Wednesday, June 26, 2013

Rakyat jelak maklumat sehala tetapi..... apakan daya

Sejak tahun 1975, banyak kritikan yang diterima oleh RTM berkaitan mutu dan polisi rancangan penyiaran mereka. Natijah polisi kerajaan yang mengongkong RTM serta menampilkan siri rancangan yang sehala, tanpa wacana sihat, hanya mengenengah idea kerajaan dan propaganda sehala  menyebabkan 'rating' RTM menjunam pada era 1970an lagi.

Misalnya laporan The New Straits Times 2 Desember 1975  menyiarkan berita kritikan terhadap RTM.

" mengapakah orang yang mempunyai kepakaran tidak dijemput mengambil bahagian dalam rancangan dan perbincangan, mengapa rancangan ceramah amat membosankan? Dan asyik menyatakan persetujuan sahajakepada pandangan kerajaan, apakah yang diharapkan dengan hanya menyiar berita perasmian itu dan ini dengan adegana berjabat tangan dan mengapa rancangan tempatan begitu amatur dan tidak profesional?"

Pada tahun 1977, akhbar The national Echo membuat kaji selidik dan mendapati ramai pembaca bersetuju diwujudkan rancangan swasta yanag tidak 'dikongkong ' oleh kerajaan lagi.

Rakyat ketika itu sudah jelak dengan media yang hanya mempamerkan kejayaan kerajaan, projek kerajaan seolah-oleh hanya ahli politik kerajaan sahaja yang mampu mengurus dan betapa tidurnya ahli parlimen dan ADUN pembangkang.

Dari propaganda RTM sebelum itulah yang mencipta toghut hanya BN sahaja mampu memerintah negara ini. hanya BN tahu membina jalan, membina jambatan dan mengurus gaji para pekerja awam.

Hasil desakan ini mengakibatkan kemunculan TV3 yang diharapkan menjadi alternatif dan menepati cita rasarakyat bandar dan berpendidikan yang inginkan maklumat pelbagai dan terbuka.

Namun 'intelligen' kerajaan BN tidak diam begitu sahaja melainkan meletak ejen dan wakilnya dalam syarikat ini sehingga TV3 juga menjadi komponen RTM iaitu TV1, TV2 dan TV3 yang meneruskan agenda propaganda sehala yang bersifat dogmatik.



Lantas tidak hairan jika hingga kini berfahaman bahawa negara ini hanya maju jika ditadbir oleh BN dan berfahaman bahawa negara ini hanya perlu ada satu parti seperti negara-negara komunis iaitu BN sahaja tanpa perlu ada pembangkang kerana pembangkang itu tolol yang tidak tahu suatu benda pun.

 Propaganda ini amat berjaya sehingga hampir setiap isu mampu didoktrin oleh media kawalan kerajaan sehingga rakyat juga tidak tahu membezakan kehadiran sebenar  peserta sesuatu himpunan seramai 100 000 dengan jumlah 20 000 yang media kerajaan hebahkan.

Tindakan kerajaan Najib merampas Harakah sama sahaja dengan tindakan Tun Mahathir dahulu selepas menadapat tahu bahawa Harakah berjaya mernaikkan kesedaran kaum Melayu sekitar tahun 1999 dahulu. Media terus ingin dikawal dan para sarjana mana sekalimpun tidak mampu menafikan hal ini.

Tindakan ini jelas autoritarian.


Konsep kawalam media ala autoritarian yang terkenal sejak penciptaan mesin cetak oleh  Gutenberg adalah konsep tertua mana-mana kerajaan untuk mengawal minda rakyat.


Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)