaran lisan pernah diberikan kepada peniaga.

Wakil peniaga juga telah mengadu kepada Dato’ Hamidah Osman selaku EXCO Kanan kerajaan negeri. Perjumpaan antara beliau bersama pengerusi pasar malam, Ajk Pasar Malam Ah Wai, Haris Yunus dan En Sobri membuah keputusan untuk membenarkan peniaga kekalkan kawasan mereka.
Surat kebenaran telah dikeluarkan malah lesen berniaga juga diberikan oleh DBI kepada para peniaga.

Pada 1 Mei 2011 sempena Hari Buruh sedunia, para peniaga telah menerima ‘hadiah’ surat notis arahan berpindah dan yang menyebabkan kemarahan peniaga adalah sikap lepas tangan penganjur pasar malam itu sendiri.

Perbincangan kali kedua dengan Dato’ hamidah diadakan di SUK dan beliau bersetuju mengeluar surat sokongan kepada peniaga. Pada 12 Mac 2012 sekali lagi notis berpindah telah diberikan kepada peniaga.

Kedudukan pasar malam ini tidak pernah menganggu lalu lintas. Beberapa sumber mengatakan tekanan diberikan oleh pihak JUSCO-AEON yang mendakwa pasar malam itu menyekat laluan pembeli ke emporium membeli belah mereka. Inilah nasib peniaga tempatan yang dipinggir dan ditindas oleh empayar peniaga yang menjadi tunggangan globalisasi yang bertibdak menghancurkan peluang rezeki masyarakat marhain.

Kadangkala pihak DBI memberi alasan bahawa Pengerusi Eksekutif Keris Properties Sdn Bhd, Datuk Lee Heng Hee. yang merungut tentang kehadiran peniaga kecil di kawasan yang dibangunkannya untuk emporium hypermarket di kawasan itu.

Pada 19 Mac 2012 Dato’ Hamidah ada mengeluar surat sokongan lagi tetapi ianya tidak tegas dan lunak terhadap DBI.

Pada 4 Mei 2013 satu mesyuarat terteutup diadakan untuk memindahkan peniaaga ke belakang Petronas yang lebih menyusahkan peniaga. Mesyuarat tersebut tanpa ada kehadiran wakil peniaga walaupun tertulis dalam surat jemputan mesyuarat wakil ADUN dan wakil peniaga. Surat tersebut diberikan kepada peniaga oleh pihak Pertubuhan Peniaga Peniaga Kecil Kinta selepas didesak oleh peniaga kerana mesyurat yang cuba membelit peniaga kecil ini diadakan dengan tujuan membuat keputusan besar tetapi meminggir wakil peniaga. 

Bukankah ini suatu kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak pro kapitalisme yang biadab?

Tulisan ini juga ditulis sebagai pro-emp sebelum rakyat menunding jari menuduh ADUN PAS hari ini YB Radzi Zainon sebagai petualang kepada penindasan terhadap peniaga keciul Stesyen 18 Ipoh. 

Kerajaan BN yang merampas kepimpinan Pakatan Rakyat awal 2009 dahulu yang telah menzalimi peniaga selama ini malah berkomplot dengan kapitalis dan petualang korporat untuk membina kekayaan atas air mata dan keringat rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat












Jerebu: MASA UNTUK BERTINDAK TEGAS DIPERINGKAT SERANTAU SANGAT DIPERLUKAN.


Kenyataan Media MAPIM
24hb Jun 2013

MASA UNTUK BERTINDAK TEGAS DIPERINGKAT SERANTAU SANGAT DIPERLUKAN.

Mapim menegaskan sudah sampainya persoalan jerebu akibat pembakaran terbuka diambil tindakan tegas bukan sahaja mengikut undang-undang nasional tetapi juga diperingkat undang-undang antarabangsa.

Kerajaan semua rantau Asean perlu memahami jika isu rasuah dan salahguna kuasa tidak dibendung , ia akan memberi kesan kepada kerosakan alam sekitar.

