KAJIAN ISU TANAH/RUMAH
Isu suara rakyat mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah terus teringgir
Masa
tragedi : Zohor 26 Disember 2004
Lokasi
: persisiran pantai Kuala Muda Kedah/Seberang Prai
Kerugian
:
Rumah
musnah /lenyap : 75 buah
Rumah
rosak : 128 buah
Isu penempatan semula.
- Menteri Besar Kedah 2004 Dato’ Seri Syed Razak dan ADUN Pantai Merdeka Dr Shuib Saidin (Exco perumahan) gazetkan tanah 150 Hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami.
- Dato’ Seri Abdullah Badawi ketika itu isytihar untuk penempatan semula.
- Fasa 1 : 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk/lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Keratong (kini rumah kekal/elok)
- Dijajikan juga untuk Fasa 2 : 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta BERPOTENSI kena tsunami semula.
- 6 kampung terlibat dalam Fasa 2 iaitu
- Kg Tepi Sungai
- Kg Kepala Jalan
- Kg Padang Salim
- Kg Hujung Matang
- Kg Paya
- Kg Sg Yu
- Fasa 2 adalah rumah yang hanya sekitar 50 meter daripada pantai.
- Tetapi kerajaan mungkir janji. Buat Fasa dua di Kuala Muda kepala Batas Seberang Perai (kawasan Perdana Menteri ketika itu).
- 450 keluarga yang berpotensi kena tsunami di Kuala Muda Kepala Batas berpindah ke perumahan baru (dinamakan Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas) sedangkan hanya 11 rumah sahaja yang musnah di Kuala Muda Kepala Batas.
- Di mana janji terhadap penduduk persisiran pantai Kuala Muda Kedah yang berpotensi terkena tsunami kali kedua?
- Ada dokumen mengumpul tandangan tangan 200 penduduk yang inginkan hak pemindahan semula kawasan berpotensi tsunami Kuala Muda Kedah.
- Utusan 21 Mac 2008 isytihar kerajaan telah siap bina perumahan semula Kuala Muda tetapi itu Kuamala Muda Kepala Batas bukannya Kedah yang menjadi kawasan paling teruk dn paling dekat laut.
- UMNO cawangan Kg Tepi Sungai telah beberapa kali keluarkan usul agar UMNO bahagian menyuarakan pandangan rakyat dan kehendak mangsa.
- JPM beri suart jawapan kepada JKK pada 19 Julai 2010 bahawa permintaan rakyat dala perhatian dan pertimbangan tetapi hingga kini taiada tindakan.
Isu tabung Tsunami
- Selain penyelewengan FASA 2 pemindahan riumah berpotensi kena tsunami berlaku pada zaman Tun Abdullah, penyelwengan tabung dana Tsunami juga berlaku.
- Dipercayai kehilangan dana iniah yang membantutkan projek FASA 2 walaupun kerajaan negeri telah gazet tanah unuk pembinaan rumah untuk mangsa FASA 2.
- Pada 17 Januari 2005, semasa penggulungan Dewan rakyat, Datuk saberi Chik telah berkata setakat 14 Januari 2005 jumlah tabung kutipan media dan tempatan = RM 53.1 juta.
- Tidak termasuk dana luar negara.
- Jika pun kerajaan guna duit itu bina Fasa 1 di Taman Katong, Fasa dua ditipu bina di Kuala Muda Seberang Prai, namun wang berkenaan pasti ada sisa. Di mana sisanya?
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPPM