Sunday, February 23, 2014

Himpunan Fakta - Latar Belakang Ingkar Hadis Malaysia


Himpunan Fakta - Latar Belakang Ingkar Hadis Malaysia
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat

  1. Jema`ah Al-Quran Malaysia, atau ringkasnya JAM, telah ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang beragama Islam di Malaysia pada 11 Jun, 1995 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur konon- menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia kembali kepada ajaran Tuhan dalam kitab suci-Nya, Al-Quran.

  1. Kassim menyatakan bersikap anti-Hadis tetapi kritikal kepadanya serta menerima kira-kira 40 peratus hadis yang diriwayatkan, yang dianggapnya tidak bertentangan dengan al-Quran.

  1. Jama'ah anti-hadis atau Jama'ah al-quran diwartakan sesat pada tahun 1995 oleh Majlis Agama Islam Selangor dan diikuti oleh negeri-negeri lain pada tahun berikutmya.

  1. Muqaddimah Perlembagaan JAM mengisytiharkan seperti berikut:

"Kami yakin bahawa sangatlah penting bagi umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia tampil ke hadapan untuk memikul tanggungjawab "umat pertengahan" untuk memimpin manusia keluar dari kegelapan zaman jahiliah kini ke suatu zaman kebangkitan yang terang. Pada saat keruntuhan kedua-dua ideologi dan sistem yang telah menguasai dunia selama tujuh dekad, Islam akan muncul semula untuk mengambil tempatnya yang sah dalam kehidupan manusia, seperti yang telah dijanjikan oleh Tuhan dalam Quran. Tetapi, sistem Islam yang bakal menggantikan sistem-sistem ini ialah Islam yang berdasarkan ajaran-ajaran Ilahi yang telah disempurna dan dilengkapkan dalam Quran.

"Untuk mencapai tujuan agung ini, maka kami rakyat Malaysia yang sedar akan tanggungjawab kami bergabung tenaga untuk menubuhkan pertubuhan yang kami namakan Jema`ah Al-Quran Malaysia.

"Walaupun kami menyeru umat Islam dan umat manusia kembali kepada ajaran Quran, kami pewaris yang sah bagi semua tamadun dan kami menerima warisan-warisan yang baik yang selaras dan tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Quran."
Oleh kerana halangan undang-undang, JAM tidak dapat bergerak seperti pertubuhan-pertubuhan lain. Dalam masa dua tahun lebih ini, aktivitinya terbatas kepada kumpulan-kumpulan diskusi mengkaji ajaran-ajaran Islam berdasarkan Quran dan kepada menghasilkan siaran-siaran berkala melalui artikel-artikel dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan juga siaran-siarannya sendiri.


  1. Fahaman anti-Hadis atau Ingkarus Sunnah diasaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."
  2. Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.
  3. Kebanyakan cendikiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.
  4. Selepas pengharaman buku Kassim Ahmad, Hadis: Satu penilaian semula, pada 3 Disember 1989 suatu perjumpaan telah diusahakan bagi menubuhkan Persatuan Falsafah Malaysia yang telah dianggotai oleh 40 orang terdiri daripada ahli akademik, peguam, penulis dan wakil dari luar negara (Minggu Kota, 1989). Namun begitu, persatuan ini telah ditolak oleh pihak kerajaan, yang kemudiannya telah menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) pada 16 Mei 1993.
  5. JAM masih lagi meneruskan agenda perjuangan yang menolak hadis dan mempersoalkan kelemahan sistem fiqah Islam silam (Kassim, 1993).

  6. Agenda JAM ini disebarluaskan ke dalam masyarakat melalui pelbagai medium, termasuklah akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Disember 1989, bilamana Syed Akhbar Ali yang merupakan anggota pusat JAM diberikan kolum khusus untuk membicarakan soal-soal perkembangan semasa di Malaysia (Zulkifli, 2002: 75–76).

Wednesday, February 19, 2014

Himpunan Fakta - KASSIM AHMAD - RASHAD KHALIFA MALAYSIA (siri 1)


Himpunan Fakta - KASSIM AHMAD - RASHAD KHALIFA MALAYSIA (siri 1)
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat
Seorang yang berfahaman kiri

  1. Seorang revolusioner dan pastinya anti kerajaan UMNO yang berasaskan kaum.

  1. Beliau memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun.

  1. Beliau ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun (1976-1981) kerana dikaitkan dengan perjuangan sosialis/ komunis. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie dan Perdana Menteri Malaysia ialah Hussein Onn.

Turning point

  1. Di Amerika Syarikat hasil garapan seorang pemikir Islam, Rashad Khalifa. Rashad sebelumnya turut menggemparkan umat Islam seluruh dunia apabila memperkenalkan Kod 19.


  1. dibebaskan menjelang Hari raya Haji pada 30 Julai 1981 ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia (15 Julai 1981). Dr Mahathir telah membebaskan tahanan ISA .Dr Mahathir adalah sahabat beliau dan pernah menulis kata pengantar bagi buku-bukunya

  1. Akhbar Mingguan Islam pada 21 November 1985 seperti berikut:
Perbincangan dan perbahasan ini dilakukan mengikut kaedah saintifik, semua fakta-fakta, kenyataan dan keterangan mestilah nyata, berwibawa, selaras dan benar dan semua hujah mestilah munasabah, logikal dan rasional.”

  1. Kemudian beliau menyertai UMNO.

  1. 1979, dalam Kassim Ahmad mempertahankan ISA berdasarkan ayat Quran, 18: 60-82. Maksudnya kemudaratan kecil boleh mencegah kemudaratann yang lebih besar.
Kassim mula menunjuk diri sebenar.

  1. Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis - “Hadith Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Buku tersebut kemudiannya telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.
  2. Terpengaruh dengan buku-buku tulisan Dr. Rashad Khalifa seperti buku “Quran The Final Scripture”, “Quran, Hadith And Islam” dan “Quran Visual Presentation Of The Miracle”, Kassim Ahmad telah memperkenalkan idea-idea berkenaan kepada umat Islam di negara ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” dalam akhbar Watan. Artikelnya yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-Ahli Hadith” telah menunjukkan pendiriannya dalam menolak hadith dan sunnah dalam Islam.
  3. Oktober 1992, Kassim Ahmad menulis - “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadith secara total. Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku tersebut melalui Warta Kerajaan.


Kaitan UMNO dengan gerakan anti Hadis

  1. Seminar yang menampilkan Kassim Ahmad sebagai panel di Putrajaya, pada 15 dan 16 Feb lalu, yang dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

  1. Tiada respon JAKIM sejurus tamatnya seminar.

  1. Kes sebegini sewajarnya di bawah pemantauan Menteri JPM Jamil Khir- apakah tindaka beliau?

  1. Di mana Ulama Muda UMNO yang beraliran salafi -hadis seperti Fahul Bari dan rakan-rakannya? Bukankah mereka mendokong SUNNAH, membidaahkan ramai pihak yang hanya melaksanakan perkara khilaf sedangkan dalam hal mencela hdis sebagai perundangan Islam tiada respon yang sewajarnya daripada Ulama’ ILMU.
  2. Pemimpin UMNO cukup ghairah menjemput Habib itu dan habib ini untuk berqasidah, mengelek gendang dan kompang untuk berselawat dalam masa yang sama merestui amalan pemikiran menolak hadis!
  3. Pemimpin UMNO cukup lantang isu pluralisme malah menuduh Pakatan Rakyat berfahaman liberalisme- menyamaratakan agama - dalam masa yang sama mereka mendokong fahaman liberalisme memisahkan islam dan syariat daripada hadis.
  4. Pemimpin UMNO paling gemar berarak menjerit selawat semasa Maulid Nabi saban tahun tetapi bersekongkol dengan pengasas ajaran Engkar As Sunnag (Anti Hadis) di Malaysia.