Keadaan yang sangat meruncing yang menjejaskan kualiti udara sehingga ketahap sangat merbahaya di Lendang , Muar dan KL dan merebak ke PD dan Klang ,  membuktikan bahawa isu pencemaran udara bukan suatu isu yang boleh dianggap ringan.

Bukan sahaja ia ada kaitan dengan soal kesihatan akan tetapi juga persoalan keselamatan dan ekonomi serta perhubungan antarabangsa

Mengatasi masalah kerosakan alam sekitar jelas tidak boleh dianggap hanya berlaku secara terpisah antara negara. Pencemaran tidak mengenal sempadan semada pencemaran udara mahupun air.

Mapim melihat isu jerebu yang melanda Malaysia dan Singapore yang berpunca dari pembakaran terbuka di Indonesia membuktikan alam sekitar tidak punya batas . 

Keghairahan pelabur dalam dan luar negara terhadap sesuatu sektor di dalam sesebuah negara biasanya mengambil kesempatan dari kelonggaran undang-undang dan kawalan di negara tersebut. Bila pelabur mendapat kemudahan yang terbuka untuk melakukan sesuatu yang boleh meminimakan tanggungan kos , semada kos buruh , kos penghapusan sisa atau kos pembersihan tanah , jalan singkat dan murah akan dipilih.

Inilah yang berlaku di kebanyakan negara membangun. Oleh kerana satu negara mempunyai kelonggaran dari segi penguatkuasaan undang-undang  maka pihak pelabur akan mengambil kesempatan.



Kami dengan itu mengesa agar pihak kerajaan memberi perhatian serius untuk mengujudkan undang-undang yang berkesan di dalam negara dan sekaligus memastikan agar undang-undang antarabangsa dipatuhi.

Jelas  soal kerosakan alam sekitar terutama yang bersifat trans-sempadan akan memerlukan suatu perjanjian yang mengikat supaya pihak pelabur tidak memandang ringan terhadap hukuman yang mereka akan hadapi jika melanggar undang-undang negara mahupun undang-undang antarabngsa.

Oleh kerana itu kerjasma anatara negara menjadi prasyarat jika isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar mahu ditangani.

Mapim mengesa semua negara Asean yang telah mendatangani perjanjian  mengenai pencemaran trans-sempadan menggubal perjanjian yang lebih mengikat dan berkesan.

Jerebu akibat pembakaran hutan untuk pembersihan di Indonesia tidak akan reda kecuali Indonesai atas nama menjaga perhubungan dengan jiran tetangganya , mengujudkan undang undang tempatan yang ketat dan penguatkuasaan yang tegas.

Mapim mengingat semua pihak dikalangan pemimpin kerajaan agar berlaku telus apabila menangani isu pencemaran dan kerosakkan alam sekitar. Semangat untuk melaksanakan strategi yang berkesan berdasarkan perjanjian yang dimeterai mengenai pencemaran udara sekurang dalam rantau ini perlu dipenuhi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

Sent from my iPad


Sunday, June 16, 2013

Amal Ijtimaie- Baiki bumbung lagi di Ara Payung


16 Jun 2013- Ara Payung
Percaya dengan kerja istioqamah dalam isu kebajikan, PAS Batu Gajah mengambil langkah pro-aktif untuk terus membantu rakyat yang memerlukan walaupun dengan dana yang terhad. 

Kali ini rumah En Ismail Bin Bakar no 23 Kampung Ara Payung Tambahan 2 yang mana atapnya telah rosak teruk dan berlubang telah menerima bantuan gotong royong daripada PAS kawasan.

PAS Kawasan Batu Gajah bersama anak kepada En Ismail telah mengeluarkan belanja sebanyak RM 3000 untuk membaik pulih  atap rumah pada penghujung bulan 5 dan kini telah siap.

