22 Oktober 2013- Changkat Larang
Indah Water Konsortium pada hari ini telah menghantar kontraktor untuk membaiki dan menyelenggara kebocoran tangki air di Tmn Desa Pinji.
Air tangki bocor yang telah susulan lapuran dan pendedahan yang dibuat sejurus lawatan ADUN Sungai Rapat YB Radzi Zainon.
"Sebenarnya tangki air ini adalah tanggungjawab Indah Water dan pihak saya telah mengambil inisiatif untuk membuat pendedahan dalam media alternatif untuk menyelesaikan permasalahan ini. Insya Allah tindakan Indah water yang positif amat diharapkan, jelas YB radzi sebelum kehadiran kontraktor berkenaan di Taman Desa Pinji.
Menurut seorang penduduk tempatan Saudara Haris Yunus terdapat 3 kebocoran di tangki besar berkanaan serta laporan keada phak bertanggungjawa telah lama diajukan. Sekitar 20 meter sahaja erdapat surau, dewan serbaguna dan rumah penduduk yang pasti akan membahayakan jika tidak diselesaikan.
"Kepada pihak yg berkenaan dan pada YB utz.Zainol kami penduduk Taman Desa Pinji mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan anda semua bagi menyelesaikan masaalah yg kami hadapi ini...semoga slogan Rakyat didahulukan akan terus di laksanakan" ucap saudara Raziman Razlan sebagai mewakili ucapan para penduduk.