  1. Utusan Malaysia 16 Feb 14- Tun Mahathir membela Kassim Ahmad ketika merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian anjuran Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana.
    1. Kassim Ahmad merupakan seorang idealis dan pemikir yang berusaha mewujudkan masyarakat yang lebih baik.
    2. Pak Kassim telah menjadi sasaran proses label yang menganggapnya sebagai ateis.
    3. Kita perlu kaji pemikirannya. Kita tidak akan dapat ilmu dengan menolak pemikiran ahli pemikir seperti Pak Kassim,

  1. Utusan Malaysia 16 Feb 14- Chandra Muzaffar membela Kassim Ahmad ketika merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian anjuran Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana.
    1. Pak Kassim merupakan seorang yang berani melawan arus perdana tanpa mengira risiko kepada diri sendiri.
    2. Pemberontakan Kassim terhadap pemikiran konvensional sebahagian besar umat Islam dalam soal hadis dan hubungannya dengan al-Quran menunjukkan bahawa beliau berani melawan arus perdana.


UMNO Pertahan kalimah Allah tetapi pertahan juga golongan murtad.
  1. Jawatankuasa Fatwa 'Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak' Darul Ridzuan yang bersidang pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995 memfatwakan bahawa mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', (yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad), adalah MURTAD.
  2. Fatwa yang kemudiannya diwartakan pada 15 Feb, 1996 itu juga melarang mana-mana orang Islam mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku tersebut.
  3. Isu penggunaan kalimah Allah di kalangan kaum bukan Islam adalah khilaf dan ia ada pelbagai pandangan ulama’ ahli sunnah.
  4. Isu menolak Hadis sebagai sumber perundangan Islam, mencela kewibawaan rasulullah adalah terbatal syahadah oleh jumhur ulama’ ahli sunnah. Di mana PERKASA?



Sunday, February 02, 2014

Sumbangan Gong XI Fa Chai di Markaz Desa Perlancongan

29 Januari 2014 Sungai Rapat 

Jam 9.00 pagi 

YBRadzi Zainon bersama UPU Desa pelancongan,Muslimat dan Setiausaha Politik Yb Radzi dan juga ketua penerangan PAS kawasan Cikgu Shahrul Fuadi memberi sumbangan Perayaan Tahun Baru Cina pada pagi ini di desa perlancungan.   

Mr Simon Foo, Pengerusi DHPP Kawasan Gopeng turut hadir bersama-sama meraikan masyarakat Cina yang menerima sumbangan hamper dan angpau daripada Ust Radzi Zainon.
Mereka turut diraikan oleh Ketua UPU Desa Pelancongan, Mej. Yaakob dengan jamuan teh pada pagi ini.

Menganjurkan program kebajikan untuk pelbagai kaum di markaz adalah antara seruan pimpinan PAS pusat dalam usaha memasyarakatkan dan memaksimakan fungsi markaz. Markaz PAS bukan sekadar bilik jentera pilihanraya seumpama UMNO malah ia adalah pusat untuk didikan masyarakat dan dinamakan sebagai Markaz Tarbiyah. UMNO bukan sahaja tidak mampu mendidik masyarakat dengan mbilik operasinya malah mereka menyamun bilik atau dewan awam sebagai pusat operasi mereka.











Tuesday, January 21, 2014

Kenyataan Media- Wasatiyyah, sederhana dalam hidup, adil terhadap syariat


Kenyataan Media
21 Januari 2014

Wasatiyyah, sederhana dalam hidup, adil terhadap syariat

Saya merasakan agak tidak ketinggalan jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Kelahiran Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1435H bersamaan 2014M. Saya merasakan terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara untuk rakyat DUN Sungai Rapat khususnya dan rakyat Malaysia amnya berkenaan hari mulia ini memandangkan tema sambutan peringkat kebangsaan bertemakan kesederhanaan.