Semoga usaha ini menjadi amal jariah bagi para petugas dan menambahkan keyakinan terhadap Parti islam yang bersifat Hizbullah sejati.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg  Rapat









Saturday, June 15, 2013

Kesan dan Akibat Petaka TTPA kepada rakyat Malaysia


Kesan dan Akibat Petaka TTPA kepada rakyat Malaysia
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis TERAS

Menciplak kaedah liberal kapitalis Barat akan hanya menghasilkan konflik jiwa.Demikian komentar bernilai yang diluahkan oleh seorang mentor korporat melayu islam yang boleh diteladani iaitu Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Menurut laporan Sinar Harian, beliau yang juga pernah membangunkan JCorp dan KFC Holding berpandangan adalah mustahil bagi Malaysia mencapai tahap negara maju selagi golongan majoriti Melayu-Muslim rendah upaya, ketinggalan, bergantungan dependent dan dipinggir arus perdana ekonomi.

Menjauhi liberalisasi ekonomi  yang dianggap zalim adalah antara seruan beliau sebagai komentar scenario terkini Negara yang bakal menerima petaka kebanjiran globalisasi TTPA.

Sebelum ini Presiden CAP mempertikai mengapa a teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) dirahsiakan . Malah jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam? Mengapa perlu bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?

Tan Sri Muhammad Ali dalam tulisan beliau pernah memetik pandangan Mohamed A J Althani, (mantan Menteri Ekonomi dan Perdagangan Qatar) yang dimuatkan dalam bukunya: “The Arab Spring and the Gulf States – Time to embrace change” menegaskan kerosakan sistem berlaku setelah negara Arab meliberalisasikan ekonomi: “As these states have liberalized their economies, the private sector has remained as dysfunctional as the bureaucracies that govern them. Across the Arab world there are examples of businessmen who are well-connected to the ruling elite and as a result control large sections of the economy in the manner of an oligarchy.

Jelas dasar liberalisasi Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini amat berbahaya sejak beliau ghairah meliberalkan ekuiti, FTA dan liberalisasi ekonomi sejak tahun 2009 lagi.

Perhatikan contoh-contoh kesan negatif TTPA dan gergasi kapitalis kepada rakyat Malaysia;
  • negara TPPA seperti Malaysia didesak untuk bersetuju dengan peruntukan paten yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubat-ubatan generik dengan harga berpatutan dalam pasaran Malaysia, rakyat Malaysia akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan untuk jangka masa yang lebih lama.
  • mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement - ISDS). ISDS menjadi sumber kontroversi yang semakin meningkat di seluruh dunia kerana ia membolehkan pelabur-pelabur asing untuk mencabar tindakan oleh kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam, contohnya kerana kesan kepada kesihatan atau alam sekitar - di premis bahawa tindakan telah atau akan menjejaskan pelaburan atau keuntungan mereka.
  • Menurut Dr Rosli Yaakob syarikat korporat multi-nasional boleh menyaman negara di mana ianya melabur dan beroperasi seandainya undang-undang dan peraturan dalam negara tuan rumah dituduh sebagai penyebab ianya mengalami kerugian. Di antara keistimewaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat multi-nasional iaitu  peruntukan yang menjamin mereka dilibatkan dalam merangka undang-undang baru di negara tuan rumah dan   kerajaan tuan rumah wajib menerima pandangan mereka di dalam merangka undang-undang baru itu. Jika pandangan mereka tidak diambilkira, maka sekiranya undang-undang baru itu memberi kesan negatif kepada nilai pelaburan atau merugikan mereka, maka syarikat multi-nasional berkenaan boleh menyaman kerajaan tuan rumah. Hal ini sama seperti penipuan dan kelicikan kapitalis British membelit Raja  Melayu dan Sultan antaranya Sultan Kedah, Perak dan beberapa ketua negeri Melayu sebelum ini. Kuasa dan pengaruh pembuatan undang-undang mulai luntur dan dikuasai oleh kuasa luar.
  •  TPP akan  mengabaikan keselamatan makanan iaitu barang makanan import yang tidak menepati standard keselamatan makanan Malaysia. Misalanya, syarikat rokok akan mendesak  supaya tiada apa-apa pun amaran ditulis pada kotak  rokok.
  • TTPA akan mengenakan peraturan kewangan di mana negara-negara ahli dikehendaki  membenarkan instrumen dan perkhidmatan kewangan berisko tinggi dipasarkan di dalam pasaran kewangan dan modal di negara-negara ahli. Juga, negara-negara ahli tidak dibenarkan melaksanakan dasar kewangan sendiri secara bebas dan tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan langkah kawalan modal (capital control measures).
Sebelum ini rakyat Malaysia mulai merasa tertekan dengan kehadiran kebanjiran hypermarker  yang bersifat kuasa dua berbanding supermarker (pasaraya) yang kita kenali. Bukan sekadar menawarkan harga borong, ia juga menyediakan rebat dan mata kumpul yang menambat terus penggunakan kepada hypermarket dan meminggir teruk peniaga kecil sekitar taman-taman perumahan.

