Tuesday, June 25, 2013

Kronologi penindasan terhadap peniaga Pasar Malam Stesyen 18 Ipoh


Sejak bertugas dalam jentera PRU Majlis Tindakan DUN Pas Gopeng penulis telah berkelanan erat dengan Saudara Haris Yunus yang merupakan salah seorang peniaga pasar malam. Kali ini penulis ingin menghebahkan satu lagi isu penting berkenaan keadaan dan nasib peniaga kecil dan sederhana pasar malam di kawasan Stesyen 18 yang gah dikatakan membangun dengan pelbagai infrastruktur, pusat hiburan dan membeli belah.

Menurut Saudara Haris yang juga banyak berusaha membela peniaga bumiputera sekitar Ipoh ini juga pernah beberapa kali mengeluar surat kepada pihak bekas ADUN Sungai Rapat, Dato’ Bandar dan kepada pihak Pertubuhan Peniaga-peniaga Kecil Kinta untuk menyalurkan hasrat dan pandangan peniaga berkaitan nasib dan peminggiran yang berlaku kepada segmen masyarakat seperti mereka.

Pasar malam Stesyen 18 telah lama berpoperasi sejak tahun 1998 lagi. Pasar mala mini dianjur oleh Kinta Small Traders yang terdiri di kalangan peniaga pelbagai bangsa. Di pasar mala mini majoriti peniaga adalah kaum melayu.

Kawasan yang dibenarkan berniaga adalah disekitar Medan Stesyen 18/11, Jalkan Pengkalan Barat 35 hingga Medan Seksyen 18,13 (rujuk peta bawah)

Kebenaran ini diberi secara lisan dan pihak kerajaan temapatan sendiri menggalakkan peniaga kecil ‘mengimarahkan’ kewasan itu yang saat itu masih belum membangun seperti hari ini.

Semasa TESCO mula dibangunkan, para peniaga telah diasak oleh pihak DBI agar berniaga di kawasan hadapan kedai-kedai di jalan Medan Stesyen 18/11. Malangnya kawasan ini mematikan keuntungan. 

Dengan besi penghalang dan rungutan peniaga kedai menyebabkan ramai peniaga berbangsa Cina yang berniaga mulai meninggalkan tapak tersebut dan ramai yang berhijrah ke Taman SPPK.
Peniaga melayu yang risaukan kerugian mengambil langkah berniaga di kawasan Jalan Pengkalan Barat 35.

Hal ini menyebabkan peniaga melayu kerap dikompaun oleh DBI walaupun suatu ketika kebenaran lisan pernah diberikan kepada peniaga.

Wakil peniaga juga telah mengadu kepada Dato’ Hamidah Osman selaku EXCO Kanan kerajaan negeri. Perjumpaan antara beliau bersama pengerusi pasar malam, Ajk Pasar Malam Ah Wai, Haris Yunus dan En Sobri membuah keputusan untuk membenarkan peniaga kekalkan kawasan mereka.
Surat kebenaran telah dikeluarkan malah lesen berniaga juga diberikan oleh DBI kepada para peniaga.

Pada 1 Mei 2011 sempena Hari Buruh sedunia, para peniaga telah menerima ‘hadiah’ surat notis arahan berpindah dan yang menyebabkan kemarahan peniaga adalah sikap lepas tangan penganjur pasar malam itu sendiri.

Perbincangan kali kedua dengan Dato’ hamidah diadakan di SUK dan beliau bersetuju mengeluar surat sokongan kepada peniaga. Pada 12 Mac 2012 sekali lagi notis berpindah telah diberikan kepada peniaga.

Kedudukan pasar malam ini tidak pernah menganggu lalu lintas. Beberapa sumber mengatakan tekanan diberikan oleh pihak JUSCO-AEON yang mendakwa pasar malam itu menyekat laluan pembeli ke emporium membeli belah mereka. Inilah nasib peniaga tempatan yang dipinggir dan ditindas oleh empayar peniaga yang menjadi tunggangan globalisasi yang bertibdak menghancurkan peluang rezeki masyarakat marhain.

Kadangkala pihak DBI memberi alasan bahawa Pengerusi Eksekutif Keris Properties Sdn Bhd, Datuk Lee Heng Hee. yang merungut tentang kehadiran peniaga kecil di kawasan yang dibangunkannya untuk emporium hypermarket di kawasan itu.

Pada 19 Mac 2012 Dato’ Hamidah ada mengeluar surat sokongan lagi tetapi ianya tidak tegas dan lunak terhadap DBI.

Pada 4 Mei 2013 satu mesyuarat terteutup diadakan untuk memindahkan peniaaga ke belakang Petronas yang lebih menyusahkan peniaga. Mesyuarat tersebut tanpa ada kehadiran wakil peniaga walaupun tertulis dalam surat jemputan mesyuarat wakil ADUN dan wakil peniaga. Surat tersebut diberikan kepada peniaga oleh pihak Pertubuhan Peniaga Peniaga Kecil Kinta selepas didesak oleh peniaga kerana mesyurat yang cuba membelit peniaga kecil ini diadakan dengan tujuan membuat keputusan besar tetapi meminggir wakil peniaga. 

Bukankah ini suatu kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak pro kapitalisme yang biadab?

Tulisan ini juga ditulis sebagai pro-emp sebelum rakyat menunding jari menuduh ADUN PAS hari ini YB Radzi Zainon sebagai petualang kepada penindasan terhadap peniaga keciul Stesyen 18 Ipoh. 

Kerajaan BN yang merampas kepimpinan Pakatan Rakyat awal 2009 dahulu yang telah menzalimi peniaga selama ini malah berkomplot dengan kapitalis dan petualang korporat untuk membina kekayaan atas air mata dan keringat rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat












Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)