Wasatiyyah atau dalam bahasa melayunya bererti umat Islam yang adil, sederhana serta istiqamah dalam menuruti syariah. Inilah takrifan bagi istilah wasatiyyah yang saya kutip daripada Tafsir Ibnu Kathir. Umat Islam yang memahami wasatiyyah pertamanya akan menuruti kehendak syariah yang Rasul tinggalkan malah berusaha menjadi uma yang adil, menolak perkara haram serta menegak kebenaran serta perkara halal di tempat yang sewajarnya.

Dalam suasana rakyat termasuk rakyat DUN Sungai Rapat menghadapi kenaikan kos sara hidup, dalam menerima ujian dalam pelbagai segi kehidupan duniawi, kesederhanaan adalah suatu yang wajar untuk menjamin kemandirian kita di bumi Malaysia ini.

Namun saya berpandangan kerajaan Malaysia yang menghebahkan istiah wasatiyyah saban tahun ini perlu memahami terlebih dahulu etimologinya, falsafah dan kepentingan istilah wasatiyyah.

Istilah wasatiyyah jangan dijadikan gula-gula melunakkan gelodak kemarahan rakyat akibat pemborosan harta awam, penyelewengan bajet serta pembaziran yang mengakibatkan rakyat terpaksa membayar balik hutang negara melalui kenaikan kos hidup dan penafian sebahagian besar subsidi.

Saya menyeru agar pemimpin sama ada pemimpin kerajaan mahupun kepimpinan parti pembangkang agar turut menghayati erti kesederhanaan dan gaya hidup sederhana. Janganlah kita dinilai sebagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus apabila kepimpinan sendiri tidak mengamalkan cara hidup sederhana. Saya menyampai mesej ini juga kepada diri saya serta kepimpinan parti saya sendiri Parti Islam SeMalaysia memandangkan peringatan (tazkirah) itu ada manfaatnya untuk sekalian muslimin.

Kepada para pendokong PAS saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan kita peri pentingnya kita memahami pengundi sebagai medium mad’u (sasaran dakwah) yang perlu dibimbing dan diasuh. Jangan sesekali kita menganggap madu’ kita rendah tarafnya atau jahil daripada kita. Kita perlu mengasuh dan terus mengajar kebenaran agar mereka memahami apa itu kebenaran dan apa itu kebatilan secara sahih dan berfakta. Perbezaan kita dengan UMNO ialah UMNO menganggap pengundi sebagai alat kemenangan menjelang pilihanraya sahaja. Ini adalah antara intipati wasatiyyah iaitu adil terhadap pengundi atau madu’ kita.

Saya juga mengingatkan kepimpinan kerajaan negeri Perak agar bersederhana dalam menjayakan sesebuah projek atau program. Suatu ketika Rasulullah dengan sifat wasatiyyahnya pernah menjalankan ‘projek’ besarnya dengan membina Masjid Nabawi dengan mengguakan pohon kurma sahaja. Cukup sederhana. Namun impaknya besar dan masjid itu bukan sahaja imarah malah berfungsi menyatukan umat Islam serta menjadi medan non muslim mendalami ilmu Islam.

Ini menunjukkan Rasulullah mementingkan program ‘high impact’ berbanding program atau projek ‘high ranking’ dengan ‘high budget’ yang hanya mengejar status dan melobi nama semata-mata. Saya merujuk hal ini juga kepada kes naik taraf lapangan terbang Ipoh yang kelihatan membazir tanpa ketelusan dan hasilnya tidak berjaya menarik pelancong sebagaimana yang dihajatkan kerajaan negeri.

Semoga hari kelahiran Nabi kita disambut dengan keinsafan. Hari kelahiran Nabi adalah hari munculnya susuk tubuh yang berfungsi hebat selepas menerima wahyu 40 tahun kemudiannya. Bersederhanalah dalam kehidupan dan bersikap adillah terhadap syariat Islam.