TTPA bakal merancakkan lagi hypermarket malah mereka juga terbukti memiliki kuasa menentu corak lokaliti dan geografi kawasan sekitar premis hypermarket mereka. Sebagai cobtoh menetukan lokasi peniaga pasar malam malah banyak kes peniaga pasar malah dipindah secara tidak adil tanpa perundingan yang saksama hanya kerana si pemilik hypermarket mengadu laluan ke premis mereka diganggu oleh pasar-pasar malam.

Menurut sebuah kajian ilmiah, berdasartkan persepsi masyarakat di negeri Johor,  sebahagian masyarakat merasakan kewujudan hypermarket memberi kesan yang sederhana terhadap perniagaan mereka iaitu seramai 108 orang (72.0%). Seramai 33 orang lagi (22.0%) menyatakan persepsi yang tinggi terhadap kesan kewujudan hypermarket ke atas perniagaan mereka. Hanya beberapa orang peniaga sahaja iaitu 9 orang (6.0%) mempersepsikan kewujudan hypermarket memberi kesan yang rendah terhadap perniagaan mereka. Secara keseluruhannya, persepsi responden terhadap kesan kewujudan hypermarket ke atas perniagaan mereka adalah pada tahap sederhana.

Hasil kajian menunjukkan 86 orang (57.3%) peniaga Melayu menunjukkan mempersepsikan tahap yang sederhana terhadap kesan kewujudan hypermarket ke atas perniagaan mereka menurut kesan ekonomi. Sementara itu, 28.0% atau 42 orang peniaga menyatakan pembukaan hypermarket memberi kesan yang rendah terhadap ekonomi perniagaan mereka. Namun demikian, terdapat juga sesetengah peniaga iaitu seramai 22 orang (14.7%) merasakan kewujudan hypermarket memberi kesan yang tinggi ke atas perniagaan mereka berdasarkan kesan ekonomi.

14 Jun 2013 Malaysiakini pula melaporkan MTEM meninggalkan mesyuarat dengan MITI selepas kementerian enggan memberi maklumat lengkap rundingan sulit  perjanjian TTPA. Sikap berahsia perkara yang besar begini adalah lumrah bagi mana-mana kerajaan korup yang gah sehingga kerajaa berkenaan ranap dan musnah. Lihat sahaja sikap kerahsiaan polisi Saddam dan Gaddafi. Polisi penting tetapi tidak telus dan tiada kebertanggungjawaban bakal emmusnahkan negara kita.

Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda Besar Radzi Zainon


Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda  Besar Radzi Zainon

Sememangnya YB Radzi Zainon yang cukup akrab dengan rakyat melalui panggilan Ustaz Radzi ini kekal diingatan rakyat melalui agenda kebajikan berterusan yang beliau lakukan selama ini.

Malah stamina besar yang beliau peruntukkan untuk meneliti permasalahan asasi rakyat ini juga menggerunkan pesaing beliau daripada kalangan pimpinan UMNO Gopeng mahupun pihak bekas ADUN iaitu Datuk Hamidah Osman.




