KEMBARA JEJAK SHUHADA MEMALI SUNTIK SEMANGAT CINTA ULAMA’
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI - 26 April 2015
Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani atau nama ringkasnya BERANI
sekali lagi menganjur program jejak ulama’ Melayu Utara. Kali ini
BERANI berjaya mengumpul 40 orang anak muda untuk berkonvoi dari
Sungai Petani ke Kg Memali Baling.
Programyang dicetuskan melalui kerjasama
Jawatankuasa Anak Muda Batu Lintang dengan kerjasama Pertubuhan Belia
Sejahtera Sg Petani (Berani) kali ini cuba
mengimbau zaman kegemilangan tarbiah ulama’ bernama As Syahid
Ibrahim Libya yang pernah mentarbiah sebeliangan besr anak muda di
bumi Memali bermula pagi 25 April sehingga pagi 26 April.
Program bermula dengan sesi menziarah pusara para syuhada Memali,
mendengar taklimat dan sejarah perjuangan Ustaz Ibrahim Libya
daripada Pak Anjang Azmi. Majis diselingkan dengan aktiviti kuliah
dan tazkirah, berkelah dan masak beramai-ramai di tepi sungai.
Antara jasa besar Allayarham Ustaz Ibrahim Libya adalah pernah
membuat kertas kerja untuk penubuhan Pusat Islam yang kini dikenali
sebagai JAKIM.
Program ini telah diketuai oleh
saudara Izzwan Ismail dan juga saudara
Ibrahim Hj ismail selaku pengerusi Belia Sejahtera.
Menurut suadra Ibrahim, ada beberapa tempat tinggalan uama’ di
utara tanahair akan dijejaki malah beliau berasa amat gembira apabila
konvoi yang bersifat tarbawi atau berpendidikan mendapat sambutan
ramai namun meeka terpaksa mengehadkan penyertaan untuk kelancaran
pihak anak muda Kampung memli yang menyambut mereka.
“ Program ini adalah sebahagian misi utama
BERANI untuk menjalankan riadah dan
menjalinkan hubungan dengan anakmuda ulu legong
dan pendalaman Kedah. BERANI juga ingin mencungkil bakat kpimpinan
dan mempelajari jasa-jasa baik para pendakwah silam di bumi sendiri”,
jelas Ibrahim selepas Konvoi bersiap untuk pulang ke Sungai Petani 26
April 2015.