YB Radzi Zainon
ADUN Sungai Rapat


Monday, January 20, 2014

FAKTA PENTING- Kerajaan Malaysia Dan Sin -Tax (CUKAI HASIL DOSA)

FAKTA PENTING- Kerajaan Malaysia Dan Sin -Tax (CUKAI HASIL DOSA)
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng 2014
Firman Allah dalm surah Al-Baqarah, ayat 219:


Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
  1. Cukai dosa (Sin Tax) adalah sejenis cukai sumptuary : cukai khusus dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan secara amnya tidak diingini,
  2. Contohnya alkohol dan tembakau , perjudian, dan kenderaan yang mengeluarkan bahan pencemar yang berlebihan.
  3. Penerimaan cukai sumptuary mungkin lebih besar daripada cukai pendapatan atau cukai jualan.

ARAK1
Akta-akta berkaitan arak
  1. Arak di kedai serbaneka dibenarkan oleh UMNO!
    1. Kerajaan Malaysia (dipimpin oleh UMNO-Islam) - luluskan Akta Eksais 1976 (Akta 176)
    2. Juga Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liqour yang memabukkan) 1976.
  2. Lesen arak Lesen Eksais/Bia yang dibenarkan oleh kerajaan Malayia (UMNO-Islam)
    1. Jualan Runcit - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis
    2. Rumah Awam Kelas I menjual minuman keras secara runcit
    3. Rumah Awam Kelas II tidak termasuk todi.
    4. Rumah Awam Kelas III Jual dan minum di premis sahaja
    5. Pemborong - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis.

  3. Akta longgar, misalnya;
    1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hanya boleh ambil tindakan - Perintah Perihal Dagangan (penggunaan perbahasan 'halal' dan penandaaan makanan) 1975, juga di bawah Akta 87 turut digunakan untuk penguatkuasaan status halal.
    2. Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak.

    3. Akta Eksais 176,
      1. Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.
      2. Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan juga memerlukan lesen.
      3. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen.
      4. Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967.
      5. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan.
      6. Seksyen 32(c) - sekiranya jualan runcit liquor ini tidak melebihi 27 liter - tidak memerlukan lesen.
      7. Jadi kalau undang-undang induk dalam Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual. Maka pihak PBT tiada kuasa untuk mengehadkan jualan bir itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh PBT.