Semasa ditemuramah, YB Radzi menyatakan dalam siri sidang yang akan datang beliau akan terus mengotakan janji kepada rakyat untuk membawa isu kebajikan dan keperluan rakyat terutama kawasan DUN yang diwakilinya.

Selain itu untuk memastikan pencapaian KPI beliau menangani isu rakyat, beliau akan bersama-sama pihak ADUN Pakatan Rakyat lain bertindak memantau polisi dan agenda kerajaan negeri BN agar cocok dengan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Beliau yang cukup serius serta cakna dengan isu tanah dan penyelewengan juga akan terus menjadikan sidang DUN sebagai medium terbaik untuk menjalankan tugas check and balance kepada polisi pentadbiran kerajaan BN Perak.

“Mana-mana kerajaan dan forum kepimpinan negara dunia memerlukan pembangkang atau suara alternatif agar sesuatu keputusan itu dilaksanakan secara adil dan tepat. Kerajaan yang menafikan suara pembangkang atau menjadikan pembangkang sebagai YB kelas kedua atau mendiskriminasikan rakyat di kawasan pembangkang adalah tidakan anti undang-undang manusia yang sihat. Politik perlu matang dan politik kita adalah untuk menjamin keamanan dan kesentosaan negeri melalui pengagihan kekayaan yang adil serta penumpuan kepelruan rakyat melebihi aspek picisan yang membazir”, jelas beliau semasa temubual berkaitan misi dan visi beliau kali ini.

Beliau juga memandang serius hal persidangan DUN yang hanya dijadikan medium stamping order (pengesahan arahan) semata-mata tanpa perbahasan yang sihat. Sidang yang terlalu pendek kadangkala sehingga hanya separuh hari cukup tidak logik dan hanya sesuai untuk negeri kecil seperti Perlis misalannya.

Ruang selama 3 hingga 7 hari adalah optimum untuk perbahasan adil semua ADUN Perak seramai 59 itu berucap bagi mewakili rakyat masing-masing.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Sunday, June 09, 2013

Agenda Kebajikan agenda berkesan untuk menang


Strategi bekerja dalam medan siasah moden hari ini perlu juga diseiiringkan dengan manual yang ditinggal oleh Rasulullah melaui iktibar sirah dan perjalanan Rasulullah mengurus dan menyusun strategi berperang mahupun misi dakwah.



Rasulullah tidak meletakkan pencapaian KPI kemenangan melalui pembongkaran isu dan kelemahan musuh semata-mata.  Malah jika ditinjau secara mendalam ternyata Rasulullah mempersiapkan ‘manusia’ dan ‘metod’ dahulu dalam menyediakan ketumbukan dalam sesuatu misi.

Rasulullah memilih siapa peserta misi atau perang. Yang adil, soleh dan bertaqwa serta memiliki kekuatan jasmani yang baik. Tiada bebanan hutang dan lepas tanggungjawab keluarga.

Rasulullah juga berdakwah dengan menacapkan kepercayaan  masyarakat kepada Baginda sehingga Yahudi yang kerap mensabotaj perjalanan Nabi juga mengakui kerasulan Baginda akhirnya.
Demikian apa yang mampu penulis ungkapkan apabila mana-mana pihak bertanyakan rahsia kejayaan Radzi Zainon (DUN Sungai Rapat) menumbangkan angkatan pasukan pilihanraya yang kuat di pihak UMNO Gopeng.

Sekitar 30 peratus boleh diperkirakan YB Radzi mempersiap diri dan jentera dengan mengkaji kelemahan dan ketidakupayaan musuh. Malah dalam peratusan ini sahaja kekuatan dan kesungguhan diperuntukan untuk membuka korupsi, kebejatan, kesamsengan dan penyelewengan UMNO terhadap melayu dan islam di DUN Sungai Rapat.

Di mana hilangnya peratusan yang lain? Radzi dan angkatannya menggunakan keupayaan 70% untuk melaksanakan agenda kemanusiaan dan mempersiapkan insan yang berada di DUN Sungai rapat. Agenda kebajikan dijadikan agenda besar beliau sejak beliau kalah dalam PRU ke-12 dahulu dan berjalan selama hampir 5 tahun.

