FAKTA - ISU TANAH REZAB MELAYU TERANCAM
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPP Malaysia
Tanah Rizab Melayu
Enakmen-enakmen Rizab Melayu (ERM) adalah undang-undang mengawal
pemilikan orang-orang Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu (TRM). ERM
dipakai di semua negeri Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang
dan Melaka. Daripada statistik yang dikeluarkan hasil daripada satu
kajian yang telah dijalankan, pada tahun 2000 terdapat 4,442,902.68
hektar TRM atau 33.76 peratus daripada jumlah keluasan tanah
13,161,878.00 hektar di Semenanjung Malaysia.
Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan
pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913)
dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah
kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa
cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu
atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga
persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka
masing-masing iaitu :-
a) ERM Kelantan 1930
b) ERM Kedah 1931
c) ERM Perlis 1935
d) ERM Johor 1936
e) ERM Terengganu 1941
British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka.
Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu,
atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh
diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan
Persekutuan]
Syarat-syarat untuk diisytihar
Tanah Rizab Melayu
Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam
(cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab
Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan
lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga
hendakalah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk
Melayu.[Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]
Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada
keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan
lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan
sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta
merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu
adalah tidak sah.[ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu,
atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh
diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4)
Perelembagan Persekutuan]
Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang
termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh
diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [ Sek.3(1)ERM Kedah ]
Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau
tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.
[Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]
TETAPI - sebenarnya hari ini tiada lagi pengisytiharaan tanah rezab
melayu, senbaliknya dari rezab jadi free hold atau bangsa lain yang
ada.
Jika dahulu orang melayu beli tanah, tanah boleh diisytihar jadi
rezab, hari ini BELUM TENTU.
Banyak geran tulis tanah rezab, bila pergi ke lokasi ada kilang,
premis bukan Melayu.
Objektif Rezab Melayu
Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada
dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada
dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara
Melayu dan bukan Melayu.
Bentuk-bentuk tanah rezab Melayu
Tanah Kerajaan
Tanah Hutan Simpan
Tanah Rizab Awam
Tanah Milik Perseorangan
Bidangkuasa Tanah Rezab
Negeri atau federal?
Undang-undang yang pertahan Tanah Rezab Melayu
Enakmen Tanah Rezab Melayu (negeri-negeri)
Perlembagaan Persekutuan Perkara 89
Akta Pengambilan tanah 1960
Undang-undang penggantian semula tanah rezab Melayu
Perlembagaan persekutuan menjamin agar tanah rezab melayu dibawah
kuasa negeri dipertahankan iaitu Perkara 89.
Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan : “
hendaklah....dengan serta merta, mengisytiharkan sebagai tanah rizab
orang melayu, jika mana-mana tanah terhenti sebagai tanah rizab
melayu....”
26 Oktober 2014 - Perkasa mengisytiharkan
8 deklarasi bagi memelihara tanah rizab
Melayu yang semakin hilang akibat pembangunan.mendesak
kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk terus
berpegang teguh kepada Perlembagaan bagi mengekal tanah rizab Melayu
dan tanah-tanah pegangan Bumiputera di Malaysia.
Memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
untuk campur tangan dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan
tanah rizab Melayu dan tanah natif Bumiputera.
Desak isu tanah rizab melayu dan tanah natif Bumiputera
dijadikan sebagai isu nasional, ganti segera
tanah rezab melayu yang diambil.
Hari ini memang TIDAK RELEVAN- bila undang-undang peruntukan GANTI
SAWAH GANTI SAWAH, TANAH GUNUNG GANTI GUNUNG, sebaliknya ikut nilai
teapi nilai tanah rezab kebanyakan rendah kerana lokasi, tetapi jika
dibangunkan boleh naik nilai.
Yang terjadi hari ini adalah penggantian semula tanah rezab berlaku
dengan AMAT PERLAHAN.
Majlis Tanah Negara GAGAL bertanggungjawab
seperti pada Perkara 89 (5) yang memperuntukkan setiap pengambilan
tanah perlu diganti semula.
UMNO jadi HERO- dalam PAU 2014 - Najib arah ganti serta merta tanah
rezab di negeri BN.
Tanah Rezab menyusut selepas MERDEKA daripada PENJAJAH
Tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh
penjajah seluas 3 juta hektar. Kini separuh
tanah telah bertukar hak milik. Tahun 1995
sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.
2009- Kajian Penyelidikan
yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak yang
mendapati jumlah keluasan tanah rezab Melayu direkodkan setakat 2009
menyusut kepada hanya kira-kira 12% iaitu seluas 1.6 juta hektar
saja daripada keseluruhan 12.9 juta hektar keluasan tanah di
Semanjung Malaysia, tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang.
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL.
Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat
Highway. YTL Corp
Bhd diakuasai oleh
keluarga Tan Sri Yeoh Tiong Lay melalui Yeoh Tiong Lay & Sons
Holdings Sdn Bhd.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status
kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu
hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab
Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian
daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang
sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan
yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai
ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk
Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].
Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar
daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak
permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15
Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah
dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan
bumiputera.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah
terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang
apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Tanah rezab Melayu dari 3
juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).
Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan
susut kadar 1.2% setahun.
Cara Tanah rezab berkemungkinan terlepas ke tangan bangsa lain
Anggap Tanah Rezab sebagai alat jualan
Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina,
Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol
Haffiz Aliasak - hasil kajian yang
dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan hampir 75 %
responden menjual tanah bagi untung segera.
sehingga kini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung
Malaysia tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang hanya mencecah
11.99 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan sebanyak 50
peratus.
Pajak kepada bangsa lain
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid
- akan pinda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan
tanah rizab Melayu di seluruh negara dipajak termasuk kepada bukan
Melayu dengan tempoh maksimum 60 tahun supaya ia dapat dimajukan-
alasan tanah rezab melayu mati.
( hari ini - tanah
rezab melayu terhalang daripada diurusniagakan kerana
masalah pindah milik, pajakan, gadaian dan cagaran atau lien kepada
bukan Melayu.
3.7 juta hektar tanah rizab Melayu di seluruh negara akan mendapat
nilai ekonomi yang lebih baik.
Agenda ini masih tergantung kerana kuat DIBANTAH.
Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960)
bagi membolehkan pihak kerajaan mengambil
mana-mana tanah untuk melaksanakan pembangunan.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina,
Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol
Haffiz Aliasak- penyusutan tanah rizab
Melayu ialah pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan awam
tanpa diganti semula. Misalnya kerajaan
ambil tanah 100 ekar tetapi hanya dipulangkan 80 ekar, di mana baki
20 ekar tersebut? Sepatutnya tanah rizab Melayu yang dibatalkan
statusnya perlu diganti serta-merta.
bantahan oleh penduduk kampung yang
terlibat dengan pengambilan tanah bagi tapak Projek Pembangunan
Semula Perkampungan Gelang Patah dan
Projek Link Kedua ke Singapura. Pemilik-pemilik
tanah yang mendakwa bahawa jumlah pampasan yang ditawarkan
adalah tidak mencukupi dan jauh lebih
rendah berbanding dengan pampasan yang diberikan
terhadap pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan Projek
Pembinaan Seaport Terminal berhampiran
(Massa, 27 September 1997).
rungutan tidak puas hati pemilik-pemilik
tanah terhadap kerajaan yang bertindak mengambil tanah-tanah
mereka di sebuah perkampungan berhampiran Tasik Kenyir bagi
tujuan pembinaan jalan raya dari Kuala
Berang, Terengganu ke Simpang Pulai, Perak. Pihak berkuasa
dikatakan telah bertindak secara tidak adil apabila proses
pengambilan tanah mengambil masa yang
lama untuk diselesaikan terutamanya yang berkaitan dengan
pembayaran pampasan. Selain itu, pemilik-pemilik tanah juga
mendakwa bahawa jumlah pampasan yang
diberikan adalah tidak mencukupi lalu merujuk kes ke
Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pembayaran pampasan yang
lebih munasabah. Perasaan tidak puas hati
juga timbul terhadap tindakan kerajaan yang telah bertindak
mengambil tanah-tanah mereka sedangkan mereka telah
mengusahakan tanah berkenaan lebih
daripada dua puluh tahun yang lampau (Metro, 21 Disember 2003).
pengambilan tanah bagi tujuan pembesaran Jalan Gurun-Sik apabila
sebilangan besar pemilik-pemilik tanah terkilan terhadap
nilaian pampasan sebanyak RM 2.25 sen
sekaki persegi. Pemilik-pemilik mendakwa bahawa dengan pampasan
sebanyak itu, mereka tidak akan dapat membeli mana-mana
tanah ganti yang hampir menyerupai tanah
asal mereka yang berada di tepi jalan utama sedangkan
pembangunan sekitar boleh dikatakan berada di dalam kawasan
berpotensi pembangunan perumahan dan
perindustrian (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2004).
Isu Tanah Melayu Bandar
Negeri Selat tiada Enakmen Tanah Rezab Melayu
Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan - tanah yang
boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan
persekutuan untuk kegunaan awam.
Dalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah
menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan
BN.
Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah
persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta
menghalang pengambilan tanah.
Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah
persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta
menghalang pengambilan tanah..
Pulau PInang dan melaka mampu selamatkan tanah melayu melalui agenda
wakaf.
BN lancarkan pembangunan Kampung Baru - musnahkan penempatan melayu,
6.8 % sahaja daripada Rezab Melayu dibenarkan untuk kediaman
daripada julah 121.7 hektar.
Dengan Akta Pengambilan Tanah 1960- BN mampu halau rakyat atas nama
pembangunan.
Kampung Baru - 50% kes faraid tanah belum
selesai- BN sibuk pula untuk ambil tanah tersebuDalam tempoh
50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban
dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.
(isu melayu bandar di tanah rezab bandar dihalau akan dibincang
dalam kajian berrasingan)