  4. Percanggahan undang-undang syariah-sivil dalam hal arak
    1. Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan mana-mana orang Islam kalau dia buat, dia minum, dia jual, dia pamer, dia beli, dia menyimpan semuanya minuman mabuk dia salah.
    2. Enakmen syariah ini tidak mampu dilaksanakan apabila Akta Eksais membenarkan.
    3. Kes boleh dicabar ke Mahkamah Sivil melalui Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan sebagainya.
    4. Beer adalah kategori minuman (yang juga memabukkan) dengan kandungan alkohol yang rendah - tetapi tidak tertakluk kepada akta-akta tadi. Dari sudut perundangan yang ada di Negara ini, ia setaraf coca-cola, pepsi, 7-up dan lain-lain minuman ringan dalam tin. ini yang banyak diminum dan mudah didapati di kedai 24 jam dan kedai restoren bukan Islam. Budak-budak melayu Islam yang kita emosikan tadi kebanyakkannya melanggah yang jenis ini.
    5. Jika ditangkap, didakwa di bawah Enekmen Jenayah Syariah boleh dibebaskan.
UMNO-BN dan arak bagai isi dan kuku
  1. The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil.
  2. Kerajaan Kedah (PAS) sebelum ini tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana Akta Eksais 176 seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967.
  3. UMNO tidak pernah membantah iklan arak berbahas Inggeris dalam akhbar bawah MCA (The Star)
  4. UMNO-Islam tidak pernah membantah arak dihidangkan dalam pesawat MAS
  5. Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010 Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia.
  6. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia.
  7. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras.
  8. Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun2.
  9. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.
  10. Amerika - terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun.
  11. November, 2001, sebuah institut yang berkaitan dengan masalah alkohol di Amerika yang dikenali sebagai National Institute on Alcohol Abuse And Alcoholism melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan alkohol berjumlah $185 bilion setahun.
  12. UK - BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan, peratus wanita yang mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50% di dalam masa 10 tahun.
  13. Amerika - National prohibition of alcohol (1920-33)--the "noble experiment" pada awalnya berjaya kurangkan penggunaan, kemudian naik mendadak seiring dengan jenayah dan amsalah sosial. Gagal diharamkan jika tanpa kefahaman3.
  14. Badan Kesehatan Dunia (WHO) pada tahun 2011 mencatat sebanyak 2,5 juta penduduk dunia meninggal akibat alkohol dan sekitar 9 persen dari kematian itu terjadi pada orang muda berusia 15-29 tahun.
  15. Minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam Akta Dadah Berbahaya sedangkan kesannya ke atas kehidupan manusia ataupun rakyat begitu meluas sekali.
JUDI
  1. Akta-akta berkaitan judi
    1. Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495)- pengawalan perjudian dan rumah judi terbuka.
    2. Akta Betting And Sweeptake Duties Act 1948 (Akta 201)
    3. Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) -“Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1 jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka”.
    4. Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65)
    5. Akta Loteri 1952 (Akta 288) - pengawalan perjudian bagi sebab keagamaan, pelajaran.
    6. Akta Pertaruhan Pool 1967 (Akta 384)- penubuhan lembaga bagi mengurus perlesenan, operasi pertaruhan mesin slot pool)
    7. Akta Eksasis 1976 [Akta 176],
    8. Akta Perlumbaaan (Lembaga Totalisator) 1961[Akta 494]
    9. Akta Duti Pertaruhan Dan Ambil
    10. Tagan 1948 (pertaruhan) [Akta 201].
UMNO-BN dan judi bagai isi dengan kuku
  1. Siapa kawal perlesenan judi?
    1. Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan Judi.
  2. Kerajaan Pakatan Rakyat sukar membendung industri judi kerana;
    1. Perlembagaan Persekutuan JADUAL KESEMBILAN [Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri
Senarai II—Senarai Negeri
(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.
  1. Apa yang mampu kerajaan Pakatan Rakyat lakukan?
    1. Kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis].
    2. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri.
    3. Kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi.
    4. Lesen judi hanya dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, Premis di bawah kerajaan negeri. Di Kelantan, judi langsung tiada premis disebabkan itulah lesen tidak bermanfaat di Kelantan.
  2. Hentikan jadikan perlancongan judi sebagai ikon negara
    1. Sepertimana Las Vegas dijadikan ikon perlancongan judi di Amerika. Malaysia kini terkenal melalui Genting Highland yang menjadi lubuk dosa kepada negara Islam, contoh kepada negara OIC lain, sepertimana yang dibanggakan oleh pemimpin UMNO.
    2. Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.
    3. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi.
  3. Masih ramai umat islam masuk ke premis judi walaupun ada papantanda judi itu haram bagi orang muslim.
    1. kesalahan berjudi bagi individu Islam pula diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri-Negeri. Sebagai contoh Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Seksyen 18 menyatakan, antara lain seperti berikut: ―18. Berjudi (1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
    2. Peruntukan undang-undang yang sedia ada kelihatan tidak mampu menghalang kaum muslim terutama melayu daripada memasuki premis judi. Masih ada melayu bebas masuk ke kedai tikam nombor.


  1. Pengarah syarikat judi masih ada yang beragama Islam. Sedangkan umat islam dilarang masuk ke premis judi dan dihalang berjudi.
Fakta daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' Cetakan Pertama Jun 2003 oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan (sehingga 2010) terbitan Lajnah Penerangan PAS Pusat, saham pemimpin melayu islam dalam syarikat judi adalah :
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
  1. Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
  2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
  3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
  4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
b) Dalam Genting Berhad
  1. Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
  2. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
  3. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
  4. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
    c) Dalam Sports Toto
  1. Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
  2. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
  3. Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
4. Sinonim kerajaan UMNO dengan judi Kenyataan dangkal pemimpin UMNO terhadap judi