Meninjau rumah mana yang masih bebrumbung bocor, meninjau jalan mana yang belum berlampu, meneliti geran-geran yang belum dserahkan kepada penduduk setinggan, mendengar rintihan rakyat hamper setiap hari atas nama Pusat Khidmat Masyarakat menjadikan nama beliau cukup sinonim dan signifikan dengan rakyat. Jika tiada petaka undi POS kemenangan beliau adalahterlalu besar berbanding degan rekod yang pernah UMNO pegang sebelum ini.

Selain berceramah dan memberi penerangan, melakukan pencerapan mood pengundi dari awal dan menkaji kehendak rakyat adalah amat pelru diprogramkan dan Radzi berjaya melakukannya bersama jentera pilihanraya yang siapsiaga sejak awal lagi.

Bekerja untuk rakyat, membela mustadhafin adalah agenda utama gerakan Islam dalam masa yang sama menyelitkan ilmu dan kefahaman Islam. Jika pemusatan tenaga hanya diletakkan kepada pembongkaran semata-mata berkenaan kepincangan musuh, rakyat tidak akan merasakan sebarang jasa dan keberadaan jamaah atau Parti islam di sekitar mereka. Maka mereka meletakkan label jamaah hanya ada di surau- hanya di ceramah-ceramah dan jamaah bukan penyebar huluran tangan ukhuwah dan kasih sayang.

Pada penulis perenungan dan perencanaan perlu dilakukan dari awal untuk membina manusia yang bakal memberi undi kepada PAS. Bina manusia melalui agenda kebajikan bukan suatu retorik yang berlaku secara bermusim kerana nama PAS atau pihak yang berjasa itu memerlukan masa yang agak panjang untuk terpahat di hati rakyat. Justeru, istiqamah, bekerja dari awal serta beragenda untuk rakyat adalah resepi terbaik membina kemenangan dan kejayaan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Saturday, June 01, 2013

Menilai kuasa ‘HALANG’ sesebuah kerajaan


Menilai kuasa ‘HALANG’ sesebuah kerajaan

Kerajaan memang memiliki hak untuk nmenyekat dan mengHALANG  kemasukan anasir negatif dan anasir jahat daripada merosakkan sosial, ekonomi dan keamanan rakyat sesebuah negara itu bukan atas hak prerogatif seseorang Menteri negeri atau negara itu semata-mata.

Hak menyekat kebanjiran fikrah yang sesat adalah dituntut oleh agama Islam. Suatu ketika Sulta Perak pernah menghalang kemasukan Pendeta Za’ba ke dalam negeri Perak kerana idea neo-muktazilah yang mungkin terpalit dalam siri ceramah dan penulisan beliau. Kekhuatiran Sultan terhadap idea beliau akan menyebabkan dielektika fikrah yang membawa kesan jangka pendek negatif menyebabkan tindakan Sultan itu sah dan tepat.

Kerajaan Jepun pernah melaksanakan dasar tutup pintu kepada kapitalisme Amerika apabila syarat-syarat ‘FTA atau TTPA’ zaman itu cuba melondeh segala kemampanan dan keutuhan budaya Jepun yang amat tinggi itu. Cuma Jepun mula mengagungkan Amerika, generasi muda menganggap Amerika segala-galanya selepas kekelahan besar Perang Dunia II di mana Jepun mula menjadi naungan nuclear umbrella Amerika serta terlibat dalam penerimaan bantuan konstruktif Marshall.

Kerajaan Malaysia hari ini bukan sahaja gagal mendidik rakyat memahami dan menghayati Islam secara sahih, malah membuka pagar negara kepada gejala kerosdakan sosial yang amat teruk. Bayangkan hanya kerana ingin membeli undi rakyat Pulau Pinang, jutaan wang dibayar ke[pada PSY penyanyi pop Korea yang membawa idea hedonisme yang merosakkan.



