Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Monday, April 27, 2015

ISU TANAH REZAB MELAYU TERANCAM

FAKTA - ISU TANAH REZAB MELAYU TERANCAM1
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPP Malaysia

Tanah Rizab Melayu
Enakmen-enakmen Rizab Melayu (ERM) adalah undang-undang mengawal pemilikan orang-orang Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu (TRM). ERM dipakai di semua negeri Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka. Daripada statistik yang dikeluarkan hasil daripada satu kajian yang telah dijalankan, pada tahun 2000 terdapat 4,442,902.68 hektar TRM atau 33.76 peratus daripada jumlah keluasan tanah 13,161,878.00 hektar di Semenanjung Malaysia2.
Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu :-
a) ERM Kelantan 1930
b) ERM Kedah 1931
c) ERM Perlis 1935
d) ERM Johor 1936
e) ERM Terengganu 1941
British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

Syarat-syarat untuk diisytihar Tanah Rizab Melayu
  1. Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
  2. Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendakalah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]
  3. Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah.[ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
  4. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]
  5. Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [ Sek.3(1)ERM Kedah ]
  6. Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]
  7. TETAPI - sebenarnya hari ini tiada lagi pengisytiharaan tanah rezab melayu, senbaliknya dari rezab jadi free hold atau bangsa lain yang ada.
  8. Jika dahulu orang melayu beli tanah, tanah boleh diisytihar jadi rezab, hari ini BELUM TENTU.
  9. Banyak geran tulis tanah rezab, bila pergi ke lokasi ada kilang, premis bukan Melayu.

Objektif Rezab Melayu
  1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
  2. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Bentuk-bentuk tanah rezab Melayu

  1. Tanah Kerajaan
  2. Tanah Hutan Simpan
  3. Tanah Rizab Awam
  4. Tanah Milik Perseorangan

Bidangkuasa Tanah Rezab
Negeri atau federal?







Undang-undang yang pertahan Tanah Rezab Melayu
  1. Enakmen Tanah Rezab Melayu (negeri-negeri)
  2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 89
  3. Akta Pengambilan tanah 1960


Undang-undang penggantian semula tanah rezab Melayu
  1. Perlembagaan persekutuan menjamin agar tanah rezab melayu dibawah kuasa negeri dipertahankan iaitu Perkara 89.
  2. Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan : “ hendaklah....dengan serta merta, mengisytiharkan sebagai tanah rizab orang melayu, jika mana-mana tanah terhenti sebagai tanah rizab melayu....”
  3. 26 Oktober 2014 - Perkasa mengisytiharkan 8 deklarasi bagi memelihara tanah rizab Melayu yang semakin hilang akibat pembangunan.mendesak kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk terus berpegang teguh kepada Perlembagaan bagi mengekal tanah rizab Melayu dan tanah-tanah pegangan Bumiputera di Malaysia. Memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan tanah rizab Melayu dan tanah natif Bumiputera. Desak isu tanah rizab melayu dan tanah natif Bumiputera dijadikan sebagai isu nasional, ganti segera tanah rezab melayu yang diambil3.
  4. Hari ini memang TIDAK RELEVAN- bila undang-undang peruntukan GANTI SAWAH GANTI SAWAH, TANAH GUNUNG GANTI GUNUNG, sebaliknya ikut nilai teapi nilai tanah rezab kebanyakan rendah kerana lokasi, tetapi jika dibangunkan boleh naik nilai.
  5. Yang terjadi hari ini adalah penggantian semula tanah rezab berlaku dengan AMAT PERLAHAN.
  6. Majlis Tanah Negara GAGAL bertanggungjawab seperti pada Perkara 89 (5) yang memperuntukkan setiap pengambilan tanah perlu diganti semula.
  7. UMNO jadi HERO- dalam PAU 2014 - Najib arah ganti serta merta tanah rezab di negeri BN.


Tanah Rezab menyusut selepas MERDEKA daripada PENJAJAH
  1. Tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Kini separuh tanah telah bertukar hak milik. Tahun 1995 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.
  2. 2009- Kajian Penyelidikan yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak yang mendapati jumlah keluasan tanah rezab Melayu direkodkan setakat 2009 menyusut kepada hanya kira-kira 12% iaitu seluas 1.6 juta hektar saja daripada keseluruhan 12.9 juta hektar keluasan tanah di Semanjung Malaysia, tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang.
  3. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. YTL Corp Bhd diakuasai oleh keluarga Tan Sri Yeoh Tiong Lay melalui Yeoh Tiong Lay & Sons Holdings Sdn Bhd.
  4. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].
  5. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
  6. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
  7. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  8. Tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Cara Tanah rezab berkemungkinan terlepas ke tangan bangsa lain

  1. Anggap Tanah Rezab sebagai alat jualan
    1. Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak - hasil kajian yang dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan hampir 75 % responden menjual tanah bagi untung segera4.
    2. sehingga kini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang hanya mencecah 11.99 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan sebanyak 50 peratus.