  1. Umno mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim ( Tok Wan mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram. Ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.
  2. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya.
  3. Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah menutup operasi Lembaga Loteri. Penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat (LKM) ini sebenarnya sudah sekian lama bergerak. Ketika itu ramai umat Islam keliru sama ada tiket Loteri Kebajikan Masyarakat ini ditakrifkan sebagai judi atau tidak kerana ia berlabelkan ‘kebajikan untuk masyarakat’.
  4. Apabila tamat tempoh operasi LKM, tidak pula memberi kesan positif kepada rakyat. Pemberhentian LKM tidak begitu banyak hilang hasilnya kerana syarikat judi lain terus membayar cukai lantaran budaya judi semakin meningkat.
  5. Kerajaan UMNO-Islam (bukan DAP) telah menganugerahkan kepada Lim Goh Tong tanah di Genting Highland untuk industri judi yang terbesar di Asia Tenggara. Hasil negara sebahagiannya adalah dari hasil judi.


Isu Sin Tax (cukai hasil dosa)
  1. Cukai sin-tax dimasukkan dalam Akaun Disatukan- antaranya bayar gaji penjawat awam.
  2. Sumber pendapatan negara hasil dari arak, judi, pelacuran berlesen, riba', rampasan hak petroleum, penindasan terhadap rakyat merupakan satu pendapatan yang tidak berkat dan negara akan terus dihimpit dengan hutang yang semakin lama semakin bertimbung tanpa jalan penyelesaian.
  3. Menurut Us Zaharudin Abd Rahman4 -
  1. Selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan.
  2. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.
Arak-Hasil pendapatan negara
  1. Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais (Pengecualian) (Pindaan) No 2 (2008) yang diwartakan pada 1 Jun 2008.
Judi-Hasil pendapatan negara
  1. Jawapan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.
    1. sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.
  2. 2014- terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia
  3. 2014-jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor 178 hari.
  4. Jawapan Menteri Kewangan pada sidang Parlimen September 2013, kerajaan Malaysia telah mengutip RM70.8 juta untuk cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013.
  5. Jawapan Parlimen pada 31 Oktober 2013 juga menjelaskan jumlah cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion. Purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian.
  6. Mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta (2012).


  1. Mutakhir hasil kutipan judi ;
      1. Tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67,
      2. 2009 (RM2,292,892,729.5),
      3. 2010 (RM2,335,160,184.27)
      4. 2011 (RM2,486,975,543.29).
      5. Jumlah = RM9,317,068,054.74


Bertam
12.21 malam 20 Jan 2014
1 Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi misalnya pernah mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal. Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof). Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH).
2 Malaysia arak murah - 40 % alkohol. Beer terkuat di dunia Snake Venom 67.5% alkohol.

Wednesday, January 15, 2014

RM 50..dahulu penuh sebakul...sekarang?


RM 50..dahulu penuh sebakul...sekarang?

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Mungkin ia suatu lawak atau melucukan tetapi bagi ramai rakyat yang ‘celik’ isu meluluskan tambahan 22 permit cabutan judi bagi nombor ekor oleh sebuah kerajaan bergelar negara Islam adalah suatu yang memalukan.

Perit, getir, lelah rakyat menerima hentakan demi hentakan selepas pilihanraya umum ke-13 yang menyaksikan negara masih kekal ‘stabil’, ‘aman’, tidak ‘dijajah’....

Hentakan atau pukulan yang dimaksudkan cukup diketahui ramai iaitu ; kenaikan kos sara hidup yang cukup tinggi....

Apa kaitan isu pukulan kos sara hidup dengan isu tambahan permit judi?

Bagi rakyat yang sensitif mereka lebih-lebih lagi rasa terpukul...adakah aku ingin disuruh berjudi untuk menampung kos kehidupan yang makin meningkat? Selepas menerima BRIM hanya sekadar RM 650 ringgit yang dianggap oleh kerajaan mampu menampung keperluan setahun rakyat, mungkin bagi yang elum puas dengan wang berkenaan bolehlah mencuba nasib berjudi ..... Konsep Bazzigar...berjudi untuk ‘survive’ daam hidup....

