Saturday, June 01, 2013

Menilai kuasa ‘HALANG’ sesebuah kerajaan


Menilai kuasa ‘HALANG’ sesebuah kerajaan

Kerajaan memang memiliki hak untuk nmenyekat dan mengHALANG  kemasukan anasir negatif dan anasir jahat daripada merosakkan sosial, ekonomi dan keamanan rakyat sesebuah negara itu bukan atas hak prerogatif seseorang Menteri negeri atau negara itu semata-mata.

Hak menyekat kebanjiran fikrah yang sesat adalah dituntut oleh agama Islam. Suatu ketika Sulta Perak pernah menghalang kemasukan Pendeta Za’ba ke dalam negeri Perak kerana idea neo-muktazilah yang mungkin terpalit dalam siri ceramah dan penulisan beliau. Kekhuatiran Sultan terhadap idea beliau akan menyebabkan dielektika fikrah yang membawa kesan jangka pendek negatif menyebabkan tindakan Sultan itu sah dan tepat.

Kerajaan Jepun pernah melaksanakan dasar tutup pintu kepada kapitalisme Amerika apabila syarat-syarat ‘FTA atau TTPA’ zaman itu cuba melondeh segala kemampanan dan keutuhan budaya Jepun yang amat tinggi itu. Cuma Jepun mula mengagungkan Amerika, generasi muda menganggap Amerika segala-galanya selepas kekelahan besar Perang Dunia II di mana Jepun mula menjadi naungan nuclear umbrella Amerika serta terlibat dalam penerimaan bantuan konstruktif Marshall.

Kerajaan Malaysia hari ini bukan sahaja gagal mendidik rakyat memahami dan menghayati Islam secara sahih, malah membuka pagar negara kepada gejala kerosdakan sosial yang amat teruk. Bayangkan hanya kerana ingin membeli undi rakyat Pulau Pinang, jutaan wang dibayar ke[pada PSY penyanyi pop Korea yang membawa idea hedonisme yang merosakkan.



Ramai artis, selebriti yang terkait dengan simbol seks, luar tabii dan penagih arak di bawa masuk kerajaan sekian 50 tahun sebelum ini.

Kerajaan Kedah pernah melarang dan menyusahkan kemasukan Jom Heboh ke Kedah. Kini kemenangan BN dijanjikan dengan kebanjiran artis-artis dengan Festival Kahwin anjuran kerajaan BN Kedah.
Pendek kata, kuasa menghalang perkara negatif adalah tanggungjawab pemimpin yang akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

Namun begitu kerajaan BN  kini melaksanakan program balas dendam kepada pemimpin, mahasiswa dan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat. Maka kes ala-ala orang hutan mula kedengaran dan yang terkini  pada 30 Mei 2013, YB Nurul Izzah telah ditahan daripada memasuki Sabah!
Kad pengenalan diambil di pintu masuk imigresen walaupun hak selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 seperti berikut:

 67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.
 Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

PKR adalah parti sah dan ia menyertai pilihanraya yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia yang sah.
Bayangkan dan bandingkan kes ‘kuasa halang’ yang digunakan oleh kerajaan Malaysia hari ini berbanding contoh-contoh kes yang saya tulis sebelum itu? Bukankah penyelahgunaan kuasa berlaku dan ia hanya dilakukan oleh kerajaan yang bernama kerajaan samseng?

Lebih pelik apabila lebih 200 militan bersenjata daripada Filipina yang telah mendarat di perairan Sabah dibiar berunding selama  lebih dua minggu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang manakah membenarkan hal pengganas dilayan sebegini di Sabah?



Malah jika tujuan menyekat pembangkang ke Sabah dikaitkan dengan sekatan anasir fikrah yang tidak menstabilkan negara (sebenarnya ancaman kepada BN bukan negara) bagaimana pula layanan kerajaan kepada penganut ajaran sesat di negara ini.

Sejauh mana ketegasan kerajaan menghukum penganut ajaran sesat dan disekat daripada bersosial sepertimana mereka meghukum pemimpin Pakatan Rakyat yang disahkan parti mereka oleh kerajaan juga?

Lehbih pelik ancaman TTPA tidak pula dianggap serius oleh kerajaan BN? Amerika dituduh menjadi rakan DSAI dan dianggap petualang mendanai Pakatan Rakyat. Bagaimana pula keadaan sekarang di mana BN membawa kunci penguasaan korporat supra kapitalis Amerika masuk menerobosi pasaran dan penguasaan bisnes tempatan? Dimana NGO perkauman melayu bersuara apabila kerajaan tidak gunakan kuasa HALANG mereka terhadap TTPA? Anak Melayu Perkasa bungkam kerana mereka juga jahil isu-isu bisnes yang mengancam anak tempatan sebegini.

Jika di kilang, sesuatu masalah diselesaikan melalui Failure Mode And Effect Analysis. ‘Root cause’ dikesan dan diselsaikan untuk menghalang kerosakan lebih besar.

Tetapi sebuah negeri dan sebuah negara yang ditadbir BN tidak memahami apa itu penyelesaian ‘root cause’. Marahnya BN kepada rakyat yang memilih pembangkang, marahnya mereka kepada kekalahan kerusi mereka diselesaikan melalui ‘mesyuarat post mortem ‘ mereka melalui menghukum pemimpin pembangkang, merampas Harakah, menangkap mahasiswa dan dianggaap media sosial pnca petaka kejatuhan BN. Rasuah, pemborosan, penipuan, kezaliman, kesamsengan UMNO-BN dan suara-suara perkauman yang dibenci rakyat tidak pula dianggap ‘root cause’ bagi BN.



Inilah contoh parti tua yang nyanyuk dan rakyat yakin ia pasti lemah, pupus dan berpecah melalui perpecahan dalaman,  kerana bukan semua ahli BN bodoh dan nyanyuk seperti usia parti mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)