Ahad- 19 Oktober 2008- Prangin Mall, Komtar , Penang.
Hidup hari ini agak pantas. Dengan berteman Motorsikal Suzuki RC (modified), saya bergegas dari USM meninggalkan sebentar program Ihtifal Pasti (Pertandingan Nasyid Pasti) untuk ke program Pameran dan Persembahan Operasi Lalang ISA. Program ini anjuran GMI Pulau Pinang dengan kerjasama SUARAM, JIM dan sebagainya.
Dalam perjalanan saya bersolat Zohor di Masjid Jelutong. Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan untuk mengedar Risalah SPAQ edisi Oktober (tajuknya menyanggah golongan anti hadis). Kemudian terus ke Pusat Bandar.
Di sana saya lihat semua peralatan dan pameran giat dijalankan. Pengunjung Komtar dan peminat setia Starbuck kelmarin berpeluang menyaksikan sendiri pameran dan laungan anti ISA yang kali ini dilakukan di tengah medan membeli belah dan pusat pentadbiran Pulau Pinang.
Pada awalnya polis ingin mengambil tindakan mungkin, tetapi mujur Haji Rashid (Pengerusi FORUM NGO-NGO Islam merangkap Pengerusi Sekolah Al Itqan) ada di sana dan beliau menjelaskan bahawa program ini tiada ketegangan malah lebih kepada 'open entertainment show' sahaja.
Sedang saya sibuk mengambil gambar, Haji Rashid meminta pula saya menyanyi lagu menentang ISA. Saya mana reka lagi!! Jadi, saya kata saya nak baca sajak….kebetulan saya terjumpa KECIK, iaitu member seperjuangan di KL dulu. Dia ni antara aktivis Food Not Bomb (FNB) di Briekfield. Rupanya dia di Penang sekejap sahaja. Dia juga meminta saya buat sajak 'on the spot'. kali ini berbeza dengan puisi di KL, kerana kali ini ada band back up saya dengan instrumental music.
Haji Rashid telah bercakap di khalayak ramai, mengungkap ayat suci Al-Quran surah Al-Imran 104... tentang amar maaruf nahi mungkar... juga mengajak jemaah yang bersolat Zohor di Masjid/Surau Perangin Mall ke kempen GMI
di situ. Malaysia Kini dan Berita Keadilan ada menemubual beliau selepas ucapannya.
Kriss Khaira (aktivis GMI) meminta Band yang membuat persembahan lagu-lagu rakyat di situ untuk memainkan lagu 'instrumental slow' untuk mengiringi puisi yang akan saya bawakan. Dalam masa 5 minit siaplah puisi. 8 minit kemudian saya siap mendeklamasikan puisi itu dengan penuh emosi. Dari Prangin Mall, saya terus ke jamuan rumah terbuka anak murid saya di Jalan Gertak Sanggul (rumah Syuhada dan Izzati- adik beradik).
Selepas mandi, saya bergegas pula ke Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (IPPPP) di Gelugor untuk memberi ceramah berkaitan Isu "Nabi Melayu".
Pendita Bitara
Guru SMI Al Itqan P.P