Gaji minimum dianggarkan sebagai talian hayat rakyat. Berapa? Hanya RM900 sedangkan asalnya ia diperjuangkan Pakatan Rakyat sehingga RM 1200...


Dengar khabar, kenaikan gaji di Malaysia akan mencecah 5.7 % tahun ini...
Tahun lepas 5.5 %..Kira banyak dan makmurlah rakyat nanti...tapi nanti dulu!

Pembelian strawberi 250gram contohnya di New Zealand $1.34 jer sahaja.
Di Malaysia? RM10.00!!

iPhone baru di New Zealand contohnya 300 dollar bagi pendapatan 3,000 dollar
iPhone baru di Malaysia pula sekitar RM2,000 dengan gaji RM3,000

US atau New Zealand gaji $3000. Beli kereta kualiti pada nilai $15000 sahaja. Tidak perlu hutang pun boleh beli.
Malaysia gaji RM3000. Beli kereta kurang kualiti RM40000-RM50000, jikalau mahu yang berkualiti sedikit perlu berbelanja sehingga RM70000-RM200000. Terima kasih dengan bantuan hutang bank selama 7-9 tahun lamanya

Bil elektrik naik tarifnya....Sejak Januari 2014 lagi, tarif elektrik naik sebanyak 14.98 % atau sebanyak 4.99 sen. Nampak sedikit bukan? 4 sen apalah sangat...

Mungkin ada juga yang tidak sedar, perusahaan kecil dan perusaan besar banyak menggunakan elektrik untuk hasilkan barangan keperluan. Sebelum cukai GST dijalankan pun harga barang bakal naik menggunung. Kalau ditambah GST terus terkulai..tak mampu bayar harga barang...

Harga ais dinaikkan 50 sen satu beg. Ya dengan hanya 50 sen satu beg ia bakal menghuru-harakan peminat teh ais dan nescafe ais di taman-taman, kampung lot, kampung tersusun dan setinggan.

Mungkin inilah takdir dan kata pakar motivasi kita perlu pasrah dan think positive...bangkit semula dan terima sahaja qada dan qadar...

Si anak menantu menteri beli kondominium mewah di New York...Isteri Pak menteri naik jet eksekutif kos ratusan ribu ringgit hanya kerana beliau isteri Perdana Menteri..

Yang menaikkan angin Pak Long Mak Long adalah janji pihak tertentu yang katanya jika memangah parti mereka, harga barang akan dikawal, tol tidak akan naik harga malah BRIM akan diberi sebanyak RM 1200! Bukankah menipu namanya tu?

Ada juga terdengar penjawat awam, ikat perut di tempat kerja...makan tengahari jam 11 pagi...tanpa sarapan terus makan berat pada jam 11 pagi dengan harapan dapat 'branch' (breakfast + lunch)...

Pertama subsidi gula ditarik RM 551 juta.... kemudian minyak masak.... oh lupa...sebelum itu subsidi petrol ditarik menjadikan RON 95 minyak kuning tu naik ke harga RM 2.10 seliter...

Kemudian tarif elektrik....kemudian akan datang tol tapi dengar kata dibolak balikkan isu tol kerana dapat banyak bantahan....

Semua subsidi yang ditarik kata para cerdik pandai matematik tak banyak..hanya RM 7.29 bilion!

Jumlah kerajaan sedekah BRIM tahun lepas banyak juga … para cerdik pandai kata RM 2.9 bilion...

Jadi naik kos barang...tarik subsidi siapa untung? Oh bukan rakyat yang untung....yang untung mereka...

Mereka yang panggil artis Korea dengan bayaran jutaan ringgit...mereka yang buat kos lawatan luar negara jutaan ringgit..mereka yang bil elektrik rumah sahaja ratusan ribu ringgit!

Ya merekalah yang untung...

Bertam

9.34 malam 15 Jan 14


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)