Adun Sungai Rapat Ziarah Rakan Karib Sultan Azlan Shah di Batu Gajah
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
24 Oktober 2013- Ipoh
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
24 Oktober 2013- Ipoh
Berbual mesra dan bertukar pandangan dengan rakan karib Sultan bukan suatu kenangan biasa sebaliknya ia adalah suatu peluang yang jarang dicapai oleh sekalian rakyat Perak.
Pada 24 Oktober YB Radzi Zainon berkesematan beramah mesra dengan Tuan Hj. Pandak Ahmad b. Hj. Alang Saad, 84 tahun di Batu Gajah semasa program jelajah menyantuni rakyat yang kebetulan singgah di Batu Gajah.
Haji Pandak Ahmad yang merupakan rakan sepermainan Paduka Seri Sultan Perak sewaktu membesar bersama sama di Daerah Batu Gajah sejak umur 11 tahun lahir pada tanggal 25 Mei 1929 , di Kg Tersusun Jln Gopeng, Bt. Gajah.

Lebih mearik Haji Pandak juga pernah belajar Al Quran juga bersama sama Baginda Sultan dengan bergurukan Tuan Hj. Mohd Yusof, di Sekolah Melayu Bt Gajah hampir saban petang.
Istimewanya Haji pandak di hai Sultan terbukti semasa Sultan Azlan menjadi Yg. Dipertuan Agung, Haji Pandak Ahmad sempat menziarahi baginda di Istana Negara tanpa melalui surat menyurat dan protokol yang ketat.
"Kebetulan hari tersebut adalah hari jumaat, maka baginda menjemput saya menaiki kenderaan Istana Negara bersolat jumaat di Masjid Kg Batu, KL. Selepas itu bersantap pula bersama sama baginda di Istana Negara dan inilah kenangan terindah saya selaku rakyat negeri Perak", jelas Haji Pandak .
Sebelum pertemuan dengan hai Pandak tersebut, YB Radzi telah menziarahi empat buah rumah golongan kurang berkemampuan dan miskin untuk menyampaikan sumbangan beras dan barang keperluan dapur di sekitar Kampung Ara Payung.
Pada kali ini Santun Kedai Kopi (SKK) berlokasi di kedai Bonda, Kg Ara Payung. Empat orang wakil penduduk dari Villa Sanctuary, Sri Rahmat terus saja mengemukakan masalah dan aduan mereka di situ apabila mereka singgah dan minum bersama-sama Ust Radzi.
Makcik Hatijah yang baru kehilangan suami beberapa bulan dulu turut menjemput Ust Radzi membacakan tahlil untuk arwah suaminya pada pagi ini setelah mengetahui Ust Radzi datang ke Kg Ara Payung hari ini.

Sebelum selesai aktiviti seharian YB Radzi singgah ke Hari Kantin Sekolah Menengah Al Hidayah Rapt Setia Ipoh.