  1. Pajak kepada bangsa lain
    1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid - akan pinda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu di seluruh negara dipajak termasuk kepada bukan Melayu dengan tempoh maksimum 60 tahun supaya ia dapat dimajukan- alasan tanah rezab melayu mati.
    2. ( hari ini - tanah rezab melayu terhalang daripada diurusniagakan kerana masalah pindah milik, pajakan, gadaian dan cagaran atau lien kepada bukan Melayu.
    3. 3.7 juta hektar tanah rizab Melayu di seluruh negara akan mendapat nilai ekonomi yang lebih baik.
    4. Agenda ini masih tergantung kerana kuat DIBANTAH.
  2. Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bagi membolehkan pihak kerajaan mengambil mana-mana tanah untuk melaksanakan pembangunan.
    1. Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak- penyusutan tanah rizab Melayu ialah pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan awam tanpa diganti semula. Misalnya kerajaan ambil tanah 100 ekar tetapi hanya dipulangkan 80 ekar, di mana baki 20 ekar tersebut? Sepatutnya tanah rizab Melayu yang dibatalkan statusnya perlu diganti serta-merta5.
    2. bantahan oleh penduduk kampung yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi tapak Projek Pembangunan Semula Perkampungan Gelang Patah dan Projek Link Kedua ke Singapura. Pemilik-pemilik tanah yang mendakwa bahawa jumlah pampasan yang ditawarkan adalah tidak mencukupi dan jauh lebih rendah berbanding dengan pampasan yang diberikan terhadap pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan Projek Pembinaan Seaport Terminal berhampiran (Massa, 27 September 1997).
    3. rungutan tidak puas hati pemilik-pemilik tanah terhadap kerajaan yang bertindak mengambil tanah-tanah mereka di sebuah perkampungan berhampiran Tasik Kenyir bagi tujuan pembinaan jalan raya dari Kuala Berang, Terengganu ke Simpang Pulai, Perak. Pihak berkuasa dikatakan telah bertindak secara tidak adil apabila proses pengambilan tanah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan terutamanya yang berkaitan dengan pembayaran pampasan. Selain itu, pemilik-pemilik tanah juga mendakwa bahawa jumlah pampasan yang diberikan adalah tidak mencukupi lalu merujuk kes ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pembayaran pampasan yang lebih munasabah. Perasaan tidak puas hati juga timbul terhadap tindakan kerajaan yang telah bertindak mengambil tanah-tanah mereka sedangkan mereka telah mengusahakan tanah berkenaan lebih daripada dua puluh tahun yang lampau (Metro, 21 Disember 2003)6.
    4. pengambilan tanah bagi tujuan pembesaran Jalan Gurun-Sik apabila sebilangan besar pemilik-pemilik tanah terkilan terhadap nilaian pampasan sebanyak RM 2.25 sen sekaki persegi. Pemilik-pemilik mendakwa bahawa dengan pampasan sebanyak itu, mereka tidak akan dapat membeli mana-mana tanah ganti yang hampir menyerupai tanah asal mereka yang berada di tepi jalan utama sedangkan pembangunan sekitar boleh dikatakan berada di dalam kawasan berpotensi pembangunan perumahan dan perindustrian (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2004).
Isu Tanah Melayu Bandar

  1. Negeri Selat tiada Enakmen Tanah Rezab Melayu
  2. Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan - tanah yang boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan untuk kegunaan awam.

  1. Dalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.

  1. Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta menghalang pengambilan tanah.
  2. Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta menghalang pengambilan tanah..

  1. Pulau PInang dan melaka mampu selamatkan tanah melayu melalui agenda wakaf.

  1. BN lancarkan pembangunan Kampung Baru - musnahkan penempatan melayu, 6.8 % sahaja daripada Rezab Melayu dibenarkan untuk kediaman daripada julah 121.7 hektar.
  2. Dengan Akta Pengambilan Tanah 1960- BN mampu halau rakyat atas nama pembangunan.

  1. Kampung Baru - 50% kes faraid tanah belum selesai- BN sibuk pula untuk ambil tanah tersebuDalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.
(isu melayu bandar di tanah rezab bandar dihalau akan dibincang dalam kajian berrasingan)
1 Untuk kegunaan Ketua Penerangan DPPM. Kajian berkenaan Tanah Melayu di negeri Selat dan isu kampung bandar dihalau akan dibuat berasingan.

6 Kajian oleh Rowan-Robinson (1999) mendapati bahawa tahap kepuasan hati pemilik-pemilik tanah terhadap jumlah bayaran pampasan oleh pihak berkuasa di UK adalah rendah. Kajian mendapati bahawa antara perkara yang mennjadikan pampasan tidak mencukupi adalah tindakan agensi-agensi kerajaan yang gagal membuat bayaran segera termasuklah membuat pembayaran pendahuluan yang lambat serta sikap pegawai yang kurang menunjukkan sikap simpati kepada pemilik-pemilik tanah. Pegawai-pegawai kerajaan pula dikatakan bertindak seolah-olah menjadikan proses rundingan pengambilan tanah sebagai gelanggang tawar-menawar di antara pembeli dengan penjual bagi mendapatkan harga terendah bagi pihak kerajaan. Sikap ini dianggap sebagai suatu tindakan yang menjadikan pampasan dibayar tidak munasabah kepada pemilik-pemilik tanah.

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)