Ramai artis, selebriti yang terkait dengan simbol seks, luar tabii dan penagih arak di bawa masuk kerajaan sekian 50 tahun sebelum ini.

Kerajaan Kedah pernah melarang dan menyusahkan kemasukan Jom Heboh ke Kedah. Kini kemenangan BN dijanjikan dengan kebanjiran artis-artis dengan Festival Kahwin anjuran kerajaan BN Kedah.
Pendek kata, kuasa menghalang perkara negatif adalah tanggungjawab pemimpin yang akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

Namun begitu kerajaan BN  kini melaksanakan program balas dendam kepada pemimpin, mahasiswa dan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat. Maka kes ala-ala orang hutan mula kedengaran dan yang terkini  pada 30 Mei 2013, YB Nurul Izzah telah ditahan daripada memasuki Sabah!
Kad pengenalan diambil di pintu masuk imigresen walaupun hak selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 seperti berikut:

 67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.
 Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

PKR adalah parti sah dan ia menyertai pilihanraya yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia yang sah.
Bayangkan dan bandingkan kes ‘kuasa halang’ yang digunakan oleh kerajaan Malaysia hari ini berbanding contoh-contoh kes yang saya tulis sebelum itu? Bukankah penyelahgunaan kuasa berlaku dan ia hanya dilakukan oleh kerajaan yang bernama kerajaan samseng?

Lebih pelik apabila lebih 200 militan bersenjata daripada Filipina yang telah mendarat di perairan Sabah dibiar berunding selama  lebih dua minggu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang manakah membenarkan hal pengganas dilayan sebegini di Sabah?



Malah jika tujuan menyekat pembangkang ke Sabah dikaitkan dengan sekatan anasir fikrah yang tidak menstabilkan negara (sebenarnya ancaman kepada BN bukan negara) bagaimana pula layanan kerajaan kepada penganut ajaran sesat di negara ini.

Sejauh mana ketegasan kerajaan menghukum penganut ajaran sesat dan disekat daripada bersosial sepertimana mereka meghukum pemimpin Pakatan Rakyat yang disahkan parti mereka oleh kerajaan juga?

Lehbih pelik ancaman TTPA tidak pula dianggap serius oleh kerajaan BN? Amerika dituduh menjadi rakan DSAI dan dianggap petualang mendanai Pakatan Rakyat. Bagaimana pula keadaan sekarang di mana BN membawa kunci penguasaan korporat supra kapitalis Amerika masuk menerobosi pasaran dan penguasaan bisnes tempatan? Dimana NGO perkauman melayu bersuara apabila kerajaan tidak gunakan kuasa HALANG mereka terhadap TTPA? Anak Melayu Perkasa bungkam kerana mereka juga jahil isu-isu bisnes yang mengancam anak tempatan sebegini.

Jika di kilang, sesuatu masalah diselesaikan melalui Failure Mode And Effect Analysis. ‘Root cause’ dikesan dan diselsaikan untuk menghalang kerosakan lebih besar.

Tetapi sebuah negeri dan sebuah negara yang ditadbir BN tidak memahami apa itu penyelesaian ‘root cause’. Marahnya BN kepada rakyat yang memilih pembangkang, marahnya mereka kepada kekalahan kerusi mereka diselesaikan melalui ‘mesyuarat post mortem ‘ mereka melalui menghukum pemimpin pembangkang, merampas Harakah, menangkap mahasiswa dan dianggaap media sosial pnca petaka kejatuhan BN. Rasuah, pemborosan, penipuan, kezaliman, kesamsengan UMNO-BN dan suara-suara perkauman yang dibenci rakyat tidak pula dianggap ‘root cause’ bagi BN.



Inilah contoh parti tua yang nyanyuk dan rakyat yakin ia pasti lemah, pupus dan berpecah melalui perpecahan dalaman,  kerana bukan semua ahli BN bodoh dan nyanyuk seperti usia parti mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)