Saturday, June 15, 2013

Kesan dan Akibat Petaka TTPA kepada rakyat Malaysia


Kesan dan Akibat Petaka TTPA kepada rakyat Malaysia
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis TERAS

Menciplak kaedah liberal kapitalis Barat akan hanya menghasilkan konflik jiwa.Demikian komentar bernilai yang diluahkan oleh seorang mentor korporat melayu islam yang boleh diteladani iaitu Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Menurut laporan Sinar Harian, beliau yang juga pernah membangunkan JCorp dan KFC Holding berpandangan adalah mustahil bagi Malaysia mencapai tahap negara maju selagi golongan majoriti Melayu-Muslim rendah upaya, ketinggalan, bergantungan dependent dan dipinggir arus perdana ekonomi.

Menjauhi liberalisasi ekonomi  yang dianggap zalim adalah antara seruan beliau sebagai komentar scenario terkini Negara yang bakal menerima petaka kebanjiran globalisasi TTPA.

Sebelum ini Presiden CAP mempertikai mengapa a teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) dirahsiakan . Malah jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam? Mengapa perlu bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?

Tan Sri Muhammad Ali dalam tulisan beliau pernah memetik pandangan Mohamed A J Althani, (mantan Menteri Ekonomi dan Perdagangan Qatar) yang dimuatkan dalam bukunya: “The Arab Spring and the Gulf States – Time to embrace change” menegaskan kerosakan sistem berlaku setelah negara Arab meliberalisasikan ekonomi: “As these states have liberalized their economies, the private sector has remained as dysfunctional as the bureaucracies that govern them. Across the Arab world there are examples of businessmen who are well-connected to the ruling elite and as a result control large sections of the economy in the manner of an oligarchy.

Jelas dasar liberalisasi Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini amat berbahaya sejak beliau ghairah meliberalkan ekuiti, FTA dan liberalisasi ekonomi sejak tahun 2009 lagi.

Perhatikan contoh-contoh kesan negatif TTPA dan gergasi kapitalis kepada rakyat Malaysia;
  • negara TPPA seperti Malaysia didesak untuk bersetuju dengan peruntukan paten yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubat-ubatan generik dengan harga berpatutan dalam pasaran Malaysia, rakyat Malaysia akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan untuk jangka masa yang lebih lama.
  • mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement - ISDS). ISDS menjadi sumber kontroversi yang semakin meningkat di seluruh dunia kerana ia membolehkan pelabur-pelabur asing untuk mencabar tindakan oleh kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam, contohnya kerana kesan kepada kesihatan atau alam sekitar - di premis bahawa tindakan telah atau akan menjejaskan pelaburan atau keuntungan mereka.
  • Menurut Dr Rosli Yaakob syarikat korporat multi-nasional boleh menyaman negara di mana ianya melabur dan beroperasi seandainya undang-undang dan peraturan dalam negara tuan rumah dituduh sebagai penyebab ianya mengalami kerugian. Di antara keistimewaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat multi-nasional iaitu  peruntukan yang menjamin mereka dilibatkan dalam merangka undang-undang baru di negara tuan rumah dan   kerajaan tuan rumah wajib menerima pandangan mereka di dalam merangka undang-undang baru itu. Jika pandangan mereka tidak diambilkira, maka sekiranya undang-undang baru itu memberi kesan negatif kepada nilai pelaburan atau merugikan mereka, maka syarikat multi-nasional berkenaan boleh menyaman kerajaan tuan rumah. Hal ini sama seperti penipuan dan kelicikan kapitalis British membelit Raja  Melayu dan Sultan antaranya Sultan Kedah, Perak dan beberapa ketua negeri Melayu sebelum ini. Kuasa dan pengaruh pembuatan undang-undang mulai luntur dan dikuasai oleh kuasa luar.
  •  TPP akan  mengabaikan keselamatan makanan iaitu barang makanan import yang tidak menepati standard keselamatan makanan Malaysia. Misalanya, syarikat rokok akan mendesak  supaya tiada apa-apa pun amaran ditulis pada kotak  rokok.
  • TTPA akan mengenakan peraturan kewangan di mana negara-negara ahli dikehendaki  membenarkan instrumen dan perkhidmatan kewangan berisko tinggi dipasarkan di dalam pasaran kewangan dan modal di negara-negara ahli. Juga, negara-negara ahli tidak dibenarkan melaksanakan dasar kewangan sendiri secara bebas dan tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan langkah kawalan modal (capital control measures).
Sebelum ini rakyat Malaysia mulai merasa tertekan dengan kehadiran kebanjiran hypermarker  yang bersifat kuasa dua berbanding supermarker (pasaraya) yang kita kenali. Bukan sekadar menawarkan harga borong, ia juga menyediakan rebat dan mata kumpul yang menambat terus penggunakan kepada hypermarket dan meminggir teruk peniaga kecil sekitar taman-taman perumahan.

TTPA bakal merancakkan lagi hypermarket malah mereka juga terbukti memiliki kuasa menentu corak lokaliti dan geografi kawasan sekitar premis hypermarket mereka. Sebagai cobtoh menetukan lokasi peniaga pasar malam malah banyak kes peniaga pasar malah dipindah secara tidak adil tanpa perundingan yang saksama hanya kerana si pemilik hypermarket mengadu laluan ke premis mereka diganggu oleh pasar-pasar malam.

Menurut sebuah kajian ilmiah, berdasartkan persepsi masyarakat di negeri Johor,  sebahagian masyarakat merasakan kewujudan hypermarket memberi kesan yang sederhana terhadap perniagaan mereka iaitu seramai 108 orang (72.0%). Seramai 33 orang lagi (22.0%) menyatakan persepsi yang tinggi terhadap kesan kewujudan hypermarket ke atas perniagaan mereka. Hanya beberapa orang peniaga sahaja iaitu 9 orang (6.0%) mempersepsikan kewujudan hypermarket memberi kesan yang rendah terhadap perniagaan mereka. Secara keseluruhannya, persepsi responden terhadap kesan kewujudan hypermarket ke atas perniagaan mereka adalah pada tahap sederhana.

Hasil kajian menunjukkan 86 orang (57.3%) peniaga Melayu menunjukkan mempersepsikan tahap yang sederhana terhadap kesan kewujudan hypermarket ke atas perniagaan mereka menurut kesan ekonomi. Sementara itu, 28.0% atau 42 orang peniaga menyatakan pembukaan hypermarket memberi kesan yang rendah terhadap ekonomi perniagaan mereka. Namun demikian, terdapat juga sesetengah peniaga iaitu seramai 22 orang (14.7%) merasakan kewujudan hypermarket memberi kesan yang tinggi ke atas perniagaan mereka berdasarkan kesan ekonomi.

14 Jun 2013 Malaysiakini pula melaporkan MTEM meninggalkan mesyuarat dengan MITI selepas kementerian enggan memberi maklumat lengkap rundingan sulit  perjanjian TTPA. Sikap berahsia perkara yang besar begini adalah lumrah bagi mana-mana kerajaan korup yang gah sehingga kerajaa berkenaan ranap dan musnah. Lihat sahaja sikap kerahsiaan polisi Saddam dan Gaddafi. Polisi penting tetapi tidak telus dan tiada kebertanggungjawaban bakal emmusnahkan negara kita.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)